Sunday, March 6, 2011

xtau tajuk apa..

post ni xtau nak focus pada apa. jadi tajuk pun tak tau lah. just nak cerita tentang minggu ni. korang pun macam suka baca cerita je dari nasihat nasihat. hehe.. lagipun blog ni adalah cerita perjalanan al faqir ilallah ni. setiap yang di lalui itulah dirinya..

hujung minggu ni bermula dengan program semarak cinta rasul di  ukm bangi. penceramah adalah syeikh fuad kamaluddin al alwi al maliki. cemarahnya amat di nantikan. sebelum ni kurang kerana beliau melanjutkan pelajaran ke mesir. sekarang tengah cuti boleh la dengar.

mahabbah. itulah yang diceritakan olehnya. mahabbah kepada rasul yang tidak ada di kalangan ulama khilaf akan kecintaan kepada rasulullah. ia adalah wajib. amat menyentuh hati. hati yang kering yang lama tidak di isi dengan pengisian secara bertalaqi. kenapalah tidak ramai begitu ye.
pengijazahan hizb bahr juga di lakukan.. insyaAllah amalkan..


" Orang yg melakukan dakwah sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan, umpama orang yg memanah sdangkan panahnya tidak bertali " saidina Ali
hari sabtu pula majlis walimah ukhti Alia Suzana dan pasangannya Isa Azaki. barakallahulakuma. tahniah kepada ex mpp sesi lepas dan juga sebagai pasangan yang ke 3 tahun ini. bakal menyusul bulan 4 dan 5 nanti. best jugak kawen masa belajar nih. boleh ada konvoi ramai ramai. kalau dah keje tak tau datang ke tak. kalau datang pun mesti asing asing kan. hari yang sama juga senior pharmasi masa kat KCKL kawen jugak. abg norazizi. dah keje. minggu depan pulak senior jugak kat kelantan kak sabarini dan kak iqlima dekat . tak dapat pegi jugak sebab x cuti pun.
4 perkara jika kamu perolehnya akan bahagia dunia dan akhirat: hati yang selalu bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir, jiwa yang sentiasa sabar dan isteri yang solehah- hadis
sebelah petang pula join NGO reachout approach homeless people kt pasar seni. 'medical team' diorang gelar walaupun takde lesen medical lagi. ingatkan dapat bantu apa apa petang tu tapi lain pula rancangannya. so aktiviti sebenarnya adalah masa pkul 12.30 malam. takdapat pegi sebab hari ni ada keje lain pulak. alhamdulillah juga sebab dapat tolong walaupun sedikit seorang chinese yang sakit. bawanya ke HKL. dalam perjalanan di bercerita akan kesusahannya. kesusahannya bukanlah dengan ketidakmampuannya tapi pada layanan orang lain kepadanya. takut dia hendak ke HKL sebab katanya di layan dengan tidak sepatutnya. dia di ikat dalam wad. di ugut oleh jaga dan polis melakukan apa yang di suruh. sehingga di menangis dalam kereta. menunjukkan dia tidak mampu berbuat apa apa. ibarat di ikat kaki dan tangan lalu orang lain melakukan apa saja pada kita. 
yang lebih terkejut, rupanya dia telah memeluk islam dengan bantuan hamba Allah yang lost kontek dengannya. sembahyangnya tidak tahu. katanya dia solat dengan caranya agar Allah menolongnya. 
astaghfirullah.. moga Allah maafkan segala dosa umat islam terhadapnya, yang membiarkannya terkapai-kapai walaupun dia adalah saudara kita. tidak lupa pada orang yang menzaliminya. semoga dapat tolong dia lagi dan orang islam lain di luar sana. 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."
hari ni pulak berjemur tengah panas.. sabo jela..
hari hari lain pulak adalah aktiviti kering yang berulang ulang. pegi ward, klinik, seminar, lecture, buat CWU, makan, tido  dan main padang n game.
p/g: hati gundah gulana. cannot think straight.. tenanglah wahai hati...

12 comments:

hohoho said...

tenanglah hati..
tenaglah diri...

Unknown said...

insyaAllah tenang....

Anonymous said...

Allah beri peluang kpd nta utk bantu mua'llaf tersebut.. Smg nta istiqamah mbantunya belajar mengenai Islam.. InsyaAllah besar pahalanya...

Unknown said...

emm.. insyaAllah.. NGO yg ana ikut tu bukanlah specific kpd org islam. lebih terbuka. kalau ada yg under org islam patut lebih baik..
walaubagaimanapun boleh je selit2 apa yg nk di bawa.

Anonymous said...

kalau kamu yg kahwin skrg,lg ramai konvo rasanye...heee..
maybe that uncle, dia agresif di wad sbb tu kena ikat n ada plak nurse n guard skali,tp possible gak dikasari...psikiatrik wadkah?..
aktiviti kering?...tetapkan aim setiap hari n cuba capai...barulah terasa ada tujuan,klu sekadar ikut flow memang bosan jadinye...

Unknown said...

emm.. mcm knal je anon kt ats ni.. heee
chinse yg hantar dia kata mungkin dia ada under psikiatri.. tp entah bila dia menangis sambil bercerita jdkan saya percaya kt dia. mungkin x msuk posting psiki xtau a kot.. lgpun penyakit dia sekarang sbb complication of urinary catheter.. emmm..
tu la, kering sgt. hehe

Anonymous said...

ehh..dah bocor ke penyamaran?...haha..
lepas ni kena tukar taktik lain pulak..
rumput kering pun kalau hujan turun muncul pucuk2 hijau yang segar...apatah hati yang sukar untuk diramal..
jadi kamu kena cepat2 cari ''hujan'' tu...good luck ye..

Unknown said...

'hujan'? puitis sungguh sampai x faham.. hehehe

Anonymous said...

hujan tu boleh equal rahmat kan?...rahmat pula datang dalam pelbagai bentuk...hanya kamu yg akan tahu bila datangnya ia nanti...moga tenanglah jiwa...apapun,kami semua mendoakan yg terbaik buat kamu..teruskan usaha kerna tanpanya cita-cita tinggal angan2 saja..exam nak dekat dah nie..

Unknown said...

jap2... tibe2 mcm xtau plak sape nih.. pape pun time kasih.. insyaAllah

ibnu azman said...

mano gmbo kte nye jey?

Unknown said...

dalam hanset ko la.. nset aku xde

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...