Monday, December 26, 2011

ada yang lebih baik..


tahun ni cuti sempena krismas hanya 3 hari. tidak seperti sebelum sebelumnya seminggu. cuti antara posting juga tidak lagi seminggu. semakin kuranglah hari saya balik ke kelantan.

suprisingly, semua keluarga saya berkumpul di KL pada tahun ni. tambahan semua yang bersekolah telah cuti. dan semalam semua pegi ke i-city. saya pun pelik dah dengan mereka. senang sangat di ajak berjalan jalan. cadangkan je semua okey. macam geng As Sidiq. teringat gelaran ni pada first year dulu. saya dan beberapa kawan yang lain mengelar diri begitu. ajak saje pegi mana mana , on je.. yang paling mencabar adalah ke Pulau Redang. keputusan nak pergi adalah waktu petang sebelum bertolak. sekarang dah tak boleh buat macam tu.

berbalik kepada keluarga saya. semua first time menjejak langkah ke situ. apa nak kata ye pasal tempat tu..

cantik..

menakjubkan..

susah nak buat salji salji sume..

semua pokok bercahaya dan warna warni..

saya berfikir kenapa ye mereka nak buat pokok berlampu ni?
ini kah yang paling cantik yang boleh di lakukan?

jawapannya tidak..

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya (Asshura : 36)

teringat saya mendengar ceramah mengenai ayat di atas.

Allah telah beritahu yang Dia telah memberi semua di atas dunia ini untuk kegunaan manusia kecuali apa yang di haramkan. cahaya lampu itu dapat di gunakan dengan adanya gas di dalamnya. jika tidak pasti tak menyala. banyak lagi yang kita dapat sampaikan tidak terhitung.

tapi apakah semua itu?

Allah kata itu semua adalah "mataa'". dalam bahasa arab, ia bermaksud sesuatu benda yang kita gunakan. mungkin suka mungkin juga tidak suka. contohnya kita guna laptop untuk buat kerja tapi kita bukanlah suka akan laptop ni. dia adalah sesuatu benda yang kita kena guna. itulah maksud mata'.

Allah beritahu lagi YANG LEBIH BAIK itu ada di sisiNya. kalau di kira apa yang kita ada sekarang mesti ada yang lebih baik. kalau sesuatu yang cantik, di sisi tuhan itu lagi cantik. kalau ada rumah , di sana ada rumah yang lebih baik. kalau kita ada baju yang branded, Allah punya lagi branded.

selain ia Lebih Baik, Allah tambah lagi 'wa abka'. maksudnya Lebih Kekal. tidak seperti di dunia ni. jika lampu bercahaya lama lama akan terbakar. jika punya isteri lama akan meninggal, jika ada kawan akan berpisah juga.

tapi Allah tidak beri begitu sahaja, ada syaratnya untuk mereka mendapat semua ini. haruslah dia benar benar yakin dan tawakal dengan Allah. tidak senangkan untuk yakin sesuatu yang tidak dapat di lihat, apatah lagi di bayangkan dengan fikiran tapi hanya dengar dengan telinga. tapi ini lah ganjaran bagi mereka.

begitulah Allah menjanjikan sesuatu agar manusia tidak terlalai kepada mata' dunia. supaya mereka lebih jauh matlamatnya

matlamat yang jauh LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL

wallahu'alam

p/s: x siap cwu tapi boleh post baru
belajar sakit jiwa la pulak..
anak sedara sume dah besar

Thursday, December 22, 2011

ampuni aku...

 
Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khotoyaa
Robbiy zidniy 'ilman nafi'aa
Wa wafiqni 'amalan soliha

Allah Tuhanku ampuni hamba
Dari segala salah dan lupa
Akulah hamba yang lemah iman
Harap ampunan Engkau curahkan
Ya Allah

Setulus doa aku panjatkan
Semoga rahmat Engkau limpahkan
Pada ibuku juga ayahku
Yang melahirkan membesarkanku
Bagi mereka guru-guruku
Jasad tercurah selalu untukku

Berilah hamba ilmu berguna
Untuk pelita di dalam jiwa
Kuatkan iman di dalam dada
Tunduk patuh padamu semata
Ya Allah 
 


 kata kata dari hati pasti di sambut oleh hati. sering terkesan dengan nasyid dari indonesia. teruskan dengan lagu yang mendidik jiwa bukan melalaikan jiwa.

hari ni berjumpa dengan mayat di HKL..

Tuesday, December 20, 2011

life at B6


life at B6??
bukan ke 'like a G6' tajuk lagu omputih tu?

B6 adalah blok bangunan yang saya tinggal sekarang. di blok ini terletaklah bilik saya di tingkat paling bawah sekali. hampir 3 tahun di sini tanpa berpindah bilik. sebabkan saya jaksa pada tahun 3 boleh la 'cop' rumah yang paling sesuai atas alasan mendaftar awal kerana hendak urus pendaftaran tahun 3 pada masa tu.

bilik ni saya pilih dengan berhati hati. satunya sebab ia dekat dengan surau. ini berdasarkan saranan nabi dan ulama kan. kalau kita nak pilih rumah nanti buatlah dekat dengan masjid. ia juga dekat juga jalan ke hospital dan juga bilik yang lain kosong. maksudnya saya boleh masukkan sahabat sahabat yang sama tahun kat sini.

tahun yang pertama tinggal disini bersama 3 sahabat yang lain. Helmi, Firdaus (owen) dan Hafiz.
tahun kedua Helmi ambil keputusan untuk berpindah. Tantawi mengambil alih.

3 tahun berada di sini tiada lah apa apa sangat tetapi apa yang penting adalah housemate yang ada bersama saya dalam masa itu.

sengaja saya tulis entry ini memandangkan mereka hanya ada 3 bulan sahaja lagi sebelum final exam sedangkan saya punya satu tahun lagi.

masih saya ingat kesedihan yang saya alami semasa tahun 3. habis sahaja teori OnG tu terus saya masuk bilik dan senyap. siapa yang perasan pada mulanya? mestilah housemate saya. mereka terus beri saya harapan pada masa tu untuk jangan putus asa dan teruskan dengan exam klinikal. sedikit semangat datang walaupun biasanya dalam exam apa yang saya perdict selalunya betul. saya teruskan exam.

terpaksa mengulang tahun 3 buat saya hampir hilang semangat. siapa yang ada disisi saya?
housemate saya...
mereka yang menelefon saya pada hari result di keluarkan.
selepas itu sering bertanyakan keadaan saya , malah membuat saya tidak begitu terasing daripada mereka. makan boleh bersama, keluar kenduri juga bersama. walaupun kadang kadang saya blurr dengan apa yang di bincangkan di bidang akademik.

