saya bukanlah orang yang pandai atau cerdik dalam sekolah rendah. seingat saya, saya macam tak tau kedudukan saya masa tu. pada darjah dua saya di kelas yang paling last sekali. darjah 3 terus naik kelas pertama. darjah 4 dan 5 kelas kedua. darjah 6 naik ke kelas pertama sebab dapat markah tertinggi sains dalam seluruh pelajar darjah 5. darjah 6 siap turun kelas ke kelas ke 2 lepas tu naik balik. macam tak de matlamat kan. dalam kelas satu saya paling tak pandai dan nakal. semua pandang saya lekeh je. saya tahu... bila saya berada dalam bidang sekarang ni dan mereka yang dulunya sombong, ramai yang terkejut. hahaha... maaf bukan nak balas dendam tapi lucu betul hidup ni. macam dalam cerita Dalam Mihrab Cinta.
dalam keluarga saya yang paling pandai mestilah abang sulung dan kakak sulung. setiap kali ma bercerita mesti beritau mereka dua ini dapat nombor satu atau dua je. kami yang lain ni no 10 atau 20 je. abang mendalami dalam bidang agama dan berjaya dalamnya dan habis master dalam bahasa arab di UM. tahun ni grad dan sedang bekerja lecturer di UKM. membaca tesisnya buat saya kagum. hebat benar tajuknya. kakak tu pula mendalami perubatan dan sedang dalam pengajian specialistnya di HUKM sini.
dalam adik beradik saya tidak seorang pun mendapat hadiah daripada abah selain kakak saya sebab dapat semua A. kalau dekat dekat semua A tidak di kira. so, kakak saya dapat la sebuat basikal masa UPSR dan sebuah jam mase PMR.
saya yang lemah dan malas ini hanya nyaris nyaris dapat je. tapi saya tak kisah pun. masa di sekolah rendah abah sangat garang. nak bercakap pun takut. paling menakutkan adalah mestilah bila nak tunjuk buku rekod pelajaran. menunjukkan kedudukan dan markah penilaian setiap kali peperiksaan sangat menyiksakan. kalau saya seorang best student sudah tentu tidak ade masalah. jadi saya ada taktiknya. sama ada saya bagi lepas subuh, sebab lepas tu mesti dia tidak banyak masa untuk marah. kurang sikit la sakitnya. ataupun suruh ma yang sain. ma mestilah lebih baik dari abahkan.
malam ni malam pertengahan syaaban. nisfu maksudnya separuh. sedih bila mendengar ramai yang pergi ke stadium bukit jalil untuk perlawanan malaysia vs liverpool walaupun saya pun excited dengan resultnya. mereka ini mungkin tidak ingat akan malam ni.
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
tidak malukah ketika amalan di naikkan kita sedang bersorak riang?
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
pada malam ini buku rekod amalan di naikkan dan di tengok oleh Allah. adakah buku itu tebal penuh dengan ibadat ataupun tebalnya penuh dengan dosa dan maksiat. kalau dulu kita takut bila nak menunjukkan buku rekod untuk abah tapi sekarang kita bersorak dengan penilaian yang KOSONG.
adakah semakin dewasa semakin matang semakin hilang pertimbangan waras sebagai seorang manusia. ataupun kita sendiri tidak percaya yang bahawa di sebelah kiri dan kanan kita punya pencatit segala amalan.
sedih saya malam ni bila mengingat kembali setahun yang lepas. sangat lopong amalannya. sangat sedikit kerja islamnya. sangat banyak tidonya dan lalainya. bagai yang lepas lagi baik. adakah saya tergolong dalam golongan yang celaka. nauzubillah minzalik...
ya Allah yang maha mengetahui di sebalik hati ini,
hambaMU ini banyak buat khilaf,
seringkali membelakangiMu mengikuti hawa nafsu,
membawa namaMu berjalan di muka bumi,
dalam tidak sedar aku mencemarkan kesucianMu
di mata manusia yang lain
dengan melakukan perbuatan yang tidak di sukaiMu
seringkali juga aku mencari helah
untuk melarikan diri dari segala tuntutanMu
meninggal saat saat berdua duan denganMu
ya Allah tetapkan hatiku dalam beribadat padaMU
kurniakanlah aku lidah yang sentiasa berzikir padaMU
rasa bersyukur pada segala nikmatMU
dan perelokkanlah segala amal ibadat ku
dalam perjalananku menuju kepadaMU
agar aku berada dalam golongan mereka yang beriman
amin ya Allah
perkenankanlah ya Allah
No comments:
Post a Comment