setelah kita tempuhi sesuatu barulah kita layak menceritakannya dak..
so, saya pun nak cerita lah serba sedikit mengenai saya dan med school.
macam mana saya boleh masuk ke sini??
kenapa pilih doktor??
soalan biasa dan wajib masa mula mula masuk UKM fakulti perubatan. start dari kawan kawan, senior hingga ke lecturer bertanyakan soalan yang sama. pada tahun berikutnya saya pulak yang tanya junior. hehe
permulaan mestilah dari matrikulasi. di situ sudah dilema saya dalam memilih sains hayat dan sains fizik.setiap satunya menuju destinasi yang berbeza. dengan latar belakang saya yang bijak dan minat matematik dan fizik (perasan) dan dorongan ibu dan bapa untuk menjadi doktor saya memilih sains hayat.
baru baru ini barulah saya perasan yang saya ni senang di pengaruhi. senang saja kewarasan akal dan ketetapan hati ini bergolak dan berombak. sebenarnya dari dulu lagi. tapi tidak apalah sebab itu kehendak ibubapa. jarang sekali saya menolaknya. lepas ini saya tidak tahu kalau menjadi macam afiz azmi( ? ) ke. a'uzubillah ..
maka sains hayat la. kehidupan di matrik saya tumpu penuh pada study dan sport. program tak nak join. sorry. matrik adalah tempat kritikal. hidup ini perlukan kita prioritizing apa yang patut. bahasa arabnya aulawiyyat. hehe
bla...bla... bla..
4 flat. dapat anugerah pelajar terbaik kat PICC. di sampai oleh dato Noh Omar. first choice UKM medik
bermula fasa kehidupan yang rilek.
dah dapat medikkan. apa lagi kita mahu??
apa yang saya perasan pada diri saya adalah mudah ingat apa yang di baca. mungkin di sebabkan latihan menghafal al quran dan segala madah yang lain di sekolah menengah.
dengan bongkaknya saya melalui pre clinical dengan tidur dalam kuliah. main main dalam lab. study hanya masa study week.
percaya atau tidak saya hanya study masa study week... sebelum tu memang tak sentuh lansung notes. alasan saya kalau study/ baca awal akan lupa juga, baik baca last minit. begitulah hidup saya hingga Allah "mengetuk " kepala dan h
ati saya masa 3rd year.
' jika Allah mahukan kebaikan pada seseorang , Allah akan berikan sedikit kesusahan'
mafhum hadis
Allah mempunyai cara tersendiri kepada setiap individu bagaimana ia mahu mendidik. ada yang di beri kesusahan, kematian, kesenangan, kesakitan. itulah tanda Allah sedang perhatikan kita. Dia mahu mendidik dan memberikan kebaikan yang lebih besar di masa akan datang.
dan saya bersyukur....
*bersambung*
"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Tuesday, May 21, 2013
the doctor
alhamdulillah summa alhamdulillah
2 mei 2013 detik bersejarah
masa tu saya di kelantan sibuk dengan persiapan perkahwinan akak.
mesej bertalu talu sampai..
call pun banyak jugak.
terus mengucapkan hamdalah, beritahu semua orang di rumah
sujud syukur
finally...
doctor in the house
Dr Al Mizan B Mustapa @ Ab Rahim MD (UKM)
2 mei 2013 detik bersejarah
masa tu saya di kelantan sibuk dengan persiapan perkahwinan akak.
mesej bertalu talu sampai..
call pun banyak jugak.
terus mengucapkan hamdalah, beritahu semua orang di rumah
sujud syukur
finally...
doctor in the house
Dr Al Mizan B Mustapa @ Ab Rahim MD (UKM)
Thursday, February 21, 2013
Diagnosis
ramai manusia berteriak bangga
mengata itu dan ini
saya sering saja memerhati
nak melawan tidak sampai hati
akhirnya termakan hati.
keluarlah pantun ini. hehehe
mengata itu dan ini
saya sering saja memerhati
nak melawan tidak sampai hati
akhirnya termakan hati.
keluarlah pantun ini. hehehe
tidak makan ubat kencing manis tak semestinya tiada kencing manis
mengata diri jahat tak semestinya jahat
mengatakan cinta tak semestinya mencintai
mengaku diri ahli sunnah tak semesti ahli sunnah
mengatakan kafir kepada seseorang tidak semesti menjadi kafir
mengatakan tepati janji tak semestinya janji di tepati
lidah manusia memang tidak bertulang
ingat diri sendiri yang men'diagnose' sesuatu perkara
semua berdasarkan latar belakang, siasatan dan paling penting yang maha tahu
peace : )
Sunday, December 23, 2012
pandangan
Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia,sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."
|
maka bercucuranlah air mata para sahabat setelah mendengar hadis ini...
takut..
sehinggakan,
Imam an nawawi meletakkan hadis ni juga dalam bab takut dalam kitab Taman Orang- orang Soleh
para sahabat amat lembut hatinya.. tapi tegas dengan pegangannya.
hebat sekali tarbiyah baginda Allah dan rasulullah.
berbalik kepada hadis ni,
gementarnya para sahabat bila mendengar bila ' rezekinya , ajalnya, amalnya dan nasibnya (celaka atau bahagia) ' telah di tetapkan sebelum ia di lahirkan ke dunia.
kalian gentar atau tidak?
bila mengetahui bahawa nasib kalian sudahpun tercatat. dan kalian tidak tahu adakah ia celaka ataupun bahagia. walaupun sejak dari baligh lagi kalian sembahyang tidak pernah tinggal, puasa juga tidak pernah ponteng, sedekah amal baik selalu di buat tapi ketetapa.nya adalah kalian di kalangan yang celaka. na'uzubillah min zalik...
itulah yang buat para sahabat takutkan..
pengajaran dari hadis ini satunya adalah betulkan pandangan kamu pada manusia lain
manusia ini tidak dapat tidak mesti punya Ego.
rasa tinggi dirinya, melebihi orang lain.
contoh senang sahaja.
kalau keadaan saya yang berada di HUKM, fakulti perubatan yang di geruni di malaysia katanya. dengan research centernya, banyak discover yang pertama di buat di sini. prof yang hebat terkenal di seluruh dunia perubatan. banyak patient yang complicated dan rare akan di refer ke sini. dan kepayahannya untuk masuk ke sini
saya jadi bangga dan tinggi diri. bila melihat mereka yang graduate dari universiti lain terutama yang cikai cikai buat saya memandangnya sebelah mata. hahaha... memang pernah jadi begitu.
tapi islam itu sangat cantik, mengajar kita bagaimana melihat pada seorang manusia. tak kira dalam situasi mana pun.
islam mengajar kita jangan memandang rendah pada manusia lain. kerana masing masing ada kelebihan masing masing. jika kita lihat pada situasi saya itu, walaupun mana kita belajar medik pun akhirnya tetap akan menjadi seorang doktor yang sama tarafnya. andai mereka tidak tahu masa kita menjumpainya, mana lah kita tahu lain kali kita jumpa dia adalah seorang consultant yang hebat terkenal seantero dunia.
andai kita jumpa junior kita, jangan juga di perlekehkan kerana sebab yang sama
jika kita terjumpa kanak kanak jangan di buli, kerana pada usia sama dengan kita nanti dia lebih hebat.
apatah lagi dalam beragama dan beribadat. jika kita melihat seorang islam itu tidak menyertai usrah, sembahyang berjemaah pun tidak, menyertai jemaah islam apatah lagi jangan kita terus memandang negatif kepadanya. teringat saya pada kata kata Habib Ali Al jufri : "jangan kita benci kepada orang jahat , tapi bencilah pada kejahatannya". kerana kita tidak tahu kemungkinan dia akan menjadi pemimpin jemaah islam satu hari nanti, dan Allah mengangkat darjatnya di akhirat kelak.
itulah yang di maksudkan dengan sabda baginda :
sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."
|
apatah lagi bila kita yang bodoh sombong ini menyangka bahawa syurga itu di dalam gengaman sekarang ini.
jika tidak kita tidak kurang sama dengan syaitan.
masih ingat bagaimana syaitan melihat manusia?
dengan penuh sombong dan ego tidak mahu sujud pada nabi adam atas arahan Allah swt. menyangka dirinyalah yang paling mulia, hebat , tinggi ilmunya dan paling dekat dengan Allah.
jadi harus bagaimana dong?
sudah di tetapkan, apa mahu di fikirkan lagi ye?
mesti tertanya tanyakan....
nabi menjawab dalam hadisnya yang lain mafhumnya
TERUS BANYAKKAN BUAT KEBAIKAN, JANGAN LIHAT PADA BESARNYA SESUATU KEBAIKAN.
ALLAH ITU MAHA ADIL : )
"YA ALLAH LINDUNGILAH HATIKU DARI SIFAT NIFAQ, AMALKU DARI SIFAT RIAK, TUTUR KATAKU DARI MENIPU, DAN PANDANGANKU DARI KHIANAT.."
P/S: hari ini lahir seorang lagi mujahidah @ anak buah. adik kepada Muhammad. alhamdulillah
posting paediatrik lagi susah dan busy
esok ke teluk intan lagi.... lama sekali tidak update
doakan saya di permudahkan urusan....
Sunday, November 25, 2012
hadis
fuh, dah lama tak mengupdate blog ni.
hajatnya nak update sikit dalam ni masa weekend tapi masih tak sempat. apa yang saya buat pun saya tak tau. tapi sungguh masa itu berjalan dgn cepat sekali sekarang ini.
jadi kesempatan sekejap ini saya nak bawa satu hadis. hadis muttafaqun alaih
baca dulu ye, semoga ada keberkatan kalam Rasulullah ini.
sedikit penerangannya nanti tunggu di lain rancangan insyaAllah. kalau dah faham tak payah baca la lepas ni. huhuhu
moga ada manfaat.
off ke Hospital Teluk Intan untuk 2 minggu...
hajatnya nak update sikit dalam ni masa weekend tapi masih tak sempat. apa yang saya buat pun saya tak tau. tapi sungguh masa itu berjalan dgn cepat sekali sekarang ini.
jadi kesempatan sekejap ini saya nak bawa satu hadis. hadis muttafaqun alaih
baca dulu ye, semoga ada keberkatan kalam Rasulullah ini.
sedikit penerangannya nanti tunggu di lain rancangan insyaAllah. kalau dah faham tak payah baca la lepas ni. huhuhu
moga ada manfaat.
off ke Hospital Teluk Intan untuk 2 minggu...
Dari Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."
|
Thursday, November 8, 2012
Doktor
Great teacher who is inspire...
And TEACH
Sangat stress
Tiada tempat nak mengadu...
Cuba untuk terus senyum
Walaupun hanya lakonan
Monday, October 15, 2012
Mentari hidup
Bila merasa susah, ternanti nanti bilakah akan senang
Sungguh Allah akan beri kesenangan
Bentuk kesenangan mengikut kemahuanNya dan keperluan kita
Cuma menunggu masa yang sesuai
"demi waktu dhuha dan demi waktu malam sunyi, Allah tidak pernah meninggalkan kamu..."
Bilakah akan muncul mentari dalam hidupku?
Sungguh Allah akan beri kesenangan
Bentuk kesenangan mengikut kemahuanNya dan keperluan kita
Cuma menunggu masa yang sesuai
"demi waktu dhuha dan demi waktu malam sunyi, Allah tidak pernah meninggalkan kamu..."
Bilakah akan muncul mentari dalam hidupku?
Subscribe to:
Posts (Atom)



