Friday, July 30, 2010

adil..

hari tu ada mengikuti ceramah baitul muslim. di akhir-akhir penceramahan, ustaz itu mula hendak menimbulkan kontroversi. kontroversi apa lagi kalau pasal baitul muslim, mesti la poligami. tapi sayangnya dia menanyakan lelaki iaitu saya. jawabnya boleh la. kriteria dia mesti la berkemampuan. kemampuan macam mana? dari segi boleh adil dan kewangan. tak jadi sangat la kontroversinya bila tambah muslimat yang xd respon yang menarik.

bagaimana adil tu? dia bertanya tapi tiba-tiba xnak saya jawab sedangkan memang ada jawapan pun. kalu xnak xpe la... saya pun malas nak jawab. saya lagi suka menulis.

bagaimana adil ek.

seperti yang dah ramai tahu. maksud adil yang ulama bahaskan dalam hadis  7 golongan yang berada di bawah bayangan Allah di hari kiamat yang saya belajar mase sekolah menengah dulu adalah meletak sesuatu pada tempatnya. so, zalim adalah bila kita tidak meletak sesuatu pada tempatnya.

ada juga orang kata adil itu sama rata. betul ke?

jika membicarakan tentang baitul muslim. bagaimana adil suami itu. contohnya seorang isteri itu size xl dan sorang lagi size m. bila kita  membeli kain untuk di buat baju, adakah perlu sama meternya? tidak. size xl perlu di beri lebih dan size m pelu di beri kurang. itulah yang di maksudkan adil. takrifan sama rata salah sama sekali.

sama juga aplikasinya dalam setiap perlakuan kita. jika kita seorang pemimpin, pemilihan bawahannya perlulah pada kelayakannya. adakah doktor hendak di suruh menjadi engineer? itu zalim namanya. walaupun kita melihatnya adalah perkara kecil tapi hati orang itu perlu di titik beratkan. di doanya kita nanti. doa orang di zalimi ni tiada hijabnya.

macam-macam lagilah contoh yang ada. kroni ke, berpolitik ke, pandangan ke. pandai-pandai la relate k. kritis2...

jagalah perilaku dan sentiasalah berlaku adil...

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih) 

wallahua'lam

p/s: gambar dacing x bermaksud umno itu adil.. gambar tu adalah gambar neracaislam. hehe

Tuesday, July 27, 2010

jahil...

 hari tu ada usrah  'kuiz' dengan dr aziz. kuiz yang di bagi ada 30 soalan. tapi yang dapat di jawab boleh kira dengan jari. buat malu je. rasa jahil betul masa tu. baru rasa yang diri ini kurang ilmu. diri yang selama ini bangga dengan pengetahuan agama yang ada. yang selalunya membanding diri dengan adik-adik sebenarnya jahil.

tidak dapat di nafikan bahawa ilmu itu luas. selagi mana kita belajar pun tidak akan habis. sebab itulah di dunia ini ade mereka yang subspecialty. mereka punya kepakaran dalam bidang masing-masing. tapi itu semua tidak menolak kewajipan kita untuk mempelajari semua ilmu.


tapi ilmu itu terbahagi kepada yang fardhu ain dan fardhu kifayah. persoalannya disini fardhu ain dah lepas ke belum? ataupun tahukah ilmu yang wajib kita pelajari? mungkin ada yang mengatakan ilmu agama. benar.. cabang mana yang wajib kita pelajari? kalu yang ni pun tak tahu masakan ilmu lain kita perlu pelajari. kerana kalau pernah kita belajar kitab dari kulit ke kulit dan bukan internet semata-mata pasti muqadimahnya menyebut kepentingan masing-masing.



tidak malukah kita, di gelar sebgai naqib/naqibah, murobbi, pendakwah, pejuang islam sedangkan asas islam itu tidak kita ketahui. adakah kita hendak berdakwah untuk memasuki islam lepas tu di biarkan saja lantaran kita yang jahil. ataupun sekadar dapat membawa manusia itu ke surau dan merasakan dah berjaya. rasanya konsisten tak mereka itu.


lebih menyedihkan, mereka yang bergelar diri sendiri ini tidak mengamalkan apa yang di beritahu. apa yang mereka mahu mad'u buat. sedih benar... katanya sembahyang jemaah itu tuntutan tapi subuhnya dalam bilik bersama gajah. katanya berdakwah itu kewajipan setiap muslim tapi tidak kurang menyekat pendakwah. paling menyedihkan bila sesama mereka saling dengki mendengki. kalau beginilah cuba tanya, kita ni nak bawa masyarakat ke mana? jahiliyah atau cahaya?

