Perjalanan hidup ini melelahkan, ya sangat melelahkan. Mana tidaknya setiap apa yang kita kehendaki kadang kadang tidak tercapai. Apabila terdapat sesuatu yang kita ingin hadapkan kepada reality kita terpaksa bertahan dengan segala mehnah dan tribulasi sebelum ia tercapai. Begitulah fitrah dunia, tiada yang senang , setiap sesuatu pasti memerlukan usaha. Yang mungkin berbeza adalah sejauh mana usaha seseorang dan taqdir Allah terhadapnya.
Islam memotivasikan
Islam datang dalam keadaan yang cantik sekali. Di kala masyarakat jahiliyah berseronok dengan kemewahan, wanita dan anak pinak tanpa arah tujuan, islam membawa satu bentuk persepsi yang baru.
Tidak seperti hari ini, kesilapan yang umat islam biasa lakukan dalam diari kehidupannya. Bagi mereka islam hanyalah bermula dengan awal muharamnya melakukan persiapan untuk destinasi pelancongan dan alatan serba baru tanpa ada roh ma’al hijrahnya. Di bulan ramadhan hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Di 1 syawal pula meraikan perayaan yang belum tentu Berjaya atau tidak di bulan tarbiyah. Dan pada 12 zulhijjah menjamu daging daging qurban tanpa penghayatan pada pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi ismail. Tidak lupa pada majlis perkahwinan dan tahlil.
Sedangkan ,bagi islam tiada satu pun yang kita lakukan, miliki dan berharap adalah sia sia. Dari sekecil kecil perbuatan seperti tidur hingga sebesar besar perlakuan seperti memerintah adalah di pandang berat. Dari saat pertama kita di lahirkan hingga saat terakhir kita menghembuskan nafas terakhir. Setiap apa yang berlaku pada mereka samada kesenangan ataupun kesusahan pasti ada
ganjaran.
Nabi pernah termenung lalu berkata:
"keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"
Akidah ahli sunnah wal jamaah
Akidah kita yang selamat menyarankan kepada kita bahawa setiap pekerjaan itu perlu ada usaha yang bersungguh sungguh seterusnya bertawakal dan berdoa agar Allah perkenankan apa yang kita usahakan. Tidak seperti akidah Murjiah yang memberi bulat bulat pada Allah untuk menentukan segalanya tanpa usaha. Tidak juga seperti muktazilah yang percaya bahawa Allah memberikan tenaga dan kitalah yang menentukan segala galanya. Lansung tanpa pertolongan Allah.
Kesimpulannya adalah islam adalah agama fitrah. Fitrah manusia itu perlukan motivasi ataupun peransang dalam melakukan ataupun menghadapi sesuatu perkara. Bagi muslim itu hidup di dunia ini bukan pengakhiran tetapi satu perhentian sebelum ke tempat yang abadi. Tempat yang abadi atau akhirat itulah yang membuatkan mereka terus gagah berdiri di dunia.
ya Allah, letakkan dunia ini di tanganku untuk di capai bukanlah di hatiku untuk di cintai
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment