Saturday, July 23, 2011

nasyid assobah


teringat di sekolah dahulu setiap pagi mealunkan nasyid ini.
pada masa tu hanya nyanyikan sahaja tanpa tahu maksud penuhnya. bila tahu, sangat rugi kerana ia ibarat doa setiap pagi bagi memulakan hari yang lengkap.

jom nyanyi sama sama!!!

p/s: tetiba aktif berblog....
       sila klik untuk besarkan

Friday, July 22, 2011

hidup itu..

HIDUP itu
tidak mudah
...Akuilah

bukan hanya SUSAH yang Ujian,
...SENANG juga Ujian

Miskin itu Ujian,
Kaya juga Ujian

Ujian di UNIVERSITI itu susah
Ujian HIDUP lebih susah

tapi kita tetap memerlukannya
agar bisa NAIK tingkat
agar kita terus TUMBUH
agar hidup lebih MENANTANG
dan lebih penuh WARNA bukan ?

mereka yang tidak TUMBUH
akan segera mencapai titik JENUH...

Thursday, July 21, 2011

perhambakanlah dirimu


janganlah kamu perlekehkan ibadat saudara islam yang lain, sedangkan kamu sendiri belum mengetahui adakah ibadat kamu itu di terima oleh Allah atau tidak.

berlapang dadalah pada masalah furu' tapi sendiri perlu ada pendirian dan hujah pada setiap ibadat yang kita lakukan. jangan jadi seorang yang taklid buta. ada perbezaan bagi mereka yang melakukan ibadat dengan ilmu atau tidak.


jangan terlalu kagum dengan perhambaan saudara islam yang lain kerana kita masih tidak tahu pada penghujungnya adakah dia masih sama seperti itu. jika dia mati dalam keadaan penghambaan, Alhamdulillah tetapi jika pada penghujungnya dia kufur azab neraka jualah tempatnya.

jangan memandang rendah mereka yang kurang ibadat atau jahil kerana kita belum tahu mungkin pada penghujungnya dia merupakan orang yang paling kenal dan dekat dengan Allah swt

penghambaan itu melibatkan semua aktiviti dan pergerakan tubuh badan seharian.

beribadatlah dengan jiwa hamba nescaya kita terus tunduk dengan dari segala sifat angkuh dan sombong samaada dengan manusia atau dengan Allah

wallahua'lam

Tuesday, July 19, 2011

risau kerana tak risau

terkejut semalam melihat resit dari bank islam menunjukkan ada baki RM 154.30. duit JPA saya yang sepatut di gunakan untuk 2 bulan lebih lagi hanya tinggal itu sahaja. sepatutnya mengikut rancangan ada 2k lagi untuk itu tapi di sebabkan kehilangan handphone saya express music yang baru guna 2 tahun tanpa sebarang masalah di syaki hilang di curi. saya terpaksa beli handphone baru.

sebelum beli yang baru hampir 2 minggu guna hp rosak buat saya betul betul sakit hati. dengan urusan yang banyak tanpanya amat menyusahkan. ibarat berada dalam hutan. entah bagaimana pada zaman dahulu mereka berurusan. yang saya amat yakin bagi mereka yang dekat dengan Allah itu pasti ada jalan. pernah dengar saidina Umar memberi warning kepada tentera tentera islam yang sedang dalam berperang. saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di mekah tiba tiba berkata ada musuh di sebalik bukit. dan ia di dengari oleh tentera  muslim yang beribu ribu batu jaraknya. hebatkan pertolongan Allah itu.

bagi saya yang kerdil ini, pertolongannya tidaklah seberapa. di datangkan hamba Allah menjual Iphone 4 second hand 3 months used dengan harga RM1500. dan dalam masa sejam sahaja buat keputusan untuk membelinya. wah!!


selepas membelinya semua kata saya kaya. anak orang kaya. saya cuma biarkan, mulut orangkan. sedangkan duit simpanan ada dalam bank Islam sahaja dan ia tinggal RM150 untuk 2 bulan lebih.

