Sunday, December 23, 2012

pandangan


Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia,sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."



maka bercucuranlah air mata para sahabat setelah mendengar hadis ini...

takut..

sehinggakan,
Imam an nawawi meletakkan hadis ni juga dalam bab takut dalam kitab Taman Orang- orang Soleh


para sahabat amat lembut hatinya.. tapi tegas dengan pegangannya.

hebat sekali tarbiyah baginda Allah dan rasulullah.


berbalik kepada hadis ni, 

gementarnya para sahabat bila mendengar bila ' rezekinya , ajalnya, amalnya dan nasibnya (celaka atau bahagia) ' telah di tetapkan sebelum ia di lahirkan ke dunia.

kalian gentar atau tidak? 
bila mengetahui bahawa nasib kalian sudahpun tercatat. dan kalian tidak tahu adakah ia celaka ataupun bahagia. walaupun sejak dari baligh lagi kalian sembahyang tidak pernah tinggal, puasa juga tidak pernah ponteng, sedekah amal baik selalu di buat tapi ketetapa.nya adalah kalian di kalangan yang celaka. na'uzubillah min zalik...

itulah yang buat para sahabat takutkan..

pengajaran dari hadis ini satunya adalah betulkan pandangan kamu pada manusia lain

manusia ini tidak dapat tidak mesti punya Ego. 

rasa tinggi dirinya, melebihi orang lain.

contoh senang sahaja.
kalau keadaan saya yang berada di HUKM, fakulti perubatan yang di geruni di malaysia katanya. dengan research centernya, banyak discover yang pertama di buat di sini. prof yang hebat terkenal di seluruh dunia perubatan. banyak patient yang complicated dan rare akan di refer ke sini. dan kepayahannya untuk masuk ke sini

saya jadi bangga dan tinggi diri. bila melihat mereka yang graduate dari universiti lain terutama yang cikai cikai buat saya memandangnya sebelah mata. hahaha... memang pernah jadi begitu.

tapi islam itu sangat cantik, mengajar kita bagaimana melihat pada seorang manusia. tak kira dalam situasi mana pun. 

islam mengajar kita jangan memandang rendah pada manusia lain. kerana masing masing ada kelebihan masing masing. jika kita lihat pada situasi saya itu, walaupun mana kita belajar medik pun akhirnya tetap akan menjadi seorang doktor yang sama tarafnya. andai mereka tidak tahu masa kita menjumpainya, mana lah kita tahu lain kali kita jumpa dia adalah seorang consultant yang hebat terkenal seantero dunia. 

andai kita jumpa junior kita, jangan juga di perlekehkan kerana sebab yang sama

jika kita terjumpa kanak kanak jangan di buli, kerana pada usia sama dengan kita nanti dia lebih hebat.

apatah lagi dalam beragama dan beribadat. jika kita melihat seorang islam itu tidak menyertai usrah, sembahyang berjemaah pun tidak, menyertai jemaah islam apatah lagi jangan kita terus memandang negatif kepadanya. teringat saya pada kata kata Habib Ali Al jufri : "jangan kita benci kepada orang jahat , tapi bencilah pada kejahatannya". kerana kita tidak tahu kemungkinan dia akan menjadi pemimpin jemaah islam satu hari nanti, dan Allah mengangkat darjatnya di akhirat kelak.

itulah yang di maksudkan dengan sabda baginda :

sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."

apatah lagi bila kita yang bodoh sombong ini menyangka bahawa syurga itu di dalam gengaman sekarang ini.

jika tidak kita tidak kurang sama dengan syaitan.

masih ingat bagaimana syaitan melihat manusia?

dengan penuh sombong dan ego tidak mahu sujud pada nabi adam atas arahan Allah swt. menyangka dirinyalah yang paling mulia, hebat , tinggi ilmunya dan paling dekat dengan Allah.


jadi harus bagaimana dong?

sudah di tetapkan, apa mahu di fikirkan lagi ye?

mesti tertanya tanyakan....

nabi menjawab dalam hadisnya yang lain mafhumnya


TERUS BANYAKKAN BUAT KEBAIKAN, JANGAN LIHAT PADA BESARNYA SESUATU KEBAIKAN.

ALLAH ITU MAHA ADIL : )


"YA ALLAH LINDUNGILAH HATIKU DARI SIFAT NIFAQ, AMALKU DARI SIFAT RIAK, TUTUR KATAKU DARI MENIPU, DAN PANDANGANKU DARI KHIANAT.." 

P/S: hari ini lahir seorang lagi mujahidah @ anak buah. adik kepada Muhammad. alhamdulillah
       posting paediatrik lagi susah dan busy
       esok ke teluk intan lagi.... lama sekali tidak update

doakan saya di permudahkan urusan....

Sunday, November 25, 2012

hadis

fuh, dah lama tak mengupdate blog ni.

hajatnya nak update sikit dalam ni masa weekend tapi masih tak sempat. apa yang saya buat pun saya tak tau. tapi sungguh masa itu berjalan dgn cepat sekali sekarang ini.

jadi kesempatan sekejap ini saya nak bawa satu hadis. hadis muttafaqun alaih

baca dulu ye, semoga ada keberkatan kalam Rasulullah ini.

sedikit penerangannya nanti tunggu di lain rancangan insyaAllah. kalau dah faham tak payah baca la lepas ni. huhuhu

moga ada manfaat.

off ke Hospital Teluk Intan untuk 2 minggu...


Dari Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."

Thursday, November 8, 2012

Doktor


Great teacher who is inspire...

And TEACH

Sangat stress
Tiada tempat nak mengadu...

Cuba untuk terus senyum
Walaupun hanya lakonan

Monday, October 15, 2012

Mentari hidup

Bila merasa susah, ternanti nanti bilakah akan senang

Sungguh Allah akan beri kesenangan

Bentuk kesenangan mengikut kemahuanNya dan keperluan kita

Cuma menunggu masa yang sesuai

"demi waktu dhuha dan demi waktu malam sunyi, Allah tidak pernah meninggalkan kamu..."

Bilakah akan muncul mentari dalam hidupku?

Sunday, October 14, 2012

warkah diri

bangun..

makan..

baring kembali..

entah apa yang dia fikirkan. hidup ini kebosanan barangkali..

ataupun hidup ini tanpa tujuan untuk di selesaikan.

"go with the flow" itulah moto hidupnya. seringkali perkara tidak di ambil serius.

ada orang kata dia 'tenang' . aku kata dia seorang yang bajet tenang dan poyo. padahal ada hyperthyroidism.

title sebagai final year medikal student UKM, antara universiti yang taught belajar di masih boleh berpelakuan sedemikian. bukankah poyo namanya.

menggelar diri sebagai pejuang tapi lemah menghadapi ujian, poyo jugak tu.

nak kata dia genius, hurrmmm

jika asyik menggeleng bila di tanya adalah genius, maka dia mungkin dalam golongan itu

maka , golongan manakah patut di letak pada hamba Allah ini??

aku juga tidak pasti.

eh, eh eh.. tunggu...

aku lihat dia bagaikan tersedar..

mungkin baringnya itu memikirkan apa yang nak jadi padanya nanti. hidupnya di masa hadapan. menjadi orang orang biasa atau luar biasa.

masalahnya luar biasa yang bagaimana??

aku kena tanya dia..

tapi dia sedikit busy. tengah menaip di keyboard laptopnya. entah apa yang di buat. assignment dah siap minggu lepas dengan last minutenya.

kalau dia sedarpun , sekarang dah pukul 12 tengah hari.

petang mungkin baring lagi. almaklumlah musim hujan.

doakan je lah dia agar tidak berasa kebosanan, di berikan teman yang sentiasa mengingatkan.

chow dulu...

P/S: schizoprenia ke ape...

       rasa macam nak tulis novel la walaupun xde bakat.

Thursday, September 13, 2012

backpain

seminggu sudah bermula menjadi junior houseman. maksudnya sebelum menjadi houseman. satu je yang paling significance difference berbanding tahun tahun lain

BACKPAIN.

keluar bilik pukul 8 dan balik bilik pukul 6 petang. kalau oncall balik pukul 10.

berdiri selamanya.

tak kira ward round ke, teaching ke, baca tiket patient ke, clerk patient ke, buat procedur ke

semua dalam keadaan berdiri.

baring dalam bilik betapa nikmatnya....

barulah merasa kelapangan sebelum sebelum ini.

betullah orang kata, rindu itu pada yang sudah tiada.

bernilainya sesuatu adalah pada saat akhir akhirnya

tapi apa nak buat

this the path that i choose

will be forever like this i guess...


kadang kadang terasa diri ini agak terlalai dengan kesibukan ini. solat jemaah semakin berkurang bermakna solat awal waktu juga sama. tadi puasa benar benar memenatkan saya. dengan sahabat sekepala yang berkurang amat susah nak jaga. Allah, lemahnya saya...

berapa banyak yang saya tinggalkan demi perubatan, moga ia berbaloi untuk dunia dan akhirat. moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara malah mendidik saya secara tidak lansung.

berada di final year, lecturer sangat pandai menaikkan motivasi. menyemarakkan semangat untuk menjadi seorang doctor. ada yang jenis positive reinforcement ada jugak yang negative.

" if you think that being a medical student is tough, wait until you be a houseman. and if you think that being a houseman is tough, wait untill you be a consultant. unfortunately it is too late to quit."

tapi saya suka ambil anjuran dari agama yang saya cintai.. imam syafie berkata

'Ilmu itu ada dua, ilmu fiqh atau ilmu agama dan ilmu perubatan."

"Ilmu agama yang paling utama adalah ilmu fiqh dan ilmu dunia yang paling utama adalah ilmu perubatan." 

"Ilmu fiqh untuk agama, ilmu perubatan untuk tubuh, selain kedua hanyalah khazanah pemikiran."

"Jangan tinggal di wilayah yang tidak ada seorang ulama' yang membimbing agamamu dan tidak ada seorang doktor yang akan merawat tubuhmu."

berkongsi bagi mereka yang berminat dan sedang bertungkus lumus beribadat menamatkan pengajian perubatan.

may Allah guide us in this pathway with rahmah and maghfirah.

Allahu musta'an

tahu tak para rasul boleh dikatakan mempunyai profession, nabi musa di anugerahkan mukjizat menjadi doktor? 

wallahua'alm


Sunday, September 9, 2012

doktor mengangggur

maka timbullah kerunsingan para pelajar perubatan tahun akhir selapas mendengar slot dalam program medical carrier carnival anjuran fakulti dan kolej kediaman. penceramahnya terdiri dari KKM dan pensyarah sendiri.

bermacam respon;

aku nak bukan kedai makan

nak bukak kedai gunting

kedai laksa penang

kedai nasi kandar

yang peliknya semua nak buka kedai makan..

ada jugak yang mengeluh macam saya:

penat je belajar 5-6 tahun

kena marah, kena maki.. untuk apa?? orang lain belajar rilek je...

dianggarkan pada pada 4-5 tahun depan lepasan doktor akan menganggur. ataupun pada masa kurang dari itu.

ini di sebabkan pengeluaran graduan perubatan yang tidak terkawal. bayangkan di malaysia sahaja sudah ada 35 institusi yang menawarkan bidang perubatan. belum di campur dengan pelajar dari luar negara. macam mana boleh jadi? illuminati ini semua...

bayangkan lagi setiap tahun akan ada graduate sebanyak 6000+ yang hendak mengisi kekosongan tempat untuk housemenship sebanyak 10 000. dan housemenship durationnya ada 2 tahun. u do the math.. kalau tak paham tak layak jadi doktor la senang cite.

lepas HO akan jadi MO.. MO saja tak cukup. KERAjaan perlukan specialist. sedangkan untuk melanjutkan ke specialist @ master tempatnya lagi la terhad. setahun hanya 600-800 tempat sahaja dari pada beribu ribu yang apply. lama kelamaan kelambakan MO pula akan terjadi. maka sebab itulah pada lebih 5 tahun lagi MO nak keje pun kena interview dahulu sama ada boleh ke tak. MO kena buat la klinik sendiri. makan kerajaan sekali lagi ingin menonjolkan dirinya bahawa klinik boleh di bukak jika anda adalah FMS @ family medicine specialist (yang ni belum di buat lagi. rumour je)

pelikkan jadinya. di ibaratkan di attack dari depan dan belakang.. tapi itulah realiti..

kenapa jadi macam ni?

politik... sebab itu ada orang kata. walaupun kita tak mahu lihat/ involve dengan politik tapi sedarlah bahawa politik itu melihat kita. semua ini adalah dasar yang di tentukan oleh politik. walaupun nak jadi neutral, mengundi dan ambil tahu jangan lupa.

saya tak nak la bagi jawapan kat sini. nanti kena tangkap ke atau ada lecturer yang baca affect pulak nanti,... saya bagi link jela. http://pagalavan.com/ tulisan seorang rheumatologist.

sebab itu bila saya di tanya macam mana nak ambil doctor atau nak merayu ambil doctor, saya cakap adakah kamu betul betul minat atau nak duit. in the future, doctor will be like engineer today.

banyak lagi profession yang punyai masa depan yang cerah terang benderang..

 i love to be a doctor..


haha.. this is just a joke

Saturday, September 8, 2012

tulis je

sudah berapa lama saya tak menulis kat sini?

sebulan?

2 bulan?

rasa ni paling lama saya biarkan blog ni bersarang. saya dah kata susah dah sekarang nak update.

kalau dulu update sebab tak dapat tido. sekarang setiap masa pun nak tido sebab memikirkan esoknya yang full. final year katakan.. everybody expect you to know everything but i still know nothing. wahaha..

sekarang menulis sebab tak dapat tido lepas main futsal.

tapi tak nak tulis yang serius serius nanti sampai esok pun tak habis.

buat masa ni saya tengah krisis dalam penulisan. sekejap nak tulis bende tu, lepas tu benda lain pulak yang naik, belum habis tulis lepak lepak kejap timbul pula isu lain.

hati lagi la tak tenteram....

macam manic la pulak..

so mulai sekarang saya nak tulis je apa yang yang jari jemari seni saya ni taip kat laptop ni.

nasib korang la baca benda yang tak berfaedah ni..

life as final year student?

setakat sangat heaven. bila mendengar discussion para doctor doctor yang make sense. tak perlu pening. tak perlu tanya dan hadapi consequence daripada bertanya iaitu 'balik baca' or muka irritate.

kalau masih tak tahu atau tak ingat tu memang salah kita la.

medical school sangat menarik dan organized dengan baik sebab orang orang di dalamnya adalah orang yang hebat kecuali menteri kesihatan. nanti saya ceritakan di entry yang lain.

sebelum main futsal tadi pergi menadah kitab dengan syeikh nuruddin. kitab fatawa al imam an nawawi. Allah, lama sangat dah tinggal majlis ilmu ni. semenjak ramadhan, majlis ilmu on hold. sekarang dah start balik. hati ni bukan boleh harap sangat. senang deviated ke tempat lain. haishhhh...

ok, tu je la. kena paksa tido sebab esok ada medical carier carnival start pukul 8 pagi. sekarang pukul 3 pagi

wasalam.. senyum sokmo

Thursday, August 16, 2012

terima

menjadi fitrah untuk di terima

bila menghulurkan bantuan harap ada yang terima

bila memberi pendapat harap ada yang terima

bila buat proposal harap di terima

bila melamar juga harap sangat di terima

begitu juga bila beribadat, harap sangat Allah menerima..


ya Allah, terimalah daripada solat kami , 

puasa kami, 

berdirinya kami, 

ruku'nya kami,

sujudnya kami

hajat kami,

doa kami,

pengharapan kami,

kehambaan kami

sesungguhnya Engkau yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui

ya Allah, terimalah taubat kami

jangan engkau keluarkan kami dari ramadhan tanpa pengampunan 

sesungguhnya Engkaulah yang menerima taubat hambanya


ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan keampunan

janganlah Engkau pandang kami dengan pandangan kehinaan

janganlah Engkau hina kami di akhirat nanti ya Allah


ya Allah kami mengharapkan keredhaan dan syurgamu

jauhkan kami dari kemurkaan dan nerakamu 

ya Allah

ya Allah engkaulah tuhan , tiada tuhan selain Engkau

Engkaulah yang maha kaya, kami adalah fakir kepadaMU

Engkaulah yang maha besar, kamilah yang dhaif kepadaMU

ya Allah.. ya Allah..

                                                                                 * pagi ramadan 27 1433h, 


jika di takdirkan hari ini lailatul qadar, akan tetap ku ketuk pintu tuhanku hingga ke akhir hayat. insyaAllah.

Saturday, July 21, 2012

Lapar..


Alhamdulillah..

bertemu jua dengan bulan ramadhan pada tahun 1433H... bulan rahmat dan maghfirah.

bulan berpuasa..

saya lapar..

lapar sebab berpuasa, kadang kadang bila beritahu begitu mesti ada suara "tak baik cakap begitu" , "kuruh puasa mung ngungkit"..

tidakkah kita sedar, berpuasa itu untuk kita rasa lapar?

supaya kita dapat menahan dari membuat perkara yang boleh membatalkan puasa..

jika tidak lapar, apalah erti kita berpuasa..

pernahkah terfikir kenapa Allah suruh puasa? wajib di bulan ramadhan?

kenapa tak suruh wajib jaga pandangan di bulan ramadhan?

tak suruh wajib pergi masjid pada bulan ramadhan?

kerana semua orang akan rasa lapar dan dahaga. ia adalah physiology manusia. jika makanan tidak masuk melalui perut, glucose tidak ada untuk di absorb. darah menjadi hypoglycemia. tak dapat di serap glucose ke dalam sel sel manusia. respon akan naik ke otak untuk kita berasa lapar. dahaga juga sama.

physiology itu senang bermaksud perkara yang biasa/ normal berlaku dalam badan manusia. kalau tak normal di panggil patophysiology. bagi orang yang normal physiology mesti akan berasa lapar.

jadi semua orang akan lapar...

tok imam pun lapar, makmum pun lapar, PM pun lapar, MB pun lapar, orang muda pun lapar, orang tua pun lapar...

Allah menurunkan puasa ini untuk SEMUA orang berasa lapar.

untuk apa?

untuk LATIHAN...

di bulan ramadhan ini adalah latihan. latihan IMAN, dan HATI. bayangkan di dalam badan kita berlaku pergaduhan.

HATI dan IMAN (HI) vs NORMAL PHYSIOLOGY(NP)

NP: woit, makan la..

HI: tak nak

NP: kalu ko tak makan, sel sel ni kelaparan, letih nanti

HI: tak nak, ALLAH tak bagi

NP: macam mana nak study nanti

HI: xpe ilmu tu Allah yang bagi. malam boleh study..

NP: nanti fail exam, nak keje macam mana

HI: rezeki tu pun ALLAH bagi

NP: nanti ko mati

HI: mana mungkin, ALLAH cipta manusia ni sebaik baik ciptaan, tak semudah itu untuk mati. proses gluconeogenesis kan ada..

NP: .... suka hati ko la

HI: suka hati Allah la nak suruh macam mana

lebih kurang dialog mereka macam ni la..

ini adalah latihan kita membentuk hati dan iman. pada bulan ini, hati dan iman kitalah berkuasa mengawal segala perbuatan. dan Allah hanya memberi satu task iaitu berpuasa. dan latihan ini akan berlarutan hingga ke hari ke 30.

pada hari pertama mungkin perasaan kuat nak makan tapi hari ke 30 pasti sudah lunak..

Allah juga sedikit sebanyak menolong hati dalam latihan..

bagaimana?

di ikatkan syaitan daripada menghasut..

pernah tak kita dapat ujian trial? mock exam? moulage? latihan kebakaran dan sebagainya?

itu bukanlah ujian sebenar. itu adalah latihan untuk kita menghadapi ujian atau kecemasan yang benar. kertas ujian bukanlah benar tetapi soalannya seakan akan. api kebakaran bukanlah benar tapi juga seakan akan.

di bulan ramdhan ini syaitan tiada yang benar tapi yang ada syaitan manusia yang juga seakan akan.


KALAU KITA SEORANG DR MENJALANI LATIHAN BASIC LIFE SUPPORT TAPI TAK DAPAT PERFORM TIME COLLAPSE MAKA KITA TIDAK UBAH SEPERTI SEBELUMNYA..

MAKA RUGILAH BAGI MEREKA YANG MELALUI RAMADHAN INI TAPI TAK MENDAPAT IJAZAH TAKWA DAN MEMPRAKTIKANNYA.

 BERAPA RAMAI ORANG YANG BERPUASA TETAPI APA YANG DAPAT HANYALAH LAPAR DAN DAHAGA. SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAMNYA


SALAM RAMADHAN KAREEM.

p/s: tau tak gluconeogenesis tu apa?

Friday, July 13, 2012

special study module (SSM)

SSM, modul yang di perkenalkan 4 tahun yang lepas bagi medical student undergraduate. dengar kata yang pertama di perkenalkan bagi undergraduate di Malaysia. saya participate untuk yang ke 4th Medical Undergraduate Annual Scientific Meeting.

di bahagikan kepada 57 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 student. kami di beri pilihan memilih type kajian. saya memilih clinical based dan mereka meletak saya bawah Forensic department. berkenalan dengan Prof Faridah, antropologist forensic membuka luas pengetahuan mengenai jobscope forensik.

pernah tengok CSI? saya suka sangat tengok cerita tu.

unfortunately yang di tunjuk bukanlah semudah itu pada realitynya... tipu jugak la


memang penat buat research nih. kena examine dekat dengan 100 mayat dengan pelbagai halangan. ada yang hazardous, family yang emotional, terpaksa tunggu orang mati 24 jam dan accident. tapi semua tu satu pengalaman yang tak mungkin jumpa lagi.

' tak goyang ko ek ' kata PK kat situ. melihat saya examine mayat dengan secara selamba badak.

sudah resistant dengan kematian. tapi still tak buat persiapan untuk mati. itu yang lebih teruk

banyak lagi cerita selama setahun saya buat research ni, tapi susah la nak cite. tak ada masa.

akhirnya siap. what a relieve...


di pilih sebagai oral presentation. off course bukan saya yang present.


                                                   ni saya dengan presenter...


semua gembira dengan SSM yang dah habis. hilang dah keseksaaan tu.

harap pengalaman ni berguna untuk sambung postgraduate nanti insyaAllah....


p/s: hari ke 5 sebagai final year student di posting yang paling rilex : penat!!!!

       dah semakin kurang la entry..
      
       next goal : lulus PRO EXAM. doakan di permudahkan

Sunday, July 1, 2012

katakan CINTA





meluahkan cinta dan sayang tak mudah

tapi , saya pelik dengan perempuan di facebook duk sayang menyayang di bahagian comment



yang selalu gaduh gaduh pun banyak tapi senyap senyap macamlah orang tak tahu


adik perempuan saya pun begitu.


tidak segan mengucapkan kepada mak dan abah


kalau saya macam tak mungkin keluar je...




kata cinta nabi Muhammad saw


tahu tak nabi tak segan dengan mengatakan cinta.


bagaimana baginda mengungkapnya?


nabi tunjuk 2 cara...


cara pertama


yang pertama Direct. nabi dengan secara lansung menuju rasa kasih dan sayangnya dengan ucapan.


saya mendapat sanad hadis ini melalui 2 orang ulamak. dari syeikh Nuruddin Al Banjari dan Syeikh Dr Usamah Sayyid Al Azhari.


Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku MENYAYANGIMU. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :


"ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik"
 

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.


jika nak di sayangi Allah dan rasulNya bacalah doa ini


doa yang jarang saya tinggal setiap kali solat fardu. 

berharap saya juga akan di cintai rasulullah




cara yang kedua


Di dalam peristiwa perang khaibar yang sangat sukar di takluki oleh tentera Islam. nabi bersabda "saya akan menyerahkan panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasulnya dan di cintai oleh Allah dan Rasulnya"


sahabat masing masing berharap di pilih di beri panji tersebut untuk mendapat pembuktian bahawa Allah dan Rasul menyintainya. sampaikan saidina umar ada menyebut tidak pernah dia merasakan kehendak menjadi pemimpin seperti waktu itu.


lantas keesokan harinya setelah selesai sembahyang subuh nabi memanggil mencari cari saidina Ali RA yang tidak hadir kerana sakit mata. saidina Ali lah di berikan panji tersebut.


cara kedua ini lebih indirect tapi jelas maksudnya.


kita cintakan seseorang dengan perilaku kita. dengan menolong , membantu , mendengar membuktikan kecintaan kepadanya.



CINTA itu ajaib

perasaannya tinggi

bukan hanya MINAT

tidak setanding dengan SUKA

lebih lagi dari KAGUM

cinta di susuli dengan keperitan

bersama dengan pengorbanan

beruntunglah bagi mereka yang DICINTAI

apatah lagi oleh ALLAH dan RASULNYA




bagi lelaki

lelaki memang susah untuk mengatakan cinta. bak kata kawan saya 'love is a verb'

cinta itu adalah kata kerja ataupun fe'el. 

PERBUATAN

tapi mereka juga akan mengatakan cinta bagi yang selayaknya

katakanlah CINTA...


p/s:  -nabi cintakan seluruh ummatnya tapi kalau tak silap ada 3 hadis yang nabi menyatakan cinta secara personal.


      - kata orang ' love women who read, married women who write'. petua mencari jodoh..

       - segan2.. tapi ada satu lagi post pasal cinta. harap harap yang last untuk zaman bujang ni

       - esok pergi kem PPD selama 6 hari di Ulu Sepri


Tuesday, June 12, 2012

rugi jadi jujur

'saya tak pandai sangat main bola'

orang akan fikir kita tak pandai dan tak mahu ajak lagi

'tak sure la pasal hukum tajwid ni'

orang akan fikir kita tak pandai mengaji al quran

'nanti saya check balik bab fekah ni'

orang fikir kita belajar agama sikit

'lupa dah pasal pathophysio disease ni'

orang fikir kita bodoh



'saya rasa tak layak nak terima jawatan'

orang fikir kita tak bertanggungjawab

'dah solat ke belum, saya sudah?'

orang fikir kita ni berlagak baik/poyo

'saya rasa tak layak untuk kamu'

dia terus pergi cari orang lain

 'saya tak ada duit'

orang fikir kita kedekut

'saya pergi demonstrasi BERSIH'

polis akan tangkap

'saya sokong PAS'

kamu sesat, suka politik, tak bagus


Rugilah bagi mereka yang jujur,

Beruntungkah bagi mereka yang MENIPU?


orang kata kalau tidak tahu takpe. yang penting jawab dengan CONFIDENT..

orang yang jujur berkata tak tahu tidak akan maju


Berbangga berkata jujur

sebab kenapa MAHU andai ia TAK LAYAK untukmu?


katakan secara JUJUR..


p/s: helah katanya...

Friday, June 8, 2012

di tinggalkan..

pernah tak rasa di tinggalkan?

dalam hidup mesti pernah..

saya pun pernah.

di tinggalkan keseorangan terkapai kapai

di isolate

rasa tidak penting

kalau tiada pun tak apa

tiada siapa yang yang datang melawat

orang sekeliling bercakap dengan secara berbisik rahsia

lalu saya mencari Allah

tapi perasaan kesepian masih menyelubungi

jua tidak merasa Allah itu menjawab

di tinggalkan...


Nabi pernah satu ketika di tanyakan soalan oleh orang musyrikin mekah

"bilakah hari akhirat?"

Nabi tidak menjawab. nabi tidak akan menjawab sesuka hati kerana setiap apa yang di katakan oleh baginda adalah wahyu. di suruh mereka datang keesokan hari.

datang lagi menanti jawapan. Allah masih belum beri sebarang wahyu.

datang lagi meminta jawapan  namun masih belum ada wahyu.

selama 6 bulan tanpa wahyu. Nabi sedih...

 sindiran demi sindiran oleh para musyrikin

tapi lebih Nabi sedihkan kerana

di rasakan di tinggalkan oleh Allah.

tidak mahu baginda menjadi rasul lagi.

6 bulan lamanya, nabi dalam keadaan tertekan

lalu Allah menurunkan surah Ad Dhuha


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Demi waktu dhuha"

bangun, tengoklah cahaya matahari naik. berbahagialah , kehidupan ini bukan selalunya gelap dan waktu bersedih

"Dan demi malam apabila telah sunyi"

akan ada juga waktu kesedihan dan kemurungan. waktu gelap di mana orang yang tertekan pasti tidak tidur ( insomnia)

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak membencimu"

Allah tidak pernah meninggalkan dan meninggalkan kamu walaupun manusia sekeliling menjauhi kamu. Allah itu sangat dekat, mendengar segala rintihan kamu dan melihat segala kesusahan kamu

"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya."

sesungguhnya kesusahan yang kamu rasa sekarang tidak lama. pasti akan tiba masanya kemudahan dan penyelesaian

"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga engkau reda – berpuas hati."

malah jika benar kamu bersama Allah, pasti akan sampai waktunya di mana Allah akan memberi nikmat sebenar di akhirat kelak yakni syurga.

"Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

bukankah bilamana kamu tidak ada sesiapa dan tiada tempat bergantung, Allah akan hadirkan orang untuk menolong kamu

"Dan didapatiNya engkau mencari-cari , lalu Ia memberikan hidayah petunjuk?"


bilamana kamu bingung dan buntu, Allah pasti akan memberi kefahaman dan jalan keluar 

"Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?"

dan bila kamu dalam kesusahan tidak punya harta , Allah mencukupkan harta kamu sampai kamu boleh hidup hingga sekarang 

"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya"

Allah mendatangkan mereka yang lebih susah dari kamu untuk berfikir. sesungguhnya anak yatim itu lebih besar kesusahan mereka dari kamu. mereka tidak ada tempat perlindungan dan tempat bergantung

"Adapun orang yang meminta maka janganlah engkau tengking herdik"

orang yang meminta (peminta sedekah) lebih susah dari kamu hingga terpaksa meminta dari manusia untuk hidup

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."


bersyukurlah, sebutlah Alhamdulillah dengan segala nikmat. ingat dan sebut sebutlah segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kamu.

Alhamdulillah Alhamdulillah..

atas segala nikmatmu...

tidak tersebut banyaknya ya Allah

ya Salam...

golonglah kami dalam hamba hambaMu yang bersyukur..

wallahu'alam

Sunday, June 3, 2012

Penjaga Al Quran


"be, macam mana nak jaga hafalan?" tanya sahabat

"emm.. ustaz abang ada beritahu, salah satu sebab kenapa tidak khusyuk dalam solat sebab kurangnya hafalan quran"  saya tidak menjawab soalan

" salah satu caranya yang abang biasa buat adalah bacalah hafalan kita dalam solat. bukanlah bila kita jadi imam dan perlu tinggikan suara sahaja. tapi setiap kali sembahyang seorang diri juga. dalam solat sunat rawatib malah lebih lebih lagi bila qiamulail " berkongsi dari pengalaman biasa lebih berkesan

secara hipotesisnya, semakin banyak solat, semakin banyak hafalan, makin kuat ingatan

madrasah tahfiz

teringat saya pada madrasah tahfiz dahulu. merupakan madrasah swasta. beberapa bulan sebelum di izinkan menghafal , saya perlu membaca face to face dengan ustaz terlebih dahulu. di situlah di asses tajwid , makhraj dan kelancaran. bukan sewenang wenangnya terus menghafal.

sungguh saya rindukan ustaz saya. seorang yang amat lemah lembut perkataannya tapi tegas. tidak pernah saya lihat dia marah. tapi pernah frust bila saya tak dapat perdengar hafalan baru. setiap hari satu muka surat. merupakan bekas ustaz dari Maahad Tahfiz Repek Pasir Mas. mukanya penuh bercahaya berasal dari Narathiwat Thailand.

terakhir saya dengar berita dia berada di Narathiwat kerana pergolakan di sana.

semoga Allah memberkatimu dan merahmatimu wahai guru...

bilakan akan bertemu..

baca sebelum menghafal

saya kadang kadang risau bagi mereka yang mempunyai cita cita menghafal Al quran bila masuk fakulti sekular ini. mungkin sebab hati saya yang busuk lagi berhasad dengki tidak dapat menampung lagi. kebanyakan menghafal sebelum membaca dengan betul.

bukanlah menghalang niat menghafal tapi adab pertama bagi Al quran adalah membacanya dengan tartil. apatah lagi bila orang melayu bukan orang arab. bahkan perkata Al Quran itu adalah berasal dari perkatan IQRA.

jika masuk institusi tahfiz yang paling hebat hingga paling lekeh pun apa yang di uji mestilah MEMBACA dahulu. mustahil di biarkan menghafal bagi mereka yang belum dapat membaca dengan baik.

mana mungkin orang nak berlari kalau belum dapat berjalan.

penjaga quran

beruntunglah bagi mereka

bergelar ahlul Quran

membaca Al Quran

mempelajari Al Quran

mengamal Al Quran

dan mengajar Al Quran

kamu adalah insan TERPILIH

dan TERBAIK

sabda Nabi Muhammad saw:
“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari)


entry kali ni di inspirasi oleh video ni. rindu suasana bersama ahlul quran


اَللَّهُمَّ زَينِّاَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْأَن
وَاَكْرِمْنَا يَا اَلله بِكَرَاَمةِ اْلقُرْأَن
Hiasilah diri kami
Dengan keindahan Al-Quran
Muliakanlah, Ya Allah, kami semua
Dengan kemuliaannya

Kurniakanlah
Keberkatan kalamMu Ya Allah
Agar menjadi pegangan kami
Di dunia ini

Dan menerangi kami
Dari kegelapan pusara nan sepi
Juga pembela kami
Kelak nanti di negeri abadi

Berikanlah kami
Kefahaman membacanya
Dan berikanlah kami
Kekuatan mengamalkannya
Perkenankanlah doa kami Ya Allah

bagi penghafal Al quran, ingat sabda rasulullah

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda: "Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan segera hilang." HR Bukhari & Muslim Dan Imam Muslim menambah lagi dalam riwayatnya: "Jika ia menjaganya, dan membacanya pada malam dan siang hari, maka ia dapat terus mengingatnya, sedangkan jika tidak, maka ia akan melupakannya." Manakala dari Abi Musa al Asy`ari r.a. dari Nabi Saw bersabda pula: "Teruslah jaga hafazan Al Quran, karena Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, ia lebih cepat lepas dari lepasnya unta dari ikatannya." HR Bukhari & Muslim

Target anak mesti ada yang Hafiz Al Quran dan mampu membawanya dalam kehidupan..

 wallahua'lam

p/s: sayangnya tiada gambar masa dulu dulu.. kamera tak mampu nak beli.

Wednesday, May 16, 2012

Jodoh Dekat





pertama kali saya mengunjungi blog Ust Fathi suami kepada Ustazh Teh.


saya suka baca komen orang pada artikel daripada artikel itu sendiri.

wah, terkejut dengan berjela jela komen pembaca. masing masing sedang mencari jodoh. ada menawarkan diri sendiri. ada yang menawarkan suami.

masing masing mengaku beragama. masing masing jugak hendakkan yang beragama.

sampai begitu sekalikah tahap 'kebujangan' di Malaysia? mengalahkan pengangguran.

Jaringan Alam Maya

perkenalan di alam maya boleh di percayai ke?

banyak yang saya kenal berlainan di alam realitinya.

ada yang outspoken dengan komen komen yang tajam tapi sebenarnya pendiam

ada yang senyap tapi sebenarnya kritikal thinking

yang lebih berat ada yang alim dan warak tapi di luarnya wallahualam..

ada juga yang huha-huha tapi sebenarnya alim dan warak

susah nak di percayai jika berhujahkan pemerhatian di facebook dan blog

jika ingin di nilai dari segi yang tersirat mungkin reliable seperti dia seorang yang berfikir matang dan berpengetahuan

termasuk saya sendiri

inikan pula jika ingin mencari jodoh

'Ustaz' Jahat

semasa posting Paediatric di HKL saya bertanyakan kepada seorang ibu patient yang membawa anaknya ke situ untuk chemotherapy di sebabkan kanser.

menangis dia menceritakan dia di tinggalkan oleh suaminya sudah beberapa bulan. seorang USTAZ.

suaminya itulah yang membawa dia memasuki islam . berkahwin pun kerana berharapkan dapat di bimbing. tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

"nama je ustaz" katanya

sedih bila gelaran Ustaz yang mulia pada suatu ketika dahulu malah lebih mulia daripada gelaran doktor menjadi demikian. fitnah ini meluas dengan di bantu oleh carekarama yang menunjukkan semua ustaz seakan gila seks.

saya hanya mendengar dan berkata sabar.

sungguh Alim dengan agama dan Faqih dalam beragama itu adalah suatu yang berbeza

mana satu yang kita nak?

Jodoh Itu Dekat

 kata ustaz ( tak ingat yang mana) jodoh itu dekat di kalangan kita. jarang sekali ia dengan seseorang yang jauh

keluarga saya boleh di katakan pro aktif dalam memilih jodoh terutama ayah saya. mereka amat memilih dalam hal jodoh anak anak. kami ada Ustaz yang yang tolong mencarikan. namanya Ustaz Redhuan yang memang kenal dengan keluarga kami. Jaringan Ustaz ini juga luas merangkumi pelajar pelajar Al Azhar dan orang orang baik yang lain.

kakak saya telah di jodohkanya dengan seorang graduan Al Azhar. yang juga adalah senior abang saya. yang juga kawan kepada jiran saya. yang juga senior kepada sahabat saya. kan dekat tu.

bagi saya Dekat itu juga bermaksud kelompok yang kita berada.

Lelaki yang Baik untuk Perempuan yang Baik bermula daripada kita yang berada di kelompok yang Baik

kalau kita mahukan seseorang yang soleh tapi tidak pernah kenal atau dekat dengan orang orang yang soleh , mana mungkin akan dapat yang soleh.

dengan mengaku diri seorang yang soleh adalah tidak cukup. kerana bagi orang yang soleh itu mencari dengan melihat sahabat sahabat soleh sekelilingnya.

dekatkanlah diri dengan mereka yang soleh lagi musleh di samping membaiki diri

kerana jodoh itu dekat

Jika Masih Tak Dapat??

Poligami

penyelesaian yang Allah berikan kepada umat islam

kerana benar Allah jadikan perempuan itu lebih ramai dari lelaki

dan juga untuk memelihara nasab

** lelaki suka jika perempuan membenarkan poligami walaupun dia bukan nak poligami pun.

moga Allah kurniakan yang Terbaik kerana Dia tahu apa yang Terbaik

jangan lupa bidadari dan bidadara di syurga..

p/s: macam berkata lebih lebih pulak dengan diri yang tak settle.
       point yang utama ada dampingi orang soleh dan alim ulama', insyaAllah yang lain akan    menyusul
       cakap memang senang..

wallahua'lam

Saturday, May 12, 2012

nak ambil kursus perubatan


tiba tiba ketika berada di Kampus KL UKM saya mendapat panggilan.

tidak di sangka sangka yang menelefon saya tu adalah ustaz di sekolah arab Azhariah dahulu.

orang panggil dia ustaz min. guru disiplin dan hal ehwal pelajar masa saya jadi dhobit. dia juga adalah Imam di masjid Mahligai melor.

dia memperkenalkan diri, walaupun hampir 10 tahun tak berjumpa tapi memang saya kenal suara dan gaya dia bercakap. macam mana tidak kenal, antara ustaz yang garang dan otai di sekolah dahulu. juga kawan baik abah.

gembira juga bila asatizah masih kenal saya yang kerdil ini.

hasrat dia bertanyakan pada saya jalan menuju jurusan perubatan bagi anak perempuannya.

ini bukan kali pertama mereka yang bertanyakan sedemikian. maklum sajalah jurusan perubatan sudah menjadi kegilaan para ibubapa.

anak dia baharu saja menerima tawaran Matrikulasi KPM.

nak menjadi seorang pelajar perubatan ada beberapa wasilah/ jalan tapi mestilah kena lepas SPM dulu.

1. jika keputusan SPM sangat sangat baik, boleh apply terus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau MARA untuk tajaan ke luar negara. biasanya dia akan bagi pilihan samada timur tengah atau eropah. pemilihan tu bergantung pada anda. biasanya timur tengah lebih mudah dan jika belajar bahasa arab ada juga kelebihan.

biasanya jika dapat , akan ada setahun belajar di malaysia. dalam masa setahun (ada juga 2 tahun) ni ada exam dan interview yang menentukan layak atau tidak, dan tempat yang akan di hantar.

2. mungkin tiada rezeki dalam untuk mendapat tawaran di atas. anda akan dapat tawaran ke Matrikulasi/ asasi UM/ asasi UITM. belajar semula dalam masa setahun. pada masa ni jika anda menyesal tak belajar bersungguh sungguh masa SPM, masih ada peluang jika anda seorang yang genius.

lebih kurang sama peluang yang ada bagi lepasan lepasan ini. sekiranya anda asasi UM still boleh ambil perubatan di UKM atau USM atau selainnya. begitu juga dengan UITM.

saya melalui Matrikulasi KPM walaupun dapat asasi UM panggilan pertama. panggilan ke UM lambat sangat , jadi saya malas nak kecoh kecoh tukar ke sana. Dari my point of view, pembelajaran di Matrik ini adalah jenis speed. dengan kata lain Rapid Learning. jika ada basic yang kuat masa SPM insyaAllah boleh dapat 4.0. Ada juga kawan yang tak dapat A pun masa SPM dapat 4 flat tapi jarang jarang. Dan ada juga yang 10A SPM tak dapat 4flat pun. atas kecepatan anda menangkap apa yang di pelajari dan rajin.

3.8-4.0 pointer membolehkan untuk dapat jurusan perubatan berdasarkan universiti. jika USM, UM dan UKM biasanya mereka ambil 4 flat.

jika above 3.75 boleh cuba minta di UMS, UNIMAS, UITM dan UPM. ni pada zaman saya, sekarang saya tak pasti. ada pilihan nanti, boleh cuba semua.

jika 3.5 keatas dan nak jugak ambil perubatan boleh la cuba swasta seperti CUCMS, IMU, Manipal dan lain lain. jika dapat, tajaan still boleh di perolehi.

jika bawah dari 3.5, besar kemungkinan tak dapat except anda ada CABLE besar. seriously, i've seen this a lot..

jika CABLE anda tak besar mana tapi masih menggeletar nak ambil perubatan, bolehlah mencuba ke Mesir terutamanya Mansourah university menggunakan agent yang ada di malaysia menggunakan result SPM dahulu. jika dapat 1A pun boleh lagi, syaratnya sangat rendah.  bayaran sendiri terlebih dahulu. lepas keluar result sem boleh la mintak biasiswa MARA. i've seen this a lot too... yang ni nak buat sebelum pergi Matrik pun boleh. ni macam jalan terakhir.

3. selepas SPM anda memohon untuk asasi perubatan. yang ada sekarang adalah USIM dan UIA. UIA memang susah nak dapat kecuali yang cemerlang sahaja. USIM insyaAllah, 8A keatas dengan cemerlang subjek kritikal dan ada bahasa arab sudah mencukupi. selepas Asasi, akan di serap terus ke university berkenaan. ini juga berdasarkan result semasa.

pada masa saya, UIA ada tawaran yang menarik, jika anda bercita cita untuk menjadi Al Hafiz dan Doctor , boleh ambil persijilan darul Quran dahulu setahun sebelum masuk Asasi UIA. yang ini memang mereka yang terpilih oleh Allah sahaja.


no wonder why there a lot of doctor nowaday yeah..

Wednesday, May 9, 2012

psychiatry posting


"brain is the most mysterious thing in the universe" kata prof Maniam


hari pertama saya di posting psychiatry. orang kata posting orang sakit jiwa.


berada di bawah Prof Maniam, bertuah saya katakan. walaupun sebelum tu di momokkan bahawa di bawah prof tak dapat 'berehat' secukupnya.


Prof seorang yang wellknown di dalam psychiatric di seluruh malaysia malah di international. boleh memberi ucapan perdana bukan calang calang orangnya. dia merupakan anak murid psychiatrist pertama di Malaysia menurut sahabat USIM saya.


first expesion saya pada pada posting ini sangat menarik dengan kata katanya seperti diatas.


dengan dia saya banyak belajar tentang manusia. psychology manusia. bukankah seorang pendakwah harus minat dengan manusia seperti entry saya sebelum ini.


apa itu psychology?


bahasa mudahnya psychology adalah apa yang manusia fikirkan dan corak kelakuan.


sangat menarik bila prof menceritakan bagaimana mereka membuat experimen dan aplikasinya pada manusia secara kita tidak sedar.


posting orang sakit jiwa?


salah juga sebenarnya istilah tu. bukanlah semua sakit jiwa atau gila. jika kita depressed yang melampau juga di refer ke sini.


masalah rumah tangga juga di hantar ke sini


jika anak kecil yang hyperactive juga akan di hantar kesini. bukanlah mereka GILA.


tapi yang sakit jiwa memang di hantar ke sini.


stigma masyarakat masih menebal akan kejahilan mereka sendiri


biasalah melayu yang 'state the obvious' apa yang di highlight adalah GILA


Minat?


memang saya seronok mendengar semua ni tapi bukanlah cara saya begini.


mereka ini sangat tenang sedangkan saya ni rush2..


rush of adrenaline??


apa pun sangat bersyukur berada di bawah prof, banyak yang saya belajar mengenai kehidupan yang tiada dalam buku.


percaya atau tidak medical study banyak belajar dengan manusia bukan dengan buku.




teringat ada seorang sahabat post di facebook perbualan dia dengan patient psychiatric masa buat SSM


patient: are u a psychiatrist?


sahabat: no


patient: are u a doctor?


sahabat: i'm medical student


patient: dont be a psychiatrist , i think most of them have psychiatric problem

Tuesday, May 8, 2012

buku lagi

pesta buku dah pun melabuh tirai.

dapat pergi sehari saja dan hanya 2 buku je beli secara express. dengan keterbatasan masa dan wang. buku Di hamparan Shamrock dan Badiuzaman Said Nursi sudah selamat berada di pustaka mini.


Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu tulisan ust Hasrizal

sebelum saya menulis blog lagi saya sering mengikuti penulisan ust ini. kebanyakan bukunya saya beli walaupun sudah ada dalam web beliau. entah kenapa saya begitu suka dengan tulisannya. saya pasti bukan saya sorang sahaja tapi beribu ribu lagi peminat dia.

saya tidak suka dengan buku yang bercerita meleret leret. biasanya bila penulisnya adalah perempuan. hendak sampai kepada satu point perlu melalui jalan yang jauh. seperti loose of association. saya suka straight to the point dan buku ust sangat bagus. susah bosan membaca bukunya dan itu salah satu sebab saya meminatinya. kurang buang masa nak baca.

membaca perjalanan hidup manusia ni sangat menarik. bak kata ustaz Hasrizal dalam buku ini " Hendak Menjadi Pendakwah Perlu Minat Dengan Manusia". mengetahui situasi dan tindak balas manusia padanya adalah crucial bagi seorang pendakwah. kerana pendakwah itu harus tahu keadaan mad'unya sebelum berdakwah.

dalam penulisannya sangat padat dengan perjalanan hidupnya. setiap padanya di datangkan hikmah dan pengajaran. bukankah sekeliling kita adalah pembelajaran bagi kita. penulisan saya juga menjerumus pada perjalanan dan pembelajaran.

bagi  seseorang yang berjalan menuju tuhannya akan ada padanya syuhud atau penyaksian akan tauhid pada tuhannya. pernahkah terfikir kenapa adanya kitab Al Hikam?

kitab yang mengumpulkan sejumlah kata kata hikmah. yang paling popular adalah Kitab Hikam Ibnu Athoillah dan Imam Arsalan. kata kata mereka di syarahkan. adakah tidak cukup dengan Al quran dan Hadis untuk di syarahkan?

ini kerana mereka ini adalah pada ulama dan orang yang dekat dengan Allah. pentauhidan mereka adalah dengan syuhud di sepanjang perjalanan hidup mereka. dari situ keluarlah kata kata berhikmah berdasarkan situasi yang di lalui mereka.

bukanlah saya mengatakan penulisan ust hasrizal sama dengan al hikam tapi kata kata berdasarkan pengalaman dan penyaksian itu kadang kadang amat praktikal dan realistik.

bukan saya minat dengan kata kata cintan beliau.. jangan salah faham.


Badiuzaman Said Nursi tulisan pak latip

satu satunya buku Pak latip yang saya beli dan baca. sebelum ni cuma lihat dari jauh sahabat membacanya. cuma pada masa tu saya fikir sejarah kosong tanpa pengajaran tidak membangun diri.

tapi tajuk tokoh Badiuzzaman Said Nursi ni menarik minat saya. bermula dengan perbincangan dengan Ust Ghazali di salah satu kem mengenai keadaan turki sekarang. ketika itu ust mengungkapkan nama tersebut dan jasanya hingga kini selepas turki berjaya di ambil oleh islam kembali walaupun dengan sekatan sekatan.

Said Nursi juga jarang jarang sekali di ceritakan memandang beliau adalah penggerak gerakan islam menentang kezaliman kerajaan pastilah susah untuk disebut di Malaysia khasnya.

ingin saya tahu bagaimana Risalah An nur tulisannya menjadi pembangkit bagaikan Al Quran bagi pengikutnya pada masa di mana quran hanya dalam bahasa turki.

badiuzzaman adalah pejuang gerakan islam di zaman sekular paling hebat

belum habis baca lagi kedua duanya...


saya suka beli buku yang ringkas ringkas begini untuk meningkatkan kefahaman. sayang rasanya nak beli buku tebal karang ulama seperti tafsir ibnu kathir, fiqh sirah, hadis bukhari dan muslim  kecuali jika ada keperluan sebab:

1. mahal , tak mampu
2. sudah ada dalam internet
3. baca sendiri tidak akan habis (baik pergi pengajian)
4. semua sudah ada kt rumah tetapi dalam bahasa arab (baik belajar bahasa arab)

baca buku juga perlu ada target. bukan main hemtam aja.

p/s: circadian sleep disorder
       mode SSM

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0

kesannya amat terasa

social network amat berperanan

perasaan yang bercampur baur

marah dengan segala fitnah

geram dengan tohmah

sedih dengan sahabat yang 'beragama'

kecewa dengan yang degil

bersalah dengan yang cedera

tapi SABAR

tetap yakin dengan tindakan

yakin dengan kepimpinan ulama

yakin dengan ijtihad dan hujah

kesan yang baik akan tiba

kerajaan sudah sedar dia di ambang kejatuhan

rakyat kembali tenang

negara dapat di selamatkan

cuma SIKAP kita

harus tenang

jangan lemas bersama kejahilan

jelaskan kebenaran dan tunjukkan kebaikan

jauhkan cacian dan celaan

andai mereka tidak dengar hujah kita

haraplah Allah akan mendengarnya

istighfarlah andai itu dosa kita

di Zaman Selepas Abrahah



                             ampunkanlah segala dosa kami dan penilaian lemah kami..

p/s: kehadiran ust hasrizal amat menenangkan..

Wednesday, April 25, 2012

BERSIHkan hati


pernah sekali dalam perbincangan saya dengan abah tentang manusia. katanya..

"apa yang belajar di sekolah itu adalah pada pembentukan luaran"

"tapi perasaan dalaman itu perlu ada seperti belas kasihan, kasih sayang. yang itu kita kena teliti"

saya faham apa yang di maksudkan. pada luaran itu adalah syariat/ fiqh yang biasa kita belajar. semua jika belajar pasti akan dapati. tapi dalaman itu adalah pembentukan hati. perasaan perasaan inilah yang membentuk akhlak seseorang.

dan ia adalah saling berkaitan

dalam pembersihan ini ikutan atau murabbi adalah Imam Al ghazali

dalam psikaitri ada satu therapy bagi pesakitnya.

CBT ataupun cognitive behavioral therapy

ia berdasarkan theori bahawa setiap perbuatan itu berkaitan apa yang di fikirkan.

contohnya: jika seseorg itu takut kerana merasakan orang mengintip dia. biasanya pesakit psychosis. kita akan nasihat dia cuba melawan dengan berfikir, kenapa hendak initip aku? kenapa tak intip orang lain? persoalan logik ini akan buat orang tu akan buat dia rasa silap pada fikirannnya. menjadikan kelakuaannya tidak sentiasa ketakutan

begitulah imam al ghazali ada mengajar kita.

dengan memkikirkan sesuatu menyebabkan kita bertambah tawadhuk. menghilangkan rasa ego dan takabur.

Imam ghazali berkata:

Janganlah kamu terasa lebih mulia daripada orang lain kerana itu adalah salah di sisi syara'


jika kamu melihat kepada orang muda, sesungguhnya dia terlebih mulia dari kamu kerana dosa dan maksiatnya sedikit berbanding kamu


jika kamu melihat orang yang lebih tua, sesungguhnya dia terlebih mulia dari kamu kerana ibadatnya lebih banyak dari kamu


jika melihat orang yang jahil, sesungguhnya dia lebih baik dari kamu kerana melakukan dosa tanpa ilmu sedangkan kamu berbuat dosa dengan ilmu. dan kemungkina bila dia sempat bertaubat sebelum mati dan kemungkinan itu dia lebih mulia dari kamu


jika melihat orang yang Alim, sesungguhnya dia lebih mulia kerana banyak ilmu dan kelebihan ada padanya berbanding kamu


jika kamu melihat orang kafir, mungkin dia akan memeluk islam pada akhirnya dan dosa dosa yang lalu semua di ampunkan dan kamu belum tentu lagi pengakhirannya 

inilah yang di ajar supaya kita sentiasa tunduk seperti yang di tunjukkan para ulama terdahulu.

agar hati kita BERSIH dari segala sifat mazmumah..

