Wednesday, April 21, 2010

harapan..

tadi ada konsultant ward round dengan prof harlina. walaupun di panggil ward round tapi prof nk buat tutorial tambahan pulak ramai yang tengah short case. sedikit sebanyak terubat la sedikit tekanan yang ada. betul betul tertekan. nak tulis kat facebook mcm pendek, so tulis la kt sini. 5 minit je pun.

seperti biasa prof akan selitkan motivasinya. tu yang tak stress bila ada meeting dengan dia. tadi dia beritahu bahwa setiap kita pada masa belajar ni seperti membuat sebuah kolam. dalam mana kolam itu mereka sendiri yang tentukan. jika dalam kolam itu pasti lah banyak yang dapat hidup dalamnya. ikan ikan besar pun boleh. kalu kecik macam lopak air, berudu pun belum tentu lagi nak hidup. dan exam itu nanti seperti memancing. doctor akan memancing dalamnya. jika dalam ikan yang dia nak maka gembiralah keduanya. jika tidak, plakton je yang dapat. entah perasan ke tak kewujudanya.

prof ada jugak berkongsi bagaimana nak gembira dengan belajar ni. satu caranya adalah belajar untuk mengajar. macam ust hasrizal jugak. bila kita memikirkan untuk memberi, kita pasti akan memcarinya dengan sedalam mungkin dan prepare soklan2 yang akan di tanya. betul2...

banyak lagi sebenarnya. saya cuma tulis sedikit je. sekadar luahan agar hati bertambah tenang. betul2 penat sekarang, exam medicine hari jumaat tapi posting ong belum habis.

ya Allah, hamba-hambaMu ini sangat lemah. pemudahkanlah segala urusan kami. segalanya kami berserah padaMu. tak pernah sedikit pun kami berjaya tanpa izinMu. bukakan dan lembutkanah hati pemeriksa kami. sungguh segala yang kami kami lakukan atas mencari redhaMU.

amiiiin...

Sunday, April 18, 2010

ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Bagaimana sahabat, tersentuh kah hatimu, moralnya Luahkanlah rasa kasih dan sayang kepada ibu kita, semasa ibu kita masih hidup. Ini mungkin agak ganjil dilakukan oleh kita. Ini mungkin kerana budaya Timur, tetapi untuk orang Barat meluahkan kasih sayang terhadap ibu atau bapa, isteri atau suami dan anak adalah perkara biasa bagi mereka (mengikut pengalaman sendiri).

p/s: betul2... tersentuh x?
      teringat mase kecik2.. sayang maaa

Friday, April 16, 2010

tenat...

dah hampir 2 minggu berada dalam posting O & G. banyak benda yang baru saya tahu walaupun dah mengikuti posting ni selama 8 minggu. biasalah, hidup sebagai survivor. masa-masa ni la hormon semua meningkat untuk belajar. adoyai...

semalam entah patient yang kali keberapa saya jumpa melahirkan anak luar nikah dalam minggu ni. tu dalam wad merah sahaja. wad lain tak tahu la sangat. minggu lepas jumpa kat labour room. umurnya baru 19 tahun. chinese. menempuh hari yang seksa baginya keseorangan. tiada teman. tiang lampu jugak yang jadi tempat dia berpegang. kesiankan. nasihat midwife tu kat saya dan wan kacak

"jangan jadi lelaki macam ni"

insyaAllah....

cukuplah itu semua menjadi indicator kepada kita bagaimana keadaan umat sekarang. belum masuk yang tak datang hospital hukm ni, belum juga masuk yang pakai protection, malah belum masuk yang lahir sendiri dan buang anak merata-rata. tenat....

 pernahkah kita terfikir sejauh mana usaha kita dalam mengubati masyarakat sekarang?  berada dalam bidang perubatan saya sering kali mendengar bahawa peluang dakwah kita amat luas. kerana kita selalu bersama dengan mereka. mereka yang berada dalam kesakitan dalam segi mental dan fizikal. dalam keadaan mereka lemah mencari tempat bergantung. kita lah menjadi kepercayaan mereka.

tetapi setakat ini, bagaimana? ataupun kita masih mengatakan bahwa berada dalam proses ke arah itu?  perlu ada status DR dahulu? bila ada status itu, mungkin kita hendak tunggu habis housemen officer kerana sangat busy, lepas tu lepas menjadi specialist kerana lebih di hormati. bila harus proses itu akan berakhir? manusia sering mencari alasan...

menjadi seorang pendakwah bukanlah mudah. bukanlah pendakwah itu lahir dengan tiba-tiba. ia memerlukan proses pembelajaran. bukan sahaja ilmu dan fakta yang perlu di raih bahkan pengalaman, pembentukan jiwa dan skill juga perlu. saya akan cuba huraikan dalam tulisan yang lebih serius.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl: 125)

susahkan? saya sendiri pun tidak punya kekuatan. lain situasinya kita berdakwah dalam surau dengan luar surau dan mereka yang tidak di kenali sedangkan merekalah yang perlu di utamakan. dalam kontek dakwah ini saya kagum dengan pembawaan jemaah tabligh. sudin ajaib tidak termasuk. rindu pulak nak join mereka. dah berapa tahun tinggal. banyak yang saya belajar dari mereka.

