Saturday, June 20, 2009

cerminkan diri dahulu


Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini (Jumaat, 19 Jun 2009) menggesa rakyat supaya tidak mencontohi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang katanya tidak sukakan perpaduan. Rais dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa kepimpinan Nik Aziz langsung tidak boleh dijadikan contoh.

SH190609-2

Lucu juga kadang-kadang jika memikirkan serangan Rais ini khususnya kepada Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidaklah ingin menyanjung tinggi Nik Aziz sehingga ke tahap maksum, tetapi jika mahu dibandingkan gaya kepimpinan Nik Aziz dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN termasuk Rais sendiri, rasanya tidak padan sangat.

Tuan Guru Nik Aziz begitu dekat dengan rakyat. Mutiara katanya menjadi hidangan rohani rakyat. Kehidupannya tidak dibelit dengan kemewahan dan limpahan harta sebagaimana yang diimpikan oleh pemimpin UMNO/BN. Lihat sajalah kehidupan Tuan Guru selepas dua dekad memegang jawatan Menteri Besar, tidak berbeza dengan kehidupan sebelumnya.

Di dalam isu kerajaan perpaduan, apa yang dibimbangkan oleh Tuan Guru ialah PAS ditendang kali kedua daripada BN selepas UMNO merasakan diri mereka kuat. Bukan soal jawatan dan kedudukan. Tetapi Rais gagal untuk memahami kerana dia melihat PAS dari kacamatanya yang bersalut dengan kepentingan sebagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Kita yakin, pemimpin PAS khususnya Tuan Guru adalah sebaik-baik pemimpin untuk masyarakat. Rais jika ingin menjadikan Tuan Guru sebagai sasaran serangan, beliau perlu berfikir banyak kali. Bimbang nanti jika kisah ‘jambatan yang dibakar’ dulu timbul semula…!

hilangnya sebuah permata...


beberapa hari yang lalu dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang pendakwah dan aktivis serta penulis yang dikenali di seluruh dunia Islam, As-Syaikh Fathi Yakan. Beliau yang merupakan pengarang kitab Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam (Kenapa Saya Menganut Islam) yang menjadi rujukan di dalam program-program usrah dan tamrin telah meninggalkan nama yang harum di dalam medan dakwah.

Sumber AFP menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara Lubnan.

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
sama- sama kita sedekahkan al fatihah dan jgn biarkan ilmu-ilmu beliau berhenti setakat ini shaja.

Wednesday, June 17, 2009


Program Tuan Guru Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Negeri Sembilan Darul Khusus adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 Jumadilakhir 1430H/19 Jun 2009 (Jum'at)
Masa: Selepas Maghrib
Lokasi: Taman Kiambang Indah, Seremban - bersama mufti baru N9 dan mantan mufti N9

Tarikh: 26 Jumadilakhir 1430H/ 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Shubuh (kuliah shubuh)
Lokasi: Surau al-Amin, Taman Cempaka, Seremban

Masa: 9.00 pagi - 11-00 pagi
Lokasi: Pusat Da'wah Islamiah, Seremban (bersama Mufti Negeri Sembilan)

Masa: Lepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Sendeng, Jalan Ampangan - Jelebu, Seremban


Untuk sebarang pertanyaan (jadual di Negeri Sembilan) sila hubungi 0196644700 (Ustaz Khushairi)


Pada 27 Jumadilakhir 1430H/21 Jun 2009 (Ahad) - beliau akan berada di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan. Pengajian bermula jam 9.00pagi - 12.30 tengahari.

Untuk sebarang pertanyaan (jadual di Masjid al-Falah) sila hubungi 0133309474 (Ustaz Azian Man)

Tuesday, June 2, 2009

sesuatu berharga bila sudah tiada...

waktu sihat sebelum datangnya waktu sakit

inilah yang sesuai bagi keadaan saya sekarang. betullah ape yang di katakan kita pasti merindukan sesuatu apabila tidak lagi dapat di gapai. tidak kira lah sebuah perjuangan, masa, dan orang yang tersayang.

hari ni merupakan hari kedua saya di rehatkan dalam bilik, dikurung tanpa palang besi tapi dengan kekuasaan Allah yang me'lethargic'kan badan, mengurangkan fungsi akal dan sebagainya. namun kuatkan jua untuk menulis entri ini.

' tidak bergerak walaupun sebiji zarah melainkan izin Allah'

dlam saaat ini dapat merasakan betapa beruntungnya jika masih ada kekuatan untuk melangkah kaki menuntut ilmu di wad dan ke majlis2 zikir. tapi yang peliknya ketika kita di beri kesempurnaan tidak pernah sedetik pun berbuat demikian bahkan lebih melakukan benda yang melalaikan.. astaghfirullah...

betapa banyak orang yang di berikan Allah dengan segala kesempurnaan tetapi lupa bahawa segala tiap sesuatu datang dariNYA. sehingga mereka boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan batasan syariat.. begitu juga dengan ujian yang menimpa tidak di urus dengan sebaik-baiknya sedangkan semua itu telah di ajar oleh nabi kita.

moga disembuhkan dengan cepat jika itu yang terbaik untukku. (MEASLES)


akhir kata hayati firman Allah:

"TIADA SATUPUN BENCANA MENIMPA BUMI DAN PADA DIRIMU SENDIRI MELAINKAN TELAH DI TULIS DALAM(LUH MAHFUZ)SEBELUM KAMI MENCIPTAKANNYA. SUNGGUH ITU MUDAH BAGI ALLAH. AGAR KAMU TIDAK BERSUSAH HATI TERHADAP APE YANG LUPUT DARI KAMU DAN TIDAK PULA TERLALU GEMBIRA TERHADAP APA YANG DIBERIKAN.DAN ALLAH TIDAK MENYUKAI SETIAP SESEORANG YANG SOMBONG DAN BANGGA DIRI" AL HADID 22-23

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...