kita ibarat saudagar
yang berdagang
berhenti sebentar di perhentian
sebelum ke destinasi yang sebenar
dunia adalah perhentian itu
berada disini tidak lama
sampai masa permit berdagang akan tamat
ambillah yang perlu sahaja
tinggalkanlah yang membebankan
agar kita selamat di perlayaran
dan tanpa perlu banyak urusan
di imegresin perhentian terakhir
moga senyuman terukir
bersama nakhoda yang diutuskanNya
kerana mengikuti cara dan kitab rujukannya
...mari berdagang dengan bijak
wallahua'lam
p/s: baru balik dari bercuti bersama keluarga 2 hari 1 malam tidak boleh di lupakan.. akan di post di entry hadapan.. huhu
"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Sunday, May 22, 2011
Wednesday, May 18, 2011
apa yang penting??
"bodo macam biskut merrie"
dialog yang saya ingat masa bob lokman mula mula saya kenal dalam tv. ucapan ni je buat saya tergelak tak henti henti sampai sekarang. terbayang biskut merrie di umpama dengan kebodohan. hahaha.. memang tak tahan.
hari tu berjumpa balik masa dia memberi tazkirah di surau mustaqimah sebelum saya dan sahabat pergi mendengar forum 'politik jijik'. tazkirahnya biasa saja yang menarik bila mendengar cerita dunia lakonan dan bagaimana penyesalannya. masa tu jugak saya tahu bahawa dialah yang menulis lirik lagu terkenal isabella. saya ingat dia cuma pelawak biasa. rupa rupanya bukan calang-calang orang.
baliknya pulak tengok video dalam facebook masa dia mengumumkan persaraannya di gelanggang raja lawak. barulah saya rasa kesungguhanya dalam bersara. show yang secara langsung itu tidak lansung dia gentar untuk memberitahu penyesalannya dan keburukan raja lawak tu. respek..
hebatkan dia setelah beberapa tahun berada dalam arena hiburan akhirnya berpatah balik ke jalan fitrahnya. lagi hebat bila dia sempat untuk berpatah balik di akhir akhir usianya. hidayah Allah amat hebat. siapa siapa sahaja mampu ia ubah. sekeras keras hati saidina umar mampu juga rebah dengan bacaan quran oleh adiknya. niat untuk membunuh bertukar kepada islam. ego seorang lelaki luntur dengan kelembutan ayat suci al quran.
telah ramai saya lihat sahabat sahabat yang dahulunya hebat pidatonya. kuat memperjuangkan islam. diberi amanah ketua dalam organisasi. melontarkan pendapat dengan yakin dalam usrah tapi akhirnya hanyut. hanyut di tengah tengah perjalanan hidupnya. tewas dengan dunia yang fana penuh fatamorgana. hilang syariat yang di bawanya.
kenapa?
kalau nak di salahkan persekitran malulah kita. kita di beri bukan sahaja nafsu tapi juga akal untuk di seimbangkan. untuk membezakan antara baik dan buruk.di beri al quran sebagai panduan. di berikan persekitaran ada yang baik ada yang buruk adalah untuk kita bezakan ia. kalaulah persekitaran itu baik tidak perlulah semua itu. bersenang lenanglah hidup manusia tanpa perlu berwaspada.
apa yang penting dalam hidup ini adalah di manakah kita pada penghujung hayat kita. adakah kita mati di kala syariat islam di tegakkan atau kita mati di kala dosa menyelubungi tanpa sempat bertaubat? para sahabat mengimpikan mati syahid kerana ia sebaik baik penghabisan dalam riwayat hidup. sehinggakan ada yang bersedih kerana tidak dapat akanya. khalid al walid setiap masa berdoa untuk mendapat mati syahid tapi akhirnya mati di atas katil. sehingga dia pernah bertanya kenapakah Allah tidak mengambil nyawanya masa berperang.
pasti akan ada yang berkata jika begitu tunggu lah tua baru beribadat..
masalahnya sampai tuakah hayat kita. kita tidak pernah tahu berapa tahun, bulan, jam, minit atau saat lagikah hidup kita. kerana itu kebaikan itu haruslah berterusan. andai ia berhenti hanya seketika dan Allah mengambil hayat kita bagaimana?
membuat kebaikan itu susah, tapi mengekal dalam jalan kebaikan itu lagi susah..