....liciknya syaitan, mudah saja sang dai'e tersungkur. Akhirnya dia bermujahadah bukan lagi untuk mardatillah,tapi untuk kecintaan pada penyokong yang ramai, pangkat, pejabat besar dan puja puji manusia. Lebih parah, apabila memandang semua pendakwah yang tidak berjuang dijalannya atau 'melalui fiqrahnya' sebagai... bacul, tercicir di jalan dakwah, hanya berjuang dalam comfort zone... (ubahsuai, Zaharuddin.net)

 

semoga Allah bersama kita yang berjalan di jalan dakwah ini.


apa yang saya nak tekankan disini adalah kita ini jahil. amat tidak banyak yang kita tahu. bagaimana dengan amalan pula nanti. teruskan belajar. jangan sedikit pun merasa bosan. perancanga saya untuk tahun ni paling kurang la. tak perlu banyak yang penting istiqamah dan matlamat.

1. habiskan tafsir juzu' amma oleh ust zahazan dan bro nouman ali khan
2. fiqh manhaji mazhab syafie
3. sirah nabawiyyah ( peperangan rasul) by TGNA
4. madrasah hassan al banna by dr yusuf al qardawi
5. jalan dakwah by mustafa masyhur

masih tak rasa malu??


wallahu'alam

Friday, July 23, 2010

terimalah aku..

susahnya nk merasakan Allah itu sentiasa berada bersama. kerana sering kali kita melupakannya. di lupakan kerana urusan dunia. tanpa sedar yang pandangan Allah tak pernah berpaling.

sering kita rasa apa yang kita ada milik kita. atas keupayaan kita. lupa akan kita yang sering meminta-minta tanpa jemu. selepas nikmat itu di kecapi Allah kita lupakan. tidak sedar yang semua itu tidak layak bagi seorang hamba.

pernahkah kita tertanya, akan terimakah Allah pada kita. dengan dosa-dosa yang di lakukan dan akan di tayangkan nanti. masihkah kita punya harga untuk meminta rahmatNya.

pada saat-saat itu, kita tercari- cari akan satu batang tubuh. di lautan manusia yang berjuta-juta. kadang-kadang kita tenggelam terkapai-kapai. dan baginda sedikitpun tidak menoleh apalagi mahu menatap lama.

dan kita terus merayu, terimalah aku...

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
mula menerjah di ruang fikiranku
bayangan dosa silam mengusik hati
tanpa sempatku bendungi lagi

sering tertanya
adakah derita tiada hujungnya
apakah air mata tiada ertinya
mengapa harus aku terleka dan juga alpa
bahwa dunia sementara cuma oh oh

sekian lama aku meniti bara-bara dunia
mencari segenggam rahmat sinaran iman
dicelah tadahan doa
jua amalan ini agar hidup matiku hanyalah untukMu

terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
di atas rahmatMu yang Engkau limpahkan
bagaiman harus aku membalasnya
tanda cintaku kepadaMu

Kau kekasih hatisekian lama aku meniti bara-bara dunia
mencari segenggam rahmat sinaran iman
dicelah tadahan doa
jua amalan ini agar hidup matiku hanyalah untukMu
moga kutemui sinaran suci di sebalik onak duri tajam menikam
biarpun luka, pasti berbisa
darah mengalir pekat, oh selamanya
akan ku capainya jua

Terimalah aku, kulemah tiada berdaya
selaut kasihmu akan kutadah
biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terimalah dari segala taubat

hijaz

Tuesday, July 13, 2010

malaysia yang lucu

dua tiga hari ni saya rasa lucu dengan malaysia ni. lucu dengan pimpinannya apatah lagi rakyatnya sebab ia sebuah negara demokrasi. bagaimana 'penyelarasan harga' di jalankan. dan bagaimana pula pimpinan respon dengannya. mereka ini tidak risau akan kenaikan ini sebab melayu itu mudah lupa dan layu. setahun dua nanti lupa lah dan kembali bersyukur dengan pimpinan yang ada. hahaha...tiba-tiba saya berasa bodoh sebab berada di bawah orang yang bodoh.

http://www.malaysiakini.com/news/137607
http://www.malaysiakini.com/news/137574
http://www.malaysiakini.com/news/137536
http://www.malaysiakini.com/news/137550

tertarik saya pada kisah presiden negara besar dunia. walaupun dari segi akidah tidak sama tapi kebaikan yang ada padanya patut di contohi:



Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan.

Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab:

"Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya.

Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain.

Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran.

Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya.

Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu.

Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden.

Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran.

Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan.

Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran.

Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005.

Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu.

Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan.

Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran.

Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari.

Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini.

Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi.

Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara.

Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis.

Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan.

Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud.

Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7947948.asp

terus menulis

hujung minggu yang lepas saya tak sempat post entry yang baru. memang niat saya paling kurang nak postkan paling kurang setiap hujung minggu. so hari ni saya cuba untuk postkan walaupun contentnya mungkin kurang. paling kurang dapatlah sikit-sikit.

pasti tertanya-tanya kenapa semangat sangat nak post ni. semangat sangat berblog. roommate pun ade bising-bising suh study. ada jugak sahabat yang selalu nice dalam goal dia pun cakap beruntung saya ada blog. tapi nada dia macam lain sket la. kenapa ye?

pernahkah kamu terfikir apa yang dapat kamu buat di masa hadapan. setelah keluar dari kampus. sebab sekarang saya belum nampak jalan dan medium yang hendak berjuang selain membina keluarga. di manakah saya hendak berdakwah nanti. ada juga orang yang memikirkan untuk masuk parti politik dan sebagainya. tapi adakah sudah sure? paling penting adakah kita masih bernyawa masa itu? saya masih belum nampak..

saya juga telah terfikir, setahun demi setahun masa berlalu semakin banyak sahabat telah keluar dari universiti. maksudnya mereka telah bekerja. maksudnya juga mereka telah mungkin terputus connection dengan saya. sahabat dekat ukm kl sahaja sekarang sudah final year. apakah setelah mereka keluar, blog ini masih di kunjungi. saya rasa tidak.

saya bukanlah orang penting. jawatan yang di pegang juga kecik-kecik. bukan juga orang yang berpengaruh. medium dakwah saya amat kecil. blog ini sahaja yang ada kepunyaan saya. yang lain semuanya kepunyaan orang lain.

sebab tu saya kena terus menulis.

saya sangat berharap saya dapat memberi sesuatu kepada orang lain. walaupun kecil sebagai bekalan di akhirat sana. amat beruntung lagi jika ia amalan yang berterusan. kerana saya seorang yang banyak dosa. kalau di hitung keburukan dan kebaikan, tak sure yang mana berat.

saya dah fikir keadaan saya, anda bagaimana?

Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah SWT. Allahlah yang memudahkannya bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya. Tugas itu adalah penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan. (Imam Ahmad Bin Hambal)

wallahu'alam

Friday, July 9, 2010

mengengam bara api



pernahkan kita berasa kecewa kerana kita melakukan sesuatu kebaikan dengan sebaik-baiknya tapi masih di pandang kurang oleh orang sekeliling. malah kadang-kadang itu ada yang membantah dan menghalangnya. hal tersebut membuatkan kita kecewa, frust, marah dan lain-lain. kita ini manusia biasa. setiap perkara yang di lakukan punya kelebihan dan kekurangan. pasti ada pihak yang puas, ada juga pihak yang meng'ok'kan dan ada juga yang tidak puas. itu perkara biasa. lumrah kehidupan. persoalannya bagaimana kita menghadapinya.

golangan yang tidak puas ini terbahagi kepada 2 golongan. golongan pertama adalah mereka yang jelas tidak mahukan sesuatu kebaikan dari islam. ia tidak percaya islam itu penyelesaian terhadap segala permasalahan umat. dan golongan kedua adalah mereka yang percaya. alhamdulillah. tapi bagi mereka perbuatan kita tidak betul. itu juga perkara biasa. kalau tidak masakan kita di malaysia ini sahaja dah punya banyak jemaah yang masing-masing berlumba kepada kebaikan. berlumba-lumba mengatakan mereka adalah lebih baik. belum tengok di indonesia lagi. pilihanraya sahaja banyak parti islam yang bertanding. malaysia ada satu je. apa yang membezakan mereka? masing-masing merasakan mereka adalah yang terbaik.

cuba kita muhasabah kembali apakah niat dan tujuan kita melakukan sesuatu kebaikan? adakah kerana Allah. jika di katakan niat dan tujuan kerana Allah tapi masih tidak total. kenapakah?

perlu kita ingat bahawa jika setiap perbuatan yang tidak total kerana Allah, kita akan sering di landa kekecewaan. kerana kita punya niat yang selainNya. sehinggakan bila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hal itu kita terus kecewa dan marah. tidak jarang pula kita menyalahkan sebab-sebab yang ada. sedangkan sebab sebab itu juga di cipta oleh Allah.

anggaplah teguran dan ketidakpuasan hati oleh pihak-pihak itu adalah teguran dari Allah agar kita meluruskan dan memperbetulkan niat kembali. seblum terlambat.

Rasulullah Saw bersabda ”Allah tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas untuk mencari ridha Allah semata.” (HR Abu Dawud dan Nasa’i)

cubalah tanya kembali, adakah setiap kebaikan yang dilakukan perlu di sertai dengan kepentingan peribadi? ketahuilah bahawa mereka ikhlas itu tidak pernah meletakkan harga dunia sebagai bayaran. dia cume menunggu pembalasan yang paling berharga dari Allah.mereka sedikitpun tidak menjadikan penilaian makhluk mengatasi peniilaian Allah.

jangalah berputus asa dalam membuat kebaikan dan memperjuangkan islam. jangan lepaskan bara api yang ada di tangan kita kerana kita pasti menyesal merinduinya setelah ia hilang nanti.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
(H.R. Tirmizi)

wallahua'lam

Saturday, July 3, 2010

baitul muslim



hari tu akak saya minta di temani ke sogo. memandangkan dia baru shaja sampai ke sini dan baru je start sambung belajar kat hukm ni. semestinya dia belum tahu jalan lagi. walaupun saya tidaklah seexpert mana. tapi setakat sogo tu senang je. masa tu abang ipar ada keje.

katanya nak membeli baju kat elia sebab minggu depannya ada kenduri menyambut menantu di rumah abang ipar. tema warnanya adalah hijau. nak beli macam gaun.

sesampai sahaja di sogo itu. mulalah pencarian. start pkul 12 tengah hari. cari mencari la akak saya tu. saya ikut belakang je. 2-3 jam berpusing di aras baju kanak-kanak. saya masih boleh bersabar. akhirnya lpas 3 jam jumpa jua. lepas jumpa tu bermula sesi pilih memilih. aduh. pendapat saya di tanya. em, apa lagi bagi la pendapat saya. setelah penat saya memilih juga, satu pun dia tak amik. amik la baju kanak kanak sahaja sebab seluar nk beli tempat lain. setelah bayar, dia mula merubah fikiran. nak beli seluar sekali la. mana tempat tadi ek? 1 jam lagi mencari tempat tadi. tak termasuk station-station yang dia berhemti sebab berkenan tapi bukan warna hijau.

selepas itu ditambah lagi pakaian untuk dia pulak. saya mula penat dah. malas betul. saya pun lari keluar.duk kat luar sogo. termenung. tengok gelagat manusia lagi best. sampai dah bosan kt situ masih tak siap2 lg.

apa kaitan dengan baitul muslim? hahaha...

kalau nak teman kaum hawa pergi shopping pun tak larat jangan fikir pasal baitul muslim la. apa yang saya hendak sampaikan sebelum mendirikan baitul muslim itu kita patut kenal bagaimana makhluk dari venus ni. bukan sahaja kenal tapi menerima sebagaimana kejadiannya. kalau masih tak boleh, lupakan dulu.

mungkin pembaca expect benda lain yang di tulis pasal baitul muslim tapi ini je pengalaman dengan perempuan. nak tulis pasal dakwah ke, pencarian ke lain kali lah. sebab tu semua teori. sapa-sapa pun boleh tulis.buatnya belum tentu lagi.

wallahu'allam

p/s: apsal post psal ni plak byk skng. musim dia kot xpun dah tua dah ni. kena pikirkan jugak.
maaf kalu x menepati ciri-ciri penulisan tentang baitul muslim.. hehehe, suke plak kenakan orang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...