Friday, May 9, 2014

habuk

assalamua'laikum

berhabuk
sarang labah labah
kuno
takde perubahan

itulah descripsi bagi blog ni

maaf sangat sangat bagi yang bertanya especially dalam post pasal ingin mengikuti bidang perubatan

kehidupan sekarang sangat baik walaupun bizi.

Allah memberikan nikmat yang cukup banyak kalau di bandingkan ibadat dan ketaatan yang saya lakukan

sedikit update

sekarang sudah bekerja
seorang doktor di hospital sultanah nur zahirah
sudah makan gaji
dapat berbakti pada keluarga
sudah punya kereta sendiri
sudah punya tanah sendiri
sudah punya emas

dan

sudah punya isteri
akan datang........ baby : )

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamduilillah

jika ada kalimah yang lebih tinggi dari Alhamdulillah pasti saya gunakannya sekarang

tak mampu nak di ucapkan kesyukuran kepada ALLAH

bersama kesulitan akan ada kesenangan , bersama kesulitan akan ada kesenangan  - as syarh 6-7

teruskan berusaha, usah putus asa, usah putus harap dengan ALLAH

*** tersenyum gembira

 DAN TERHADAP NIKMAT TUHAN-MU HENDAKLAH KAMU NYATAKAN (DENGAN BERSYUKUR) - AD DHUHA : 11

Wednesday, June 26, 2013

Kerjaya

Hampir 2 minggu berada di kuala lumpur. Berjalan, ziarah dan buat amal. Semalam saya ziarah sahabat lama dari sekolah di petaling jaya.

Mengikut dia ke menyampaikan kuliah zohor di pejabat telekom, lepas tu makan, melawat anaknya yang baru lahir dan akhirnya melawat ibunya yang sudah sekian la saya tak jumpa.

Melihat kehidupannya sekarang yang melimpah ruah nikmat yang Allah bagikan. Bekerja di tabung haji travel dan umrah, menyampaikan kuliah di kawasan selangor dan kuala lumpur tidak kurang 80 kali sebulan termasuk kursus haji, kuliah dhuha, zohor, subuh dan maghrib. Dan juga bisnes yang pelbagai.

Mengingatkan saya pada waktu zaman sekolah.

"belajar agama nak keje ape?"

Ayat biasa di dengari. Pandangan masyarakat sekililing yang begitu kolot sekali. Skeptikal.

Bagi masyarakat kampung pekerjaan yang ada di mata mereka adalah cikgu dan doktor. Yang lain semua tiada masa depan.

Itu lah yang di momokkan pada saya. Sejak di awal masuk remaja. Masa mula mula interview untuk memasuki maahad tahfiz al quran pulai condong. Kalau boleh tak payah dapat. Tiada masa depan. Tiada exam PMR. Tiada aliran sains.

Maka saya masuk sekolah azhariah melor. Sebuah sekolah agama rakyat yang boleh di katakan dhoif. Bayangkan sekolahnya hanyalah bangunan sahaja. Padang tiada, surau tiada. Cuma menumpang tanah dan masjid yang berada di sebelah. Belajarlah saya dengan bersungguh untuk mengejar sekurang kurang 6A dalam PMR untuk tukar sekolah dan ambil jurusan sains.

Lepas PMR terus ke maahad muhammadi untuk aliran sains. Sekolah yang hebat tapi still kurang facilities kalau berbanding sekolah teknik, sains dan MRSM. Kemasukan saya kesana menyaksikan dekat 100 orang keluar ke sekolah kerajaan. Tidak semua hendak fokus pada akademik dan pada masa yang sama pelajaran agama. Hampir 20 lebih subjek yang hendak di pelajari. Saya pun pada masa tu hendak keluar. Tapi apakah daya walaupun Result mengizinkan .

Dan hinggalah sekarang. Perjalanan saya mencari gelaran doktor yang satu satunya kerja yang ada di dunia ini.

Berada di luar membuka mata saya mengenai kerjaya dan konsep rezeki.

Amat kecewa dengan ibubapa yang begitu memaksa anaknya dalam memilih jalan hidupnya tanpa menafikan ada juga kebaikannya. Suka saya melihat video mat lutfi berkenaan lepasan spm. Memang itulah realitinya.

Belajar di local universiti dalam bidang medik buat saya tahu betapa teruknya kerja dokter. Tidak sama dengan mereka yang berada di luar negara berhoneymoon. Berapa banyak kawan saya yang terpaksa mengalah di tengah jalan. Sedih melihat mereka yang dahulunya adalah best student malaysia. Kerana paksaan.

Apa salahnya jika best student mengambil jurusan lain??

Cuba bayangkan jika semua best student mengambil jurusan yang sama. Apa akan terjadi pada bidang yang lain?

Mengasingkan keupayaan pelajar melalui bidang adalah tidak baik bagi saya demi kemajuan semua bidang.

Akibatnya terdapat bidang yang jauh mendahului bidang yang lain. Hilangnya respect pada pekerjaan yang lain. Ada sesetengahnya di terajui oleh orang yang bodoh, contohnya politik.

Kesimpulannya, ambillah apa apa yang kita minat lalu buat sehabis baik. Jangan melihat pada pandangan mereka yang jahil.

Kerja tetap??

Jika kita buat yang terbaik, mana mana pun boleh keje. Lagipun rezeki itu di tangan Allah. Kita kadang kadang mulut banyak bercakap tapi hatinya tidak yakin.

Haishhh..

P/s: esok nak balik kelantan. Next trip, ganu kiter
Tekad nk buat bisnes sambilan lepas ni..
Beberapa orang tegur makin berisi, berusaha!!!

Sunday, June 23, 2013

Copy

Di posting orthopedik yang lepas, saya dan kawan kawan di suruh untuk di balut dan membalut POP. Plaster of paris. Biasanya di gunakan untuk immobilise patient yang ada fracture.

Maka pakailah kami akannya iaitu POP itu. Keras dan gatal. Dengan itu adalah yang bertanya.

Macam mana nak ambil air sembahyang??

Sebab kena pakai 24hour.

Serius saya tak tahu nak jawab. Kalau memang betul sakit dan darurat adala jawapannya. Kalau kita saja saja pakai?

"tak tahu" jawapan saya.

Ia tak sama dengan jawapan bagaimana medical student hendak conduct delivery. Situasi yang tidak sama bagi saya.

Jujur dengan ilmu itu penting. Jika kita tidak tahu maka mengakulah. Apatah lagi sesuatu yang baru..

Seringkali jika ada yang bertanya saya mengenai hukum saya jawab apa yang ulama beritahu. Apa yang ulama ijtihadkan . Bukanlah yang kita baca dan faham lantas mengeluarkan hukum sendiri. Itu bukan darjat kita sebagai orang awam. Saya copy ijtihad para ulama mujtahid.

Itulah yang di jawab oleh ustaz Azhar Idrus ketika ada yang mempertikaikan hukum yang di berikan.


Begitu juga penulisan saya. Tidak sikit pun layak di gelar penulis. Saya hanya copy ilmu ilmu dan penulisan di buku buku yang sedia ada. Lansung tiada idea sendiri. Cuma di olah dengan pengalaman yang sedia ada.

Tapi kerana tuntutan untuk menulis. Kata imam syafie: ikatlah ilmu dengan tulisan. Dan sunah para ulama yang menulis beratus ratus buku dan artikel. Maka saya yang tiada amal baik ini juga cuba untuk menulis.

Allah, kerdilnya diri...
Ceteknya ilmu ini..
Sikitnya amal soleh..

Lantas, apakah yang hendak di bawa menghadap Ilahi??

Merenung jauh.....

P/s: post by iphone

Thursday, June 13, 2013

mitsaqan ghalizo

" ai, dah tido ke??" tanya saya melalui corong telefon kepada sahabat di malam pertamanya. ingin minta maaf atas ketidakhadiran di majlis.

waktu itu baru sahaja lepas isya'. kira appropriate jugalah masa call saya.

kedengaran di hujung sana suaranya yang gembira.

yela, sapa tak bergembira selapas baru sahaja selasai akad nikah , menjalinkan satu ikatan halal


ikatan ini adalah satu janji. dalam quran Allah menyebutnya sebagai 'mitsaqan ghalizo'

"Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil mitsaqan ghalizo daripada kamu?." surah an nisa ayat 21

mitsaqan ghalizo bermaksud satu perjanjian yang kuat atau berat


di dalam quran Allah menyebut 3 kali perkataan ini di tempat yang berbeza dari ribuan ayat Al Quran dan setiap tempat menunjukkan ianya sangat berat. 


ia menunjukkan bahawa ia adalah satu perjanjian yang penting dan membawa kesedaran yang menakjubkan. 2 lagi tempat adalah perjanjian Allah dengan bani israel yang membuatkan Allah mengangkat gunung tursina dan menghempap keatas mereka.  satu lagi adalah perjanjian agung antara Allah dan para rasulnya.


sungguh isteri isteri itu adalah amanah dan perjanjian kita dengan Allah dan bapa mereka. bayangkanlah jika perjanjian ini di mungkari di atas adalah gunung tursina yang bersedia untuk menghentam. 


banyak sekali tafsiran dari ulamak mengenai perkataan ini. semuanya menunjukkan di sana ada tatacara dalam menunaikan tanggungjawab ini.


buat sahabat, Dr Nazil selamat menunaikan perjanjian yang telah dilafazkan.. saya percaya kamu adalah yang terbaik dalam melaksanakanya.


barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair



Dr Nazil Azadi dan Dr Raihanah

selamat melayari bahtera rumah tangga.



p/s: ya, saya memang tengah baca buku pasal kahwin walaupun tak tahu bila lagi.
       tiada preview untuk next post

Thursday, June 6, 2013

nota hati seorang lelaki

"bang, bila lagi??" tanya adik - adik masa berborak di atas surau

apa la budak budak ni, asyik soalan ni je yang di tanya. muka aku ni muka wajib kahwin ke apa? bisik saya sendirian.

"bawak datang muslimat yang mahu di kahwini dengan cincin besi, malam ni jugak kita berlansung" jawab saya berseloroh penuh harapan

adik adik memang suka bertanya pasal ini. tambah tambah bila satu persatu kad jemputan yang datang menjemput. gembira melihat orang gembira mungkin. takpun bahagia mendengar ceramah agama cinta dan novel cinta islamik.

"realitinya tidaklah sama dengan teori, tambahan kita sebagai seorang lelaki" saya menambah lagi perbualan. meredakan ketidaksabaran mereka melihat saya berumahtangga. hahaha...

lihat saja mereka yang sebaya, baru habis belajar . kebanyakan yang berkahwin dulu adalah perempuan. lelaki yang melamar mereka adalah di kalangan yang sudah bekerja.

lelaki yang hanya mampu melelehkan air liurnya sahaja. tidur bertemankan bantal golek.

saya sekarang masih cuba menkhatamkan buku men from mars , women from venus. walaupun dah lama tahu akan kewujudan tapi keperluan untuk membaca belum sampai.

menarik sekali perumpamaan di berikan kepada lelaki dan perempuan. lelaki ini adalah jenis yang gagah perkasa dari gua Mars, melihat dengan teleskop akan di sana ada makhluk di planet Venus. adalah spesis Mars ini seorang yang gagah, ingin menjadi hero, suka pada persaingan, egonya yang tinggi datang dengan fitrah itu ingin menyelamat dan melindungi makhluk dari venus.

dia datang dengan tanggungjawab.

mempersiapkan kapal angkasa, dan setiap apa persediaan agar dapat memberikan kepada makhluk itu sesuatu yang dia mahu dan perlu. tanpa sebarang kekurangan yang akan berkemungkinan yang buat dia di tolak.

hadis soheh yang popular bagi orang yang belum berkahwin

Barang siapa berkuasa ba'ah
, hendaklah dia kahwin
sebab sesungguhnya kahwin lebih memejamkan mata 
dan lebih dapat menjaga kemaluan 
Tetapi barang siapa yang tidak kuasa mengerjakan di atas itu 
maka ia puasa saja 

ulama menafsirkan ba'ah itu. walaupun makna dengan maksud ia berkemampuan di segi hubungan intim, ulama juga menambah maknanya yang lain seperti mahar , nafkah dan juga tempat tinggal.

bersabarlah jika perlu bersabar, sesungguhnya muslimin itu sedang datang dengan kasih sayang yang di harap tidak berkurangan...

 

walaupun kita mahu terbang sebebas bebasnya, tetap akan ada tali yang mengikat. tali itu adalah Tanggungjawab

dalam saya membaca buku di waktu lapang ini. tersentak saya dengan soalan ini.

jujurlah, apakah perasaan ketika merasai nikmat pandang pertama? apakah yang terbit di hati? tepuk dada dan bertanya pada diri: akan wujudkah keberkatan dalam perkahwinan kita?

wallahua'lam

p/s: menikmati masa lapang
       cuba menulis dengan lebih kerap.
       post depan adalah tribute buat sahabat yang akan berkahwin.

Wednesday, June 5, 2013

interest part 2

3 tahun yang pertama boleh di katakan perit juga tanpa study

" ko nampak penat " tegur kawan perempuan saya yang baru saja kawen minggu lepas

masa tu di kafe tengah beli makanan tengah hari.

memang saya penat. mata memang tak bermaya sahaja.

malam pernah ada 2 -3 meeting sekali. program biasa bertindih .

minat tentang kuliah agama saya makin bercambah

di tambah pada tahun 3 permulaan klinikal amat berat bagi saya. pada masa tu macam tak tahu apa apa. minat pun ada takde je. lecturer tanya memang senyum je lah.

di tambah lagi dengan belajar dalam bahasa english. saya yang lemah english memang terpaksa baca berulang kali untuk faham. tidak seperti pre klinikal yang perlu hafal. kalaulah medik itu dalam bahasa melayu, sekali baca saja sudah ingat dan faham. jadi saya perlukan double dari orang lain.

" u'r not competent to be a doctor" prof zaleha, timb dekan akedemik pada masa tu membaca feedback supervisor saya. continuous assesment saya fail.

perasaaan masa tu hanya Allah yang tahu. nasib baik Allah hadirkan sahabat bersama, jika tidak saya tidak tahu boleh teruskan lagi atau tidak.

selepas itu bermula kisah saya yang satu lagi.

saya yang lebih matang melihat perjalanan dunia. satu persatu Allah berikan petunjuk untuk saya teruskan perjuangan. untuk saya tanamkan azam dan minat.

benarlah " Allah tidak pernah meninggalkan kamu...."
ketika makhluk lain semakin menghilang...

terfikir saya pada masa tu macam mana saya nk minat dan rajin belajar perubatan ini??

House MD.
series yang biasa saya tengok memberi saya idea. saya tengok cerita ini bukan kerana minat perubatan tapi seronok lihat argument oleh Dr House itu. sama saya lihat argument Sheldon dalam Big Bang Theory.

Dr wilson bila di tanya bagaimana dia boleh tersenyum melayan pesakitnya yang tak lama kamudian akan mati. konfirm akan mati. tidak bosankah?? apa yang menyebabkan dia boleh terus bertahan dengan patient yang hampir mati.

menarik sekali jawapannya..

dia cuba untuk senyum, melayan pesakit pesakitnya dengan beranggapan di sana ada minat yang belum di jumpai. biarpun dia tidak berminat dengan pesakit, tapi minatnya pada penyakit.

mula mula memupuk minat tu, saya sering bertanya sendiri, kenapa begitu , kenapa begini. cuba kaitkan dengan apa yang saya minat. mencari titik pertemuan antara duanya. dan banyak yang saya tulis dalam blog ini. blog ini jugak salah satu medium untuk saya pupuk minat dengan menulis mengenai kesihatan. tulisan mengenai ' tidur yang bersih' saja menunjukkan respon yg baik. itu salah satu motivasi.

perjalanan di teruskan , minat sudah mula bercambah. akhirnya yang atas ini sudah tidak perlu.

seronok belajar perubatan. ada sesuatu yang special..

kalau nak di tulis di sini sangat panjang.

saya akhiri dengan ayat

" boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu"

sungguh, Allahlah yang maha mengetahui.

adios...

                                                       sahabat, untuk selamanya..

Tuesday, May 21, 2013

interest

setelah kita tempuhi sesuatu barulah kita layak menceritakannya dak..

so, saya pun nak cerita lah serba sedikit mengenai saya dan med school.

macam mana saya boleh masuk ke sini??

kenapa pilih doktor??

soalan biasa dan wajib masa mula mula masuk UKM fakulti perubatan. start dari kawan kawan, senior hingga ke lecturer bertanyakan soalan yang sama. pada tahun berikutnya saya pulak yang tanya junior. hehe

permulaan mestilah dari matrikulasi. di situ sudah dilema saya dalam memilih sains hayat dan sains fizik.setiap satunya menuju destinasi yang berbeza. dengan latar belakang saya yang bijak dan minat matematik dan fizik (perasan) dan dorongan ibu dan bapa untuk menjadi doktor saya memilih sains hayat.

baru baru ini barulah saya perasan yang saya ni senang di pengaruhi. senang saja kewarasan akal dan ketetapan hati ini bergolak dan berombak. sebenarnya dari dulu lagi. tapi tidak apalah sebab itu kehendak ibubapa. jarang sekali saya menolaknya. lepas ini saya tidak tahu kalau menjadi macam afiz azmi( ? ) ke. a'uzubillah ..

maka sains hayat la. kehidupan di matrik saya tumpu penuh pada study dan sport. program tak nak join. sorry. matrik adalah tempat kritikal. hidup ini perlukan kita prioritizing apa yang patut. bahasa arabnya aulawiyyat. hehe

bla...bla... bla..

4 flat. dapat anugerah pelajar terbaik kat PICC. di sampai oleh dato Noh Omar. first choice UKM medik

bermula fasa kehidupan yang rilek.

dah dapat medikkan. apa lagi kita mahu??

apa yang saya perasan pada diri saya adalah mudah ingat apa yang di baca. mungkin di sebabkan latihan menghafal al quran dan segala madah yang lain di sekolah menengah.

dengan bongkaknya saya melalui pre clinical dengan tidur dalam kuliah. main main dalam lab. study hanya masa study week.

percaya atau tidak saya hanya study masa study week... sebelum tu memang tak sentuh lansung notes. alasan saya kalau study/ baca awal akan lupa juga, baik baca last minit. begitulah hidup saya hingga Allah "mengetuk " kepala dan h
ati saya masa 3rd year.

' jika Allah mahukan kebaikan pada seseorang , Allah akan berikan sedikit kesusahan'
mafhum hadis

Allah mempunyai cara tersendiri kepada setiap individu bagaimana ia mahu mendidik. ada yang di beri kesusahan, kematian, kesenangan, kesakitan. itulah tanda Allah sedang perhatikan kita. Dia mahu mendidik dan memberikan kebaikan yang lebih besar di masa akan datang.

dan saya bersyukur....

*bersambung*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...