"apa pendapat kamu kita kena ambil wanita yang kurang agama untuk di bimbing?" ada yang bertanya saya.
ini adalah pendapat masing masing. tapi bagi saya yang lemah ini perlulah di ambil mereka yang ada asas juga ada fikrah sebagai penunjuk jalan jika kita terpesong. lagipun mereka adalah pendidik bagi anak kita. bukankah dalam nasyid beritahu 'isteri itu ibarat tongkat si buta'.ni adalah usaha kita dalam meneruskan hidup berada di jalan yang di redhai.
'mungkin pahala kita dah cukup'
astagfirullah , nauzubillah daripada perasaan begini. ini tanda ada kerosakan dalam hati. kita tidak akan dapat masuk syurga jika hanya dengan pahala yang ada. kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah. jika bukan syurga mana lagi akan kita masuk?
semoga Allah terus tetapkan hati kami dalam jalan kebaikan , jalan yang engkau redhai...
matikan kami dalam kematian yang baik..
jangan engkau matikan kami dalam kematian yang buruk..
wallahualam
p/s: hidup dengan gembira. menulis dengan tenang...

Wednesday, May 11, 2011
revise..
assalamualaikum..
lama dah rasa tak menulis walaupun hanya seminggu sebenarnya. bila duk kat rumah perjalanan masa tu agak lambat. kalaulah study kat rumah mesti dapat belajar lebih banyak. huhu.. selain tu yang bestnya mestilah dapat makan secukupnya dan jugak sedap. plus jimat duit.
dah seminggu duk rumah alhamdulillah, ada jugak pengisian. wlaupun pada mulanya rutin tido 12 jam itu ada. biasalah otak saya kalau tak bekerja mesti nak tido. itu hak dia kan. haha.
hari ni agak pening bila terpaksa revise balik apa dah blajar masa sekolah menengah. bukan terpaksa pun suka hati. revise nahu masa belajar kitab tafsir jalalain. huh, memang tak berapa ingat. al maklumlah belajar dahulu pun di paksa paksa.
terasa rugi bila saya habiskan 6 tahun di sekolah arab tanpa menuntut ilmu dengan sebenar benarnya. masa sekolah dulu memang saya agak lemah bahasa arab. tak tahu nak kata ustaz ajar tak kena angin atau saya yang masuk sekolah arab secara paksaan. masa PMR saya dapat 8A 1C. C itu adalah bahasa arab. masuk maahad muahammadi kira ok la sikit. walaupun tak minat tapi oleh menarik minat. ustaz kat situ memang mantap kalau kita betul betul nak belajar. akhirnya dapatlah nahu wa saraf 1=A1 masa SMU. masa tu memang belajar betul betul dengan suasana pelajar yang hebat hebat. saya belajar bahasa arab masa start tingkatan 1. kesian sahabat saya terpaksa melayan saya yang tak tahu lansung nih.
bila di lihat balik, amat berterima kasih dengan abah sebab hantar saya ke sana. walaupun hati meronta ronta nak ke SBP atau MARA dia tetap berkeras. walaupun makanan asrama ibarat kayu, walaupun yuran asrama mahal menyebabkan saya naik bas selama 1 jam untuk sampai, walaupun saya terpaksa belajar sendiri subjek subjek akademik, terpaksa masuk tuisyen luar pula.. tapi sekarang lansung rasa tak rugi, yang rugi bila saya gagal mengambil mutiara ilmu sebanyak mungkin di sana.
semua ini sebab abah dah rasa kerugian dia tidak bersekolah agama. dia tak mahu anak anaknya begitu. malah mahukan menantu dari sekolah agama. asasnya ada di situ. sebab itu semua adik beradik saya melalui jalan yang sama walaupun dengan sikap yang sama macam saya. moga ini menjadi asbab mendapat rahmat Allah diakhirat kelak. dan saya mahu ikut jejak langkahnya.
cuti ni saya ada jadual sendiri. hajat di hati ingin memasuki pondok pasir tumbuh tapi takut masa tak flexible, so, saya masuk pengajian yang lain.
pagi malam
ahad ihya ulumuddin munyatul musolli
isnin fathul bari sohih bukhori
selasa sohih muslim sairus salikin
rabu tafsir jalalain tafsir ibnu kathir
khamis tafsir ibnu kathir malam jumaat
jumaat kuliah dhuha tok guru kitab tauhid
sabtu bebas(hehe)
semoga dapat menampung sepanjang pengajian perubatan saya dan juga buat masa depan saya. cuti kali ni saja boleh buat camni sebab masa panjang (walaupun tak beberapa panjang) sebulan. selalunya hanya 1 minggu saja...
