Friday, February 17, 2012

ikhwah hot

'kalau aku ni jahat dah banyak muslimat aku main .. hehe' kata sahabat semasa chatting

apabila meningkat usia tidak dapat lari dengan isu isu seperti baitulmuslim, bertunang, taaruf, di 'offer' dan meng'offer'. menjadi penasihat tak bertauliah juga tidak dapat di elak kerana permintaan sahabat. walaupun diri sendiri masih terumbang ambing. tapi selagi termampu saya beri apa yang pada saya dan ustaz betul.

bila keluar isu isu ni mesti semua seronokkan. kalau buat status di facebook mestilah ramai yang 'like'. biasalah, age group sahabat di facebook adalah lebih kurang sama, interest pun mesti lebih kurang sama.

hot,
sahabat saya seorang ni memang hot. dengan masa yang tiba tiba beberapa  lamaran datang serentak sehingga dia pening nak pilih yang mana satu. ada yang berpurdah, ada yang berfikrah, ada yang aktivis dan ada yang wanita melayu terakhir.

tidak hairan, di katakan zaman sekarang sedikit lelaki dan yang ikhwah ini lebih sedikit. saya sendiri kalau boleh ingin carikan ikhwah pada adik beradik perempuan saya. kriteria ikhwah itu mestilah melazimi solat jemaah paling penting ,berkerja untuk sara hidup dan untuk islam. tu paling minima la belum masuk rupa, tempat tinggal dan lain lain.

memilih ihkwah untuk menjadi pemimpin dan imam bukan mudahkan. sangat sedikit barangkali sebab minah rempit pun mahukan imam bukan sahaja akhowat. kalau di tanya semua orang pun mesti kata yang baik dan soleh. tapi yang peliknya diri tak mahu jadi solehah.

alhamdulillah sahabat - sahabat saya semua hot-hot belaka. ada yang setiap minggu ada sahaja call tanya status. saya hanya menumpang ke'hot'an mereka.

menjadi ikhwah hot tak mudah. terutama bila berkaitan dengan muslimat. 

kata ust Azhar Idrus:
jangan pikat wanita jika tak bersedia lagi

hot tidak akan dapat lari lagi dengan muslimat. kitalah sebagai ikhwah yang menentukan bila kebersediaan kita untuk membina masjid. bagi muslimat itu selalunya akan bersedia bila kita bersedia. tanggungjawab mereka adalah mentaati suaminya. tapi tanggungjawab kita mengetahui bila bersedianya kita untuk melayari bahtera sendiri.

 ingat bahawa berkahwin bukan bermakna berjaya. tak berkahwin bukan maksudnya tidak lelaki sejati. berkahwin itu adalah permulaan dan berjayanya sebuah perkahwinan bila keluarga besar berjalan selari dengan kehendak Allah.

dalam psychiatric posting saya melihat banyak perkahwinan yang gagal. konflik konflik rumah tangga yang berpanjangan dan hasilnya anak anak yang stress dan tidak berjaya. bersediakah kita untuk hadapi kemungkinan yang ada?

pesan saya pada sahabat diatas:

mencari jodoh ni bukan mcm nk pilih kucing atau buah buahan
bukan jugak cuba dulu baru beli
dia penuh dengan adab adab
jauhkan fitnah
tak perlu mengnali mendalam sebelum kawin
cukup dengan tenang dengan perlakuan dia, pakaian dia, rupa dia
dan rasa di permudahkan
insyaAllah itu jodoh kita
lepas tu terima je kelebihan dan kekurangan

tak perlu gopoh, kerana gopoh itu syaitan..
jangan permainkan hati perempuan, jika berkenan istikharah, tekadkan hati dan terus masuk taaruf...
ingat janji Allah, lelaki baik untuk perempuan yang baik.

'ikhwah hot untuk akhowat yang hot.'

teringat kata kata sahabat saya selepas pulang dari meminang . katanya

"kalau ikutkan aku boleh lagi cari yang lebih cantik, tapi aku mahu yang ada dalam jemaah dan berkerja dalam islam supaya melahirkan abna'ul harakah"

masyaAllah. hebat cita citanya..

moga kita semua mendapat jodoh yang baik dalam mendirikan baitul muslim 
lantas melahirkan ikhwah dan akhowat yang hot hot belaka...

                                                      ikhwah yang bajet hot

p/s: memberi nasihat untuk suatu yang kita belum alami susahkan. macam atas angin je
      2 minggu lagi sebelum final exam. hari sabtu long case
      blog sahabat sahabat saya sudah banyak tak update. sunyi pulak.. final year yang      hectic

4 comments:

Anonymous said...

aha~ mmg hot
tp xsume konflik rumah tangga buat anak stress n xberjaya. ad yg mmbuatkn anak lebih matang n bijak dlm mncorak langkah kehidupan. Pelik kan? jzkk ats perkongsian yg menarik

Unknown said...

ade... sebab setiap org lain defense mechanism dia. ada yang cope dgn berkhayal, berimaginasi dan bercakap sorg2. ada juga yang belajar bersungguh sungguh untuk lari dari ibubapa... tapi kebanyakannya pegangan agama x kukuh

nak melahirkan masyarakat muslim harus bermula dengan ibubapa
waillaika aidhan.. :)

Anonymous said...

siyes aplikasi posting psy
apa maksud statement last tu?

Unknown said...

statement last?
wailaika aidhan ke?

itu adalah salah satu jawapan kpd jazakallahhu khairan mengikut ulama. antara jawapan lain adalah afwan atau naam.

maksudkan 'kepada kamu juga'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...