Monday, November 30, 2009

al quran sebagai hantaran..


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.!


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya! . Jamila h entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim...
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man ! dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Interce! ssor wil l have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.


from: haninasution.blogspot.com

wallahua'alam

Thursday, November 26, 2009



hari kali ni dapat balik kelantan walaupun untuk 2 hari je
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Monday, November 23, 2009

sabarlah..


dalam seminggu ini saya terperasan bahawa saya ni cepat sebak dan menitis air mata. tak tahu hendak berbangga ataupun malu. terasa sebak bila mendengar ujian- ujian yang menimpa yang mana saya kira jika di lalui belum tentu dapat berdiri teguh seperti mereka.

tahun klinikal amat berat. di tambah dengan musibah-musibah lain pasti payah. sebagai sahabat saya bersedia menolong apa yang termampu.

TAKZIAH BUAT SYAFIQ , SESUNGGUHNYA ALLAH SEDANG MEMERHATIKANMU.

kematian seseorang yang kita sayang pasti akan di ratapi. itu lumrah sebagai seorang manusia. walaupun tahu itu semua ujian dan Allah lebih sayang kepada arwah.tapi ingat andai kita tunggu bertahun-tahun lagi pun kematian pasti akan datang. kita yang meratapi kematian pun akan mati. mereka yang bertahlil kepada si mati juga akan mati. tidak ada seorang pun yang dapat mengelak bahkan memanjang atau mencepatkan masa kematian juga tak mampu.

ingin saya bawakan kisah kewafatan kekasih kita nabi Muhammad saw. bayangkan nabi yang banyak berkorban dan berjasa pada umat masa itu pergi meninggalkan mereka. nabi yang mereka sanjung hinggakan setiap perbuatan seperti tunduk kerana ada dahan pun di tirunya walaupun dahan itu sudah tiada. nabi yang dicintai sehingga sanggup menggadai nyawa menjadi perisai di kala berperang.

sape lagi yang dicintai dan disayangi lebih dari nabi?

tidak ada manusia lain di muka bumi ini layak di cintai dan di sayangi lebih dari nabi Muhammad

ketika berita wafatnya nabi tersebar ke pelusuk madinah dan ke setiap cerok daerahnya, suasana menjadi muram dan suram. sehinggakan anas r.a berkata ".. tak pernah ku lihat suasana yang buruk dan suram dari hari kewafatan baginda saw". semua orang bersedih mengenangkan pemergian seorang nabi, pemimpin, sahabat, ayah dan juga suami.

umar yang terkenal dengan beraninya tidak percaya sehingga ingin menghukum barang siapa yang mengatakan rasulullah telah wafat. dan Abu bakar pula dengan tenang berkata " adapun selepas tahmid dan syukur ingin aku menyebut di sini. sesiapa diantara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan barangsiapa menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati"

sabarlah wahai sahabat, jangan ambil tindakan tergesa-gesa dengan meninggalkan bidang perubatan. sungguh kami di sini tak daya untuk melepaskan kamu. fikirkan kenapa kamu mengambil bidang ini at the first time. ini jalan jihad kita. tapi keputusan tetap atas kamu


"katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku melainkan apa yang di kehendaki Allah. tiap-tiap umat mempunyai ajal apabila telah datang ajal mereka maka mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya" yunus 49


wallahu'allam

Thursday, November 19, 2009

biar bidadari cemburu padamu


saya sedikit tertarik dengan tajuk di atas yang merupakan tema semasa kuliah fiqh di surau kolej kediaman. menarik bunyinya menyebabkan saya rasa ingin menulis sedikit pasal wanita walaupun saya bukanlah orang terbaik untuk menghuraikannya. sekadar huraian dari pandangan seorang lelaki dan ape yang saya dengar sepanjang pejalanan hidup.

wanita,
kejadian yang cukup unik, dijadikan daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk menghiasi taman- taman yang indah. dia ibarat sekuntum bunga yang harum aromanya. lantas menyebabkan kumbang kumbang bisa mencari dan mendekati. namun tak semua bunga senang didekati lantaran adanya duri yang memagari diri.

