Sunday, October 24, 2010

masa ibarat bullet train..

menyesal malam ni minum neslo. dah tak dapat tido. so, update blog la kejap. harap-harap tenang sikit hati justeru menyenyakkan tido saya.

cepat benar masa berlalu, bagai semalam baru first year. ari ni dalam sejarah orang pertama dalam batch saya telah pun menamatkan masa bujang beliau. dah dekat 4 tahun berlalu. dan beberapa orang lagi akan menyusul. mungkin lebih banyak dari yang dah tahu. sume dah jadi excited. termasuklah diri sendiri. hahaha.. tu kalau dalam batch saya yang sedang belajar. tak lama lagi semua kawan seangkatan dengan saya akan grad. dekat mesir semua dah final year kecuali yang berada di shoubra. yang tempatan kebanyakan kenalan lebih kurang saya je cume beberapa orang yang kos lain. tu pun dah ada yang kahwin. semua tak lama lagi. rasa macam matang la pulak.

cepat jugak masa berlalu. pejam celik dah nak final sem. kejap sangat 4 bulan tu berlalu. macam tak rasa pape kan. mungkin semua padat. so tak merasa kepanjangannya. doakan kejayaan. mengharap sangat sangat sebab ni adalah peluang terakhir. hari isnin dan selasa exam.

bila di sebut tentang masa yang cepat berlalu mesti kebanyakan kita mengatakan sudah dekat dengan kiamat. benar berdasarkan alamat yang di beritahu oleh nabi.

tapi ia bukanlah modal untuk kita menjadikan alasan

kerana Allah mengurniakan setiap daripada kita 24 jam seorang. jika orang lain boleh, kita pun boleh.. yarrrgh!!!

banyak orang merumpamakan masa , bagi orang melayu mereka kata masa ibarat emas
bagi orang arab pada zaman dulu mereka kata masa ibarat pedang
bagi orang 'nomad' sekarang macam saya kata masa ibarat bullet train...

p/s: nomad- ulang alik kelantan - kl

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...