terutamanya Hafiz. selalu memberi saya semangat di kala saya malas. kadang kadang dia datang duduk atas katil saya tengok apa yang saya buat. macam dia lagi tua dari saya pulak. pada dia jugak saya beritahu apa yang saya rasa. dan dia selalu menjadi pendengar yang setia. kerana..

dia housemate saya..

masuk sahaja tahun 4, dia beri semua nota yang saya perlu untuk setiap posting. walaupun tak sempat untuk tengok kerana banyak lagi buku yang perlu di habiskan. usahanya buat saya bersemangat.

rutinnya tidak berubah walaupun mereka berada di final year. tahun yang paling busy. cuma kadang kadang semua tidak ada dalam bilik serentak kerana hal akademik di luar.

namun makan bersama setiap hujung minggu jarang sekali miss. kami suka makan. kecuali hafiz la sebab mungkin tengah diet. yang lain ajak saje kat mana, nasi arab, carl's junior, KFC, Kapal dan lain lain.

kadang kadang mereka serentak juga tiada kerana urusan usrah di luar. tinggal juga saya seorang. kadang kadang saya juga hilang sorang diri kerana urusan usrah juga. walaupun fikrah usrah mungkin sedikit berbeza tapi matlamatnya sama. tiada masalah pun.

apa yang lebih menarik kami semua pernah menjadi JAKSA. tawi jadi semasa di KTSN, saya pada tahun 3 dan hafiz dan owen pada tahun 4 di KTDI. nyaris nyaris saya jadi JAKSA bersama mereka kalau tidak kerana politik. huhuhu..


 bermain bola tampar dengan Hafiz dengan helmi sejak tahun 1. tapi sekrang semua sibuk. saya tukar profesion kepada futsal.

 Hafiz. sebenarnya satu matrik di matrik pahang tapi tak kenal pun.sebab dia tak bergaul sangat atau aktif pada masa tu. sama juga dengan saya, time tu adalah masa study saya. banyak memberi semangat mungkin sebab anak sulung yang biasa dengan adik adik. banyak juga menolong saya dalam pelajaran. mengajar saya erti belajar di medical school.



 firdaus atau  Owen. seorang yang genius tapi sangat humble. buat saya berubah pandangan kepada orang orang seperti dia. baik tapi sedikit pendiam. baru baru ni banyak jugak bercerita hal peribadi kepada dia. maklumlah dah nak keluar dah pun. pendengar yang setia. mudah buat kira. sekarang saya bermain futsal dengan dia dan Tantawi.

Tantawi, classmate masa di maahad muhammadi dahulu. satu satunya hafiz di batch medic kami. ketua usrah kepada housemate saya dan membentuk kebanyakan sahabat sahabat yang lain. banyak berprogram bersama sejak tahun satu lagi. paling tidak lupa bila dia menjadi pengarah kepada "Untukmu Palestin" dan saya exco program.

di warisan mesra. tempat mengambil gambar bersama





tidak ada yang lebih saya syukurkan bila mendapat teman yang begini supportive, memahami dan hebat. mereka yang selalu ada.

semuanya terbaik bila berpeluang mengenali kamu semua.
mengangkat kembali saya yang jatuh,
malah tolong bersihkan kekotoran yang ada,
di beri lagi sokongan untuk terus berjalan..

mungkin luaran mereka tidak tahu
ada juga yang tidak puas hati
tapi saya kenal kamu
dan saya hargai apa yang ada pada kamu

3 bulan lagi masa kita
bertemu mata dan makan bersama

entah...
entah bila akan berjumpa lagi,
jika jodoh kita panjang
mungkin kita berjumpa di dunia
membawa panji islam yang selama ini kita dokong
jika tidak tunggu saja lah di syurga
insyaAllah..

ana uhibbukum fillah...

kadang kadang saya berfikir
sungguh co dependant kepada meraka
bilamana mereka tiada
masih adakah kekuatan itu

kepada siapa saya mahu berbincang
menunjukkan guide yang ada
seiring denga tahun akhir yang super susah
dan super busy

doakan saya terus begini
moga tidak lalai dengan arus dunia
doakan saya terus kuat
menempuh rintangan yang mendatang

kerana saya tetap perlukan sokongan kamu
wahai sahabat...

P/S: last week anaest sebelum posting honeymoon (psyciatric). log book, CWU, reflective writing, SGD dan SSM.
- terasa menepuk sebelah tangan
- saya adalah budak lelaki yang emo..

Wednesday, December 14, 2011

sudah berpunya?

sejak saya sekolah menengah saya paling tak suka bila kawan saya sudah berpunya, tambah tambah kalau pasangannya satu cos, satu kelas ataupun berdekatan.

sebab mereka akan berubah..

sudah tidak seperti kawan yang dulu.
ceria,
senang di ajak berbual tanpa batasan,
senang di ajak pergi berhibur,
ketawa sama sama,
tak kedekut,
tak mudah emo..

hebatkan seorang perempuan itu boleh mengubah lelaki, dalam sekelip mata sahaja. kalau mak yang suruh 10 tahun lagi belum tentu berubah. berfikir saya, perubahan ni bermakna apa?

mature?? ataupun bahasa melayunya matang??

jadi tinggallah saya yang tidak berpunya ini berseorangan dalam melakukan perkara perkara di atas. kadang kadang keseorangan tapi nasib baik ada wan cah/nazil meneman kalu nak pergi program mana mana. mereka ni berubah sikit je walaupun dah berpunya (ye ke?)

tapi saya tak kata semua orang dan benda itu salah. silakan...

tak pernah di haramkan berpunya sebelum kahwin. berpunya di sini bermaksud bertunang ataupun kedua dua pasangan sudah pun bersetuju mendirikan rumah tangga. di halalkan melihat atau berjumpa malah boleh mengintip lagi berdasarkan hadis.

timbullah pula persoalan setakat mana yang boleh di lihat. jawapannya kalau ikut mazhab syafie/ majoriti adalah muka dan tapak tangan. bahkan ada minoriti iaitu mazhab az zohiri mengatakan boleh melihat 'semua'. mereka mengambil zohir kepada hadis nabi menyuruh lihat perempuan yang hendak di nikahi.

"kenapa tapak tangan?" tanya cosmate saya.
itu lelaki je yang tahu.  ustaz yang bagi ceramah maal hijrah kat surau pun dah bagitahu. tapi ada lagi la..

tetapi di sana ada jalan yang benar dalam proses bertunang ini. bukanlah boleh dating berdua duaan sebab dah setuju untuk kahwin. caranya kenalah betul. syariat mestilah di jaga. mahram mestilah kena ada. bagaimana approach adalah masing masing punya style.

saya gembira bila sahabat sudah pun berpunya (majoriti). saya doakan ia akan berkekalan dan kita berjumpa dengan pasangan masing masing bila family day nanti 10 tahun akan datang dan di syurga nanti.

cuma syaitan tak akan pernah biarkan pasangan yang dalam proses yang halal ini begitu sahaja. ada sahaja akan di godanya.

1. cara yang pertama:

cara ini cara biasa di gunakan. mereka akan menghasut agar lebih kerap berhubung dan lebih intim. menimbulkan zina hati dalam pasangan tersebut. mulalah ber 'sms' yang bukan bukan. calling calling yang tidak perlu. tak ubah seperti pasangan haram yang lain.

2. cara kedua:

biasanya bagi mereka yang warak dan tawadhu'. mereka akan datangkan perasaan mesti ada yang lebih baik untuknya. di luar sana belambak lagi mereka yang lebih cantik , soleh , solehah dan berilmu. mula di cucuk keraguan di hati pasangan.

perlu di ingatkan balik bagaimana kita bermula proses ini. permulaan yang baik insyaAllah akan berakhir dengan baik. jangan kita kotorkan dengan lemahnya kita pada godaan.

bermulanya kita bersejutu menjadikan Dia sebagai pasangan mestilah dengan istikharah dan sebagainya. bulat tekadkan pendirian itu. islam tidak mengajar untuk memutuskan ukhwah sesama muslim. tetapi jika di dapati tidak sekufu dan di rasakan tidak boleh di teruskan maka buatlah dengan baik.

hatta bila ahli keluarga saya yang berkahwin pun saya tak suka. kakak saya dulu yang suka belanja adik beradik pun busy dengan keluarga. hurrmm.. tapi itu yang terbaik untuknya. saya doakan juga.

"jangan kahwin awal sangat, ambo x puas lagi ado abe" sms adik saya

saya hanya senyum sendirian...


Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Friday, December 9, 2011

bernafaslah wahai mata

3 hari berturut turut pulang ke kolej pukul 7...

semalam prof shahrir tanya di surau melihat saya ber'white' coat semasa solat maghrib

"posting ape sekarang?"

"opthal dengan Prof R"

"tak sangka ..."

terputus ayat itu. saya agak tak sangka posting optal balik lambat camni sekali.

huhuhu....

bersama prof R di posting ni buat saya realize yang saya tak tahan sebenarnya. tak tahan kepenatan. 3 hari berturut tak tidur tengah hari sudah saya habis habisan penat.  habit memang susah nak di ubah secar drastik.

saya juga tak tahan tengok mata. entah kenapa tadi habis je tengok mata buat saya tercungap cungap tapi dapat finding la. kawan cakap sebab tahan nafas , saya tak perasan pun. nak tahu tak yang mata (cornea) kita boleh bernafas sendiri? blood vessel tiada dekat situ. antara yang menarik saya tahu.

melihat Prof yang BUSY memanjang mengingatkan saya sejauh mana komitmen saya nanti. Prof saya yang paling tinggi di jabatan optal pun setiap hari balik malam. guane?
kena tengok betul betul jalan mana nak pilih nanti.

bersyukurlah dengan mata yang cantik Allah berikan. kalau dapat tengok dalam mata lagi cantik walaupun ada penyakit. yang paling penting function mata itu perlu lebih lebih di syukuri.

kalau nak tahu klinik yang paling sibuk adalah klinik mata... nak jaga mata jagalah kesihatan umumnya. diabetis dan hypertension harap dapat di prevent. yang keturunan tu nak buat camne.. kebanyakan ada treatment.
.dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu
dalam keadaan TIDAK MENGETAHUI SESUATUPUN,

dan Dia memberi kamu
PENDENGARAN,
... PENGLIHATAN
dan HATI,

...agar kamu BERSYUKUR....
(An-Nahl : 78)

Wednesday, December 7, 2011

jika aku jatuh cinta..

Ya Allah,
Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya … Muhaimin,
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya … Rabbana,
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati–Mu

Ya … Rabbul Izzati,
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu
Ya … Allah, 

Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya … Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..

Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...


amin ya rabbal 'alamin..

Monday, December 5, 2011

memaknakan dunia


Perjalanan hidup ini melelahkan, ya sangat melelahkan. Mana tidaknya setiap apa yang kita kehendaki kadang kadang tidak tercapai. Apabila terdapat sesuatu yang kita ingin hadapkan kepada reality kita terpaksa bertahan dengan segala mehnah dan tribulasi sebelum ia tercapai. Begitulah fitrah dunia, tiada yang senang , setiap sesuatu pasti memerlukan usaha. Yang mungkin berbeza adalah sejauh mana usaha seseorang dan taqdir Allah terhadapnya.

Islam memotivasikan
Islam datang dalam keadaan yang cantik sekali. Di kala masyarakat jahiliyah berseronok dengan kemewahan, wanita dan anak pinak tanpa arah tujuan, islam membawa satu bentuk persepsi yang baru. 
Tidak seperti hari ini, kesilapan yang umat islam biasa lakukan dalam diari kehidupannya. Bagi mereka islam hanyalah bermula dengan awal muharamnya melakukan persiapan untuk destinasi pelancongan dan alatan serba baru tanpa ada roh ma’al hijrahnya. Di bulan ramadhan hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Di 1 syawal pula meraikan perayaan yang belum tentu Berjaya atau tidak di bulan tarbiyah. Dan pada 12 zulhijjah menjamu daging daging qurban tanpa penghayatan pada pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi ismail. Tidak lupa pada majlis perkahwinan dan tahlil.  

Sedangkan ,bagi islam tiada satu pun yang kita lakukan, miliki dan berharap adalah sia sia. Dari sekecil kecil perbuatan seperti tidur hingga  sebesar besar perlakuan seperti memerintah adalah di pandang berat. Dari saat pertama kita di lahirkan hingga saat terakhir kita menghembuskan nafas terakhir. Setiap apa yang berlaku pada mereka samada kesenangan ataupun kesusahan pasti ada 
ganjaran.