wanita,
engkau sungguh hebat. jelingan matamu meluluhkan hati seorang lelaki. lenggok tarimu bisa membuat lelaki tunduk. suara manjamu bisa membuat lelaki terigau-igau. akuilah bahawa dirimu merupakan fitnah bagi kaum lelaki. sepertimana nabi telah bersabda " tidak ada sesuatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah berpunca dari kaum wanita."


wanita,
jagalah setiap langkah dan tindakanmu. bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu. malu yang bertunjang kepada keimanan dan ketaqwaan. jadilah seperti sebuah permata jangan pula menjadi seperti serpihan kaca. jangan biar dirimu di eksploitasi demio kepentingan tertentu.
sesungguhnya Allah telah mengankat martabatmu setaraf kaum Adam. kau adalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncngkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

wanita,
tak mungkin diri yang lemah ini mampu menilai setiap dari kamu tapi pesanku ikhlaskan diri kerana Allah. hiasilah dirimu dengan titisan wuduk, tundukkan pandanganmu, jagalah muamalatmu, susun tuturkatamu , pelihara harta kehormatanmu kerana engkau adalah muslimah idaman setiap insan.

biar bidadari cemburu padamu...

wallahua'allam

Saturday, November 14, 2009

labaikallah


"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Seramai 27,000 orang jemaah haji dari Malaysia akan menunaikan ibadah haji tahun ini bermula dengan kumpulan pertama dan dijangka pulang ke tanah air pada 13 Dis, manakala kumpulan terakhir yang bertolak pada 1 Dis pula dijangka pulang pada 11 Jan depan.

bila masuk bulan zulhijjah akan mengingatkan kita sebuah kisah pengorbanan yang saya kira tidak akan dapat di tandingi. kisah di mana nabi ibrahim di perintahkan untuk menyembelih anak kesayangan beliau. apa kata beliau??
adakah alasan yang di beri?
adakah beliau meminta untuk menggantikan dengan yang lain?
ataupun rasa menyesal berada dalam agama Allah?

tidak!!
nabi ibrahim melaksanakannya tanpa sedikit alasan pun dan anaknya nabi ismail yang masih kecil juga menerimanya.

cuba kita lihat pada diri kita sekarang. berapa banyak pengorbanan yang kita lakukan untuk islam? ataupun kita hidup 'mewah' dengan menggunakan nama islam. setiap kali arahan di jawab dengan alasan. yang lebih menyedihkan kalau kita yang menyebabkan perpecahan dalam islam melalui kejahilan kita sendiri.

amat jauh kalau nak di bandingkan keimanan nabi ibrahim dan anak kesayangannya dengan kita hari ini. nafsu kita yang gelojoh dan keduniaan yang mengelilingi kita menyebabkan kita di jangkiti satu penyakit yang di sebut rasulullah. Al Wahan. cintakan dunia dan takut mati. mana mungkin kita akan menang dan islam akan bangkit.


"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

bertuah sungguh mereka yang menyambut seruan Allah untuk menyempurnakan rukun islam ke 5. saya sangat sangat sangat ingin pergi juga. tekad saya jika Allah mengizinkan ingin pergi lepas graduan 2.5 tahun lagi. dah pun berjanji dan mintak tolong dengan kawan di al azhar mesir untuk membawa saya ke tanah haram itu. tapi kewangan tak mengizinkan lagi tapi insyaAllah sempat kumpul. kahwin?? lambat2 la sket.

ya Allah sempatkan aku ke tanah suciMu,
untuk aku melepas rindu padaMu
rinduku pada rasulMU
rinduku pada pejuang2 agamaMU

amin ya rab

wallahu'allam

Friday, November 13, 2009

hak kami!!



TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

p/s: boleh kamu mengambil hak kami sekarang tapi ingat kita hidup bukan untuk selamanya. disana ada yg akan mengadili dengan maha adil.

wallahu'alam

Wednesday, November 11, 2009

teman dunia atau teman akhirat??






manisnya ukhwah itu di rasai jika kita turut memberi.

bersyukur kerana dianugerahkan teman yang ceria
bersyukur kerana dianugerahkan teman di kala duka
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang berlainan bangsa
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang lain fikrahnya
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang lain kedudukannya
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang thabat dalam perjuangannya
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang sama kefahamannya
bersyukur kerana dianugerahkan teman yang juga keluarga

yang penting, syukur di panjat kepada Allah kerana di anugerahkan teman yang bersama- sama dalam perjuangan islam.

