Wednesday, April 18, 2012

pengajian - Darul Murtadza


saya teringat waktu kecil saya.

membesar di samping abah yang sangat tegas

tambahan pula sebagai anak lelaki tunggal yang berada di rumah

abang sudah memasuki asrama di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat

setiap subuh, maghrib dan isya berjemaah di rumah bersama keluarga

selepas maghrib dan subuh adalah waktu mengaji Al Quran

seingat saya juz 30 itu saya hafal sebelum sekolah rendah

walaupun masa tu saya tak dapat baca quran lagi

kadang kadang antara maghrib isya itu abah bawa ke masjid mendengar ceramah

walaupun pada masa tu saya hanya duduk bersandar tidak tahu apa apa

kadang kadang juga di bawanya ke tempat orang 'bersyarah' ataupun kalau saya tak silap adalah ceramah PAS.

walaupun saya hanya tido di dalam kereta.

 setiap hari jumaat pula kami sekeluarga pergi ke tempat pengajian bermula pukul 8 pagi hingga 12

walaupun saya pergi untuk tido sahaja

inilah apa yang kami sekeluarga buat semenjak dahulu sampai sekarang

yang berubah adalah abah sudah tak pernah tinggal pergi masjid untuk berjemaah, kadang kadang saya yang ambil alih jadi imam. tapi selalunya kedua dua pun hilang ke masjid. perempuan sembahyang sesama mereka. sudah besar semuanya kan.

dari dulu sampai sekarang....

tetap sama.


dulu saya sangat tak suka pada hari jumaat.

habis sahaja mengaji, bersiap ke Kota Bharu yang lebih kurang 24 KM. pertama kami pergi ke masjid besar KB untuk belajar tafsir. habis sahaja terus ke medan ilmu untuk kuliah TGNA. Kuliah TGNA dahulu bukan seperti sekarang. di buat di tingkat atas bangunan bukan tempat terbuka seperti sekarang. pembelajarannya juga berdasarkan ada beberapa kitab. pernah saya dengar TGNA menegur hadirin yang datang tanpa kitab. tapi sekarang cuma ada tafsir sahaja.

saya biasanya berjalan tempat orang menjual. dan duduk di tempat perempuan bersama mak.

setelah habis pengajian di situ abah menukar tempat ke Pondok Mahligai. lebih dekat dengan rumah. jadi kami sekeluarga pergi ke sana. di sini tok gurunya sangat hebat. ada tok guru haji daud bukit abal yang terkenal dengan ilmunya di kalangan ahli pondok. teringat abah menangis bila mendengar kematiannya berbelas tahun yang lepas. ada juga ust abd rahman al makki. guru saya di sekolah Azhariah. sekarang di ambil alih oleh ust zaki, guru pondok moden kandis. biasa pelajaran di situ adalah mengenai tauhid, tafsir dan tasawuff.

pada masa tu saya sangat kecil. tak tahu pun pasal ulama ni. sekarang baru tahu betapa ruginya saya tido dalam pondok nenek saya masa tu. kadang kadang pergi jumpa kawan. pada waktu kelas tak amik perhatian pun.


pada masa sekarang, berada di KL kota metropolitan.

tempat nafsu melonjak lonjak, semua ini amat di rindui

minggu lepas pertama kali ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza


lebih kurang saya dengan pengajian di setiap hari jumaat. cuma masanya pada waktu 9.15 mlm hingga 11.00 malam.

pengajian ada 4:
  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad 
maklumat lanjut: 
http://www.darulmurtadza.com/

seronok berada di taman syurga. teringat akan kehilangan pada zaman kecil yang lepas

belajar agama bukanlah niat menjadi seorang ustaz, kepakaran saya di bidang perubatan, cukuplah jika mampu memimpin diri dan keluarga ke jalan yang betul. manakala berdakwah itu adalah wajib

bukankah Nabi menyarankan untuk sentiasa memperbaharui iman?

setelah berapa banyak masa bergelumang dengan perubatan yang kering dan tidak menenangkan. ia telah menjadi satu keperluan.

berapa banyak manusia di luar hanya mengejar akan kebendaan biarlah kita salutinya dengan keislaman.


betapa dulu saya rasa perbuatan abah itu sia sia.

sebenarnya tidak..


p/s; saya sayangkan teman sepengajian . bukan dalam gambar ni sahaja. akan merindui mereka nanti.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...