Nabi pernah termenung lalu berkata:
"keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"
Akidah ahli sunnah wal jamaah

Akidah kita yang selamat menyarankan kepada kita bahawa setiap pekerjaan itu perlu ada usaha yang bersungguh sungguh seterusnya bertawakal dan berdoa agar Allah perkenankan apa yang kita usahakan. Tidak seperti akidah Murjiah yang memberi bulat bulat pada Allah untuk menentukan segalanya tanpa usaha. Tidak juga seperti muktazilah yang percaya bahawa Allah memberikan tenaga dan kitalah yang menentukan segala galanya. Lansung tanpa pertolongan Allah.
Kesimpulannya adalah islam adalah agama fitrah. Fitrah manusia itu perlukan motivasi ataupun peransang  dalam melakukan ataupun menghadapi sesuatu perkara. Bagi muslim itu hidup di dunia ini bukan pengakhiran tetapi satu perhentian sebelum ke tempat yang abadi. Tempat yang abadi atau akhirat itulah yang membuatkan mereka terus gagah berdiri di dunia.

ya Allah, letakkan dunia ini di tanganku untuk di capai bukanlah di hatiku untuk di cintai 

Wallahua’lam

Tuesday, November 29, 2011

hijrah, pengorbanan menuju perubahan

rombongan kekasih akhirnya tiba di kota yang bakal bercahaya..

di sambut meriah terutama golongan setempat

di lihat kekasih mereka keletihan dalam perjalanan

di nyanyikan untuknya lagu yang menghiburkan

"telah datang bulan purnama kepada kami..."

kepada kekasih yang akan menerangi kota itu dengan cahaya kebenaran. mentadbir dengan adil dan saksama. melakukan perubahan menuju kepada kejayaan. setelah 2 kali penghijrahannya di tolak kerana kedengkian kaum quraish.

rombongan itu di ikuti oleh para sahabat dan sahabiah baginda

isterinya Saudah,
dua puterinya Ummi Kalthum dan Fatimah
Ummu Aiman dan anaknya Usamah bin Zaid
Aisyah Humaira pula sampai bersama Abdullah b Abu Bakr
tetapi puterinya Zainab terhalang..

di sebalik sambutan meriah dari golongan ansar, terpalit kerinduan di hati baginda

malah juga ahli rombongan yang lain turut merasakan..

Abu Bakar demam tak bermaya sambil berkata:

"setiap insan itu bersama keluarga mereka...."

Bilal pula merintih:

"kalaulah aku mengetahui, adakah aku masih berkesempatan bermalam di lembah makkah..."

baginda diam seketika memandang ke arah makkah

sesungguhnya baginda lebih merindui tanah air tumpah darahnya itu... lalu teresak esak berdoa:

"Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya.."

di aminkan oleh para sahabat dengan air mata kerinduan.

demi agama Allah mereka berkorban meninggalkan tanah tumpah darah mereka. bukan untuk melarikan diri tapi sebagai satu strategi demi menegakkan syariat Allah di muka bumi. abdul rahman b auf meninggalkan harta sebanyak lebih 300 unta untuk memenuhi perintah Allah. segala harta di tinggalkan di sana. ada juga keluarga yang ditinggalkan.

dan akhirnya kerinduan itu Allah balaskan selepas 8 tahun ... dengan kegemilangan

ingat janji Allah yang kemenangan akhirnya akan kembali kepada islam.

aku rindukan Rasulullah...

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Al Baqarah 218:

Friday, November 25, 2011

family temoly..

alhamdulillah, selamat bertambah lagi usia. ni betul betul rasa dah tua. masih belajar lagi? hurmm.. nak buat specialist umur berapa pulak? belajar ni tak pernah abis...

hari ni nak tulis pasal keluarga lagi lah.

syukur pada Allah saya punya keluarga yang besar walaupun sanak saudara tak ramai. lepas ni ramai lah insyaAllah. dengan adik beradik saya yang masing masing sudah besar panjang dan bakal mendirikan keluarga. moga moga generasi kami adalah yang terbaik dan bakal memimpim orang orang yang bertakwa sebagaimana doa selalu di bacakan yang ada dalam al quran.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa (al furqan 74)

 pernah beberapa kali berbincang dengan ust dr faizal yang mengajar kitab di kolej ni berkenaan dengan keluarga sekarang. statistik penceraian sangat membimbangkan katanya. bukan sahaja di kalangan artis malah golongan agama.

saya sering juga terfikir kenapa

adakah kerana berkahwin itu senang sangat?

berkahwin hanya untuk memuaskan nafsu?

kempen untuk kahwin awal sedangkan masih mentah?

pencarian pasangan yang tidak sesuai kerana kenal selepas nikah?

memilih pasangan sendiri?

Allah menurunkan doa ini untuk kita mengajar kita bagaimana untuk meminta dan mencari pasangan dalam membina keluarga.

carilah yang menyejukkan hati kamu!!

dan pintalah kepada Allah agar mereka itu menyejukkan hati..

tetapi terbalik dengan kebanyakan keluarga sekarang. masa awal pernikahan itulah yang indah. masing masing pun menunduk malu antara satu sama lain. kalau di sebut nama sahaja sudah tersimpul malu. tetapi lama kelamaan, entah kemana hilangnya. kawan kawan itu lebih menyejukkan mata dari isteri dan anak pinak.

teringat saya kata kata ust pahrol
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
Allah menyuruh kita juga untuk meminta bukan sahaja isteri dan anak anak malah sepanjang zuriat hingga lagi hari kiamat. dan itulah apa yang perlu kita usahakan. mendidik satu generasi yang akan mendidik generasi yang lain dan seterusnya. bayangkan di hari akhirat nanti kita di depan ketua kepada generasi kita yang masyaAllah hebat. yang memperjuangkan syariat Allah dan mencegah kemungkaran di muka bumi.

semoga pada masa itu kekasih kita nabi Muhammad melihat kita dengan tersenyum...

Allah, apa lagi yang kita mahu???

keluarga saya bukanlah asal sebuah keluarga yang hebat, pemimpin kepada masyarakat , anak tok guru dan sebagainya tetapi abah telah meletakkan kami pada kedudukan yang saya rasa cukup educated dan hebat dengan resource yang dia ada.

dan apa yang penting kami semua menjadi penyejuk mata kepada masing masing. saya rasakan

andai saya tidak punya kawan cukuplah adanya keluarga saya.
andai saya pernah di pinggirkan cukuplah adanya keluarga saya
andai saya tidak ada sokongan cukuplah adanya keluarga saya

dan saya berharap mereka yang akan menjadi salah seorang dari keluarga saya adalah pelengkap bagi kami insyaAllah..

birthday saya tahun ni di sambut oleh semua ahli family temoly. itu yang seronok sebenarnya. belum pernah lagi saya ingat. masa saya kecil sekalipun tak di sambut birthday ini kecuali birthday kakti je. itu pun masa dia umur belasan tahun. abah yang beli kek. lepas tu tak ada dah. bila kami besar kami beli sendiri untuk celebrate. yang penting adalah ukhwah..

saya amat mendoakan agar keluarga kami akan terus begini.

doakan keluarga saya jugak..

wallahua'lam

p/s: nak tulis pasal birthday je, tapi melalut sude

Sunday, November 20, 2011

Destinasi cinta Fitrah

Kita berada di dunia BUKAN untuk mencari seseorang yang SEMPURNA untuk dicintai tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang BELUM SEMPURNA dengan CARA yang sempurna…

CINTAILAH seseorang kerana KEKURANGANNYA, kerana suatu saat nanti kamu akan BAHAGIA dengan kelebihannya dan jangan mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti KECEWA ketika kamu tahu kekurangannya..

peace...

ENT...

abis sudah posting pertama dalam semester baru. wah, ni lagi cepat. posting minor yang mengambil masa 3 minggu tapi sepatutnya masa perlu lebih dari itu. setiap hari pun lecture lepas tu ke klinik. petangnya lecture balik. macam mana saya mahu catch up sume. huhuhu...

satu posting yang menarik saya kira kalau lebih expose kepada klinikal. jika lecture sahaja buat saya teringat masa pre clinikal dulu. dan juga ia tidaklah se 'scary' surgery dari posting lain. rilek je. dapat pula supervisor yang supercool prof Razif. terbaiklah, mungkin jumpa dengan isteri dia pulak nanti masa anaest posting.

dalam posting ni belajar la ear, nose and throat. boleh juga di katakan most of pancaindera yang kita ada. melihat, mendengar, bercakap, menghidu dan merasa.

ada satu lecture yang buat saya tertarik. rasa bukan saya saja student lain juga. lecture dari Prof Sani. dia memang ada daya tarikan sendiri. yang membuat saya tertarik adalah bila dia banyak menceritakan mengenai islam walaupun half of students are non muslim. susahkan nak punya kekuatan seperti itu. jujur saya katakan banyak kali non muslim bertanya saya mengenai islam dan saya rasa tidak memberikan jawapan yang 'berdakwah' . sering saya kelu dengan soalan walaupun ada jawapan. dan saya sure jawapan yang saya berikan tidak memuaskan hati mereka. hurrmm

bercakap pasal kelu pulak. saya rasa ada masalah dalam penyampaian. selalu saya jadi ketua mesti arahan saya di salah fahami. pernyataan saya juga di salah tafsir juga. tak tahu lah sama ada saya yang salah cakap atau dia yang salah dengar atau saya cakap laju sangat. hurrmmm

prof Sani mengingatkan saya mengenai doa nabi Musa as. mesti biasa dengarkan doa ni.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (Thoha: 25-28)

tak pernah saya tinggalkan selepas solat kerana saya dapatnya dengan bersanad dan sangat bermakna dalam hidup.

semasa belajar tafsir di pondok mahligai, kebanyakan tafsir yang saya dengar adalah berkenaan nabi musa. banyak sangat cerita tentang dalam al quran bermula baginda lahir di dalam tekanan yang membunuh akhirnya di besarkan di sisi firaun yang cuba membunuhnya. bagaimana dia terpaksa berdepan dengan bani israil yang pelbagai kerenah.

dalam berdakwahnya baginda sering membaca doa ini supaya dakwah atau pertuturannya di fahami dan tidak ada kekeluan. para ulama berpendapat bahawa nabi musa ini ada kekeluan dalam bertutur kerana masa kecilnya. apabila isteri firaun mengambil baginda dari sungai yang mengalir dan di hadapkan kepada firaun. firaun menguji baginda sama ada bodoh atau cerdik. di beri pilihan samada bara api ataupun emas permata. jika emas permata di pilihnya nescaya akan di bunuh. jika bara api maka akan terselamat.

lantas diambilnya bara api lalu di masukkan ke dalam mulut. firaun merasakan bayi itu bodoh dan tidak sedar bahawa dialah yang di perbodohkan. hebat jagaan dan perancangan Allah. dan nabi musalah satu satunya nabi yang ada seorang lagi nabi iaitu nabi Harun.

“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku” (Al Qashshash: 34).

walaupun begitu, Allah memberi kemuliaan kepadanya dengan mempunyai mukjizat bercakap secara terus dengan Allah..


Dan Allah telah bercakap kepada Musa sebenar-benar bercakap ( An Nisa 164)

amalkan doa ini setiap waktu.

bila gelisah biar Allah yang tenangkan
bila susah biar Allah yang permudahkan
bila berdakwah biar Allah yang fahamkan
moga kita sentiasa bergantungan dengan Allah..


Sesunguhnya Rabb kalian tabaroka wa ta’ala Maha Pemalu lagi Maha Mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya, jika hamba tersebut menengadahkan tangan kepada-Nya , lalu kedua tangan tersebut kembali dalam keadaan hampa.-hadis

wallahualam

p/s: suara di keluarkan melalui banyak proses. bermula dari lung sampai ke lidah. yang produce suara adalah larynx.
perlu ke post pasal perubatan??
alhamdulillah atas segala nikmat...

Monday, November 14, 2011

masa muda..


Suntuk betul masa muda ini, lebih lebih lagi berada dalam bidang perubatan. Sampaikan ada yang kusut masai rambutnya, bengkak dan line hitam bawah matanya. Apa tidaknya setiap malam perlu melakukan persediaan menghadapi hari esoknya bersama supervisor masing masing.

pernah saya bawa buku ke kafe untuk tengok bola dan di tanya oleh felo "esok exam ke?"
memang situasi dari sekolah lagi bila seseorang pergi kemana mana dengan membawa buku mesti dianggap ada exam yang mendekati. tapi dalam bidang ini bukan begitu. belajarnya harus 'continous'. walaupun bukan rela dan terpaksa kerana setiap hari berdepan dengan specialist yang expect kita tahu itu dan ini.

saya masih hairan kenapa masih ramai yang meminati bidang ini. selain kemuliaannya pastilah kesenangan dunia yang ada.

Perbualan biasa

“aku busy sangat la sekarang, susah mencari masa ke surau” kata si A bila di Tanya khabar islamnya.

“aku janji selepas habis belajar ni aku akan jadi taat pada Allah” tekad si B pula
Situasi yang biasa berlaku di kalangan kita orang orang muda. Sangat yakin dengan jarak umurnya.
 
Ibadat pada Allah itu merupakan satu proses yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Bukanlah ia seperti ‘exam’ kita di kampus. Last minute study sudah cukup untuk kita menghasilkan keputusan yang memuaskan hati.

Salah faham masa muda

Sejarah telah menunujukkan bahawa pemuda merupakan satu entity yang bisa mengubah corak dunia. Bagaimana sultan Muhammad Al fateh menerajui kerajaan usmaniah pada umur 19 tahun dan mengetuai tenteranya membuka kota constatinople pada umur 21 tahun. Manakala kontribusi saidina Ali dalam kisah agung penghijarahan nabi yang menjadi titik tolak kepada perkembangan islam juga tidak boleh di nafikan.

Tapi  kita di tanamkan bahawa masa muda ini  dengan memiliki darah yang panas. Lebih panas dari haiwan berdarah panas. Ingin mencuba segala macam bentuk aktiviti tidak mengira betul salahnya. Masa mencari pengalaman katanya. Setiap yang berlaku ada kebaikannya katanya lagi.
Kita hidup di dunia ini di beri pilihan. Setiap perbuatan kita mempunyai pilihan yang kita harus putuskan. Siapa kata masa muda tidak perlu beriman bersungguh sungguh?

Allah suka pada pemuda

Allah menurunkan kisah yang amat popular bagi pemuda pemudi sebagai rujukan.  Allah menyebut dengan spesifiknya dalam ayat ke 10 surah al kahfi ‘fityah’ ataupu remaja. Mereka ini sanggup melarikan diri ke gua semata mata menjaga iman mereka.

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Surah Kahfi:10)

Dalam ayat yang ke-13, Allah menekankan bahawa Dia menceritakan kisah ini dengan haq, dengan sebenar-benarnya. Dan Allah sebut bahawa mereka ini ‘fityatun amanu birabbihim’, mereka adalah remaja yang beriman kepada Allah dan kerana iman mereka, Allah menambahkan petunjuk ke atas mereka. Dalam ayat seterusnya, Allah beritahu bahawa Dia meneguhkan hati mereka.

Dalam hadis masyhur juga menyebutkan 
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menunjukkan bahawa semahal mahal dan paling bernilai masa adalah pada masa mudanya. Ketika mana setiap pemuda/I itu di datangkan dengan pelbagai nikmat dan godaan . dan beruntunglah bagi meraka yang Berjaya melepasinya di alam remaja itu dengan melakukan ibadat dan amal soleh.


wallahua'lam


p/s: artikel yg penuh yang saya hantar ke BEST

Friday, November 4, 2011

waiting for the call

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall


I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

-irfan makki-


P/s: teringat kata kata prof kamal herbawi dari ikhwan muslimin. jika di beri pilihan haji atau kahwin, pilihlah kahwin dulu. matlamat baru saya kahwin dulu baru kumpul duit pegi haji.
walaupun begitu teringin sangat nak jejak kaki ke sana.... semoga sempat ya Allah

esok pakat pakat puasa deh. sempena hari arafah.
Rasulullah saw ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw mengatakan, diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang. (HR muslim)

Tuesday, November 1, 2011

dalam dilemma??

jika hati di dalam dilema ingatlah nabi berkata:

“Apabila sesiapa di kalangan kamu merasa risau tentang sesuatu perkara, hendaklah dia ruku’(sembahyang) 2 rakaat sepertimana sembahyang fardhu. "

Selepas itu hendaklah dia berkata :

“ Ya Allah, saya mohon pilihan yang terbaik daripadaMu menurut ilmuMu.
Saya juga mohon taqdir yang terbaik menurut taqdirMu. 
Saya mohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya Engkau sahaja yang mentaqdirkan bukan saya yang mentaqdirkan. 
Hanya Engkau sahaja yang tahu dan saya yang tidak tahu. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib.
Ya Allah !, jika Engkau tahu perkara ini baik untuk saya, untuk agama saya, untuk hidup saya dan untuk mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan saya dunia dan di akhirat, taqdirkanlah ia untuk saya dan mudahkanlah ia untuk saya, kemudian berkatilah saya dalam urusan ini. Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untuk saya,untuk agama saya, untuk hidup saya dan mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan dunia dan akhirat saya, jauhkanlah ia daripada saya dan jauhkanlah saya daripadanya. Taqdirkanlah saya beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah saya redha dengannya.”
 
amin ya rabbal 'alamin 


p/s: alhamdulillah, sungguh "aku (Allah) bersama sangkaan hambaKu terhadapKu" 
terasa berada dalam pandangan Allah.. tetapkanlah..
nak balik raya!!!

Friday, October 21, 2011

tulang , kanak kanak dan forensik

 sekali lagi pejam celik pejam celik abis juga 1 semester lagi dalam tahun 4 . semester ni posting postingnya adalah orthopedik dan paediatrik.

posting pertama adalah orthopedik bahagian tulang belulang. hebat tulang yang di jadikan Allah ini. dalamnya penuh dengan cell yang boleh generate sendiri. contohnya kalaulah anda patah tulang di mana mana, pegi hospital doktor akan betulkan allignment tulang itu dan cast supaya tidak gerak. dan dia akan bersambung dengan sendirinya. tiada ubat pun untuk bagi tulang itu bercantum. commonly lah, ada jugak yang case non union di mana tulang tidak bersambung dan harus masukkan besi.

pernah dengar tak ayat hadis di mana menyebut pabila manusia mati , Allah akan menghidupkan jasad mereka dengan seketul tulang iaitu tulang sulbi. selama beberapa abad yang dahulu nabi tahu akan kehebatan tulang itu. ia mampu generate.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)

sangat suka posting ini. di sini saya betul betul rasa sedang menolong orang tidak seperti posting lain. dan doktor bermula dari housemen , MO, registrar dan specialist sume baik baik. sempoi giler. i want to be one of them..

 papepun enjoy gambar di bawah
birthday surprise dari HO kepada paed team specialist prof sharaf dan mr halim. both are great teacher
ambil gambar kenang kenangan lepas ni dah x jumpa (hopefully) mr Azmi(kat tengah)  spine team pun ade

 apa yang bestnya registrar baik. offer assist untuk minor operation 'trigger fingger' first time jahit manusia. huhuh

 yang pulak lepas assist closed manipulative reduction seorang budak under general anaes. dapat buat sebab registrar sorang x sampai lagi. rasa macam patahkan tangan budak je

                                                             merasai POP

kanak kanak

posting kedua adalah paed. yang ni saya suka sebab kanak kanak. subjeknya takde la minat sangat. macam susah nak ingat je sume. makanan budak, minuman budak dan najis budak.

paling best sebab boleh keluar dari HUKM. 4 minggu di HKL, 2 minggu di NICU dan 1 minggu di Hospital Kajang. best jugak sebab sume budak suka saya. wahaha... parent diorang cakap muka ada macam bapa diorang. lepas tu di doakan cepat kawen. amin la sume..

saya dah post entri pasal kanak kanak kan. boleh lah baca balik kaitannya dengan hidup nih. layan gambar je la...

 start posting masa bulan puasa. masa raya ada orang sponsor. makan lah. kambing pulak tu. time kasih bank (tak ingat) yang sponsor
                                  dekat hospital kajang last week. main dengan budak je..
                                           amik gambar sebab comel (hydrocephalus)
 aliya yang manja. mak dia nak suruh saya dukung sebab dia senyap kalu main. satu minggu duk main dengan dia je
                                             aliya lagi. gonna miss her.
                                                  HKL walaupun buruk tapi busy


 bye IPHKL, semoga kita tidak berjumpa lagi....

last sekali jabatan forensik HKL. ataupun di panggil Institut Perubatan Forensik Negara. tempat saya buat kajian researh untuk special study module. kaji tentang mayat kat sini. staf staf sume baik. pertama kali sentuh mayat macam tak tahan tapi terus juga nak belajar kan. akan berada disini untuk setahun lagi..

sekian..

p/s: masih dalam exam week. osce paed hari isnin. doa doakan ye.
       hati berdebar bila membuat pilihan. ya Allah permudahkan...
       esok ada liga antara tahun, KAMU 11 dan HIMPUN.... hari ahad study lagi lepas tu balik         kelantan

Wednesday, October 12, 2011

breast milk terbaik..

hari last day dalam posting paed di akhiri dengan seminar mengenai nutrition in baby. belajar lah kami tentang pelbagai jenis susu yang sesuai dengan baby mengikut keadaan masing masing. di bawah prof yang paling di geruni. prof W. huuhu

dalam posting ni belajar semua pasal anak bermula selepas dia lahir di panggil neonate sampai la umur berapa ye. 20 barangkali..

post kali ni nk bincang pasal breast milk. mesti tahukan dalam bahasa melayunya apa. dah lama nk tulis tapi bila fikir nk tulis dengan cantiknya mesti niat tu terbantut. nak buat tulisan yang berbunga bunga dan puitis mungkin bukan di medan blog ni. perlu kepada media lain macam risalah BEST kat kolej saya ni. di sini suka saya tulis secara sempoi yang boleh.

mesti lah well known yang breastmilk adalah yang terbaikkan.

nak tahu tak breastmilk ni sangat la sempurna dan terbaik buat anak anak korang nanti. dalamnya penuh dengan segala yang di perlukan bagi seseorang yang mencapai tahap infant atau neonate. dalamnya ada protein yang sesuai dengan usus mereka sebab usus masa ini tidak dapat menyerap protein biasa kita makan. dalam tu jugak ada antibody yang mana baby ini masih belum boleh produce lagi. dalam tu jugak ada calori yang betul betul cukup bagi mereka.

sampaikan specialist specialist ni berusaha sedaya upaya menyediakan sesuatu yang sama dengan breastmilk ini. kalau kita bagi susu lembu tidak akan develop budak tu. perlu di modified dan di panggil humanised cow's milk/infant formula di beri kepada baby yang biasa berada di NICU dan emak mereka tidak dapat menyusukan mereka. jika tidak mencukupi penyusuan boleh mendapat jaundice, di panggil breastfeeding jaundice.

hebatkan.. mereka modified cow milk itu berdasarkan breastmilk bukanlah apa yang baby itu perlukan. faham tak?

Allah menyediakan susu kepada baby yang baru lahir dengan kualiti dan kuantiti yang sempurna. kenapa? kerana Allah lah pencipta kepada setiap bayi itu. dan Allah tahu dengan sempurnanya apa yang baby itu perlukan. tiada keraguan padanya...

kadang kadang kita sering mempersoalkan apa yang Allah bagikan kepada kita. betulkan. itu tak kena ini tak kena, sangat suka mengeluh dan sebagainya. sehingga terlupa yang pada satu ketika dulu Allah pernah bagi sesuatu yang terbaik buat kita.

haruslah di ingatkan bahawa Allah yang menciptakan kita tahu dengan sedalam dalamnya mengenai  kita, dari fizikalnya dan ke dalam batinya.siapakah yang lebih mengetahui apa yang kita perlukan selain yang benar benar mengenali kita.

bolehkah seorang yang memelihara ayam itu memelihara kambing. pastilah tidak. habit ayam dan kambing itu berlainan apatah lagi makanan yang di perlukan. ancaman pun jauh sekali berlainan.

sama juga dalam soal jodoh.  berlapang dadalah jika yang di usahakan itu tidak di capai kerana Allah sedang menyimpan seseorang yang terbaik buat kita. dengan itu kita menjadi tenang. jawapan yang di tunggu hanya salah satu usaha bukanlah matlamat.

tapi usaha jangan lupa...

kempen katakan ya pada susu badan!!!

gogogo.. study2..

Monday, October 10, 2011

mimpi buruk

semalam saya bermimpi..
buat saya berdebar semacam je..

saya lupa bagaimana permulaan mimpi itu, yang saya ingat tiba tiba sahaja dunia ini di serang oleh satu makhluk yang boleh menyerupai manusia. sukar benar untuk membezakan dia dengan manusia biasa. dan makhluk ini nak menguasai dunia dengan membunuh semua manusia.

nasib kami baik sebab ada satu shelter yang di bina masa tu. sangat kukuh. dan saya berada di dalamnya. yang menjadi masalahnya adalah bagaimana saya nak membezakan antara manusia yang sebenar dengan yang menyamar. manusia sebenar saya nak masukkan dalam shelter ini kerana dalamnya tak ramai. semua manusia sedang berhimpit ingin memasukinya.

puas saya memikirkanya dan datanglah idea dengan mengajukan soalan soalan berkaitan. adalah seorang kawan saya Helmi yang ingin memasuki shelter ini. saya tanyakan dia soalan study group semalam. dan dia boleh jawab membuktikan dia adalah yang sebenar.

kelihatan semua yang berhimpit itu seakan lari dari hajatnya yang awal awal tadi. saya pun pergi ke menara melihat pemandangan di luar shelter itu. saya lihat sebelah sana segerombolan manusia di hutan sedang berbincang dan di seblah satu lagi sedang bersuka ria di tepi pantai. entah apa yang diorang buat.

mereka yang di hutan tiba tiba mengeluarkan senjata masing masing dan berbaris.
lalu mereka terus berlari sambil senjata di tangan menyerang mereka di pantai ini.

saya mula panik, apa yang harus saya lakukan, adakah membiarkan spesis saya di luar shelter ini ataupun keluar menolong yang akan menyebabkan mereka yang berada dalam shelter ini turut terbabit.

terus saya terjaga dari tidur dan berdebar debar.....

apa yang harus saya lakukan???

p/s: study group masa study week memang memenatkan dan effective

Wednesday, October 5, 2011

Jangan Menyerah!!


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

p/s: bg saya, sekarang dah oficially start study week. exam mula pada 17hb okt 2011.. doakan saya sahabat sekalian supaya Allah permudahkan segala urusan. amin.. gogogo

Friday, September 30, 2011

sebarkan cahaya..

perkongsian medik

saya ingin berkongsi akan seorang pesakit saya. seorang kanak kanak kerana saya berada dalam posting paediatrik. di lahir kan pre term ( tak cukup bulan) dan mendapat complication daripadanya dengan mendapat hearing loss (tak boleh mendengar) kerana audiotory nerve masih belum mature ketika ia lahir. dan secara tidak lansung dia tidak boleh bercakap kerana itu.

datang ke hospital dengan complain of bluring vision. di kenal pasti oleh ibubapanya apabila tangan dia menggapai gapai apabila berjalan. brain scan di lakukan  dan di diagnos dengan medullablastoma. kanser yang paling common dalam kanak kanak. kanser ini compress vision nervenya menyebabkan matanya tak dapat melihat dengan baik.

operation di lakukan kerana takut akan metastasis (merebak) . dan dia mendapat komplikasi daripada operation itu adalah Buta. Doktor mengatakan kemungkinan akan dapat kembali visionnya itu tapi mungkin juga tidak (permanent).

currently pancainderanya hilang. kesemuanya sekali...

hidup tanpa cahaya

dapatkah kamu bayangkan, kerana saya hampir tidak boleh bayangkan keadaan adik ni sekarang. bagaimana dengan kehidupan tanpa dapat melihat, mendengar dan bercakap?

susahkan.. hidup dia gelap segelap gelapnya. dia masih belum sempat ntuk belajar merasai, sekarang dia sudah tidak boleh di ajar lagi. hanya deria sentuhan sahaja namun masih juga tidak tahu apa yang di sentuhnya itu


 kejahilan di anggap sebagai kegelapan. orang yang berada dalam kegelapan itu bukanlah tidak punya pancaindera seperti adik diatas. tapi pancainderanya tidak nampak akan perkara yang ghaib malah tidak mempercayainya walau sekian lama cuba di yakinkan oleh nabi kita Muhammad saw.


islam di bawa itulah cahaya yang menerangi segala gala yang manusia cari sebelumnya. manusia yang fitrahnya merasa di sana ada pencipta bagi seluruh alam. di sana juga ada yang mengatur segala perjalanan alam semesta ini. di sana juga merasa hidup di dunia punya matlamat tersendiri..

gapailah cahaya itu wahai teman,

cahaya itu tidak datang kepada mereka yang menutup

sebarkan cahaya sebagaimana di perintahkan

kasihanilah mereka yang masih berada dalam kegelapan

jangan sampai satu masa mereka menjadikan

kegelapan mereka adalah kesalahan kita


ya Allah terimalah segala usaha kami


dalam menebarkan cahaya...


هُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦۤ ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬ لِّيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ بِكُمۡ لَرَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu."(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 9)

Thursday, September 15, 2011

susah jadi muslimat??

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.

Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.

Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada, diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.

Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!

Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?

Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa?

Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.

Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?

Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.

Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!

Beruntungnya awak!

Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.

Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!

Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa?

Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya?

Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!

Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki?

Ingat mudah ke nak dapat syurga?

Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?

Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi?

Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya

Dia tersenyum saat tertekan

Tertawa di saat hati sedang menangis

Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan

Wanita cantik, mengasihi tanpa marah

Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah....

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup

Adakah lagi subuh esok...

Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu

Berikan daku kesempatan menebus kesalahan

Lantaran dosa dan noda kerana sengaja melupakanMu

Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku

Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.."

"Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

p/s: jadi muslimin lagi susah saya rasa sekarang ni.. pandang sekeliling mesti ada aurat terpaksa di tengok.. hurmmm

Monday, September 12, 2011

mabrook

alhamdulillah, hujung minggu lepas bukan seperti yang biasa biasa. sangat spesial. apa yang spesialnya?
4 orang sahabat saya selamat mendirikan baitul muslim
jom bersama saya mengembara di hujung minggu....

bermula dengan hari sabtu. perkahwinan Dr sufian
 
Abg sufian ni senior saya, sudah lebih setahun bekerja di hospital (hospital mana ek?) dengan psangannya. Dr juga katanya.. hurmm betul ke?

majlis berlansung di dewan komuniti cheras. tak de lah jauh sangat dengan tempat tinggal saya.
lepas selesai makan tak sempat nak ucap tahniah. ucap dengan bahasa isyarat dari jauh je kami meneruskan kembara.

seterusnya adalah rumah saudari seperjuangan Syahirah dengan Shahir di wangsa maju

Syahirah ni satu batch tapi course lain. dia amik nutrition. merupakan exco lujnah dalam GAMIS. hebat tuh. hhuhu. pasangannya adalah Shahir, junior saya kat Maahad Muhammadi, adik 2 tahun. tapi ukhwah kami baru mula di sini.

"junior 2 tahun dah kawin, mung biler?" kata fizu.. senyum takperlu kata apa apa.

dapat dengar konsert iwan di majlis ni
berehat jap kat masjid..

sampai je ke Kolej, Tantawi ajak beraya dengan BUdak Maahad yang ada kat around Selangor dan KL
lama dah tak jumpa. ada yang 6 tahun tak jumpa lansung. Sungguh, raya ni betul betul bermakna buat saya. ramai yang saya dapat refresh ikatan ukhwah. bukankah itu salah satu matlamat beraya..

pada hari yang sama juga adalah perkahwinan Dr Malek. pemantau saya masa jadi JAKSA dulu. barakallahulakuma. tak pergi sebab x di undang ke umah perempuan. minggu depan rumah lelaki tapi jauh. so, pic pun tak de.

balik malam dan tido untuk esok pula..

lepas pengajian talaqqi di surau, terus kami mulakan perjalanan. destinasi adalah tanjung karang
perkahwinan Abg/Dr zairi dengan pasangannya Puan Faridah

Abg zairi satu batch dengan Abg sufian. tempat majlis sangat dekat dengan rumah sewa masa posting JKM. pasangannya pelajar tahun akhir perubatan di USIM
gambar buat tatapan sahabat yang tak hadir. jauh tempatnya, 2 jam perjalanan.

lepas tu ke rumah Nazil untuk beraya. di sungai besar.

 kat rumah Nazil makan dan berehat (tido, tak malu) bertolak pulang. sampai maghrib
habis sudah berjalan jalan, esok nya kena pergi HKL untuk posting paediatrik

still struggle dalam posting paeds.. penatnye laaaaa





first time makan tutti fruti , mahal sangat tak padan dengan harga. menarik je lebih..

p/s: entry bergambar. saya perasan manusia ni suka baca pasal kehidupan orang lain. kenape ek?? sebab tu la movie dan cerita bersiri di hasilkan, untung pun banyak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...