Sunday, June 26, 2011

i believe..

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
 
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
 
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe


Saturday, June 18, 2011

taubat

 lagu ni menduduki carta paling tinggi dalam diri saya. selalu kalau saya minat satu lagu mesti dengar sampai bosan dan muak. lepas tu dah tak dengar lagi. lagu ni paling lama setakat ini.

jom nyanyi bersama sama sambil menghayati lirik di bawah....

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Wednesday, June 15, 2011

tuntutan dan lintasan

masa tengah ajar examinatin di klinik Mr hamdan bertanya kepada sahabat lelaki chinese saya.

"kamu tengok apa pada perempuan?"

"saya tengok muka"

"kamu?" tanya dia pada saya.

"muka..."

"lagi?"tanya dia lagi semacam tidak puas hati dengan jawapan tu

"emmm... tangan" jawab saya

tergelak abis semua orang dalam ruang kecil di sebalik tabir dalam klinik ortho.
saya cume tersenyum, bukan sengaja nak buat lawak.

selepas itu sahabat grop saya perempuan bagitahu la fakta bagi seseorang lelaki itu pandangannya pada perempuan akan pergi ke dada. memang saya pernah baca fakta itu. kajian dari barat malah khayalan bagi lelaki itu sangat dahsyat mengikutnya lagi.

dan sahabat perempuan itu sekali lagi bertanya saya" ko tengok apa?"

sekali lagi saya jawab" tengok tangan lah"

diorang tergelak gelak tak tahan sampai keluar bilik Doctor dalam klinik.

tidak di nafikan setiap manusia akan terlintas pada hatinya akan lintasan lintasan perbuatan dosa. sehinggakan itu di katakan fitrah bagi seorang manusia. seperti mana adanya lintasan hati di dalam solat. tidak ada seorangpun kecuali wali wali Allah yang di beri kelebihan dapat khusyuk sepanjang solatnya. pernah dengar cerita nabi Muhammad  ingin menghadiahkan serbannya bagi sesiapa yang sepanjang solatnya khusyuk kepada Allah. saidina Ali gagal kerana pada akhir tahiyatnya terdapat lintasan pada hatinya akan serban rasulullah itu.

kata syeikh ramadan al buti bila mensyarahkan kitab al hikam mafhumnya lintasan lintasan ini tidak mampu di kawal oleh manusia kerana ia di ciptakan lemah. dan Allah tidak mengambil kira ia sebagai dosa selagimana ia tidak di tunaikan dengan perbuatan. apabila lintasan itu di penuhi ketika tu dialah sefasiq fasiq manusia.

"sesungguhnya Allah tidak mengambil kira apa yang di perkatakan oleh hatinya selagimana ia tidak di lakukanya" hadis

saya suka membaca ayat di bawah ini dalam solat. pada subuh tadi saya bacakan ia jugak

"Dihiasi manusia itu dengan cintakan syahwat daripada perempuan, anak2, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda2 tunggangan, haiwan2 ternak dan kebun2 yang luas.  Yang demikian itu adalah kesenangan didunia dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali." al imran 14

di jadikan manusia itu nafsu syahwat, suka akan yang berlainan jenis denganya. itulah fitrah. dan di jadikan tuntutan yang perlu di tunaikan bagi mengelakkan kerosakan seperti tuntutan untuk menunduk ataupun menjaga pandangan. dan cantiknya islam memberi jalan penyelesaian bagi nafsu itu adalah pernikahan.

dan bagi lelaki itu harus menjaga pandangannya. muka dan tangan sahaja di bolehkan. yang lain adalah aurat!

peramal perubatan amat special kalau kita tahu.

sekalipun terdapat lintasan lintasan, tuntutan wajib di tunaikan

wallahua'lam

p/s: posting ortho pun dah penat belum yang betul2 bz lag.. haishhh macam mana nk jadi doktor..
     apa yang senorok belajar perubtan ni saya boleh jumpa pelbagai jenis manusia dan ibrah      darinya

