Monday, August 22, 2011

ku tetap setia...

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI


p/s: lagu je dalam masa ini. saya mahu jadi hamba yang menurut perintah tanpa sebarang sebab. cukup lah kerana saya adalah hamba Allah. 
di kala ramai yang lain mencari hikmah dalam setiap perkara, baik kita lakukan seratus peratus kerana arahan Allah tanpa menoleh kenapa begitu dan begini. pasti manis insyaAllah

selamat beribadat dalam jiwa kehambaan di malam ke 23 ni 
moga kita sama sama berjumpa di bawah pohon tahajud merintih dan bersyukur

Allah....

Sunday, August 21, 2011

kau cinta agungku


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku


terima kasih Allah atas segala nikmat yang kau berikan
nikmat kesenangan, nikmat ukhwah, nikmat kebahagian, nikmat iman nikmat islam
terima kasih mengembalikan nikmat ibadat ini..
bagaimana harus aku balas kecintaanMu ini... Allah

p/s: mendapat berita abang dpt lanjutkan ke phd di UKM tajaan UKM. terima kasih Allah.

Saturday, August 20, 2011

quranic generation


Melalui Al-Quran,
Allah membimbing kita memahamiNya

Kisah-kisah menjadi teladan
Hukum-hukum menjadi pedoman 
Kebenaran diabadikan
Kebatilan dimusnahkan

Tak pernah ada kitab
Yang lebih banyak dihafal dan dipelajari
..selain Al-Quran

Tak pernah ada lsi kitab
Yang lebih terjaga keasliannya,
Begitu lndah bahasanya,
Teramat dalam kandungan maknanya
..selain lsi Al-Quran

Tak pernah ada kitab
Yang lebih sering dibaca
Dari anak-anak sampai orang tua
Di dalam mushola sampai di sela-sela kuliah
Menjelang akad nikah sampai menjelang tutup usia

…selain Al-Quran…
tinggal 10 hari ramadan lagi, sudah sejauh mana tadabur kita??

Thursday, August 18, 2011

sedih aku tanpa tangisan

Allahuakbar...
hampir aku mahu menangis
kerana tak mampu menangis
bila mendengar azab yang bakal aku terima

sudah keraskah hati ini
berkarat teruk dan buruk
dengan dosa dosa seharian
yang berterus terusan

ya Allah, 
berilah sedikit taufiq dan hidayahMu
agar aku terus istiqamah
mencuci hati yang sekelian lama terbiar

ya Latif
lembutkanlah hati ku
kedua ibubapaku
saudara dan sahabatku
agar kami terus menjalankan suruhanMu

wahai yang maha menghidupkan
sampaikan aku kepada lailatul qadarMu
agar di situ dapat aku manfaat darinya
moga dalamnya aku tergolong dalm golongan yang di perkenankanMu

ya Allah..... ya Allah.....  ya Allah

terimalah penyesalanku ini.....

Wednesday, August 17, 2011

anak kecil

masuk minggu ke 2 posting paediatrik. belajar mengenai kanak kanak. kalau teorinya memang boleh di baca tapi kalau nak buat examination memang kaku. kalau sendiri sendiri boleh je main main dengan baby tapi kalau depan prof nanti kata gedik pulak. hohoho

bersama 7 orang grop member yang lain di bawah supervise prof rahmah. suka dengar prof rahmah bercerita tentang anak kecil ini walaupun start pukul 8 hingga 12 tgh hari di bulan puasa, memang memcabar. macam tiada dalam buku. cerita bagaimana ibubapa sekarang membesarkan anak. cerita bagaimana anak kecil itu sendiri. tahu tak bahawa anak kecil ni ada characteristic yang sama. sepanjang perjalanan dia menjadi besarlah yang mencipta character dia semasa besar.

siapa lagi yang penting kalau bukan ibubapa mereka yang sentiasa berada di sisi. perlu di ingatkan para bakal ibubapa sekelian, kamulah yang membentuk anak kamu. perbuatan kamu sering diperhatikan olehnya. segala percakapan harus di jaga. sekali kamu menipu di depan mereka, itulah pelajaran pertama dalam penipuan. kamu adalah model bagaimana dia membesar nanti.