dan apa yang mengejutkan saya , saya tidak pernah lokek dengan duit. saya tidak risau dengan kehabisan duit. makan saya macam biasa. semua macam biasa. nak mintak dengan ma abah? sejak matrik lagi dah tak guna duit mereka. pelik pulak rasanya. haih..

itulah yang buat saya risau....

tolonglah datang perasaan risau itu...

dan saya tak pernah menyesal membeli iphone itu, sangat bermanfaat.. : )

p/s: walaupun makruh tapi nk mintak jugak, sesiapa yang berhutang sila lah bayar ye

Sunday, July 17, 2011

sibrah Allah

semalam tengok cerita Dalam Mihrab Cinta the movie. satu lagi movie dari novel habiburahman el shirazy. novel ini saya belum baca walaupun pernah berniat unuk baca. sangat hebat ceritanya buatkan saya terus berada di depan laptop hingga ke akhir cerita tersebut.

ceritanya tentang pemuda yang cintakan ilmu agama. bercita cita untuk menjadi seorang mubaligh sehinggalah dia masuk ke pasentran. di pasentran dia ini di tuduh pencuri di fitnah oleh sahabatnya borhan gara gara perasaaan dengki antara dia dengan zidna ilma @ zizi. lantas masing masing bersumpah laknat dan dia di buang dari pasentran.

di buang pasentran dan keluarga yang tidak punya kepercayaan akan dia, dia membawa diri. di luar dia terpaksa mencuri atau menjadi penyeluk saku. akhirnya salah satu dompet yang di ambil kepunyaan wanita mempunyai gambar borhan. dia berazam menyedarkan wanita itu akan borhan yang sebenar.

dalam misinya itu dia menjadi ustaz. sepanjang itulah dia mula insaf dengan pandangan manusia kepadanya. jadilah dia seorang ustaz/mubaligh yang terkenal.

di sangkanya bahawa hendak menjadi mubaligh dan belajar agama adalah di pasentran tapi Allah mendidiknya sepanjang dia berlakon menjadi seorang ustaz. sepanjang itu juga dia belajar agama ketika hendak menjadi ustaz dan akhirnya benar benar menjadi seorang mubaligh.

banyak sejarah yang menunjuk bahawa iman dan hidayah itu milik Allah. sebagaimana kisah nabi musa as yang cuba di bunuh masa kecilnya tetapi Allah merancang ia membesar di sisi perancang akan pembunuhannya. baginda di besarkan bersama orang paling syirik kepada Allah dan menjadi orang yang paling dekat dengan Allah.

sepanjang dakwah nabi Nuh juga sangat mencabar. dalam quran menyebut baginda berdakwak selama 950 tahun tetapi berapa sahaja yang bersama denganya. isteri dan anak anaknya yang di besarkannya sendiri tidak bersama dengan dalam akidah islam.

nabi Muhammad sendiri tidak di jaga dalam satu bentuk penjagaan yang rapi oleh manusia. sepanjang hidupnya berpindah pindah hak penjagaannya. tetapi siapakah yang lebih hebat penjagaannya? sudah tentu Allah. nabi Muhammad di takdirkan menjadi seorang pengembala kambing sebagai latihanya menjadi seorang pemimpin. di jadikan seorang saudagar supaya di kenali dengan kebaikanya dan latihan pengurusan bukan seperti mereka yang lain belajar membaca dan menulis. lantas baginda menjadi nabi yang ummi, tidak tahu membaca dan menulis.

hebat benar didikan

"celupan Allah. Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah" al baqarah

Saturday, July 16, 2011

buku rekod..

teringat masa kecil kecil montel dan nakal dulu. di sekolah rendah seri ketereh. sekolah yang begitu komited dengan keputusan resultnya. biasalah sekolah bandar jugak la bukan hulu sangat pun. tidak jauh pun dari rumah. saya pegi naik basikal chopper kakak yang abah hadiah sebab dapat semua A dalam UPSR.

saya bukanlah orang yang pandai atau cerdik dalam sekolah rendah. seingat saya, saya macam tak tau kedudukan saya masa tu. pada darjah dua saya di kelas yang paling last sekali. darjah 3 terus naik kelas pertama. darjah 4 dan 5 kelas kedua. darjah 6 naik ke kelas pertama sebab dapat markah tertinggi sains dalam seluruh pelajar darjah 5. darjah 6 siap turun kelas ke kelas ke 2 lepas tu naik balik. macam tak de matlamat kan. dalam kelas satu saya paling tak pandai dan nakal. semua pandang saya lekeh je. saya tahu... bila saya berada dalam bidang sekarang ni dan mereka yang dulunya sombong, ramai yang terkejut. hahaha... maaf bukan nak balas dendam tapi lucu betul hidup ni. macam dalam cerita Dalam Mihrab Cinta.

dalam keluarga saya yang paling pandai mestilah abang sulung dan kakak sulung. setiap kali ma bercerita mesti beritau mereka dua ini dapat nombor satu atau dua je. kami yang lain ni no 10 atau 20 je. abang mendalami dalam bidang agama dan berjaya dalamnya dan habis master dalam bahasa arab di UM. tahun ni grad dan sedang bekerja lecturer di UKM. membaca tesisnya buat saya kagum. hebat benar tajuknya.  kakak tu pula mendalami perubatan dan sedang dalam pengajian specialistnya di HUKM sini.

dalam adik beradik saya tidak seorang pun mendapat hadiah daripada abah selain kakak saya sebab dapat semua A. kalau dekat dekat semua A tidak di kira. so, kakak saya dapat la sebuat basikal masa UPSR dan sebuah jam mase PMR.

saya yang lemah dan malas ini hanya nyaris nyaris dapat je. tapi saya tak kisah pun. masa di sekolah rendah abah sangat garang. nak bercakap pun takut. paling menakutkan adalah mestilah bila nak tunjuk buku rekod pelajaran. menunjukkan kedudukan dan markah penilaian setiap kali peperiksaan sangat menyiksakan. kalau saya seorang best student sudah tentu tidak ade masalah. jadi saya ada taktiknya. sama ada saya bagi lepas subuh, sebab lepas tu mesti dia tidak banyak masa untuk marah. kurang sikit la sakitnya. ataupun suruh ma yang sain. ma mestilah lebih baik dari abahkan.

malam ni malam pertengahan syaaban. nisfu maksudnya separuh. sedih bila mendengar ramai yang pergi ke stadium bukit jalil untuk perlawanan malaysia vs liverpool walaupun saya pun excited dengan resultnya. mereka ini mungkin tidak ingat akan malam ni.

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”

tidak malukah ketika amalan di naikkan kita sedang bersorak riang?

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)

pada malam ini buku rekod amalan di naikkan dan di tengok oleh Allah. adakah buku itu tebal penuh dengan ibadat ataupun tebalnya penuh dengan dosa dan maksiat. kalau dulu kita takut bila nak menunjukkan buku rekod untuk abah tapi sekarang kita bersorak dengan penilaian yang KOSONG.

adakah semakin dewasa semakin matang semakin hilang pertimbangan waras sebagai seorang manusia. ataupun kita sendiri tidak percaya yang bahawa di sebelah kiri dan kanan kita punya pencatit segala amalan.

sedih saya malam ni bila mengingat kembali setahun yang lepas. sangat lopong amalannya. sangat sedikit kerja islamnya. sangat banyak tidonya dan lalainya. bagai yang lepas lagi baik. adakah saya tergolong dalam golongan yang celaka. nauzubillah minzalik...

ya Allah yang maha mengetahui di sebalik hati ini,

hambaMU ini banyak buat khilaf,

seringkali membelakangiMu mengikuti hawa nafsu,

membawa namaMu berjalan di muka bumi,

dalam tidak sedar aku mencemarkan kesucianMu

di mata manusia yang lain

dengan melakukan  perbuatan yang tidak di sukaiMu

seringkali juga aku mencari helah

untuk melarikan diri dari segala tuntutanMu

meninggal saat saat berdua duan denganMu

ya Allah tetapkan hatiku dalam beribadat padaMU

kurniakanlah aku lidah yang sentiasa berzikir padaMU

rasa bersyukur pada segala nikmatMU

dan perelokkanlah segala amal ibadat ku

dalam perjalananku menuju kepadaMU

agar aku berada dalam golongan mereka yang beriman

amin ya Allah

perkenankanlah ya Allah

Tuesday, July 12, 2011

malaysiaku..

dah habis seminggu bersama dengan team peadiatric. sangat sangat best. terutama dengan Mr Halim. beliau begitu meng'inspire'kan.

melihat lagaknya begitu suka dengan sejarah. beliau menceritakan sejarah malaysia pada satu ketika di ward round. katanya previous leader kepada malaysia sangat hebat. sungguh visionary. Tun abd razak itu membawa perubahan besar kepada negara terutama dalam bidang pendidikan. pendidikan kita pada hari ini lahir dari dia yang mewakili malaysia pada waktu malaysia lemah walaupun sudah merdeka ke perhimpunan olimpik. semua rakyat ketika itu tidak tahu apa apa kerana baru lepas di jajah. dan dia adalah chanselor UKM yg tunggal tidak ade title raja. hebatkan.

itu zaman dahulu. pemimpinnya fikirkan akan negara dan rakyat. mereka adalah yang paling bijak antara orang malaysia yang lain dalam pengurusan dan sebagainya. tidak seperti sekarang. pemimpinnya hanya tahu menjaga perut masing masing. rakyat miskin terus di tindas, segelintir mereka yang senang terus dengan kesenangan. dunia di hidangkan dengan bangunan bangunan yang cantik, di sorokkan pondok pondok buruk.

perhimpunan bersih kali ini benar benar memberi impak di kampus saya. di fb masing masing dengan pandangan. semestinya ada 2 pandangan yang berbeza. muka sebenar masing masing telah terlihat. di sini di uji bagaimana pemikiran dan input yang di terima.

apa yang saya nampak ,yang menentang perhimpunan ini adalah di kalangan mereka yang sedang menikmati kesenangan. tidak pernah merasa akan kesusahan. mereka risau akan masa depan kesenangan itu padam. dan datang kesusahan yang belum pernah di alami sebelumnya.

yang menyokong pula kebanyakan dalam kesusahan. mereka sedang bimbang akan masa depan hidup di malaysia ini. dengan minyak yang meningkat naik, barang yang tidak termampu lagi di beli dan pekerjaan yang tidak terjamin. kalau di lihat gambar pun penuh dengan orang orang yang susah.

ade juga yang berpandangan, mesti ada cara lain untuk menuntut keadilan.

bagitahu kat sini apa dia...
sudah banyak yang di lakukan. memorandum, perbincangan di parlimen. semua di tolak mentah mentah. ada juga dengan alasan yang bodoh. bagaikan menghina intelegent orang malaysia. perhimpunan ini adalah langkah yang terakhir.

fikirkanlah, siapa yang mahu suka suka di pukul, suka suka di sembur asap pemedih mata, suka suka di penjara, malah suka suka meninggal dunia?

mereka sudah terdesak dan tiada jalan lain.

lagipun mereka bukan nak tukar kerajaan masa berhimpun. mereka hanya menuntut pilihanraya yang bersih. saya tak nampak pun apa masalahnya. kenapa taknak di ikutnya? adakah hapuskan undi pos merugikan kewangan kerajaan? kalau dakwat tu boleh la nk jadikan alasan. kisah dakwat ni dah ade pada bersih yang pertama. sila baca. alasan bodoh..

paling saya tak suka bila yang berlagak perjuangkan islam. kononnya lah. sedangkan diri sendiri masih belum tentu malah zahirnya belum tertegak islam. tak baca seramai mana komentar para ulama di malaysia tentang perhimpunan. dr asri, us hasrizal, us zaharudin dan lain lain. ke tak pernah dengar nama nama ni? malah mursyid kepada tariqat syaratiah sendiri menghadiri perhimpunan. us zamri icon tv9 pun ade. aiii.. ramai rupanya pejuang islam, ajak pegi surau xnak saje.

bertambah tambah perasaan geram ini dengan berita berita di media masa dan elektronik. bermacam macam yang di ulas dengan tidak logik. lebih menyedihkan bila mereka yang punya akses internet yang meluas mempercayainya. tak tau dah nak cakap apa. moga moga terbuka luas kebenaran nanti.

al fatihah kepada Allahyarham en baharudin yang meninggal semasa perhimpunan tersebut. moga Allah merahmatimu. tuntutlah keadilan di atas kezaliman kepdamu di hadapan Allah nanti.

satu pengalaman yang amat baik buat saya.

jatuhkan kezaliman, naikkan kebenaran

wallahuallam

Wednesday, July 6, 2011

kanak - kanak

hari ni tiba tiba saya jadi sebak. melihat sejumlah kanak kanak kecil yang mempunyai masalah kesihatan. dengan rupa mereka yang tidak bersalah. mereka seakan akan tidak tahu apa yang sedang di alami. sedangkan ibubapa mereka risaukan masa depan mereka kelak.

 terdapat kanak kanak seperti diatas masuk. berumur 4 tahun. aktif berjalan kesana ke mari dengan keadaan ini. menghidap mucopolysccharidosis. sejenis penyakit yang menyebabkan masalah pada metabolism of polysacharide. present dengan short stature, scoliosis, pigeon chest and lung hypoplasia yang buat dia termengah mengah.


umurnya sudah mencecah 4 tahun. berada dalam keadaan begini. kalaulah kita di tempat dia macam mana agak agaknya hendak berdepan dengan dunia?

kebanyakan yang datang semua di sebabkan masalah pada kaki. mereka sangat susah untuk berjalan. kakinya lemah. ada seorang cina itu sangat bijak. umurnya sudah 3 tahun dah boleh bercakap dengan petah. dah tahu kiri dan kanan. dan pandai menjawab. tapi otot pada kakinya lemah butakan dia tidak boleh berjalan.





yang paling saya tersentuh bila datangnya seorang adik perempuan yang kecil sahaja. ingatkan berumur 3-4 tahun tapi sebenarnya dah 7 tahun dan bersekolah. senyap sahaja dia depan prof S. segala arahan di ikut dengan rela tapi mukanya sangat sedih. berumur 7 tahun dan bersekolah mesti sudah mengerti. dan saya bayangkan keadaan dia di sekolah pasti menyusahkan. bukan nak salahkan dia tapi pada meraka atau kanak kanak yang lain yang tidak faham akan kondisinya.

kata kata mr halim sangat menyedarkan saya. dia bagitahu yang kita sebagai doktor tidak banyak yang dapat kita lakukan. malah untuk menyembuhkan penyakit diatas ini kita tidak mampu. apa yang mampu kita bagi sebanyak mungkin kelesaan kepada mereka. kerana ilmu Allah yang di berikan kepada sangat sikit.

sekarang berada di bahagian ortho pediatrik. timbul pula keinginan saya untuk specialise dalam bidang ni. saya hendak menolong mereka. dalam masa yang sama saya tak kuat melihat mereka.

kalau dulu saya tidak minat dengan perubatan kali ni saya hendak pelajarinya untuk orang lain. seperti cerita naruto kan. kalau kita buat sesuatu kerana mempertahankan/ menolong orang lain mesti jadi lebih kuat.

sering kali saya berdoa meminta kefahaman dan hikmah dalam agama sampaikan terlupa Allah telah pilih saya berda di jalan ini dan ilmu Allah dalam bidang ini sangat mencabar emosi dan masa dan terlupa yang perubatan itu juga adalah ilmu Allah.

ya Allah berikan kemudahan dan hikmah dalam setiap ilmu yang aku pelajari...

p/s: hikmah kegagalan semakin cerah. teruskan melangkah dan jangn berpaling lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...