misi mengejar ilmu..
membangun bersama islam
p/s: pengajian pagi esok tafsir ibnu kathir bersama tim mufti kelantan.. modahan ada keberkatan walaupun hanya kurang sebulan..
pc kat umah tersangat lah slow. 124 RAM. adoyai ssh nak buat kerja

Sunday, May 1, 2011
Chip & Sue
alhamdulillah...
kedua sahabat saya ni telah selamat di ijab qabulkan semalam di Jengka 23 Pahang.
2 buah bas dan beberapa kereta mengiringi mereka berdua. semuanya gembira. akhirnya ada juga perkahwinan pertama antara kami.
chip dan suhana dah lama saya kenal. sejak tahun satu. berada dalam satu keluarga bermula di UKM KL dan seterusnya HUKM. sama sama di lahirkan di sini. tarikh juga sama. sering berada dalam legal dan illegal program/event bersama. meeting juga selalu ada. memang seperti keluarga.
Chip atau nama sebenarnya redhuan. dari awal perjumpaan masa 1st year di suruh memanggilnya chip. katanya dah lama orang memanggilnya begitu. dia pun buat la cerita dia ni macam 'chief' dalam cerita Ali Baba dan 40 orang penyamun . kan ada seorang chief yang pendek tu. dari situ la nama dia. tapi saya masih tak percaya. hahaha.
kenal dengan rapat biler sama sama program kt ulu yam. program kelahiran. satu memori yang indah. setiap kali ada program begitu pasti sama sama bercerita kembali mengenainya. chip ni walaupun pemikiranya matang tapi perangainya macam budak. masa program tu saya anggap dia macam adik. mungkin sebab badan dia lemah sikit.
berlalu masa lepas tu tak saya ingat bagaimana dapat begitu rapat denganya. tapi medium saya dengan dia adalah ilmu. kerana ilmu agama saya rapat denganya. kalau tak silap bila saya terlihat video ust zamihan kat bilik dia. terus tahu yang kami satu kepala. pengejar ilmu. sejak dari itu terus bersama dia ke majlis ilmu yang ada sekitar kuala lumpur dan selangor. banyak berterima kasih dengannya. pada waktu itu saya sudah lama tak tempat demikian kerana kuala lumpur adalah satu tempat yang baru.
dengan dialah saya kenal dan memahami banyak benda. bermula dari ulama ulama yang berada di malaysia dan luar negara. konvensyen ulama dari luar negara pun saya pergi walaupun kadang kadang tak ada orang yang menterjemah. amik berkat katanya. dari seminar seminar tahulah mengenai ahli sunnah wal jamaah, wahabi , khawarij dan syiah. kenal juga habaib keturunan rasulullah melalui majlis maulid.
sepanjang menuntut ilmu agama saya mengenali Chip...
tidak malu kalau katakan sampai ketika ini saya sayang chip.( jangan jeles sue) sayang kerana Allah. terima kasih kerana mengurniakan sahabat ini.
gembiranya saya kamu berdua berkahwin tak dapat di ucap...
Sue ataupun Susan ataupun Suhana. juga salah seorang keluarga kami. antara perempuan yang paling saya kenal dalam dunia perubatan ini. mana tidaknya dah berapa kali taaruf. hahaha.. tidak lah banyak sangat pun sebab tidak serapat dengan chip. yang saya tahu dia seorang yang solehah, sangat rajin orangnya. lemah lembut, dan yang paling penting dia sayang kat chip. itu yang pentingkan. tak perlu untuk saya mengenal dia mendalam seperti chip.
buat sue,
Rasulullah bersabda :
Apabila wanita melaksanakan sholat 5 waktu,
Berpuasa di bulan Ramadhan,
Menjaga (kehormatannya) & mentaati suaminya,
maka (di akhirat nanti) dikatakan padanya
"Masuklah ke dalam surga
...melalui PINTU MANAPUN yang diinginkan"
(HR.Ibnu Hibban)

buat chip,
eeermmmm..
jaga sue elok elok. kalau tak....
buat yang belum kahwin..
Tahukah engkau saudaraku ?
Kenapa Allah menciptakan kita dengan
SEPASANG mata,
SEPASANG telinga,
SEPASANG tangan,
SEPASANG kaki,
namun
hanya dengan SATU keping HATI ?
INSYA ALLAH karena SATU keping HATI ini
akan dipertemukan dengan satu keping hati yang LAIN
yang akan meLENGKAPI dan BAHAGIA
...BERSAMAnya...
Keep The Spirit
...NEVER GIVE UP !

Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaq)
p/s: warna ungu sebagai tema kawen kali ni.
subhan dan deba juga kawen pada hari yang sama.
barakallahulakum...
Wednesday, April 27, 2011
buku..
assalamualaikum wrt..
alhamdulillah kelmarin bersama sahabat ke pesta buku di pwtc. memang acara tahunan untuk mengunjunginya. tiap tahun menambahkan koleksi buku. walaupun jujur saya katakan saya tak pernah habis dalam membaca sebuah buku yang di beli secara sukarela. kalau paksa itu mesti habis seperti buku medic nih. entah kenapa ye.
tapi tetap juga untuk menambah buku setiap tahun. teringat saya pada nasihat dr Aziz. kumpullah buku pada zaman student nih. jadikan ia pustaka masa kita kerja nanti. bila kerja nanti dah tak tau nak baca apakan dan sibuk dengan kerjaya. lebih kurang macam ni lah. kata katanya buat saya berfikir memandangkan saya ni bukanlah pembaca buku yang tegar. tidak tido untuk habiskan buku. skip2 boleh la. so, mini library saya in progress. ( mcm mana nak bawak balik nanti?)
buku pada tahun ni paling berbaloi. setiap kali membacanya saya rasa sungguh bertuah Allah menemukannya pada saya. tajuknya Khowatir Quraniyah tulisan Amru Khalid. penulis ni saya pernah dengar akan kehebatan menulis buku buku motivasi dalam blog maya tapi tak pernah menjumpai bukunya. bukanlah saya mengutamakan ia dari tafsir muktabar yang lain seperti ibnu kathir, al munir dan fi zilalil quran tapi semua tu sudah ada dalam pdf dan internet. harganya juga belum mampu untuk di beli. walaupun tidak ada di tangan tapi ada di laptop.
buku ini bukanlah tafsir al quran tapi sangat penting untuk memahami tujuan surah surah dalam al quran. di terjemahkan dalam bahasa indonesia. biasalah di indonesia ramai penaja untuk menterjemahkan kitab kitab arab ke bahasanya tidak seperti malaysia yang hanya buku buku tertentu sahaja. sebab tu suka saya pergi ke booth Alam Raya milik keluarga sahabat tantawi. banyak sangat buku buku menarik di situ. pergi lah ke sana
di tanya ' sedap sangat ke buku tu?'
setiap orang punya minat pembacaan yang berlainan. ada yang buku motivasi je memanjang. ada yang suka penerangan melalui novel. ada juga secara bergambar.
so, saya jawab depend lah. kesukaan saya lebih kepada ayat Al Quran. kalau di beri peluang untuk mendalami pelajaran selain medic ni pasti saya ambil tafsir Al Quran. sebab setiap saat hidup kita adalah dengan Al Quran, mentadabburnya pasti tidak enak tanpa maknanya. mendengarnya juga kosong tanpa hikmahnya. di tambah dengan hafazan yang ada membuatkan saya mahukan penghayatannya. saya mahu membaca dalam sembahyang seolah-olah bercakap sendiri dengan tuhan. saya mahu mendengar ayat quran itu seperti Allah tengah berbicara dengan saya. masakan dapat saya menangis tanpa mengetahui ayat ayat yang di baca?
Allahuakbar..
moga Allah memberi petunjuk yang benar dalam saya memahami apa yang hendak Allah sampaikan...
wallahua'lam..
p/s: hari pertama beli satu sahaja buku. besok pegi lagi untuk buku yang seterusnya..
-sudah pasti saya belajar bukan hanya membaca sahaja..
-blajar ikut pintu bukan ikut tingkap

Monday, April 25, 2011
baca la post baru ni..
malas nak tulis entry baru...
ada bende nak tulis tapi bercampur campur... berserabut.. x clear..
duk kt KL lg, duit kuar mcm air yang mengalir, mcm mane nak simpan?
JPA pun x masuk2 lagi.. entah kemana duit rakyat tu pegi..
nyesal pulak moto ni x baiki awal2, kan dh menyusahkan..
apahal skang ni craving for iphone 4.. x paham..
esok nak pegi pesta buku seperti tahun sebelum2nya padahal banyak lagi yg x abs baca..
novel wan cah "kala cinta dan wahyu bersatu" tak best, tp baca jugak sbb bosan..(skip2)
cuti ni ada manfaat jugak tapi banyak qada tido je..
elective posting??? bler nak balik klate? (jimat duit sket)

Monday, April 11, 2011
sahabat lama..
kali ni kita bercerita.. selang seli..
cuti cuti ni memang best berjalan jalan. dalam minggu ni saja dapat jumpa ramai sahabat lama. terutama dari sekolah dahulu. lama bebenor dah tak jumpa. satunya sebab sebelum ni sibuk sangat. cuti x pernah lebih dari 1 minggu. lepas tu tak sama pulak. program kat kelantan pun jarang dapat join. nasib baik ada program kat kawasan nih.
hari khamis jumpa zulatfi, kat sekolah panggil pokju je kat KLIA. yang ni paling liat sekali nak jumpa. start abis SPM dia amik STAM walaupun result dia lagi baik dari saya (kot). lepas dapat best student STAM terus pegi Mesir ambil lughah (bahasa arab). corse sama dengan abang sulung saya. kak ipar saya kata bagi orang malaysia yang paling mudah kat azhar adalah syariah dan yang paling susah adalah lughah. kira hebat la dia ni (kot). lepas pergi Mesir tu dah tak pernah balik. balik ari tu sebab rusuhan. jadi macam mana pun rasa nak jumpa jugak. rapat jugak la dulu.belajar sama sama. dia banyak ajar madah arab , saya ajar dia akademik.
so, dengan semangat nak jumpa jugak dengan dia saya redah la jalan jalan berpandukan signboard yang ade. kalau ikut google map sejam sampai. dengan bajet masa sejam sebelum dia check in saya bertolak. rupenye 30 min je. mungkin sebab bawak kete laju. lebih 15 min nak cari parking. almaklumlah tidak pernah kesampaian ke KLIA yang terkenal di seluruh dunia nih. darat org kate.
lepas tu semalam pegi HAMKA 2011. himpunan mahasiswa kelantan 2011. kat sini memang penuh budak maahad plus budak usrah kawasan. semua belajar tinggi tinggi katakan. ada yang biasa jumpa kalau ada program macam budak USIM. ada jugak tak pernah jumpa sejak sekolah sampai tak kenal nama. maaf sangat. memori lost sebab dah tua nih. yang penganjur MSK pun daripada geng geng lama jugak . pengarah dia pun satu kelas dulu. bila dah geng ni mula lah kena jadi bidan terjun. terketar jugak mula-mula nak azan tuh.
pegi 6 buah motosikal je sebab kat sini memang jarang ada orang kelantan. sekali lagi meredah. nasib baik ada GPS. xde la sesat sgt. dengar tok guru berucap memang sedap. kawan saya ijat dental kata ada aura tersendiri walaupun dia tak faham. khusyuk je dengar walaupun lama. habis je terus balik sebab dah lewat, naik moto pulak takde lesen. tak sempat nak bergambar dengan sahabat yang ada. tapi bila di fikirkan kebanyakan mereka kecuali medic dan dental semua di tahun akhir. lepas ni dah takde la diorang kalau ada program. emm. semua dah nak keluar kepada masyarakat.
petang tadi pulak khidmat masyarakat. kat sini jumpa akak senior yang dah grad la. kak iqlima. baru je kahwin. tak sempat nak ucap tahniah pun sebab busy. ramai betul orang concern pasal kesihatan dia. sakit tekak kena menjerit memberi konsult akibat bising dengan pasar tani dengan pembesar suara. patut la orang kata medium dakwah dalam perubatan ni sangat luas sebab kita berkomunikasi terus dengan manusia. dan mereka sangat percayakan kita.
Ya Allah tetapkan aku di jalan ini...
apsal saya suka nak bercerita nih. kalau bercerita mulut memang jangan harap lah. malas tapi menulis rajin pulak. pelik2...
p/s: Allah sedang memberi petunjuk. Alhamdulillah..
moga ukhwah tidak terputus antara kami.

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..
Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)