"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Friday, February 5, 2010
bebas..
Saturday, January 9, 2010
impian..

entry ni di galakkan untuk x baca sebab banyak merepek..
"salam bro, guess what, adik demo tiyok nk balik rumoh" sms adik saya yang sedang menunggu result spm.
adik yang dia maksudkan adalah adik kesayangan saya kot yang baru sahaja masuk maahad sains tahfiz bustanul arifin. insyaAllah tambah seorang lagi 'penjaga' Al quran dalam keluarga. moga boleh tumpang keberkatan sikit2. setelah saya mungkin tak menjadi salah seorang 'penjaga' kalimah Allah itu.
selama saya berada dalam bidang perubatan ni, lansung saya tidak merasa bangga. sedikit demi sedikit saya sedar ini bukan bidang yang saya minati dan tekun dengannya. saya mengambilnya kerana punya peluang dan arahan mak. jika tidak, tak mungkin. kerana saya lebih suka berfikir dari membaca. saya suka mencari dari menerima. bidang perubatan atau biologi buat saya pasrah. pasrah dengan segala yang di ceritakan kerana setiap persoalan yang saya timbulkan sering tidak punya jawapan atau jawapan yang tidak memuaskan hati. so saya decide to hear n take. lama kelamaan sifat bertanya dan mencari itu hilang entah ke mana.
saya kadang-kadang cemburu dengan orang di sekeliling saya yang ratanya tinggi ilmu agamanya. saya merasakan sebagai seorang doktor ini kecil sahaja. mungkin sudah tersurat. jika saya dapat masuk ke maahad tahfiz dahulu, kemungkinan saya bukan berada di sini sekarang. tapi sekarang saya mahu berada di sana.
kenapa di sana??
kerana saya tenang di sana. perasaan yang telah lama saya tinggal sejak berjauhan. saya rindukan waktu itu. terutama semasa saya mula-mula belajar ilmu tasauf. rasa dekat sangat sehingga saya rasa jika Allah mahu tarik nyawa pun saya redha. hati ni lembut sehingga menitis air mata walaupun hanya membaca al fatihah. majlis ilmu sanggup saya hadiri walaupun berpuluh kilometer. sanggup datang kl kerana dengarnya kt sini penceramahnya hebat-hebat.
kerana punya teman yang satu faham. mereka ini mudah berbicara, tidak ada hasad dengki dan prasangka. senang di ajak kemana-mana. yakin dengan kemampuan kita, bersama saat senang dan susah .tidak ada tujuan lain selain sebuah ukhwah fillah.
kerana masa depan keluarga saya. untuk saya layak memperisterikan seorang muslimat yang tinggi ilmu agamanya. menjadi peringatan kepada saya. yang mendidik anak-anak saya. yang membina biah dalam rumah saya. supaya kami sentiasa berada dalam landasan yang betul.
kerana pengaruhi saya. menjadi seorang yang berpekerti mulia.
kerana itu dan ini....
tapi...
realitinya bukan begitu. Allah telah menetapkan ini untukku. berusahalah pada kebaikannya. jauhilah pada keburukannya. jangan persiakan peluang yang ada. bukan semua boleh berada di tempat ini. dan bukan semua boleh berada di tempat itu. sunnahnya memang begitu.
kepada yang punya ruang dan peluang, gunalah ia pada yang terbaik untukmu dan agamamu.
mizan, kau juga masih punya ruang dan peluang.. gogogogo!
p/s: merepek-repek. ni memang untuk diri sendir
Friday, December 11, 2009
kenapa saya menulis..

