Monday, May 31, 2010

syahid..

perasaan saya bercampaur baur bila mendengar berita serangan israel kepada bantuan ke gaza. tak tahu adakah hendak gembira dengan syahidnya 16 orang itu. atau geram dengan kekejaman israel laknatullah. ataupun sedih sebab melihat islam tak mampu melakukan apa pun. yang pasti perasaan sedih itu melebihi yang lain.

sedih betul perasaan ini. bagaikan kita di ikat kaki dan tangan manakala di depan mata kita ahli keluarga di seksa dan di bunuh dengan kejam. di bunuh tanpa ada siapa membela. bagaimana perasaan tu. rasanya tak sanggup. bunuh la saya sekali. saya lebih rela berada di tempat mereka yang di bunuh daripada yang di ikat.

dalam keadaan kita sekarang, apa yang boleh kita buat selain berdoa? boikot? derma? semua itu tak bisa memadamkan perasaan ni. sehingga lah datang janji Allah bahawa kemenangan di tangan islam. teruskan sampai kepada hari itu.

tapi sejauh mana kesedaran kebanyakkan manusia. daripada status ym pun dah tahu. siapa yang ambil  tahu dan siapa yang buat tak tahu. isu palestin ni sering tenggelam timbul di kalangan kita tapi bagi mereka di sana penderitaan tak pernah tenggelam. kita sering hanyut dengan kemewahan yang ada. bravo, berjayalah yahudi dan nasrani untuk pecahkan kita. menjadikan sempadan negara, visa dan passport sebagai tembok.



syahid adalah cita-citaku...

Thursday, May 27, 2010

aku bimbang....

aku bimbang...
bagaimana kalau besok aku mati mendadak? sembahyangku masih banyak yg belum terqada'. puasaku masih ada yang belum berbayar. kewajipanku masih banyak terbelangkai. hutangku masih berlambak-lambak.

aku bimbang...
aku sering menasihati orang, tapi aku sendiri masih belum melakukannnya. bagaimana jika di persoalkan di hadapan Allah nanti. malulah aku di saksikan oleh sekelian manusia. lebih malu berada di depan Allah dan nabiku.

aku bimbang..
aku sering mengikut hawa nafsu. mata tak mampu aku jaga. inikan pula hati yang terselindung dari manusia. makan minumku ikut suka hatiku. amarahku sering tak terkawal. beginikah aku yang hendak berhadapan dengan Allah nanti?

aku bimbang...
apakah aku akan disambut senang di alam barzakh oleh munkar dan nakir dengan wajah yang manis atau sebaliknya? apakah aku akan di belasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh. apakah aku dapat menahan sakit bila ular kubur yang datang menggigit kerana sembahyangku yang kurang. apakah al quran yang ku baca datang melindungi aku atau datang melaknat aku kerana tidak menunaikan haknya..

aku bimbang...
imanku masih terumbang ambing. aku tidak dapat menjadi model yang terbaik. adakah ada orang yang mendoakan aku didalam kubur nanti? adakah di sana ada orang yang menyedekahkan al fatihah dan surah surah al quran kepada ku? hilang aku dari pandangan maka hilanglah aku dari kenangan. begitukah..

aku bimbang... sangat bimbang..
amal ibadatku amat kurang. lebih mnyedihkan ia mengikut mood yang datang. bukan merasakan sebagai seorang hamba yang serba kekurangan. sering berasa diri seorang yang terbilang. taubatlah engkau sekarang. selagi nyawa di kandung badan. berhentilah menjadi sahabat kepada syaitan. agar hidupmu berada dalam keredhaan.

Friday, May 21, 2010

concernkah?

malam ni saya rasa marah. marah dengan sesetengah orang yang saya kenal. mereka yang bergelar muslim. yang mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. yang tiap harinya berhubung dengan Allah 5 kali sehari. pada tiapnya menyebut selawat keatas nabi. dan setiapnya juga memperbaharui janji setia.

saya akui setiap orang punya cara tersendiri. setiap orang punya pandangan sendiri. tapi bila mereka mempersoalkan tindakan saudara kita yang lain, mereka yang concern terhadap nabi yang selama hidupnya tak pernah tidak memeikirkan tentang umatnya. sehingga saat- saat ajalnya masih merisaukan ummatnya, yang  memboikot. itulah yang saya marah.

walaupun benda yang berlaku hari ini bukanlah baru. jika korang layari internet dengan lama pasti juga berjumpa dengan banyak karikatur yang begitu hina. bukan sahaja itu mereka juga mempersendakan al quran dengan membuat cerita yang jijik kepada asbabun nuzul sesuatu ayat dan hadis. concernkah kita?

saya teringat tentang sejarah bilamana maruah islam begitu tinggi. pabila seorang yahudi mengacau seorang muslimat dengan menyelak kainnya. berita tersebut sampai kepada pemerintah islam di negara lain. dan pemerintah itu mengisytiharkan perang kepada mereka. itu kalu seorang muslimat. inikan pula nabi kesayangan kita Muhammad saw. concernkah kita?

