Monday, May 25, 2009

orientasi...

apa itu orientasi??
perlukah ia??
apakah kebaikan dan keburukannya??

inilah yang saya alami dalam masa 2 minggu. sangat meletihkan. pertama bersama senior dan peserta tweening program dari unpad. lepas itu bersama doctor yang di panggil kem ppd (pada saya di anggap orientasi). untuk kem ppd memang penting kerana berkaitan dengan klinikal life dan bersama senior juga tidak di nafikan manfaatnya. dan hari ini berorientasi bersama ketua jururawat mengenai kehidupan di wad.

apa yang membangkitkan keletihan apabila semua ini berterusan dan mengmbil masa yang lama. sedangkan benda yang sama saya dapat berulang kali. (saya tidak mengatakan pada kem ppd). tidakkah ini banyak membuang masa yang bagi seorang medikal student amat menghargainya dari yang lain??? mungkin ada yang berpendapat berbeza terutamanya penganjur.

walaubagaimanapun, terima kasih di ucapkan kepada mereka yang sanggup bertungkus lumus dalam menyambut kami ke alam yang penuh pancaroba. akhir kata 'kurangkan beban kuatkan iman'


penat.. o&g + lain2...

Monday, May 11, 2009

keluarga atau saudara...


'Balik la je, maisyarah nak bena demo tuh' kata mak setelah baru je selesai exam reseat.

Perkataan 'ambo' dan 'demo' di gunakan dalam keluarga. abah kata gunakan 'aku' 'mu' tidak sesuai untuk orang yang kita sayang. ini didikan dari kecil.

Hati ni terus berbelah bahagi. bukan tak nak balik tapi meeting pertama untuk jawatan jaksa ktdi akan berlansung pada 10/5. pasti satu meeting yang penting jugak dengan beberapa perkara yang hendak saya bangkitkan. kena balik pulak 9/5. kalau rumah hanya 3-4 jam perjalanan mungkin boleh consider lagi. tapi 7 jam berada di atas bas. penat tuh. dengan tiket bas RM100 untuk pergi dan balik buat saya terfikir keaulia'annya. andai kata nak skip meeting, tetap kena datang sebab sem baru bermula 13/5 dan meeting ada sekali lagi pada 12/5. huh.

Akhirnya keputusan diambil untuk tetap pulang ke rumah pada tarikh tersebut dah kembali 10/5 malam. ini kerana tidak pernah selama ini mak panggil untuk balik ke rumah dah masalah pada adik maisyarah memang sudah lama di ketahui. ini mungkin sangat penting.

Maisyarah adik yang ke 7, telah lama saya rasakan terseksanya keadaan dia, belajar dalam terpaksa. tp itu baik untuknya.
belajar di maahad tahfiz sains pasti amat padat. saya pernah merasainya pada tingkatan dua dimana kita perlu menghafaz al quran selain daripada belajar biasa. saya hanya setahun tapi dia sampai 5 tahun. belajar pulak aliran sains di tambah dengan tanpa kerelaan. semuanya susah baginya.

Bagi saya inilah masa bakti di perlukan, dia perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. apa lagi yang perlu di berikan kepada seorg adik selain daripada itu yang utama. alhamdulillah, sepanjang keberadaan di rumah masa tidak lah terbuang begitu saja. semua di isi dengan mengajarnya ( walaupun x pandai mengajar)

mlm tadi sebelum saya bertolak menaiki bas dan dia sudah pn berada di sekolahnya. satu note berada di tepi laptop

"time kasih abe, doa ko ambo deh"

insyaAllah adikku, semoga Allah sentiasa bersamamu. ingatlah Allah tidak akan sia-siakan usahamu itu...

berbaloi rasenya...

Permulaan...

assalamualaikum..
penulisan blog ini lebih kepada memaknakan hidup penulis.tidak mempunyai niat lain. sekadar sebagai pengkongsian dalam melalui perjalanan hidup.

Perjalanan hidup ini memang melelahkan, ya sangat melelahkan. manakan tidak, tiap kali kehendak kita di hadapkan ke realiti yang beraneka ragam dan corak warna, haruslah bertahan kerana tidak ingin tujuan hidup kita terpesong. bukan menyoal mengenai halal haram terhadap segala keindahannya tetapi soal menyikapi agar tidak tergoda dan terpedaya dengannya.

Gelombang badai harus di fahami sebagai ladang ujian, masalah dan problem tidak dapat di pisahkan dari hidup, pahit getir menjadi rencah yang harus di rasakan oleh setiap dari kita. jatuh bangun adalah tangga yang harus di lalui dalam menggapai sebuah cita-cita.

Letih, lelah itulah yang sering kita rasakan. kita sering merasakan kejenuhan kebosanan bahkan tidak peduli akan keadaan. namun jangan sesekali kita rasa putus harapan kerana di sebalik semua itu pasti ada sesuatu yang yang dapat kita jadikan pengalaman yang bererti. yang kita perlukan adalah berhenti sesaat. berhenti bukan bererti selesai ataupun sampai, tetapi merenung kembaliperjalanan yang telah kita lalui. berhenti untuk memupuk kembali semangat beramal, mengecas bateri keimanan kita agar tidak redup.

Inilah yang diajar oleh muadz bin jabar RA kepada sahabat dengan ungkapan 'mari duduk sesaat untuk beriman' berhenti sejenak untuk melihat kembali keaadaan iman agar tetap terjaga. kerana segala yang kita alami harus kita alami bukan lari daripadanya. mari kita peruntukan masa untuk selalu memperbaharui iman kita di tengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...