kenapa saya menulis?? sebab seronok baca blog-blog orang lain. di ibaratkan hidup mereka di catat atas sesuatu. seronok membaca perjalanan hidup mereka yang penuh makna, penuh dengan isi tanpa sedikitpun terluang dengan kelalaian. ada kawan saya menulis antara sebab-sebab kita semua menulis:
atau
ada perkara yang bila diungkapkan dengan kata-kata lain pula jadi mesejnya
atau
aku sejenis orang yang pendiam ?
atau
tulisan mampu memberi masa aku memikrkan perkara apa yang hendak disampaikan
atau
inilah cara aku mengabadikan memori yang aku lalui
atau
ingin mencurahkan rasa hati yang tidak dapat diluahkan
atau
ingin membalas dendam terhadap diri yang tidak mampu membalas
atau
ingin memberi pengajaran yang diteladani
atau
berkongsi ruang hidup yang dilayari dari sehari-ke sehari
atau
ingin berkongsi hikmah yang diimani
atau
inilah dakwahku
atau
aku ingin menarik perhatian orang terhadap diriku
atau
kerana perhatian yang sering diberikan padaku ingin aku perbetulkan kesilapanku supaya tidak diikuti oleh mereka yang memerhati
atau
seronok tengok orang lain tulis blog, pastu lawa-lawa pulak tu
atau
tidak ingin ketinggalan
atau
sekadar ingin mewarnai kehidupan ku dan kehidupan si pembaca..
saya pernah di beritahu saya banyak menulis tentang pengalaman. tak malu ke? mcm mana nak malu bukan semua kenal saya, semua orang punya pandangan lain, semua orang ada hak menyampah, semua orang ada hak memberi pandangan. terima je dengan hati terbuka.
salah satu kelebihan membaca dan menulis adalah kita mempunyai masa untuk berfikir sebelum luahkan apa yang terbuku. punya masa melihat dari sudut perspektif yang berbeza. saya mengambil masa paling lama 30 minit untuk setiap post.
saya suka menulis berdasarkan penjalanan hidup kerana ia lebih bersifat realistik. bukanlah atas angin. saya suka mendengar dan membaca karangan tok guru nik aziz juga atas sebab yang sama. ia membuat saya lebih faham petunjuk-petunjuk yang Allah dan nabi berikan melalui quran dan hadis. tidak sama dengan belajar sahaja. konsep sama apabila kita belajar secara teori mengenai samak tapi tidak pernah mempraktikkannya. adakah kali pertama kita melakukannya adalah tanpa was-was jika tiada tunjuk ajar?
saya juga tak punya kuasa untuk bercakap, siapalah yang ingin mendengar cakap orang yang tidak tsiqah ini. juga mempunyai communication problem. di potong sebelum habis berbicara.
yang paling penting segala tulisan saya adalah paling utama untuk diri saya. pembaca lain cuma di alu-alukan jika punya manfaat. jika hanya boleh menimbulkan ketegangan, sila berhenti.. tak berbaloi untuk sebuah blog yang kerdil.
wallahu'alam
p/s; terperasan bahwa perjalanan lebih panjang dari pengajaran. huhuhu ubah2
Monday, December 7, 2009
transform..

saya pernah di tanye kenapa suka masa sekolah dulu. sekolah lelaki sahaja.
nak tahu apa yang saya jawab??
tak perlu iron baju. hahahaha...
sebenarnya bukan tu je. ada lagi...
paling penting sebab saya suka berkawan tanpa ada gangguan luaran. kawan yang akan menunjukkan dia yang sebenarnya. perangai, tingkahlaku, percakapan dan paling penting akhlaknya YANG SEBENAR.
tak mahu yang ciplak atau di tranform menjadi bukan dirinya.
saya amat tak suka bila kawan saya tiba-tiba berubah kerana faktor luaran. menjadi seorang kawan yang boring. tak original dan dalam pura puraan. saya jumpa mereka-mereka ini bermula masa matrik hingga sekarang. contoh faktor luaran yang paling terkenal adalah perempuan. mereka tiba-tiba menjadi orang yang saya tak kenal. lantas biasanya saya akan berlalu pergi.
kenapa mereka menjadi macam tu? adakah akhlak mereka sebelum ini teruk? ataupun segan? ataupun ada hati kat perempuan itu? jawablah sendiri.
bagi saya tak perlu semua itu. berubahlah bila keadaan memerlukan kita berubah. jangan kerana peribadi. tak tahu pula perempuan macam mana. kerana akhlak itu adalah manifestasi daripada apa yang kita didik dan buat. dalam konsep akidah akhlak adalah output setelah melalui input dan segala proses ibadah yang kita lakukan. jika di terima, maka jauh la dari maksiat perbuatan yang tidak elok. sampai bila nak berpura-pura. kalau berkahwin nanti macam mana? gelabah la..
sama juga kualiti sembahyang kita di depan orang dan bila kita sembahyang sendiri-sendiri. hitunglah sendiri. adakah kita berpura-pura dengan Allah. ingat Allah tidak tahu semua tu?
jika di sebut pasal akhlak banyak yang saya nk kupas tapi tak kuasa. kita kupas sikit-sikit nanti dengan contoh yang ada. jika anda menghayati hadis jibril pasti tahu makna akhlak itu. tapi itu hak peribadi masing-masing. teruskan jika mahu..
wallahu'allam
Monday, November 23, 2009
sabarlah..

dalam seminggu ini saya terperasan bahawa saya ni cepat sebak dan menitis air mata. tak tahu hendak berbangga ataupun malu. terasa sebak bila mendengar ujian- ujian yang menimpa yang mana saya kira jika di lalui belum tentu dapat berdiri teguh seperti mereka.
tahun klinikal amat berat. di tambah dengan musibah-musibah lain pasti payah. sebagai sahabat saya bersedia menolong apa yang termampu.
ingin saya bawakan kisah kewafatan kekasih kita nabi Muhammad saw. bayangkan nabi yang banyak berkorban dan berjasa pada umat masa itu pergi meninggalkan mereka. nabi yang mereka sanjung hinggakan setiap perbuatan seperti tunduk kerana ada dahan pun di tirunya walaupun dahan itu sudah tiada. nabi yang dicintai sehingga sanggup menggadai nyawa menjadi perisai di kala berperang.
sape lagi yang dicintai dan disayangi lebih dari nabi?
tidak ada manusia lain di muka bumi ini layak di cintai dan di sayangi lebih dari nabi Muhammad
ketika berita wafatnya nabi tersebar ke pelusuk madinah dan ke setiap cerok daerahnya, suasana menjadi muram dan suram. sehinggakan anas r.a berkata ".. tak pernah ku lihat suasana yang buruk dan suram dari hari kewafatan baginda saw". semua orang bersedih mengenangkan pemergian seorang nabi, pemimpin, sahabat, ayah dan juga suami.
umar yang terkenal dengan beraninya tidak percaya sehingga ingin menghukum barang siapa yang mengatakan rasulullah telah wafat. dan Abu bakar pula dengan tenang berkata " adapun selepas tahmid dan syukur ingin aku menyebut di sini. sesiapa diantara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan barangsiapa menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati"
sabarlah wahai sahabat, jangan ambil tindakan tergesa-gesa dengan meninggalkan bidang perubatan. sungguh kami di sini tak daya untuk melepaskan kamu. fikirkan kenapa kamu mengambil bidang ini at the first time. ini jalan jihad kita. tapi keputusan tetap atas kamu
wallahu'allam
Saturday, November 14, 2009
labaikallah

"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”
bila masuk bulan zulhijjah akan mengingatkan kita sebuah kisah pengorbanan yang saya kira tidak akan dapat di tandingi. kisah di mana nabi ibrahim di perintahkan untuk menyembelih anak kesayangan beliau. apa kata beliau??
adakah alasan yang di beri?
adakah beliau meminta untuk menggantikan dengan yang lain?
ataupun rasa menyesal berada dalam agama Allah?
tidak!!
nabi ibrahim melaksanakannya tanpa sedikit alasan pun dan anaknya nabi ismail yang masih kecil juga menerimanya.
cuba kita lihat pada diri kita sekarang. berapa banyak pengorbanan yang kita lakukan untuk islam? ataupun kita hidup 'mewah' dengan menggunakan nama islam. setiap kali arahan di jawab dengan alasan. yang lebih menyedihkan kalau kita yang menyebabkan perpecahan dalam islam melalui kejahilan kita sendiri.
amat jauh kalau nak di bandingkan keimanan nabi ibrahim dan anak kesayangannya dengan kita hari ini. nafsu kita yang gelojoh dan keduniaan yang mengelilingi kita menyebabkan kita di jangkiti satu penyakit yang di sebut rasulullah. Al Wahan. cintakan dunia dan takut mati. mana mungkin kita akan menang dan islam akan bangkit.
ya Allah sempatkan aku ke tanah suciMu,
untuk aku melepas rindu padaMu
rinduku pada rasulMU
rinduku pada pejuang2 agamaMU
amin ya rab
wallahu'allam
Monday, November 2, 2009
nak menang???
Sejak memasuki kolej yang baru ni saya rasa kesunyian. Ya sunyi tidak seperti kolej yang sebelum ini. Dengan masa dan kondisi yang ada, saya rasa kurangnya berjumpa dan bercakap dengan rakan tambahan pula tak dapat berbual dengan junior memandangkan kami adalah yang paling muda kat sini.
Surau. Itulah tempat yang dapat mengumpulkan kami. Di situlah tempat kita berjumpa lepas solat jemaah. Tapi semua itu sepi. Ingin saya luahkan TAK RAMAI DATANG SOLAT JEMAAH. Tak kira mereka ini dari fikrah mana, itulah realitinya. Terutamanya waktu subuh. Tak kira muslimin ataupun muslimat. Sama je….
Kalau nak cakap pasal fadhilat ataupun tuntutan mesti semua orang dah tahu. ‘Nabi nak bakar rumah orang yang tak datang sembahyang subuh berjemaah’. Kita selalu dengar akan tuntutannya tapi kenape tak buat?? Sebab kita mangkuk (kata ust anuar).
Nak salahkan siapa???
Entahlah. Nak salahkan mak yang mengandung lagi ke? Kita semua dah besar panjang, dah cukup sempurna akal dah tahu dosa pahala, tahu antara hak dan yang batil.
Saya rasa bertuah sebab di lahirkan dalam keluarga yang jaga waktu subuhnya. Dari kecil di didik bangun subuh sehingga pukul 7 pagi untuk sembahyang dan mengaji. Walaupun kat sini kurang istiqamah sikit. Saya pernah di pukul kerana tertido masa wirid tapi terima kasih abah.
Kemana pulak mereka yang selalu bising ingin menegakkan islam?? Cukup dengan bercakap sahajakah?? Mana amalannya??
Masalah zaman sekarang, ramai yang tahu bercakap. Pidato mereka berdegar-degar, blog-blog mereka penuh dengan nasihat dan semangat tapi yang mana untuk mereka?? Syeikh nuruddin al banjari pernah mengatakan bahawa zaman sekarang bukanlah tiada orang untuk berdakwah tapi kurangnya idola ataupun model yang perlu di tonjolkan. Pada Zaman nabi dan sahabat, mereka lebih banyak beramal dari bercakap. Nabi sendiri adalah Al quran yang berjalan di muka bumi. Nah, mana kita??
Kemenangan islam akan tercapai bilamana sembahyang subuhnya sama dengan sembahyang jumaat.
Sempatkah kita???
