Tuesday, May 8, 2012

buku lagi

pesta buku dah pun melabuh tirai.

dapat pergi sehari saja dan hanya 2 buku je beli secara express. dengan keterbatasan masa dan wang. buku Di hamparan Shamrock dan Badiuzaman Said Nursi sudah selamat berada di pustaka mini.


Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu tulisan ust Hasrizal

sebelum saya menulis blog lagi saya sering mengikuti penulisan ust ini. kebanyakan bukunya saya beli walaupun sudah ada dalam web beliau. entah kenapa saya begitu suka dengan tulisannya. saya pasti bukan saya sorang sahaja tapi beribu ribu lagi peminat dia.

saya tidak suka dengan buku yang bercerita meleret leret. biasanya bila penulisnya adalah perempuan. hendak sampai kepada satu point perlu melalui jalan yang jauh. seperti loose of association. saya suka straight to the point dan buku ust sangat bagus. susah bosan membaca bukunya dan itu salah satu sebab saya meminatinya. kurang buang masa nak baca.

membaca perjalanan hidup manusia ni sangat menarik. bak kata ustaz Hasrizal dalam buku ini " Hendak Menjadi Pendakwah Perlu Minat Dengan Manusia". mengetahui situasi dan tindak balas manusia padanya adalah crucial bagi seorang pendakwah. kerana pendakwah itu harus tahu keadaan mad'unya sebelum berdakwah.

dalam penulisannya sangat padat dengan perjalanan hidupnya. setiap padanya di datangkan hikmah dan pengajaran. bukankah sekeliling kita adalah pembelajaran bagi kita. penulisan saya juga menjerumus pada perjalanan dan pembelajaran.

bagi  seseorang yang berjalan menuju tuhannya akan ada padanya syuhud atau penyaksian akan tauhid pada tuhannya. pernahkah terfikir kenapa adanya kitab Al Hikam?

kitab yang mengumpulkan sejumlah kata kata hikmah. yang paling popular adalah Kitab Hikam Ibnu Athoillah dan Imam Arsalan. kata kata mereka di syarahkan. adakah tidak cukup dengan Al quran dan Hadis untuk di syarahkan?

ini kerana mereka ini adalah pada ulama dan orang yang dekat dengan Allah. pentauhidan mereka adalah dengan syuhud di sepanjang perjalanan hidup mereka. dari situ keluarlah kata kata berhikmah berdasarkan situasi yang di lalui mereka.

bukanlah saya mengatakan penulisan ust hasrizal sama dengan al hikam tapi kata kata berdasarkan pengalaman dan penyaksian itu kadang kadang amat praktikal dan realistik.

bukan saya minat dengan kata kata cintan beliau.. jangan salah faham.


Badiuzaman Said Nursi tulisan pak latip

satu satunya buku Pak latip yang saya beli dan baca. sebelum ni cuma lihat dari jauh sahabat membacanya. cuma pada masa tu saya fikir sejarah kosong tanpa pengajaran tidak membangun diri.

tapi tajuk tokoh Badiuzzaman Said Nursi ni menarik minat saya. bermula dengan perbincangan dengan Ust Ghazali di salah satu kem mengenai keadaan turki sekarang. ketika itu ust mengungkapkan nama tersebut dan jasanya hingga kini selepas turki berjaya di ambil oleh islam kembali walaupun dengan sekatan sekatan.

Said Nursi juga jarang jarang sekali di ceritakan memandang beliau adalah penggerak gerakan islam menentang kezaliman kerajaan pastilah susah untuk disebut di Malaysia khasnya.

ingin saya tahu bagaimana Risalah An nur tulisannya menjadi pembangkit bagaikan Al Quran bagi pengikutnya pada masa di mana quran hanya dalam bahasa turki.

badiuzzaman adalah pejuang gerakan islam di zaman sekular paling hebat

belum habis baca lagi kedua duanya...


saya suka beli buku yang ringkas ringkas begini untuk meningkatkan kefahaman. sayang rasanya nak beli buku tebal karang ulama seperti tafsir ibnu kathir, fiqh sirah, hadis bukhari dan muslim  kecuali jika ada keperluan sebab:

1. mahal , tak mampu
2. sudah ada dalam internet
3. baca sendiri tidak akan habis (baik pergi pengajian)
4. semua sudah ada kt rumah tetapi dalam bahasa arab (baik belajar bahasa arab)

baca buku juga perlu ada target. bukan main hemtam aja.

p/s: circadian sleep disorder
       mode SSM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...