'ya Allah, bukalah simpulan pada lidahku agar mereka memahami apa yang hendak aku sampaikan'

wallahua'llam

p/s: minggu depan short case O n G dengan dr lim ps.. praktis2

Monday, April 12, 2010

bahagia...

hari ni terpaksa tidur lebih. dari pukul 10 pg hingga pukul 4.30 sebab saya kena allergic reaction. badan habis gatal dan broncoconstriction menyebabkan batuk dan susah nak bernafas. semua gara-gara first time makan paru-paru ( ikut tawi la ni). tak sangka pulak dapat bende ni sebab dah berapa tahun tak kena. dulu saya allergic dengan daging lembu. pelik kan? nak kata semua ahli keluarga pernah kena tapi resolve selepas meningkat dewasa.

hidup ni seperti berjalan ke hadapan yang gelap. tak pernah kita tahu apa yang akan kita alami. antara baik atau buruk. semuanya bukan dalam pengetahuan yang lemah kita ini. ada kala ia terjadi seperti yang kita sangkakan. ada juga berada di luar jangkaan.

sebelum lahirnya nabi Muhammad saw, pintu langit itu terbuka membuatkan iblis-iblis dapat masuk melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan. membolehkan orang kafir melalui perantaraan para penilik tahu apa yang terjadi. contoh sejarah adalah bagaimana firaun mengetahui bahwa akan lahir seorang dari bangsa quraisy yang akan menjatuhkannya yakni nabi Musa. meskipun begitu setiap sesuatu itu berada dalam gengaman Allah. orang yang di takuti itu akhirnya di besarkan oleh nya sendiri. hebatkan percaturan Allah...

tidak salah andainya kita sering berharap kepada sesuatu. inginkan sesuatu itu berada dalam lingkingan perancangan kita. tapi kita jangan lupa bahawa Allah lah yang paling berkuasa. apa yang perlu kita buat adalah memberi ataupun menjadi sebaik yang mungkin. pasti kita tidak kecewa.

usah kecewa andai bukan semua milikmu, usah juga kecewa andai kau tidak di dengari, usah kecewa andai kau tidak punya peluang, usah kecewa andai kau di ketepi, usah kecewa andai kau di sakiti kerana semua itu bawah perancangan Allah. Dia hanya menunggu masa untuk memberi kamu satu kebahagiaan.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya
p/s: menjadi kanak-kanak la paling gembira kan?

Tuesday, April 6, 2010

kebergantungan

malam ni entah kenapa hati rasa tak tenang. bercampur baur perasaannya. antara situasi sekarang, lepas dan akan datang semua ada. saya tak suka perasaan ni. buatkan saya tak senang. tak dapat tidur lagi. esok ada ward round dan specialist ward round. belum masuk 2 partogram yang saya kena buat. kenapakah???

makin lama saya fikir makin sedar bahawa kebergantungan saya kepada Allah semakin jauh. semakin saya tidak yakin semua kejadian adalah kehendaknya. semakin saya tidak dapat menerima suatu realiti. semakin saya pentingkan pandangan manusia. semakin ego saya meninggi. kenapakah??

saya tidak boleh berterusan begini. saya rindu berada dalam taman tasauf. rindu mulut yang tak lekang berzikir .rindu setiap denyutan ada Allah dalamnya. rindu setiap amal tiada riya' padanya.  rindu berkhalwah denganNya. rindu berada dalam taman-taman syurga. lagu bawah ni menyentuh hati..

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way,
the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

Saturday, April 3, 2010

kerana dirimu begitu berharga..

"kesian kat perempuan, lelaki rilek je" kata sahabat perempuan saya masa study group baru-baru ini.

saya terdengarnya walaupun dia berkata dalam perlahan. pada masa itu kami sedang berbincang mengenai contraceptive yang merupakan salah satu subjek dalam modul obstetrik dan gynaecology ataupun peranakan dan sakit puan. bila kami membincangkan dalam pregnancy, kompilasinya, apa yang patut perempuan buat. terpaksa makan pill itu dan ini. ada juga yang kena masuk alat. ada juga yang terpaksa buang organ peranakan terus. bagaikan tidak adil bukan. seperti segala yang di lakukan hanya untuk insan bernama lelaki. saya cuma tersenyum.

saya tersenyum bangga dengan agama yang saya anuti. kerana islam itu syumul. tidak dapat untuk kita mencari mana lubang yang tidak di bincangkan. termasuklah wanita. apa yang akan wanita alami Allah maha mengetahui. betapa adilnya islam dalam melayani wanita. tapi layanan ini hanya dapat jika kita betul-betul yakin dengan islam itu sendiri. mari kita membaca hadis-hadis di bawah ini.

1) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8) Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya", "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"; Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

14) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16) Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18) Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19) Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

seperti sedia maklum, nabi di utuskan membawa islam dan salah satu perubahan yang besar di lakukan adalah mempertahankan hak wanita. pada zaman jahiliyah wanita di layan seperti binatang. malah ada ahli sejarah mengatakan pada zaman itu mereka hampir -hampir tidak dapat membezakan wanita dan binatang. mempunyai anak wanita adalah penghinaan bagi mereka. tapi islam meletakkan wanita itu sama taraf dengan lelaki. sebagai manusia makhluk terbaik di cipta Allah.

apa yang menyedihkan sekarang adalah kita semakin kembali ke zaman jahiliyah itu. tidakkah kamu perasan bahawa wanita kembali di gunakan. lihat sajalah iklan-iklan pasti ada wanita sedangkan tidak punya kaitan pun. wanita sekali lagi di pergunakan.

sedarlah bahawa islam itu amat memerlihara wanita. wanita ibarat sebuah permata yang mana kecantikan dan keperibadiannya di pandang seluruh manusia.  yang paling cantik itu adalah yang di jaga rapi. tak mudah untuk sesiapapun melihat apalagi menyentuhnya. berada dalam bekas yang cantik syariatnya. dihiasi dengan bunga- bunga peribadi sunnahnya.

sedarlah wahai muslimah
kerana dirimu begitu berharga....


wallahu'alam

p/s: posting O n G paling seksa bg lelaki.. adoyai..
      kesahihan hadis x dpt di pastikan. sila rujuk ahli hadis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...