saya mahukan teman akhirat yang juga merupakan teman di dunia.
moga kekal selamanya

wallahu'allam

"kalau dibandingkan nikmatMu berapa sangatlah syukurku"

bola itu bulat


Kelantan tewas 3-1. Itulah dia bola. Bentuknya bulat. Tidak selamanya yang di atas sentiasa di atas, pasti ia turun ke bawah. Pada saat Kelantan menewaskan Perlis di tempat sendiri dan juga di Kangar, orang Kelantan tentu berbangga. Tapi pada malam ini bila tewas 1-3, tentunya sedih dan kecewa. Apatah lagi ramai yang menyewa bas untuk menyaksikan Piala Malaysia diusung di Kota Bharu, apakan daya.

Yang pasti, hidup juga umpama bola. Kadang-kadang kita di atas, seringkali kita di bawah. Pada masa kita berada di atas, jangan lupa kita masih mungkin bergolek ke bawah. Pada waktu kita naik ke puncak, kita melihat orang di bawah sangat kecil. Tapi jangan lupa, orang di bawah juga melihat kita kecil.

Sewaktu kita bergolek ke bawah. Dunia kita rasa kelam. Tapi percayalah dengan usaha kita mampu mendaki semula ke atas. Kita mungkin merasakan bahawa penderitaan kitalah yang paling besar, sedangkan kita lupa bahawa ramai lagi yang diuji dengan lebih hebat daripada kita. Mereka mampu tersenyum, maka kenapa kita memilih untuk mengukir duka.

Oleh yang demikian, bukan dalam dunia bola sahaja, dalam dunia kehidupan yang sebenar sekalipun, percayalah, orang yang tewas bukanlah orang yang tidak pernah rebah, tetapi orang yang tidak mahu bangkit semula selepas dia rebah.

Tahniah kepada pasukan Red Warriors.!


wallahu'allam

Monday, November 9, 2009

kalaulah..


pagi tadi mak telefon hendak bertanya khabar. katanya nak dengar suara sebab saya sendiri pn dh lama tak menelefon memandangkan raya haji tak lama lagi. dapat balik juga akhirnya. sedikit tersentuh.

dari dalam bas untuk balik ke hukm lepas raya eidulfitri saya melihat ramai mat - mat motor dan kaki-kaki lepak sepanjang perjalanan. saya bermonolog sendirian

adakah mereka ini tak punya ibubapa?
tak punya kesedaran?
tak tahu arah tuju hidup?
tak ada peraturan dalam hidup?

ini semua mengingatkan saya bagaimana saya di didik. perit. itu je yang mampu saya katakan pada 5 tahun yang lepas. tapi jawapan untuk sekarang telah berubah. bila rasional akal dapat mengatasi nafsu amarah kita dapat menggapai hikmah di sebalik segala sesuatu.

saya di didik dengan hidup dalam kesusahan. di kala sahabat-sahabat persekolahan mewah dengan segala pemberian tapi saya bersusah payah untuk memilikinya. sampaikan buku rujukan perlu saya usaha untuk memilikinya. katanya itu akan buat kamu lebih menghargai. saya terpaksa meminjam ataupun minta bantuan kewangan dari kakak. ini semua mengajar saya bagaimana perlunya pengorbanan. selalu kedengaran setiap kali ceramah motivasi, kita perlukan kesedaran untuk berjaya. kesedaran saya dalam terpaksa. semua keperluan atas usaha sendiri. itu membuatkan saya sedar berharganya ia.

saya di didik dalam kandang peraturan keluarga. ketat.. peraturan tak bertulis tapi pada hukumannya menyebabkan kami ingat.subuh, maghrib dan isya merupakan solat yang wajib berjemaah dalam keluarga. sejak saya kecil berumur 6 tahun. mengaji selepas maghrib dan subuh juga tak ketinggalan. meninggalkannya seperti mengundang azab yang tak akan di lupakan sepanjang hidup. ini membuat saya berdisiplin. masa akan saya tepati. jika tak maksudnya saya tak datang.

saya juga di didik untuk merendahkan diri. malu... itu perkataan yang dapat saya luahkan pada zaman persekolahan. segala material luaran saya amat 'kuno'. paling ketinggalan zaman. saya selalu menjadi bahan ejekkan. bukan tak punya kewangan tapi tak mahu saya bangga dengan semua itu. mahu saya merasai betapa peritnya mereka yang susah lain.

dan banyak lagi kalau nak di tulis disini...

tapi sekarang saya redha, amat berterima kasih kerana semua itu membuatkan siapa saya sekarang. mungkin bukan seorang yang sempurna tapi saya sangat-sangat bersyukur dengan siapa saya sekarang. tidak menjadi seperti mereka-mereka diatas dan mereka-mereka yang hipokrit. saya sekarang ini adalah benar tak mempunyai topeng kerana saya tak memerlukanya kerana saya bangga dengan siapa saya sekarang.

semua ini adalah hasil dari ibubapa saya. mungkin bagi sesetengah pihak mengatakan cara yang paling baik adalah berhikmah. benar.. tapi cara mereka pun tak salah. buktinya ada di depan mata.

tapi sayang kami sering memendamkan perasaan.

andai saya tak sempat melafazkan tolong sampaikan kepada mereka.

'saya sayang mak dan abah'

perkataan keramat yang bagi kami sekeluarga amat susah untuk di lafazkan. kalaulah diberi kekuatan

wallahu'allam

"kalau nk dibandingkan nikmatMu berapa sangatlah syukurku"

Friday, November 6, 2009

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku




Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki
sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya
masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Wallahualam bissawab.

p/s: terima kasih kepada adik izzati yg emailkan kpd saya

Monday, November 2, 2009

nak menang???


Sejak memasuki kolej yang baru ni saya rasa kesunyian. Ya sunyi tidak seperti kolej yang sebelum ini. Dengan masa dan kondisi yang ada, saya rasa kurangnya berjumpa dan bercakap dengan rakan tambahan pula tak dapat berbual dengan junior memandangkan kami adalah yang paling muda kat sini.

Surau. Itulah tempat yang dapat mengumpulkan kami. Di situlah tempat kita berjumpa lepas solat jemaah. Tapi semua itu sepi. Ingin saya luahkan TAK RAMAI DATANG SOLAT JEMAAH. Tak kira mereka ini dari fikrah mana, itulah realitinya. Terutamanya waktu subuh. Tak kira muslimin ataupun muslimat. Sama je….

Kalau nak cakap pasal fadhilat ataupun tuntutan mesti semua orang dah tahu. ‘Nabi nak bakar rumah orang yang tak datang sembahyang subuh berjemaah’. Kita selalu dengar akan tuntutannya tapi kenape tak buat?? Sebab kita mangkuk (kata ust anuar).

Nak salahkan siapa???

Entahlah. Nak salahkan mak yang mengandung lagi ke? Kita semua dah besar panjang, dah cukup sempurna akal dah tahu dosa pahala, tahu antara hak dan yang batil.

Saya rasa bertuah sebab di lahirkan dalam keluarga yang jaga waktu subuhnya. Dari kecil di didik bangun subuh sehingga pukul 7 pagi untuk sembahyang dan mengaji. Walaupun kat sini kurang istiqamah sikit. Saya pernah di pukul kerana tertido masa wirid tapi terima kasih abah.

Kemana pulak mereka yang selalu bising ingin menegakkan islam?? Cukup dengan bercakap sahajakah?? Mana amalannya??

Masalah zaman sekarang, ramai yang tahu bercakap. Pidato mereka berdegar-degar, blog-blog mereka penuh dengan nasihat dan semangat tapi yang mana untuk mereka?? Syeikh nuruddin al banjari pernah mengatakan bahawa zaman sekarang bukanlah tiada orang untuk berdakwah tapi kurangnya idola ataupun model yang perlu di tonjolkan. Pada Zaman nabi dan sahabat, mereka lebih banyak beramal dari bercakap. Nabi sendiri adalah Al quran yang berjalan di muka bumi. Nah, mana kita??

Kemenangan islam akan tercapai bilamana sembahyang subuhnya sama dengan sembahyang jumaat.

Sempatkah kita???

Wallahu’allam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...