Sunday, March 28, 2010

jom heboh di kelantan

KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.
Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.
Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.
Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.
Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.
Konsert Jom Heboh TV3 yang berjaya dianjurkan buat pertama kali di Kelantan.
Konsert Jom Heboh di Kota Bharu berjaya mengasingkan antara penonton lelaki dan wanita serta pasangan berkeluarga.
sebahagian penonton wanita yang memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh TV3.
Sebahagian daripada puluhan ribu penonton yang memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk menyaksikan Konsert Jom Heboh dari dekat.
Kawasan yang dikhaskan untuk pasangan keluarga.

Saturday, March 27, 2010

peritonitis

2 hari lepas saya long case dengan supervisor, dr petrik. huh, berdebar jugak. satu je peluang lagi. tapi dengar kata dr ni tak pernah failkan orang( nk sedapkan hati). case yang dapat susah bagi saya sebab tak pernah jumpa. patient tu ada spontaneus bacterial peritonitis (sbp). kalu peritonitis tahu la. boleh la jawab sikit. bila masuk sbp ternganga la.

patient tu india. di diagnose dengan chronic liver failure sebab alcohol. tips yang doctor bagi, bila datangnya indian dengan complain with abdominal pain tanyalah pasal alcohol. kebanyakan ada. most common cause of liver failure adalah alcohol. bila di tanya mereka kenapa minum alcohol? jawapannya boring. boleh jugak...

saja nak bawa kisah arak di sini. walaupun bagi kita terang terang tahu bahawa ia adalah haram. ingat lagi kisah dalam entri KATANYA LILLAH? beliau telah memilih arak sebagai inducer untuk lebih beribadat. akhirnya dengan arak yang dia ambil menyebabkannya melakukan  penzinaan dan akhirnya pembunuhan. arak adalah kepala kepada segala kejahatan.

tahukah macam mana arak di haramkan? islam itu agama fitrah. islam tidak terus mengharamkan arak kepada pengikutnya. sebaliknya secara bertahap. sungguh bijaksana. pertama ia melarang minum arak ini dalam sembahyang sahaja. akhirnya pengharaman secara total..


kenapa arak di haramkan? dalam perubatan sendiri, template untuk kita take history mesti ada soalan mengenai arak ini. ia sangat bahaya. walaupun di sana ada kebaikan pada arak ini. pernah saya dengar ia boleh menguatkan tenaga batin dan dalam novel 'denyut kasih medik' ada mengatakan jika mengambil dengan amount yang betul boleh mengurangkan kanser. mungkin betul. al quran sendiri mengatakan ia mempunyai kebaikan tapi keburukannya melebihi kebaikan.

tapi, setelah banyak hujah yang kita dengar mengenai keburukan arak itu, pernahkah kita terfikir andai kata arak itu baik dari semua segi. apakah kita akan minum?

tepuk dada tanya iman. sudah tentu tidak. andai kata ia baik kita tetap akan turuti perintah Allah. biar apa orang sekeliling kita kata. itulah pendirian teguh. turutilah perintah Allah kerana ia adalah suruhan jangan kita sering mencari sebuah alasan. itu lebih cantik..

melihat negara kita pula yang masih menghalalkan penjualan arak secara terbuka. katanya banyak keuntungan, peluang pekerjaan dan pelancong asing. itu semua alasan. bank bank yang masih melabur dengan syarikat-syarikat arak ini membuatkan punca kewangan kepada umat islam di malaysia masih dalam tahap membimbangkan. punca makan minum mereka makruh. dalam feqah jika bercampur haram dan halal bermakna haram walaupun haram itu sedikit.

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 

long case grop saya dengan dr petrik yang bermula pkul 9 pagi hingga pukul 5.30 amat berbaloi. nak tercabut kaki ni tapi banyak yang saya belajar. selari dengan kehidupan saya yang baru. dalam entri akan datang. huhuhu

wallahu'alam

p/s: mula study dengan serious... semangat2..

Friday, March 26, 2010

asalkan tak lupa..

hidup kita penuh dengan kelupaan. selalu hanyut tiba-tiba. arus dunia sungguh cepat mengambil kita ke tempat lain. sering juga ia memesongkan arah pandu kita tanpa kita sedar. kita ingat bahawa kita berada di landasan yang betul. benar tapi niat sudah terpesong. begitulah ia sedikit-sedikit menjauhkan kita. sehingga suatu masa pabila datang suatu ujian kita cepat rebah. pada masa itu kita akan kembali semula. itu salah satu hikmah ujian dari tuhan.

contoh yang dekat adalah masa kita tengah belajar. kita belajar kerana Allah. sering kali kita berdoa untuk mempermudahkan segala urusan. selalu juga kita saling memperingatkan bahawa segala untuk Allah. tetapi bilamana dekat dengan exam ataupun assesment, kita mula gelabah. sehingga solat, baca Al quran dan amalan sunat lain kita korbankan. takdir result tidak menyebelahi kita maka masa itu kita mengingat kembali bahawa itu ujian Allah. maka kita terus istighfar....

masa kita berpaling dari tuhan, pernahkan kita merasakan itu satu ujian? sedarkah kita setiap detik dalam hidup merupakan satu ujian. Allah tidak pernah terpejam dari melihat kita. setiap daripada kita ada dalam pengetahuanNya. kemana kita mahu lari? kenapa kita mahu melupakanNya?

ingat lah tujuan kita. jangan ia di pandu arah oleh sebab musabab yang tidak berbaloi. dunia hanya tempat persingahan yang sementara. semua amalan kita harus ada tujuan yang satu. biar dimana kita berada Allah jua lah tempat berharap.

rasa nak tulis pasal ni lepas bertanya pada seorang sahabat. walaupun tahu ia satu gurauan. esok ada DEMO bantah karikatur nabi oleh denmark. pergilah dengan tujuan menunjukkan ketidak setujuan kita terhadapnya. kerana ingin menyucikan nabi kita dari sebarang fitnah. bukan sebab lain.

asalkan kita tidak lupa....

p/s: terambil moto sahabat tu. xpe kongsi2..

Sunday, March 21, 2010

ketawalah..



Dr Alvin Chang berkata:

Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu,

Beliau berkata beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.

"Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat.

"Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan,"

Dr Chang, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink, berkata terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.

Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekaligus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"


Walaubagaimanapun berguraulah dan ketawalah pada kadarnya. jgn sampai dikategorikan melampau sdhlah. sebolehnya kite cubelah tiru cara bergurau n ketawa  Rasulullah.di bawah ni ada sedikit info berkenaan ketawa menurut Islam. semoga bermanfaat pasa diri saya dan semua, insyaAllah.. ..

1)    Ketawa Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullahs. a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanyaketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum. (Muttafaq 'alaih)

Abdullah bin  Harits menyebut: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum  melebihi Rasulullah."

Beberapa sahabatnya pernah berkata ":Ketawa segala Nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan
gigi tanpa bersuara kuat.


2)    Gurauan Rasulullah:

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

  • Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

  • Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

  • Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "

Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".     -(di dalam Syurga kelak)

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

3)    Ketawa berlebihan tanda munafik :   

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk  bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin  Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82).Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

4)    Ketawa membuatkan hati mati dan hilang seri wajah:

  • Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi
  • Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif  daripada yang positif. 


 p/s: peringatan untuk diri sendri dan rakan rakan. ketawalah mengikut sunnah, jgn selalu serius k. kalu kita xnk ketawa jgn halang org lain ketawa.. bergurau juga sama.
        jgn jadi mcm baby kt atas tu. hahaha

wallahu'alam

Tuesday, March 16, 2010

kembara: kegagalan

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.


    Pernah ada yang menyebut bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN. Fahami betul-betul ayat di atas. “Takut kepada kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan “Takut kepada kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.


    Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth. Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run. Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali! Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!” Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!
Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.


Fikirkan kisah-kisah ini pula:


-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!


-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!


-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!


-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!


-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!


-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!. Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!


Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.


    Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

kepada yang gagal macam saya. gogogo....

Monday, March 15, 2010

kembara : pesanan untuk lelaki

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."
 
  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..

Saturday, March 13, 2010

SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.


Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.


Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).


Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.


Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.


Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.


Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.


Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).


Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.


Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).


Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.


“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.


“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.


Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.


Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.


Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.


“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.


Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

harakahdaily.

p/s: saje nk post bende ni. hehehe

dialog..


buat masa-masa krikital saya yang terpaksa reseat 2 posting menyebabkan hilang mood untuk menulis. beginilah hidup saya sepanjang mengambil coz medic. tidak pernah dapat bercuti lebih dari 2 minggu. Allah selalu menjaga saya supaya tidak terlalu lalai dengan bercuti. alhamdulillah.

tapi sayangkan blog ini kosong sepi tanpa pengunjung. blog ini teman setia saya. pembaca pun dah kira 'keluarga'. banyak yang bagi sokongan walaupun sekadar nama anon. terima kasih. blog ni juga tempat saya berdakwah secara bebas. berdakwah di luar memerlukan banyak aggravating factor. tambahan pula jika mahu berdakwah kepada non muslim. sungguh payah. jadi saya tinggalkan dialog yang menarik di bawah. moga terungkai segala persoalan yang mungkin kita tahu tapi tidak faham. moga ada manfaat.

Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.

    Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:

    Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
    Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
   
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya? , Pada tahun berapa Dia ada?
    Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
   
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
    Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
   
Atheis : Ya.
    Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
   
Atheis : Tidak ada angka (nol).
    Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

    Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
    Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
    Atheis : Ya, sudah tentu.
    Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
    Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
    Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

    Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
    Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
    Atheis : Ya, pernah.
    Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
    Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
    Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
    Atheis : Ya, masih ada.
    Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
    Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
    Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!

    Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
    Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
    Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
    Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

    Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
    Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
    Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
    Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
    Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
    Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

    "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanyak Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanya an saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.


wallahu'alam

Wednesday, March 3, 2010

datang dan pergi..

malam sebelum osce saya dapat berita yang menggembirakan. emak telefon memberitahu yang kak ipar saya telah masuk hospital untuk bersalin. katanya mungkin dapat anak lelaki sebab saya pun di lahirkan pada hari yang sama iaitu hari isnin. pukul 11.04 malam abang saya sms, saya dapat anak buah ke 2. baby boy. bukan main gembira ni. setelah lama dalam keluarga kami tak di lahirkan anak lelaki, saya merupakan lelaki yang terakhir. akhirnya malam itu jawatan saya telah pun di lucutkan. alhamdulillah...

pada malam yang sama, pukul 11.45 malam, sahabat saya dari azhariah telah kembali ke rahmatullah di HUSM kerana h1n1. begitu saya tidak dapat mempercayainya. masih muda. sama umur dengan saya. walaupun tidak rapat kerana lain jantina tapi saya masih dapat terbayang mukanya. tiba-tiba hati saya berdebar. sering kita membicarakan untuk mengingati mati, malam itu saya rasa dekat dengan kematian. baru terasa perasaan bahawa ajal maut tak mengenal usia. alfatihah...

begitulah kdehidupan kita. sering ada yang datang, sering juga ada yang pergi. tiada yang kekal selamanya. sejauh mana kita menolaknya, dia akan datang. sejauh mana kita merintih memintanya, dia akan pergi. sunnah kehidupan memang begitu. janganlah terlalu kita berharap akan sesuatu. serahkanya pada yang MAHA SATU.

Manusia merancang,Allah Merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH
tapi apa yang kekal?

yang kekal hanya ALLAH. jika kita yakin Allah itu kekal pasti kita akan selalu denganNya. sentiasa rindu ingin berjumpa denganNya . mustahil kita akan mengecewakanya. mustahil kita kita akan melanggar perintahnya. Allah sentiasa ada dan tahu akan keadaan setiap hambaNya.

baby baru ni ada masalah sedikit, tak dapat keluar hospital lagi. katanya akibat meconium aspiration. tapi kami yang belajar medic ni confius bagaimana bleh berlaku. apapun, doakan dia selamat kerana zuriat hafiz dan hafizah ini insyaAllah bakal menjadi salah seorang pejuang agama.
buat nazariah, doakan ditempatkan bersama mereka yang solehah. amin..

dari Allah kita datang dan kepada Allah kita di kembalikan


p/s: hari ni pergi hospital serdang dan jumpa family. tapi xtau nak blik umah bler.huuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...