Sunday, February 26, 2012

musim berdoa

musimnya datang lagi,
selain daripada di bulan ramadan dan hari hari yang ada kelebihan padanya
ia adalah musim exam

musim menuai janji janji manis
mengingat dosa dosa sebelumnya
meletakkan harapan yang tinggi

pernah saya membaca ayat ini dalam satu sesi usrah

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (Surah Attaubah: 75-77)
kita hanya menuju Allah pada saat memerlukan
lupa bahawa kita hamba yang memerlukan
lupa bahawa zarah zarah itu tak bergerak melainkan izinNya

kadang kadang doa kita berbentuk arahan
' berilah aku itu dan ini...'
lupa yang kita tiada hak

kadang kadang penuh dengan janji manis
' aku akan buat itu dan ini...'
lupa yang Allah perhatikan sebelum dan selepas berjanji

ingat bahawa Allah maha mengetahui segala sesuatu
jangan sampai kita menjadi munafiq seperti ayat di atas
jangan kita jadi yahudi di gurun ketika bersama nabi Musa

bagi mukmin itu seluruh aktivitinya berserah pada Allah
bagi mukmin itu adalah redha setelah berazam dan berdoa

janganlah kelambatan masa pemberian tuhan kepada kamu walaupun kamu telah bersungguh sungguh berdoa menyebabkan putus harapan, sebab Allah dah menjamin menerima semua doa, akan menunaikannya dalam apa yang dikehendakiNya bukan kehendak kamu dan pada wak tu yang di kehendakinNya bukan masa dikehendaki kamu.- ibn atoillah
maafkan segala salah dan silap, doakan saya exam dengan sebaiknya dan istiqamah berdoa dan mengharap.. 
 psychiatic - ENT - ophthal - anasthesia


semoga di permudahkan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...