bila mereka ini mengatakan banyak lagi cara lain untuk menunjukkan kemarahan. memang benar. kamu ingat orang muslim semua bodoh? semua cara itu telah kita sedaya upaya laksanakan. bermula dengan pemerintah hingga kepada rakyat. segenap penjuru kita masuk. adakah kamu salah seorang dari padanya???

semua itu menunjukan kita lemah katanya. kita lemah bila kita tidak bersatu. kerana ada orang macam kamu kita lemah. bilamana ramai yang hanya bercakap dan tak memberi sebarang sokongan kita lemah. bersatu adalah sunnah yang di tunjukkan oleh Allah dan rasul. kamu rasa kenapa kita di wajibkan keatas lelaki untuk sembahyang jumaat. agaknya kenapa kemenangan islam itu pabila subuh berjemaahnya sama dengan sembahyang jumaat?.  agaknya kenapa haji itu dilakukan hanya di mekah? itulah syiar. syiar islam.. adakah kamu salah seorang darinya??

sudah tiada apa yang mahu saya katakan. cukuplah jika kamu boleh merenung kembali. islam sedang berada dalam keadaan asing. biar orang kata lemah atau gila. tak kesah. itu yang nabi ajar. jika tidak bersetuju, tidak mengapa. saya bukanlah orang yang tahu. tapi saya CONCERN..

wallahua'lam

Thursday, May 20, 2010

tampan dan kuat

Nak tahu di mana Ketampanan Lelaki?
Ketampanan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang tampan adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata ITTAQULLAH..
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Dan dimana Kekuatan Wanita???
Dan, Kekuatan seorang wanita bukan kepada ototnya, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 wallahu'alam
p/s: sekadar  renungan.. kalau senyum pun dah dikira berjaya...

Wednesday, May 19, 2010

anonymous atau posmen

kadang kadang rasa menyesal la pulak letak nama sendiri kat blog ni. walaupun nama ni jarang-jarang jadi nama orang sebab ada AL. tapi orang tetap tahu sebab kebanyakan yang baca adalah kawan-kawan je. kalau rahsiakan, sapa yang nak baca pulakkan. takkanlah diorang ni tiba-tiba nak baca sedangkan beribu-ribu lagi blog yang lebih menarik dari ini.

dengan keadaan sekarang saya dengki pulak dengan anonymous-anonymous dalam blog ni. best je diorangkan. komen mengomen. taukah kamu betapa saya hendak tahu siapakah gerangan tuan anonymous sekalian?

selain dari keadaan sekarang, saya juga macam ada resistant bila menulis. terutama hal politik. maklumlah, masih seorang pelajar. katanya tidak boleh berpolitik. nak komen banyak-banyak pun susah jugak. padahal isu-isu yang ada bukanlah politik sangat. tapi lebih kepada kelemahan seseorang. saja ia di politik kan untuk menutup kelemahan itu dan menjaga kepentingan-kepentingan peribadi.

tahukah bahawa kita sebagai pendakwah ini seperti posmen. kita menghantar surat-surat atau amaran yang dikirimkan oleh Allah. kenapa mahu di salahkan kita? adakah bila posmen menghantar surat amaran untuk memotong elektrik, kamu akan memarahi posmen itu? tentu tidak. yang menjadi masalah antara TNB dengan tuan rumah itu.  sebagai orang tengah apa salah kita?

jadi, untuk diri saya sendiri. tak perlu menyembunyikan diri. sampaikan walaupun pahit. kerana tidak ada satu kesalahan pun padanya.


kepada gerangan anonymous yang hadiahkan quran pada saya, belum saya ucapkan terima kasih. jazaka/illah. quran ni telah menjadi satu-satunya quran saya kat kolej setelah yang asal tertinggal kat tanjung karang. moga setiap amalan saya dengan quran ni ada ganjarannya kepada kamu.

wallahua'lam

p/s: masa terluang ni banyak pulak baca pasal politik. hurmmm..

Tuesday, May 18, 2010

pedih...

segala pujian hanya layak bagi Allah, pencipta sekelian alam. yang mentadbir seluruh alam menjadikan setiap planet sentiasa  berputar pada paksinya, air mengalir mengikut arusnya, dan udara yang tak pernah pernah habis di sedut oleh makhlukNya. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi SAW yang merupakan kekasih Allah, sebagai rahmat untuk sekelian alam. menunjuki haluan jalan kepada tiap-tiap orang umatnya. meninggalkan khazanah yang  tidak ternilai yang di jamin keberadaanya supaya kami tidak melencong ke jalan yang di murkai pencipta.

lama sudah rasanya tidak menulis. walaupun masa begitu banyak terluang tapi tanpa akal yang sempurna tidak dapat jua melembarkan dakwah di alam maya ini. walaupun kita ada satu kelebihan tapi tanpa kelebihan lain belum tentu mendapatkan kita melakukan sesuatu matlamat.