Wallahu’allam
Wednesday, September 30, 2009
rezeki

menjawab soalan exam dengan serba tidak kena. ada sahaja silapnya. yang dah betul di persalahkan. sebelum exam nota hilang, buku pun hilang sedangkan jawapan sebulat-bulat ada dalam nota tu. nota tu pula x dibaca selama 8 minggu sebab berada di posting lain. semua serba tak kena.
takde rezeki..
itu perkataan yang paling tepat kot.
kadang-kadang kita merasakan bahawa semua yang berlaku dalam kawalan kita seperti membaca berulang kali dengan percaya bahawa dapat jawab soalan. sebenarnya TIDAK.
semuanya berada dalam kekuasaan Allah.
semua rezeki telah di tentukan oleh Allah. kalau tak masakan seekor ular buta dapat makanan dan seumpamanya? tapi kita kadang2 bongkak dengan rezeki yang dapat. JPA/MARA/PTPTN semuanya kita berasa kita patut dapat dan dengannya apa yang kita buat? selarikah dengan dengan suruhan Allah?
tak kira ape keputusannya nanti saya tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku
kejayaan dengan usaha adalah anugerah,
kejayaan tanpa usaha adalah kebetulan,
kegagalan dengan usaha adalah ujian,
kegagalan tanpa usaha adalah kemestian.
doakan..
wallahu'allam
Sunday, September 6, 2009
Rezeki Bulan Ramadan

alhamdulillah...
tu je sebaik baik perkataan yang dapat ana lafazkan, jika ada perkataan lebih baik pasti ana akan gunakan. bulan ramadan bukan sahaja bulan di mana dalamnya ada mega sale buat hamba-hamba yang mendambakan seribu kerahmatan tapi kemurahan rezeki juga bersama dalamnya
sekadar ingin berkongsi bukan ada niat lain tapi jangan dengki. hehehe
hari ni merupakan hari yang ke 4 ana berbuka berbayarkan 'free' secara berturut- turut tidak termasuk yang selang-selang. insyaAllah esk pn same. tahun ni memang begini, rezekinya murah sikit. juadah berbuka pula bukan calang calang semuanya taraf hotel.
bermulanya dengan berbuka bersama pengetua, jaksa dan jemputan lain. sebenarnya ini merupakan kali kedua berbuka bersama pengetua. aduh x larat nk makan.
kedua, di dewan perdana felda di mana ana sebagai imam terawikh kat sana. ni sudah kali yang ke berapa entah. tidak pulak ana kira. ana cuma pengganti bukan yang rasmi. jangan salah faham
semalam pulak kat hotel equitorial bangi bersama fakulti media dan komunikasi. ana pergi dengan dr syawal naik kereta evo beliau sebagai wakil kolej ktdi kerana kami bekerjasama dalam khidmat komuniti anak-anak yatim muasssasah darul fuqaha'. kami ni kira vip(very important person) la. disini sekali lagi ana makan semeja dengan fitri UNIC selepas kali pertama di dewan perdana felda.
dan hari ni paling spesial sebab berbuka dengan abang muslim, kak ipar dan adik di uia. semestinya abang yang belanja. makan makanan arab yang memang kegemaran abang kat bangi.
esok??
rasanya kena pergi dewan perdana lagi....
bila berkata pasal berbuka memang seronok bak hadis
tapi ana dapat rasakan ibadat dan semangat semakin berkurang jika berbanding pada awal ramadan. ana cuba untuk pertingkatkan tapi kadang kadang 'fail'. kelemahan ni selalu ana rasakan semenjak berhijrah ke luar kelantan. ana rindu nk balik kelantan.
tp mase berada di kelantan untuk ramadan hanya dua hari sebelum raya.
Ya Allah... kudrat ana sangat terbatas
ana rindukan zaman dulu, iman dulu, amalan dulu dan teman dulu..
andai Engkau hendak ambil nyawa ini ambillah dalam keadaan aku muslim sepenuhnya
ana perlukan masa.....
Thursday, August 27, 2009
sebelum Terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi...
Di Sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri...
dari hijjaz
semoga istiqamah beribadat dlm bulan puasa....
Saturday, August 22, 2009
ramadan al mubarak

malam yang dingin memancarkan cahaya kesucian
untuk sebuah kehidupan
dan datanglah satu nama besar
agung dalam satu pusingan kedatangannya di nanti seribu umat
bersama sejuta rahmat
ramadan al mubarak
sinaran yang kau pancarkan
tiada yang terlawan
dan pasrah aku dalam dakapanmu
munajatku dalam malam malammu
walau tubuhku layu
semanagtku membara dalam pelukanmu
ramadan al mubarak
roh yang kudus
menghinggap dengan berjuta rahmat
dalam munajatku mencari keredhaan
lampu2 jalan yang membinarkan pandangan
tewas oleh manik2 cinta yang berderai
melantun membasahai pipi
dalam pelukan satu malam
yang umpama seribu bulan
ramadan al mubarak
datang lagi nama agung ini
aku munajat memohon restu
mohon di dakpmu
pelukan malam yang di janjikan
ciuman sebuah Lailatul Qadar...
Thursday, August 13, 2009
betulkah...

'lame betul meeting'
'tiap kali meeting mesti abis pkul 12 lbih'
'tp yang besnye lepas meeting mesti ade makan'
(antara rungutan dalam hatiku tadi)
tapi sekarang timbul pula persoalan yang sama seperti sebelumnya.
adakah betul keputusan ni sehingga saya berada di kedudukan sekarang?
adakah ini yang saya mahukan selama ini?
mengapa saya tidak gembira melakukanya?
kenapa gerak kerja semakin lambat?
inikah kepakaran yang saya ada?
mana semangat yang dulunya berkobar-kobar?
adakah sekarang ini berada di landasasn yang betul?
Allah sahaja yang tahu....
hendak di ceritakan apa tekad saya pada setahu yang lepas.
apa-apa kerja yang di buat tidak pernah di minta balasan spt merit dan sebagainya. dan kerja yang di buat di pilih mengikut 'selera' saya. pernah kerja2 ini membebankan sehingga saya x dapat study bermula awal semester sehingga study week. tp saya x pernah menyesal ( sedikit tu adela) krn itu mmg tujuan dan kehendak saya.
pernah ada yang menggelar sy gila program atau giler program saya x kisah sebab mereka orang yang x tahu. ada juga yang mengambil berat sehingga menasihat, saya amat terharu.ada juga yang buat xtau je, xpe..
pernah ketika itu saya merasakan tidak tahu apa2 yang di pelajari, rasa tertinggal dan di tinggal oleh kawan2 yang lain, ada juga yang memandang rendah atas kejahilan yang saya alami. dan semua ini saya dapat rasa, bayangkan selama ini saya berada dalam golongan yang di beri kefahamnan dan ingatan yang tinggi oleh Allah tiba2 rasa mcm org yang jahil..
semua itu sangat perit untuk di rasa...
bagaikan telah hilang dunia yang didiami sebelum ini...
hilang segala kekuatan..
hilang segala kelebihan..
hilang segala-galanya..
tapi bila di fikirkan kehilangan ini ada sebabnya...
sebabnya hanya satu....
tapi kini...
segala sudah berubah...
walaupun pada awalnya saya boleh me'relate'kan semua ini dengan sebab itu akhirnya tumbang sendiri. semua ini makin lama makin terpesong dengan tekad saya. Lillah itu sudah tiada.
andai masa dapat ku kembalikan, nescaya bukan ini yang ku pinta...
wallahu'allam.....
Tuesday, August 4, 2009
marwa

sudah beberapa minggu berita kematian pahlawan jilbab ini tapi baru sekarang dapat saya menulisnya. pasti ramai telah mengetahuinya.
merupakan berita yang sedih bg seluruh umat islam yang mempunyai sensitiviti terhadap firman dan agama Allah.
tapi apakah kita punya perasaan itu???
ataupun kita sedang dalam kelalaian dan kemewahan??
atau kita seorang yang pentingkan diri sendiri???
di mana islam dalam hati kita??
di mana khalifah islam yang sepatutnya bangkit dalam mempertahan maruah agama??
ape peranan kita dlm mewujudkan khalifah tersebut??
adakah kita mahu menunggu kebangkitan sahaja??
atau terlibat dalam kebangkitan??
atau penghalang kepada kebangkitan??
fikir-fikirkan wahai sahabat..
andai kata kita tiada lagi mampukah kita menjawab soalan- soalan dari malaikat nanti??
ingat! yang menjawab bukan mulut kita yang penuh dusta tapi anggota lain yang taat dan benar perkataannya..
wallahu'allam...
Tuesday, June 2, 2009
sesuatu berharga bila sudah tiada...
inilah yang sesuai bagi keadaan saya sekarang. betullah ape yang di katakan kita pasti merindukan sesuatu apabila tidak lagi dapat di gapai. tidak kira lah sebuah perjuangan, masa, dan orang yang tersayang.
hari ni merupakan hari kedua saya di rehatkan dalam bilik, dikurung tanpa palang besi tapi dengan kekuasaan Allah yang me'lethargic'kan badan, mengurangkan fungsi akal dan sebagainya. namun kuatkan jua untuk menulis entri ini.
dlam saaat ini dapat merasakan betapa beruntungnya jika masih ada kekuatan untuk melangkah kaki menuntut ilmu di wad dan ke majlis2 zikir. tapi yang peliknya ketika kita di beri kesempurnaan tidak pernah sedetik pun berbuat demikian bahkan lebih melakukan benda yang melalaikan.. astaghfirullah...
betapa banyak orang yang di berikan Allah dengan segala kesempurnaan tetapi lupa bahawa segala tiap sesuatu datang dariNYA. sehingga mereka boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan batasan syariat.. begitu juga dengan ujian yang menimpa tidak di urus dengan sebaik-baiknya sedangkan semua itu telah di ajar oleh nabi kita.
moga disembuhkan dengan cepat jika itu yang terbaik untukku. (MEASLES)
akhir kata hayati firman Allah:
Monday, May 11, 2009
Permulaan...
penulisan blog ini lebih kepada memaknakan hidup penulis.tidak mempunyai niat lain. sekadar sebagai pengkongsian dalam melalui perjalanan hidup.
Perjalanan hidup ini memang melelahkan, ya sangat melelahkan. manakan tidak, tiap kali kehendak kita di hadapkan ke realiti yang beraneka ragam dan corak warna, haruslah bertahan kerana tidak ingin tujuan hidup kita terpesong. bukan menyoal mengenai halal haram terhadap segala keindahannya tetapi soal menyikapi agar tidak tergoda dan terpedaya dengannya.
Gelombang badai harus di fahami sebagai ladang ujian, masalah dan problem tidak dapat di pisahkan dari hidup, pahit getir menjadi rencah yang harus di rasakan oleh setiap dari kita. jatuh bangun adalah tangga yang harus di lalui dalam menggapai sebuah cita-cita.
Letih, lelah itulah yang sering kita rasakan. kita sering merasakan kejenuhan kebosanan bahkan tidak peduli akan keadaan. namun jangan sesekali kita rasa putus harapan kerana di sebalik semua itu pasti ada sesuatu yang yang dapat kita jadikan pengalaman yang bererti. yang kita perlukan adalah berhenti sesaat. berhenti bukan bererti selesai ataupun sampai, tetapi merenung kembaliperjalanan yang telah kita lalui. berhenti untuk memupuk kembali semangat beramal, mengecas bateri keimanan kita agar tidak redup.
Inilah yang diajar oleh muadz bin jabar RA kepada sahabat dengan ungkapan 'mari duduk sesaat untuk beriman' berhenti sejenak untuk melihat kembali keaadaan iman agar tetap terjaga. kerana segala yang kita alami harus kita alami bukan lari daripadanya. mari kita peruntukan masa untuk selalu memperbaharui iman kita di tengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan.