Saturday, April 3, 2010

kerana dirimu begitu berharga..

"kesian kat perempuan, lelaki rilek je" kata sahabat perempuan saya masa study group baru-baru ini.

saya terdengarnya walaupun dia berkata dalam perlahan. pada masa itu kami sedang berbincang mengenai contraceptive yang merupakan salah satu subjek dalam modul obstetrik dan gynaecology ataupun peranakan dan sakit puan. bila kami membincangkan dalam pregnancy, kompilasinya, apa yang patut perempuan buat. terpaksa makan pill itu dan ini. ada juga yang kena masuk alat. ada juga yang terpaksa buang organ peranakan terus. bagaikan tidak adil bukan. seperti segala yang di lakukan hanya untuk insan bernama lelaki. saya cuma tersenyum.

saya tersenyum bangga dengan agama yang saya anuti. kerana islam itu syumul. tidak dapat untuk kita mencari mana lubang yang tidak di bincangkan. termasuklah wanita. apa yang akan wanita alami Allah maha mengetahui. betapa adilnya islam dalam melayani wanita. tapi layanan ini hanya dapat jika kita betul-betul yakin dengan islam itu sendiri. mari kita membaca hadis-hadis di bawah ini.

1) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8) Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya", "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"; Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

14) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16) Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18) Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19) Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

seperti sedia maklum, nabi di utuskan membawa islam dan salah satu perubahan yang besar di lakukan adalah mempertahankan hak wanita. pada zaman jahiliyah wanita di layan seperti binatang. malah ada ahli sejarah mengatakan pada zaman itu mereka hampir -hampir tidak dapat membezakan wanita dan binatang. mempunyai anak wanita adalah penghinaan bagi mereka. tapi islam meletakkan wanita itu sama taraf dengan lelaki. sebagai manusia makhluk terbaik di cipta Allah.

apa yang menyedihkan sekarang adalah kita semakin kembali ke zaman jahiliyah itu. tidakkah kamu perasan bahawa wanita kembali di gunakan. lihat sajalah iklan-iklan pasti ada wanita sedangkan tidak punya kaitan pun. wanita sekali lagi di pergunakan.

sedarlah bahawa islam itu amat memerlihara wanita. wanita ibarat sebuah permata yang mana kecantikan dan keperibadiannya di pandang seluruh manusia.  yang paling cantik itu adalah yang di jaga rapi. tak mudah untuk sesiapapun melihat apalagi menyentuhnya. berada dalam bekas yang cantik syariatnya. dihiasi dengan bunga- bunga peribadi sunnahnya.

sedarlah wahai muslimah
kerana dirimu begitu berharga....


wallahu'alam

p/s: posting O n G paling seksa bg lelaki.. adoyai..
      kesahihan hadis x dpt di pastikan. sila rujuk ahli hadis

4 comments:

Anonymous said...

" tangan yang membantu wanita dalam sakitnya itu insyaAllah disukai Allah.. "

beruntunglah orang yang berpeluang berbuat begitu... ;)

posting O&G adalah 1 lagi medan tarbiyah ilmu..
selamat berjuang..

Unknown said...

syukran..

Anonymous said...

setiap kejadian dan ketentuan yang Allah tetapkan itu pasti ada hikmahnya..cuma bila dan di mana hikmah itu ditunjukkan hanya Dia yang tahu..sesungguhnya ilmu yang paling susah itulah ilmu yang paling akan kita hargai kelak..percaya dengan diri sendiri dan Allah itu sentiasa ada untuk kita sebagai hambaNya ..insyaAllah..semoga berjaya menempuh ujian ini..(~~)

Unknown said...

saya setuju.. time kasih bebanyak.. berada di bawah prof emiratus dr nafisah adeeb pasti ada hikmahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...