' sunyinye'
'ko ingat ko sorang je rasa mcm tu?' tanya kawan balik
'walaupun ada orang lain, tapi tak sama.' sambungnya lagi
benar sekali.
sunyi betul rumah dan hati saya sekarang , semua dah pack barang balik.
ada yang melancong luar negara, ada yang holiday kat rumah. ada yang sibuk dengan program
tinggal saya keseorangan.
harta warisan buku, nota, peti ais, microwave, mesin basuh dan printer di tinggalkan.
tiada lagi futsal
tiada lagi badminton
tiada lagi volleyball
tiada lagi pergi jalan jalan
tiada lagi makan bersama
tiada lagi tengok movie dalam gelap
tiada lagi dengar nyanyian
tiada lagi bising perbincangan
cepat sungguh masa berlalu. rasa baru sahaja semalam kat UKM bangi untuk 3M
berkenal kenalan
5 tahun satu masa yang cukup mengikat kami
ada suka ada duka
ada berbalah ada bersatu
tapi begitulah kehidupan
setiap yang bermula akan ada penghujung
setiap yang hilang pasti akan di rindui
cuma satu yang kekal abadi
syurga...
moga kita berjumpa di sana
No comments:
Post a Comment