BERSIH adalah fitrah

BERSIH dari DOSA

semua orang suka akan BERSIH.

Islam suka,

Nabi pun suka,

Iman pun suka

Para Ulama pun suka

kenapa ada yang tak suka?

sokong BERSIH!!!

                                      gambar ini tiada kena mengena dengan artikel. kikiki


p/s: macam mana nak tahu kedudukan hati seseorang???
tips medical student posting psiky: CBT boleh guna dalam sume disorder kecuali schizo. kalau schizo bg rehab.

Wednesday, April 18, 2012

pengajian - Darul Murtadza


saya teringat waktu kecil saya.

membesar di samping abah yang sangat tegas

tambahan pula sebagai anak lelaki tunggal yang berada di rumah

abang sudah memasuki asrama di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat

setiap subuh, maghrib dan isya berjemaah di rumah bersama keluarga

selepas maghrib dan subuh adalah waktu mengaji Al Quran

seingat saya juz 30 itu saya hafal sebelum sekolah rendah

walaupun masa tu saya tak dapat baca quran lagi

kadang kadang antara maghrib isya itu abah bawa ke masjid mendengar ceramah

walaupun pada masa tu saya hanya duduk bersandar tidak tahu apa apa

kadang kadang juga di bawanya ke tempat orang 'bersyarah' ataupun kalau saya tak silap adalah ceramah PAS.

walaupun saya hanya tido di dalam kereta.

 setiap hari jumaat pula kami sekeluarga pergi ke tempat pengajian bermula pukul 8 pagi hingga 12

walaupun saya pergi untuk tido sahaja

inilah apa yang kami sekeluarga buat semenjak dahulu sampai sekarang

yang berubah adalah abah sudah tak pernah tinggal pergi masjid untuk berjemaah, kadang kadang saya yang ambil alih jadi imam. tapi selalunya kedua dua pun hilang ke masjid. perempuan sembahyang sesama mereka. sudah besar semuanya kan.

dari dulu sampai sekarang....

tetap sama.


dulu saya sangat tak suka pada hari jumaat.

habis sahaja mengaji, bersiap ke Kota Bharu yang lebih kurang 24 KM. pertama kami pergi ke masjid besar KB untuk belajar tafsir. habis sahaja terus ke medan ilmu untuk kuliah TGNA. Kuliah TGNA dahulu bukan seperti sekarang. di buat di tingkat atas bangunan bukan tempat terbuka seperti sekarang. pembelajarannya juga berdasarkan ada beberapa kitab. pernah saya dengar TGNA menegur hadirin yang datang tanpa kitab. tapi sekarang cuma ada tafsir sahaja.

saya biasanya berjalan tempat orang menjual. dan duduk di tempat perempuan bersama mak.

setelah habis pengajian di situ abah menukar tempat ke Pondok Mahligai. lebih dekat dengan rumah. jadi kami sekeluarga pergi ke sana. di sini tok gurunya sangat hebat. ada tok guru haji daud bukit abal yang terkenal dengan ilmunya di kalangan ahli pondok. teringat abah menangis bila mendengar kematiannya berbelas tahun yang lepas. ada juga ust abd rahman al makki. guru saya di sekolah Azhariah. sekarang di ambil alih oleh ust zaki, guru pondok moden kandis. biasa pelajaran di situ adalah mengenai tauhid, tafsir dan tasawuff.

pada masa tu saya sangat kecil. tak tahu pun pasal ulama ni. sekarang baru tahu betapa ruginya saya tido dalam pondok nenek saya masa tu. kadang kadang pergi jumpa kawan. pada waktu kelas tak amik perhatian pun.


pada masa sekarang, berada di KL kota metropolitan.

tempat nafsu melonjak lonjak, semua ini amat di rindui

minggu lepas pertama kali ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza


lebih kurang saya dengan pengajian di setiap hari jumaat. cuma masanya pada waktu 9.15 mlm hingga 11.00 malam.

pengajian ada 4:
  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad 
maklumat lanjut: 
http://www.darulmurtadza.com/

seronok berada di taman syurga. teringat akan kehilangan pada zaman kecil yang lepas

belajar agama bukanlah niat menjadi seorang ustaz, kepakaran saya di bidang perubatan, cukuplah jika mampu memimpin diri dan keluarga ke jalan yang betul. manakala berdakwah itu adalah wajib

bukankah Nabi menyarankan untuk sentiasa memperbaharui iman?

setelah berapa banyak masa bergelumang dengan perubatan yang kering dan tidak menenangkan. ia telah menjadi satu keperluan.

berapa banyak manusia di luar hanya mengejar akan kebendaan biarlah kita salutinya dengan keislaman.


betapa dulu saya rasa perbuatan abah itu sia sia.

sebenarnya tidak..


p/s; saya sayangkan teman sepengajian . bukan dalam gambar ni sahaja. akan merindui mereka nanti.


Thursday, April 12, 2012

ada apa pada nama



"mizan? macam sultan mizan?" tanya supervisor


" bukan, sultan mizan tu sama dengan saya" saya berloyar buruk


dengan nama MIZAN kadang kadang saya popular


kadang kadang perasan popular


salah satunya kerana ia adalah nama sultan


bagi yang islamic sikit akan ingat pada neraca MIZAN di alam akhirat nanti

bagi yang retro ingat akan nama kumpulan nasyid


lebih unik adalah sebab ada perkataan AL di hadapan. 


AL ni kalau dalam bahasa arab di letak pada barang / bende. namanya isim.


pelik jugalah manusia di letak dengan AL tidak seperti nama orang yang lain


teringat cerita lucu adik saya di sekolah rendah. sudah sedia maklum ejaan nama saya adalah AL-MIZAN. 


pabila cikgu suruh tulis perkataan almari, di tulisnya AL-MARI


sampai sekarang di ulang ulang cerita yang berlalu 10 tahun lepas.


ada apa dengan nama?


di sebut berkali kali. ia adalah doa. lebih lebih lagi bila ia di sebut oleh ibubapa.


sebab itu dalam islam menyarankan nama dengan makna yang baik.


supaya bila besar dia akan menjadi baik


dalam sejarah nabi sangat menitik beratkan makna nama seseorang. pernah baginda menukarkan nama orang yang baru memeluk islam kerana makna yang tidak baik.


malah makna yang baik juga harus bersesuaian. contohnya dalam satu riwayat apabila nabi menukar nama saidina hassan dan husin daripada nama 'Harba' yang hendak di berikan oleh saidina Ali. Harba itu bermaksud peperangan, inginkan anak yang sifat berjihad.


tapi banyak yang sengal sekarang ini. memberi nama yang entah apa maksudnya. yang paling popular adalah nama jepun. nak jadi 'girl generation' la konon. mungkin nak jadi macam cerita cerita korea yang bosan itu jugak.


ingat bahawa di akhirat nanti Allah akan memanggil nama kita dengan maknanya. 


jangan ingat sedap di dunia sahaja, biar sedap di akhirat juga.


beberapa tahun yang lepas menjadi isu, bila muallaf yang baru masuk islam wajib menukar nama oleh jakim dan sekarang tidak lagi. salah fahamnya adalah setiap yang islam bukan perlu ada nama arab, cukuplah dengan makna yang baik. melayu lebih berbahasa arab sebab dia tidak ada bahasa dan tulisan sendiri. percaya atau tidak kita memang tiada khazanah masa silam. kalau adapun bahasa jawi , tapi telah di hapuskan oleh kerajaan.


gembira saya kalau orang menyebut nama saya akan ingat padanya akan hari akhirat dinama adanya neraca timbangan bagi dosa dan pahala.


tetapi lebih ramai yang ingat pada Yang Dipertua Agong....


semalam baginda telah turun takhta, 


adakah AL MIZAN akhirat yang akan terlintas selepas ini???


( blog neracaislam juga dari nama AL MIZAN)


p/s: berpindah bilik dengan buku yang berkotak2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...