Friday, September 30, 2011

sebarkan cahaya..

perkongsian medik

saya ingin berkongsi akan seorang pesakit saya. seorang kanak kanak kerana saya berada dalam posting paediatrik. di lahir kan pre term ( tak cukup bulan) dan mendapat complication daripadanya dengan mendapat hearing loss (tak boleh mendengar) kerana audiotory nerve masih belum mature ketika ia lahir. dan secara tidak lansung dia tidak boleh bercakap kerana itu.

datang ke hospital dengan complain of bluring vision. di kenal pasti oleh ibubapanya apabila tangan dia menggapai gapai apabila berjalan. brain scan di lakukan  dan di diagnos dengan medullablastoma. kanser yang paling common dalam kanak kanak. kanser ini compress vision nervenya menyebabkan matanya tak dapat melihat dengan baik.

operation di lakukan kerana takut akan metastasis (merebak) . dan dia mendapat komplikasi daripada operation itu adalah Buta. Doktor mengatakan kemungkinan akan dapat kembali visionnya itu tapi mungkin juga tidak (permanent).

currently pancainderanya hilang. kesemuanya sekali...

hidup tanpa cahaya

dapatkah kamu bayangkan, kerana saya hampir tidak boleh bayangkan keadaan adik ni sekarang. bagaimana dengan kehidupan tanpa dapat melihat, mendengar dan bercakap?

susahkan.. hidup dia gelap segelap gelapnya. dia masih belum sempat ntuk belajar merasai, sekarang dia sudah tidak boleh di ajar lagi. hanya deria sentuhan sahaja namun masih juga tidak tahu apa yang di sentuhnya itu


 kejahilan di anggap sebagai kegelapan. orang yang berada dalam kegelapan itu bukanlah tidak punya pancaindera seperti adik diatas. tapi pancainderanya tidak nampak akan perkara yang ghaib malah tidak mempercayainya walau sekian lama cuba di yakinkan oleh nabi kita Muhammad saw.


islam di bawa itulah cahaya yang menerangi segala gala yang manusia cari sebelumnya. manusia yang fitrahnya merasa di sana ada pencipta bagi seluruh alam. di sana juga ada yang mengatur segala perjalanan alam semesta ini. di sana juga merasa hidup di dunia punya matlamat tersendiri..

gapailah cahaya itu wahai teman,

cahaya itu tidak datang kepada mereka yang menutup

sebarkan cahaya sebagaimana di perintahkan

kasihanilah mereka yang masih berada dalam kegelapan

jangan sampai satu masa mereka menjadikan

kegelapan mereka adalah kesalahan kita


ya Allah terimalah segala usaha kami


dalam menebarkan cahaya...


هُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦۤ ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬ لِّيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ بِكُمۡ لَرَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu."(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 9)

Thursday, September 15, 2011

susah jadi muslimat??

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.

Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.

Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada, diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.

Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!

Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?

Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa?

Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.

Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?

Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.

Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!

Beruntungnya awak!

Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.

Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!

Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa?

Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya?

Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!

Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki?

Ingat mudah ke nak dapat syurga?

Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?

Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi?

Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya

Dia tersenyum saat tertekan

Tertawa di saat hati sedang menangis

Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan

Wanita cantik, mengasihi tanpa marah

Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah....

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup

Adakah lagi subuh esok...

Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu

Berikan daku kesempatan menebus kesalahan

Lantaran dosa dan noda kerana sengaja melupakanMu

Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku

Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.."

"Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

p/s: jadi muslimin lagi susah saya rasa sekarang ni.. pandang sekeliling mesti ada aurat terpaksa di tengok.. hurmmm

Monday, September 12, 2011

mabrook

alhamdulillah, hujung minggu lepas bukan seperti yang biasa biasa. sangat spesial. apa yang spesialnya?
4 orang sahabat saya selamat mendirikan baitul muslim
jom bersama saya mengembara di hujung minggu....

bermula dengan hari sabtu. perkahwinan Dr sufian
 
Abg sufian ni senior saya, sudah lebih setahun bekerja di hospital (hospital mana ek?) dengan psangannya. Dr juga katanya.. hurmm betul ke?

majlis berlansung di dewan komuniti cheras. tak de lah jauh sangat dengan tempat tinggal saya.
lepas selesai makan tak sempat nak ucap tahniah. ucap dengan bahasa isyarat dari jauh je kami meneruskan kembara.

seterusnya adalah rumah saudari seperjuangan Syahirah dengan Shahir di wangsa maju

Syahirah ni satu batch tapi course lain. dia amik nutrition. merupakan exco lujnah dalam GAMIS. hebat tuh. hhuhu. pasangannya adalah Shahir, junior saya kat Maahad Muhammadi, adik 2 tahun. tapi ukhwah kami baru mula di sini.

"junior 2 tahun dah kawin, mung biler?" kata fizu.. senyum takperlu kata apa apa.

dapat dengar konsert iwan di majlis ni
berehat jap kat masjid..

sampai je ke Kolej, Tantawi ajak beraya dengan BUdak Maahad yang ada kat around Selangor dan KL
lama dah tak jumpa. ada yang 6 tahun tak jumpa lansung. Sungguh, raya ni betul betul bermakna buat saya. ramai yang saya dapat refresh ikatan ukhwah. bukankah itu salah satu matlamat beraya..

pada hari yang sama juga adalah perkahwinan Dr Malek. pemantau saya masa jadi JAKSA dulu. barakallahulakuma. tak pergi sebab x di undang ke umah perempuan. minggu depan rumah lelaki tapi jauh. so, pic pun tak de.

balik malam dan tido untuk esok pula..

lepas pengajian talaqqi di surau, terus kami mulakan perjalanan. destinasi adalah tanjung karang
perkahwinan Abg/Dr zairi dengan pasangannya Puan Faridah

Abg zairi satu batch dengan Abg sufian. tempat majlis sangat dekat dengan rumah sewa masa posting JKM. pasangannya pelajar tahun akhir perubatan di USIM
gambar buat tatapan sahabat yang tak hadir. jauh tempatnya, 2 jam perjalanan.

lepas tu ke rumah Nazil untuk beraya. di sungai besar.

 kat rumah Nazil makan dan berehat (tido, tak malu) bertolak pulang. sampai maghrib
habis sudah berjalan jalan, esok nya kena pergi HKL untuk posting paediatrik

still struggle dalam posting paeds.. penatnye laaaaa





first time makan tutti fruti , mahal sangat tak padan dengan harga. menarik je lebih..

p/s: entry bergambar. saya perasan manusia ni suka baca pasal kehidupan orang lain. kenape ek?? sebab tu la movie dan cerita bersiri di hasilkan, untung pun banyak..

Wednesday, September 7, 2011

hikmah air mata

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

p/s: dalam blog ni banyak gambar air mata.. banyak hikmah rupanya. jom menangis.

Selamat Hari Raya Buat Pembaca Blog dan Followers sekalian
semoga Allah menerima amalan kami dan kamu
daripada kami Musrah sekeluarga

p/s: gambar diambil lepas rumah terbuka, sume penat dan bukan pakaian hari raya.
tahun ni beraya dengan meriah sbb semua ada kat rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...