Thursday, June 9, 2011

quratu a'yun



berada di pantai melawi selama 2 hari 1 malam bersama keluarga adalah kenangan yang tidak dapat di lupakan. baru saya tahu tempat tempat di kelantan tidak kurang hebatnya untuk beristirehat. rancangan pada asalnya ke pulau perhentian di cancelkan ada hikmahnya.

pemandangan pada waktu malam sangat cantik. tidak dapat saya menunjukkan kecantikannya sebab kamera 3.2 MP je. DSLR xde. bulan yang keluar seperti dalam movie. huhuhu... tetiba jadi seronok.

rancangan nak tangkap ketam tak menjadi sebab bukan musim katanya. tapi dapat tengok orang tangkap sotong dari jauh. hanya nampak cahaya dari bot je. malam tu tenang sangat. mandi lepas subuh lagi best...

ni kenderaan saya sepanjang berada di rumah. pegi mana mana pun guna kete. minyak kakak bayar. heheh..

penyejuk hati saya sepanjang cuti ini adalah anak anak sedara. ketiga tiga mereka ada kat rumah. bukan selalu boleh berkumpul seperti ini.

dah besar sekarang. ni namanya muhammad. tapi panggil ahmad. still tak berubah maksudkan. suke sangat main tepuk tepuk air sampai masuk dalam mulut baru berenti.
insyaAllah, muhammad di didik dengan baik oleh abang dan kak ipar. boleh jadi ulama besar dengan izin Allah. tak sampai 2 tahun lagi . setiap kali nak makan mesti tadah tangan baca doa. bila disuruh azan mesti letak tangan kat telinga. lepas tu ikut orang sembahyang. kalau perhati dia sembahyang memang nampak betul betul khusyuk dengan mulut yang bergerak seperti membaca sesuatu. suara pun paling kuat. kuat ceramah ni nanti kata uminya.

yang ni pulak hilyatul jannah. maksudnya perhiasan syurga. dah besar dah pun. dah boleh bercakap dan faham. kami panggil dia ilya/ iya. setiap kali percakapannya mesti ada iya kat belakang. bantal iya, kasut iya, neneng iya. hahaha... kalau dulu sangat pendiam sekarang sangat aktiv. cerdik ni. mungkin jadi doktor macam uminya. manja sikit sebab yang sulungkan.. nak ducung je kejenya.. hehe. suka mengaji. bila di suruh mengaji dia akan baca ' ngajiiiii, ngajiiiiii' hahaha.

muhammad lagi. paling menarik lihat mata dia. suka sangat buat muka kesian bila tak dapat sesuatu.. hehe. aktiv jugak.

tok abah dengan cucunya masa nak hantar saya ke KL. semua manja dengan tok abah. kalu sorang kena dukung mesti yang lain nak jugak..

ni pulak yang bongsu tapi sama tahun dengan muhammad. namanya hilyatul izzah. kitorang panggil adik ijah.adik kepada iya. seorang yang pendiam. tapi matanya melihat sana sini. mata nya jugak luas. dan boleh merangkak tapi tak boleh duduk lagi. pelikkan?

dia pun aktive jugak. pegi sana sini. lepas tu dah nak berdiri. pastu jatuh. tak pandai turun tangga. mesti jatuh. haha..

Ya Allah..
kurniakan lah aku isteri dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa, jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang bertakwa...

Friday, June 3, 2011

post ke 165..

assalamualaikum, salam 1 rejab di pagi jumaat..

kejap sahaja sudah sampai kembali bulan rejab, bulan yang penuh rahmat sehingga bulan ramadan.. tak sabar rasanya nak sampai ke bulan ramadan. nak mula merantau ke masjid masjid sekitar KL. nak abiskan malam dengan sembahyang terawih sambil tenggelam dalam ayat ayat Allah. amalkan doa dari nabi ini.

"Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan aku ke bulan Ramadhan"
tapi semua tu semestinya perlukan latihan sebelum masuknya bulan ramadan. latihan itu bermula dari sekarang. seperti kita naik motosikal. motosikal baru kena bawak perlahan lahan dahulu. bila tiba bulan ramadan dah boleh pecut laju.

sedar tak sedar semenjak blog ni di lahirkan pada mei 2009 hingga sekarang jun 2011 agak agak 2 tahun sudah 165 entry yang saya tulis. tak tahu lah nak kata banyak atau tidak. kalau di buat buku ade 165 muka surat tidaklah tebal sangat. kalau di tolak yang mengarut ngarut entah sampai 100 atau tidak.

bila kita menulis kita tahu ceteknya ilmu yang adakan. sampai satu ketika tak ada idea ataupun tidak tahu bagaimana nak mengulas panjang sesuatu isu. kerana kurangnya kita belajar, hafal hadis dan quran, bersama orang orang alim dan pemberian kefahaman oleh Allah.

hebatnya ulama pada zaman dahulu mereka menulis. satu tajuk sudah berjilid jilid  dan mempunyai banyak sangat tajuk. dan sampai kepada kita hari ni bahan tulisannya menjadi rujukan utama. dan kalau kita belajar semua tulisan seorang penulis belum tentu boleh habis dalam hayat kita. hebatkan. mereka semestinya bukan menulis macam saya yang perlu cari rujukan itu dan ini kerana semuanya ada di dalam kepala mereka. di tambah dengan keramat yang Allah bagikan kepada mereka seperti kefahaman dan ingatan yang kuat.

ibnu qayyim menulis buku zaad al maad hanya ketika beliau dalam musafir kalau tidak silap ada 4 jilid. beliau mengulas hidayah Allah sepanjang hidup kita.

al hafiz imam ibnu hajar asqalani. mendapat gelaran Al Hafiz kerana menghafal lebih 100 000 hadis dengan taraf taraf hadis dan sanadnya. menulis fathul bari yang berbelas jilid. beliau jika menulis tidak akan melihat tulisan yang sebelumnya. menunjukkan tanpa ragu akan tulisannya.

buku yang selalu kita baca hadis ar bain di tulis oleh imam nawawi. hebatnya beliau  menulis dan mengajar hingga tidak kesempatan mendirikan rumah tangga.

syed qutub menulis tafsir fi zilalil quran ketika beliau dalam penjara  dan menghabiskan 30 juzu. apabila keluar beliau mengemaskini 13 juzu kerana fitnah menjadikan tafsir haraki yang paling luas tersebar di dunia.  Dr. Hasan Farahat: “Tafsir Fi Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb (Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada’.

kerdil rasanya, harus bagaimana kita ini, belajar sikit ,menulis lagi la sikit. dakwahnya tidak lansung berkesan.  ibadatnya tunggang langgang.. cuma yang tinggal hanyalah blog yang kencang alim nih.. padahal orangnya tidak alim. bagaimana mahu meraih syurga Allah? layakkah??

cuma harapkan rahmatMU ya Allah.....
aku tidak ada apa apa yang mahu di persembahkan...
seharusnya tidak layak lansung untuk mengharapkan syurgaMu..
tapi aku takut akan seksaan azab nerakaMu..
rahmati aku Ya Allah, rahmatilah aku...

Thursday, June 2, 2011

2 sem yang lepas.

tup tap tup tap...
pejam celik pejam celik..
dah abis setahun, dan isnin ni bermula semester baru sebagai pelajar perubatan tahun 4.. aiii.. dah tua dah rasanya. kawan kawan sudah ada anak pinak saya masih ber-struggle untuk bakal anak pinak. masa cuti ni ramai jugak kawan yang kahwin. hari ni pun ada tapi tak dapek nak pegi sebab  dah ada kat KL doa lah yang dapat di kirim. lusa ada 2 orang lagi  nasib baik Haidar punye wedding kt cheras ni je. boleh jugak pergi amik berkat. kawan sekolah rendah, dah jadi doctor lepasan HUSM.

saya??
huuurrmmm.. macam sangat jauh je lagi..

ok post kali ni nak cerita sepanjang 2 semester yang lepas. di UKM kami start clinical year masa year 3. tidak seperti UM dan USM, mereka start masa year 4. boleh di katakan year 3 lah yang paling tough antara tahun tahun yang lain. nak culture shock ke, nak berubah ke, nak bizy ke semua masa tahun ni.

saya start dengan posting Internal medicine.
bagi yang tak tahu internal medicine tu ape, ia macam penyakit penyakit yang boleh di ubati dengan ubat. demam ke, sakit perut ke, kencing manis, darah tinggi dan lain lain. kali ni sekali lagi berada di bawah respiratory specialist supervisor. Dr Adina. mula mula orang kata dia garang. memang dia tegas still ok. dia dah cover semua yang kami perlu tahu. sepanjang posting was uneventful. tambahan pula sebagai repeater, saya dah cover semua yang perlu. memang jadi malas lah. pegi ward masa teaching je iaitu waktu petang 2 kali seminggu. pastu datang workshop. pendek kata tidak ade pape lah

lepas tu jabatan kesihatan masyarakat (JKM)
posting ni kat tanjung karang. tinggal di sana selama 7 minggu untuk buat kajian terhadap penduduk kampung sambil belajar suasana hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa. walaupun saya dah tahu tapi kena la buat jugak. kena penat jugak memandangkan budak2 lain tidak tahu. so, boleh kata penat dengan buat aktiviti lah. program masyarakat, masuk kampung keluar kampun dan sebagainya. paling tak best adalah masa posting ni dalam bulan puasa. seriusly saya rasa tidak dapat beribadat seperti biasa dengan masalah pengangkutan dan lain lain. harap harap tahun ni lebih lapang.

lepas tu exam, exam kali ni tenang sangat. tak ade risau pape...

masuk semester baru, posting paling menakutkan adelah obstetrik dan gynaecology
maksudnya posting orang beranak dan sakit puan. berada di bawah Dr Natasha sangat bermanfaat. walaupun dah belajar sebelum ni tapi still belajar benda baru. Dr Natasha manage mengenai infertility ataupun kemandulan (kot) banyak saya belajar dan seorang guru yang bagus. sangat sangat bertuah berada di bawahnya. berada di ward hijau buat saya banyak lagi belajar. walaupun ward roundnya dari pukul 8 hingga 12.30, macam nak tercabut dah kaki, ada jugak hasilnya. yang paling susah mestilah nak penuhkan logbook. kena conduct delivery, kena oncall malam sampai pagi.  pernah bermain main di fikiran saya kenapalah tidak biarkan perempuan sahaja yang perlu amik posting ni. rasanya macam dah tak menjadi keperluan bagi lelaki untuknya kerana perempuan ramai. lelaki masuklah posting Urology/ sakit tuan.. emm pernah jugak nak tanya prof Har tapi tak kesampaian..

akhir sekali posting surgery
posting surgery untuk penyakit penyakit yang kita kena bukak bawak keluar penyakit tu. cancer la mostly. berada di bawah Prof Dr NOrlia, breast consultant. best Prof nih. mengajar buat saya faham. tapi tentang breast je la. saya dah jadi macam breast surgeon (hohoho....) macam semua benda dia ajar. start dengan disease seperti cancer, cyst, abcess hinggalah breast reconstruction surgery. semua dia ajar. best.. personaliti dia jugak agak menarik. entah macam ada persamaan je. huhuhu... tapi yang paling takut adalah banyak lagi system yang tak cover. GIT lah yang paling banyak. walaupun dah belajar tapi posting ni paling blurr sekali.. banyak sangat yang perlu tahu tapi tak banyak yang perlu buat.

akhirnya exam sem ke 2... tidak tenang  tapi Alhamdulillah, lepas..

perjalanan seterusnya adalah orthopedik ( tulang) +traumatology > peadiatrik (kanak kanak) > triad ( opthalmology+ ear nose and throat + anaesthology) > psyciatry ( mental)

azam baru dah di rangka cuma tinggal pelaksanaan.
semoga di permudahkan dan di berkati..


wallahualam

p/s: gambar xbleh blah.. masa PRK tuh
tahniah buat zarina dan pasangan yang melansungkan perkahwinan hari ini. mago cinta hingga ke syurga

supaya di beri kefahaman amalkan doa nih..

Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya (Ayat 79 Surah Al Anbiya’)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...