Monday, February 28, 2011

no double standard

cantiknya islam untuk seluruh umat manusia tidak kira miskin kaya, tua muda, pemimpin atau di pimpin adalah no double standard. semua mereka ini mempunyai peluang yang sama untuk masuk ke syurga. tidak pernah ada mengatakan yang kaya, muda dan pemimpin itu lebih mudah masuk syurga. kerana nilaian di sisi Allah adalah takwa. taqwa la yang menetukan setinggi mana darjat seseorang.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Al-Hujurat:13)
kesamaan hak telah lama ada di dalam islam. sebagaimana di syariatkan sembahyang jemaah. berada di saf depan merupakan hak semua orang yang datang awal. tidak kira menteri dato atau sultan. apatah lagi miskin atau kaya. begitu juga dalam haji. semua mereka memakai kain yang sama. tiada keistimewaan antara satu sama lain. bagi mereka yang di beri keistimewaan itu bukanlah mengikut syariat yang di turunkan oleh Allah.

rasulullah juga memberi teladan yang sama. saya suka membaca sejarah perang khandak. banyak sangat pengajaran di situ. bermula bagaimana pengkhiatan terhadap nabi oleh pihak yahudi sehingga pembentukan tentera al ahzab. di namakan perang khandak adalah bermaksud parit. strategi parit ini adalah cetusan daripada salman al farisi yang berasal dari iran. ia satu strategi yang pelik bagi orang arab. tidak pernah di lakukan oleh mereka tapi rasulullah menerima dengan kagum cadangan dari salman al farisi. ini menunjukkan keterbukaan islam dalam menerima kebaikan ilmu dari luar.

tentera islam ketika itu menggali parit bersama sama. termasuk rasulullah sendiri. malah jika di lihat dari jauh tidak dapat membezakan antara pemimpin madinah itu dengan sahabat yang lain dengan debu tanah. pernahkah melihat pemimpin yang turun berkerja bersama rakyat di dunia ni? kalau datang merasmikan ramai la. launglah sebanyak manapun tentang demokrasi atau kesamaan hak namun tidak dapat menandingi agama fitrah islam ini.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi kamu, yaitu bagi orang-orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hari Akhir dan mengingat Allah sebanyak-banyak” (QS Al Ahzab 33 : 21). 
selalu dengar ayat ni kan. ia menyebut bahawa rasulullah adalah 'uswatun hasanah' atau tauladan yang baik. ayat ni diturunkan masa perang khandak menentang tentera al ahzab seperti mana nama surah ini di berikan. tahukah sebab ia diturunkan?
di turunkan bilamana sahabat sahabat menggali parit kelaparan. bila kelaparan mereka meletakkan batu dililit pada perut. semasa rasulullah mengali parit terselak bajunya dan mereka ternampak yang rasulullah mempunyai lebih banyak batu. pemimpin agung itu lebih lapar dari mereka.
Allahuakbar... 
hebatkan kekasih Allah ini. dengan darjatnya sebagai pemimpin umat baginda berperilaku demikian. inilah yang harus di terapkan kedalam masyarakat. sifat kehambaan (ubudiyah) itu harus di rasa di hati bukan hanya di mulut. kalau sekadar bercakap kita hanya hamba tapi bermegah-megah dengan dunia lansung tiada nilainya.
katakan tidak pada double standard...


wallahua'lam

p/s: post talaqi quran.. best bila lepas nilaian bacaan. rasa terlepas dari dosa sepanjang menjadi imam walaupun mungkin ada dosa
best lagu dalam video ni. tp xtau nak cr kat mane.




Wednesday, February 23, 2011

dari jauh..

dari jauh aku melihat
kamu riang gembira
berbicara sesuatu yang luar biasa
teringat bahwa kita pernah bersama

dari jauh aku merenung
aku ingin seperti itu
bersama melangkah maju
sehingga lupa asal tujuanku

dari jauh aku berdoa
moga kamu terus maju
tanpa memandangku di sebalik batu
tapi tidak putus ikatan itu

dari jauh aku mengharap
andai selepas ini 
kita tidak bertemu kembali
ingatlah daku dalam doamu...


Sunday, February 20, 2011

undilah saya!!!


"nape ko x jadi calon?" tanya hafiz dan owen masa makan-makan kat carl's jr.