banyak para ibubapa sekarang menyalahkan anak masing masing. contoh jika anak itu minum guna botol susu pada darjah  satu di salahkan anak. sebenarnya mereka yang tidak memperkenalkan cawan. menganggap cawan adalah untuk minum air masak dan botol susu untuk susu. memanglah anak itu tak nak.

di lahirkan anak anak kecil itu seperti kain putih. semua anak anak kecil adalah kain putih. tiada pun yang pelik lahir dengan kain biru walaupun dalam cyanosis(kebiru biruan) kerana TOF. kitalah yang mencorakkannya. jadikan asuhan kita yang terbaik dari asuhan asuhan ibubapa datuk nenek kita dahulu.

nasfu seperti anak kecil

suka saya mendengar habib syed abd qader aljoofri masa memberikan ceramah nuzul quran minggu lepas. mengikutnya ada ulama mengatakan bahwa nafsu itu seperti anak kecil. kalau kita tengok anak kecil ini suka minta itu ini kan. kalau tidak di penuhi dia akan menangis dan mengamuk. bagaimana nak menanganinya? tahanlah, biarkan dia begitu. selepas seminggu insyaAllah dia tidak akan minta benda itu lagi.

begitu juga nafsu itu, sering menginginkan sesuatu yang berlebihan dan di larang. dan kita sebagai orang islam punya hukum yang wajib di turuti. menahanlah diri kita dari melakukan semua itu. lagi di tahan lagi nafsu itu bergolak sehingga kita tidak dapat tidur dan sebagainya. tahanlah, tekanlah nafsu itu sedaya upaya. insyaAllah lama kelamaan akan hilang sendiri.

tapi harus di ingatkan jangan kita sesekali cuba melakukan maksiat itu lagi kerana sekali kita melakukanya nafsu itu kembali kuat. ibarat seekor singa yang kelaparan. pada mula mulanya pasti dia garang bagai nak menerkam. akhirnya bila kelaparan yang memuncak pasti lemah. sekali kita bagi daging tenaga dia kembali dan menerkam.

sama juga dalam bercinta. jika kita tidak pernah bercinta jangan cuba cuba untuk bercinta. pabila putus cinta akan datang rasa untuk menyintai dan di cintai. benar,proses untuk kembali pada asal agak lama. bercinta bila benar bersedia iaitu berkahwin

dalam fasa ke 2 ramadan, moga kita sama sama di ampunkan dosa yang telah kita dan ibubapa kita lakukan. sepanjang perjalanan hidup kita yang lalu dalam mencari erti hidup pasti ada salah dan silap. di sini saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan bahasa. semoga ramadan ini adalah yang terbaik bagi kita semua. anggaplah ia bulan ramadan yang terakhir bagi kita.

"ya Allah, sesungguhnya, Engkau maha pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami"

wallahualam....

p/s: paed posting adalah persediaan menjadi ibubapa. teori dah ada praktikal biler lagi? hehe

Thursday, August 11, 2011

bersama kanak kanak

alhamdulillah, baru masuk 4 hari dalam posting paediatrik. posting mengenai kanak kanak. menarikan..

tapi sangat la penat. 3 hari berulang alik HUKM dan HKL saje sangat memenatkan. macam mana nak menempuh 7 minggu lagi. banyak masa terluang di atas jalan raya. kualiti tidur di siang hari pun tak de.
tadi tengah dengar cerita tentang final year... aduh, lagi la memenatkan
belum cerita masa houseman..
terpikir balik mampukah saya terus menempuhnya? dah betul betul penat nih

mungkin juga sebab di tambah dengan kerja sampingan di kolej dan special study module..
seriusly dah 1 tahun tinggal kerja kerja program kolej ni buat saya 'manja'

tiada lagi kelapangan yang dulu
tiada lagi masa rehat untuk di nikmati

bila compare ngn orang lain tak de lah seciput mana,
tapi dah tak bermaya...

salam ramadan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...