begitu juga islam. kita tidak di gelar muslim jika hanya yakin dengan Allah dan rasul sahaja. sifir dalam rukun islam itu tidak sama dengan matematik yang kita belajar. 3-1=2. tapi dalam islam tolak je satu jawapannya 0.

paling orang tidak yakin mungkin adanya pembalasan hari akhirat. jika kita yakin dengan semua itu mana mungkin timbul isu penghalalan judi, zina, buang bayi, rasuah, mengumpat dan lain-lain. kalau nak di listkan banyak sangat.

adakah mereka tidak percayakan setiap yang buruk itu ada balasannya walaupun sebesar zarah. adanya neraka yang  di cipta khusus dan yang paling ringan boleh membuatkan otak menggelegak.

Ath-Thabrani meriwayatkan; “Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang.Kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;

“Wahai Jibril,belum pernah aku melihat engkau berubah rupa.” Jibril berkata; “Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka.” Rasulullah SAW bertanya; “Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan neraka!” Jibril menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih.Lalu Dia memerintah supaya menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah.Dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi,sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat.Tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya.

dan Allah telah memberitahu dengan jelas siapakah penghuni-penghuni neraka ini.
Al-Baihaqi meriwayatkan; “Umar RA membaca ayat;
(( إن الذين كفروا بئا يتنا سوف نصليهم نارا كلما نضجت جلودهم بدلنهم جلودا غيرها ليذوقوا العذاب إن الله كان عزيزا حكيما ))
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka.Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah an-Nisa’:56)
Dia lalu berkata; “Wahai Kaab,cuba tafsirkan ayat ini!Jika kamu benar,aku terima.Jika kamu bohong,tidak kuterima.” Kaab berkata; “Sesungguhnya kulit manusia dibakar dan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali.” Umar berkata, “Kamu benar,”
Al-Baihaqi meriwayatkan; “Bahawa dalam menerangkan ayat tersebut,Hassan al-Basri berkata, “Api itu memakan mereka setiap hari tujuh puluh ribu kali.Setiap kali selepas dibakar,dikatakan kepada mereka; “Kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”


tetapi adakah mereka sedar ? mungkin tidak kerana kerana mereka tidak yakin...


wallahua'lam


Friday, May 7, 2010

lesen judi..

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

asli capital market summit 131107 awang adekTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

worldcup2006 cup 100606 germany costaBeliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
sumber: malaysiakini


-tak faham la dengan cara org islam ni mentadbir.. negara islam la sangat..
duit haram dapat rakyat malaysia nikmati bersama.

Tuesday, May 4, 2010

kalau bukan kerana syurga..

ok ke?

soalan biasa beberapa hari ni. tipu la kalau saya katakan 'ok'. sape yang ok dengan keadaan ni . siapa yang tak sedih melihat kawan-kawan berjalan. tak sedih bila rumah tiba-tiba jadi sunyi. tak sedih bila orang lihat semacam je. lagi sedih bila orang buat donno je.

banyak semangat yang di beri juga sejak itu. dari sahabat khususnya. menunjukkan prihatinya mereka. terutamanya hafiz. dah macam mak lagaknya( jgn marah). sahabat lain yang terasa. mungkin juga yang sedang menunggu masa yang sesuai. terima kasih di ucapkan. kalau ada perkataan yang lebih berharga yang dapat di tulis pasti saya gunakan ia. korang la sahabat dunia akhirat.

keluarga pun tak lupa. walaupun kami bukan yang jenis meluahkan bicara tapi mesaj dan blog menjadi medannya. terima kasih jua. mungkin semua menerima dengan terpaksa. nak salahkan siapa? saya? examiner? or Tuhan?..

paling kelakar bila mendengar jawapan abang, "mujurlah boleh belajar lagi, boleh cuti, boleh berjalan-jalan lagi. kalu keje xde dah sume tu" katanya kat mak saya. adoyaai...

tapi yang paling penting Allah dah pujuk saya dengan tajuk di atas selepas saya frust dengan teori OnG ari tu. saya melihatnya di blog saifulislam. walaupun isinya saya tak baca tapi tajuknya dah memberi seribu makna. terima kasih Allah..

tidak aku membawa diri,
tidak aku persalahkan sesiapa,
tidak aku berputus asa,
tidak aku tinggalkan segala,
akan aku terus berusaha,
akan aku terus meminta padaNya,
kalau bukan kerana syurga..

“we don’t know when we will b strong enough until the day that we have no other choice except being strong!!!”

kata kawan saya..
there is no other choice for me...

kepada sahabat satu batch, jangan korang cuba perlahankan perjuangan korang. aku tengah kejar korang sekarang. jangan bagi aku potong korang.

"janganlah kamu lemah, jangan pula kamu berdukacita sedangkan kamu orang yang lebih tinggi jika kamu orang beriman" al imran 139

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...