Allahuakbar...
hampir aku mahu menangis
kerana tak mampu menangis
bila mendengar azab yang bakal aku terima
sudah keraskah hati ini
berkarat teruk dan buruk
dengan dosa dosa seharian
yang berterus terusan
ya Allah,
berilah sedikit taufiq dan hidayahMu
agar aku terus istiqamah
mencuci hati yang sekelian lama terbiar
ya Latif
lembutkanlah hati ku
kedua ibubapaku
saudara dan sahabatku
agar kami terus menjalankan suruhanMu
wahai yang maha menghidupkan
sampaikan aku kepada lailatul qadarMu
agar di situ dapat aku manfaat darinya
moga dalamnya aku tergolong dalm golongan yang di perkenankanMu
ya Allah..... ya Allah..... ya Allah
terimalah penyesalanku ini.....
No comments:
Post a Comment