"x bleh. aku ada bad history" jawab saya. tak tahu nak jawab apa. memang saya ada bad history pun. dalam akademik.

teringat masa 2nd year dahulu. soalan sama jugak asyik di tuju. masa tu memang tak tahu nak jawab apa. ramai expect saya yang naik akibat ternampak saya pergi kursus kepimpinan MPP tu. lagipun masa tu nak lawan orang yang hebat dan satu batch jugak iaitu shamil. apa yang selalu saya jawab adalah ia bukan keputusan saya. memang begitu. masa tu calonnya juga adalah idrul. gambar di atas.

kenapa nak undi dia?

jawapan mudah kalau saya la mesti la sebab dia belajar medic. medic tidak sama sekali dengan coz lain. jauh bezanya. kalau orang kata poyo je belajar medic tu susah amik la kalau boleh. banyak dalam doa saya mintak di permudahkan sepanjang belajar ini. berapa kali jugak saya melihat dan alami sendiri wajah-wajah kekecewaan. bangun pagi dengan gelabahnya untuk berhadapan dengan doc kat hospital. mereka yang amik medic je tahu bagaimana keadaan pelajar medic.

menarik jugak manefesto yang di tujukan. pasal gerenti letter(GL). memang menyusahkan pun. bayangkan kita yang lemah longlai sakit nak naik pejabat amik GL dulu baru nak pg klinik. kalau orang amikkan takpe lah. nak amik awal? mana la tahu sakit biler. GL tu pun valid untuk sebulan kalau tak silap. guna kad matrik sude. apa la menyusahkan. bagus2. Idrul tahu apa masalah student.

tahun ni dah saya rasa masing masing dah tunjuk puak-puak mereka. tidak lagi seperti post saya sebelum ni masa PRK yang lepas. so semua mesti dah tahu apa itu gabungan mahasiswa dan aspirasi. apa yang diperjuangkan mereka. kalau tak tahu tanya. Idrul berada dalam gabungan mahasiswa. jadi dia menymbangkan kerusi untuk GM dalam PRK ini. kerusi ini penting untuk menentukan siapakah yang berada dalam jawatan PMUKM. kerana seperti tahun lepas walaupun calon aspirasi tidak cukup untuk mengisi jawatan ia kosongkannya malah 2 jawatan dimiliki oleh orang yang sama. calon GMUKM yang lain tidak di beri jawatan selain hanya wakil kepada fakulti masing masing. rasa rasa boleh gerak ke?

jadi jangan lupa undilah yang terbaik bagi kamu wahai warga KTDI. jika bertanya di kira di akhirat ke benda ni? memang ada. rujuk web dr asri zainal abidin..

2,4,6,10,11 untuk umum

'undilah saya, calon anda no 2' kata Idrul...

belajar jadi baik..

wallahua'lam

Friday, February 18, 2011

murabbi cinta, seorang nabi

(suka post ni, jangan baca ia seperti entri saya yang lain.. feel it..)


“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.



“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:
Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…
Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.
Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

 Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kami rindukanmu.

Murabbi cinta!

-saifulislam-

betul ke cinta??


pernah ust bertanya siapakah idol saya masa kini dan sepanjang masa.

untuk sepanjang masa pastilah rasulullah. mana mungkin orang islam menjadikan manusia lain lebih agung dari nabi Muhammad saw.

di sambung lagi pertanyaan kenal ke rasulullah?

mestilah kenalkan... jika tanya budak-budak kecik pun pasti kenal kan. yang membezakan kita sejauh mana kita kenali baginda. kalaulah kita bercinta semua hal mesti di ambil tahu. bermula dengan seberat-berat hal hingga yang paling remeh seperti 'kenangan paling menggembirakan'. tapi persoalannya adakah sampai begitu sekali kita mengenal rasulullah?

seerah rasulullah sangat menarik. kalau kita biasa dengar masa zaman kecil-kecil dahulu bagaimana nabi di lahirkan, di tahun gajah, ibu susu baginda isteri baginda apakata pada zaman besar-besar ini upgradekan kepada pengajaran dan hikmah seerah tersebut.

banyak benar hikmah dalam sejarah itu. bermula dengan kenapa baginda di lahirkan di tengah-tengah bangsa arab jahiliyah. bangsa arab jahiliyah sangatlah mundur kalau nak di bandingkan dengan negara di sekelilingnya. ia di kelilingi dengan 2 kuasa yang besar dalam kemajuan masing-masing. di sebelah baratnya adalah parsi dan rome. 2 negara ini maju dalam pembangunan dan penjajahan tetapi rosak dalam akhlak dan agama sehinggakan mereka boleh mengahwini anak perempuan sendiri.

manakala di sebelah timur pula adalah greek yang terkenal dengan khurafat dan dongeng seperti yang kita tengok dalam tv. mereka penuh dengan dewa-dewa seperti herculis, zeus dan sebagainya. nabi di lahirkan dikelilingi oleh mereka. apa yang ajaibnya adalah negara arab ini sedikitpun tidak terpengaruh oleh mereka. dan nabi di pelihara di situ. inilah yang di maksudkan dengan 'la sharkiah wa la gharbiah' mereka ini tidak condong ke timur dan tidak condong ke barat. dan daripada permulaan yang baik ini islam tersebar ke seluruh alam. menarikkan?

banyak faedahnya seerah ini bukan sekadar bacaan untuk rilek-rilek je. daripada seerah keluarnya hukum fiqh. daripada seerah dapat tahu asbabunuzul di mana paling saya suka. daripda seerah kita dapat jalani kehidupan dengan lebih baik dan ber'guide'

kalau di tanya saya buku apa yang paling baik untuk seerah nabawiyah mestilah sirah ibnu hisyam. di tulis oleh Abu Muhammad ibn Malek atau di kenali dengan ibnu hisyam. buku paling lengkap dan menarik setakat ini. TGNA penah syarah kitab ini. yang lagi senang baca bagi orang biasa macam saya adalah 'Raheeq Makhtum' di tulis oleh ulama india pemenang seerah rabitah alam islam di mekah. ada dalam bahasa melayu dan bentuk pdf. di beri oleh sahabat blog saya. (kalau nak boleh bgtau) . kalau nak yang paling sempoi denga tulisan dan bahasa melayu adalah tulisan TGNA sendiri. setakat ni saya ada 3 buah buku seerah yang di tulis bersambung-sambung. baik bukunya dengan ulasan tersendiri. di masukkan juga fiqh dan strategi perang sepanjang hidup rasulullah. menarik2.

bacalah jika kamu cintakan nabi. rasalah kehadiranya dan dekatnya baginda dengan kita. bukan sekadar ucapan cinta itu pada mulut.

masa maulid hari tu pergi masjid negara. syeikh fuad al maliki mengijazahkan kitab syamail muhammadiah karangan imam at tirmizi. rugi sangat datang lambat sikit. bukannya selalu di negara kita ni. hurmmm.. kitab ini membicarakan pula bagaimanakah fizikal, perilaku, ibadah, akhlak dan kehidupan rasulullah mengikut hadis-hadis soheh.


sejauh mana yang kamu tahu?
adakah itu adalah cinta?

seluruh umat islam mengaku cintaka nabi muhammad, cinta manakah yang baginda terima?
tepuk dada tanya iman...

wallahua'lam

Tuesday, February 15, 2011

x cukup bekeng..

saya teringat peristiwa masa cuti chinese new year. memang tak boleh di lupakan. peristiwa di mana rekod accident saya telah pecah. no accident ever telah pecah di sebabkan kecuaian yang saya tak pasti siapa yang salah. tambahan pula dengan kereta baru abah@kereta kesayangan abah.

kalau kamu seorang follow blog ni pasti tahu yang kami bukanlah orang yang senang dahulu. sebelum ni abah pernah guna 2 jenis kereta. yang mula-mula sekali adalah kereta yang saya tak tahu jenama apa. kawan2 saya memanggilnya kereta mr beanwalaupun saya tengok sebijik pun tak sama, tapi mungkin saiznya sama. masa sekolah rendah abah guna kereta ni tapi jarang2 dah cukup buat saya malu masa tu. what i'm thinking about? hidup memang untuk material. sorry abah..

kereta yang kedua adalah yang sebelum yang ni ok sikit. kereta daihatsu. bukan nak kata 'agah' tapi abah memang tak suke kereta malaysia. tak kualiti katanya. sanggup beli yang buruk asalkan luar negara punya. dia beli kereta ni dalam rm5000 je. dapat bayangkan macam mana kereta ni dengan harga itu. apa yang menariknya kakak saya yang doc tu tidak segan silu menggunakanya masa HO. respect.. mana ada doc yang buat camtu..

akhirnya dia menjual kereta itu sebab memang banyak problem. dan mengambil kereta 2nd hand lagi, Nissan Sentra XE 1.6 auto. dengan rm33000 bayar cash oleh kakak saya. nak tahu bahawa kereta nissan adalah favourite dia sejak survey kereta untuk kakak saya yang doc hingga sekarang itulah cadangan kereta pada mereka. abah saya hepi. itu yang saya nampak. terima kasih kakti kamu dah berjaya buat abah gembira. saya bila lagi? insyaAllah cepat2..


habis cerita pasal kereta itu. ia penting dalam peristiwa ini. masa cuti itu semua balik. kecuali kakna kerana tak ada tiket. sehari sebelum saya balik KL, kami pergi pantai. berkelahlah kan sebab dah lama tak pegi pantai sama-sama. 2 kereta yang pergi. kereta bujang dan yang dah kahwin. saya drive kereta baru abah. dan saya accident dengan moto laju. masa saya cross jalan de tengah kereta yang jem, moto dengan lajunya datang menerjah. seperti gambar di bawah.


lepas accident saya behenti untuk lihat keadaan dengan berdebar-debar. paling ke belakang abah dan abang ada backup. belum apa2 abah dah mula shoot budak tu. lepas abang saya pulak. dan lepas tu kakja pulak. budak tu dan gengnya senyap tanpa bicara sedangkan tadi mengungut saya dengan spanar di tangan. bukanlah saya takut tapi kesian. sedang mereka bertengkar tu saya dah siap sedia, nak gaduh on je nih. tapi diorang takut dengan bekengnya abah dan abang dan juga kakja. fuh, ni rupa sebenar diorg. betul betul tak sangka. hebat benar diorang kalau nak di banding dengan saya yang 'pengasihan' ini.

hebatkan sebuah percakapan itu. sebab itu Al quran itu sendiri adalah mukjizat terbesar bagi nabi. merupakan kalam Allah. dengan kalam Allah ini manusia itu cair. seperti kisah saidina umar al khattab. bukanlah di buka hatinya dengan nabi tetapi dengan alunan surah Taha yang di baca oleh adiknya sendiri. cairnya Jubair b Muti'n pula dengan alunan bacaan surah attuur oleh nabi Muhammad secara curi-curi sedangkan dia datang untuk berbincang tentang tawanan kafir dalam perang badar. hebat benar kalimah Allah jika kamu benar-benar menghayati. tanpa pengertian juga asyik dengar alunan bacaannya. carilah hati kamu di sana seperti hadis nabi.

sesampai ke masjid berdekatan dengan pantai semua meluahkan ketidaksangkaan masing-masing. mak saya kata saya nak menangis. hahaha.. tak mungkin kot. satu peristiwa yang baik untuk kami lebih mengenali masing-masing. i love my family.


sering saya rasakan saya dah boleh hidup sendiri sekarang tanpa abah tapi sebenarnya belum lagi. dia bagaikan pelindung bagi kami. sekalipun saya dah besar dan tough dari abah tapi dia lebih dari segala yang lain. dan saya belum cukup bekeng dan tegas. perlu saya ubah rasanya. jangan terkejut nanti.

tadi abah telefon sebab free sempena birtdaynya hari ini( yeke?) mengata dia menghabiskan rm1000 lebih untuk repair kereta itu. sorry abah.

heppy besday abah and we love u. tak tahu dimana kami sekarang tanpa kamu selama ini.



kami sambut awal lagi besdaynya bersama besday mesah sebab masa tu sume orang ada kecuali kakti. sori kakti..

p/s: pergi masjid wilayah malam ni sambut maulid nabi.

Wednesday, February 9, 2011

mesir, arab dan kita

ada apa dengan Mesir?

bila di sebut mesir apakah yang pertama terbayang di kepala. piramid atau Al Azhar. jika piramid maka meterialistik la anda. piramid hanyalah sebuah binaan purba. di tempat lain juga ada binaan purba cuma bentuknya sahaja yang lain. apa yang popular pada Mesir universiti Al azharnya serta tempat tempat pengajian agama yang lain yang melahirkan beribu-ribu ulama serata dunia. merupakan universiti yang tertua di dunia.

mesir juga tempat lahirnya gerakan islam ikhwanul muslimin yang di asas oleh imam Hassan Al Banna. gerakan islam yang terurus pertama yang lahir selepas kejatuhan khalifah uthmaniah. yang menjadi rujukan kepada para gerakan-gerakan islam di dunia. semuanya pernah berada di bawah tarbiyahnya.

bila di sebut mesir juga pasti kita teringat kisah dalam Al quran. tempat lahirnya nabi Musa dan juga tempat kepala kepada segala syirik yakni firaun. pertembungan antara pesuruh tuhan dan pengaku sebagai tuhan ini tercatit dalam Al quran. bagaimana firaun yang telah mengaku sebagai tuhan beratus-ratus tahun di tenggelamkan dalam laut merah yang tidak mungkin di fikirkannya sepanjang hidupnya yang sentiasa di junjung manusia ketika itu. masyaAllah.. hebat sekali kisahnya. menunjukkan perancangan Allah sangat terperinci dan kadang-kadang tidak terlintas di dalam kepala manusia.

tapi sayang, ketika kita di malaysia di hidangkan dengan kisah-kisah diatas rupa rupanya sudah berpuluh puluh tahun negara itu di perintah dengan regim yang zalim. sebelum regim hosni mubarak lagi. tak pernah pun kita tahu melalui akhbar-akhbar tempatan.  pembunuhan-pembunuhan kejam terhadap pejuang islam di sana juga kita lupa sehingga baru-baru ini seperti syed qutb, mustafa masyhur, said hawa dan hassan al banna sendiri. regim ini jugalah yang menghulurkan persahabatan dengan Israel dan Amerika menyekat Palestin menyebabkan rakyat palestin mati kelaparan dan di bunuh. maka tidak hairanlah apa yang di fatwakan oleh syeikh Dr Yusof al qardawi bahawa sesiapa yang mati dalam demonstrasi itu adalah syahid.

“ Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’'. - Dr Yusuf Al-Qardawi - 
ada apa dengan arab?

kalau dulu kita melihat orang memakai jubah itu satu perkara yang akan mengangkat darjat. di hormati. lama kelamaan kita sedar bahawa semua orang arab adalah memakai jubah berserban. tapi tidak semua baik dan alim. ada yang melompat-lompat menonton bola sepak. ini kerana itu pakaian biasa mereka. bagaimana kita boleh menghormati seseorang hanya dengan memakai jubah? malah kita kadang kadang saya sendiri pernah menyangka semua orang arab itu baik.

kerana nabi pesuruh Allah itu di lahirkan di kalangan orang arab. bukanlah bangsa arab dan bahasa arab mulia melainkan ia di muliakan oleh islam. Allah telah memilih mereka untuk mula dan menyebarkan islam itu dan atas usaha merekalah nikmat islam itu sampai kepada kita.


Kita adalah bangsa yang hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Walau mana sekalipun kita mencari kemuliaan dengan apa yang Allah muliakan, maka kita akan dihina oleh Allah( Umar Al Khattab)

kesempatan cuti saya dapat bersama TGNA bersolat hajat di medan ilmu. menangis tok guru di akhir doanya buatkan saya sendiri tidak tahan. masyaAllah, sayu sekali bagaimana beliau menyentuh hati hati manusia. doa yang di tangisi bukanlah berkisar tentang mesir atau politik tapi tentang kematian dan perjuangan. moga di panjangkan usia, kerana umat islam masih memerlukanmu.

Tiada seorang pun yang lebih mulia daripada orang lain, melainkan berdasarkan agamanya, dan taqwanya. Manusia semuanya adalah keturunan Nabi Adam AS, dan Nabi Adam AS daripada tanah. Tiada kelebihan pun bagi Bangsa Arab berbanding Bangsa Non-Arab. Begitu juga tiada kelebihan pun bagi Bangsa Non-Arab berbanding Bangsa Arab. Tiada kelebihan pun bagi orang yang berkulit putih, berbanding kulit hitam. Begitu juga tiada kelebihan pun bagi kulit hitam berbanding kulit putih,.. melainkan dengan taqwa ( hadis)


wallahua'lam

p/s: ramai dah menyatkan sokongn pada rakyat mesir, kerajaan malaysia biler lg?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...