Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

buku lagi

pesta buku dah pun melabuh tirai.

dapat pergi sehari saja dan hanya 2 buku je beli secara express. dengan keterbatasan masa dan wang. buku Di hamparan Shamrock dan Badiuzaman Said Nursi sudah selamat berada di pustaka mini.


Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu tulisan ust Hasrizal

sebelum saya menulis blog lagi saya sering mengikuti penulisan ust ini. kebanyakan bukunya saya beli walaupun sudah ada dalam web beliau. entah kenapa saya begitu suka dengan tulisannya. saya pasti bukan saya sorang sahaja tapi beribu ribu lagi peminat dia.

saya tidak suka dengan buku yang bercerita meleret leret. biasanya bila penulisnya adalah perempuan. hendak sampai kepada satu point perlu melalui jalan yang jauh. seperti loose of association. saya suka straight to the point dan buku ust sangat bagus. susah bosan membaca bukunya dan itu salah satu sebab saya meminatinya. kurang buang masa nak baca.

membaca perjalanan hidup manusia ni sangat menarik. bak kata ustaz Hasrizal dalam buku ini " Hendak Menjadi Pendakwah Perlu Minat Dengan Manusia". mengetahui situasi dan tindak balas manusia padanya adalah crucial bagi seorang pendakwah. kerana pendakwah itu harus tahu keadaan mad'unya sebelum berdakwah.

dalam penulisannya sangat padat dengan perjalanan hidupnya. setiap padanya di datangkan hikmah dan pengajaran. bukankah sekeliling kita adalah pembelajaran bagi kita. penulisan saya juga menjerumus pada perjalanan dan pembelajaran.

bagi  seseorang yang berjalan menuju tuhannya akan ada padanya syuhud atau penyaksian akan tauhid pada tuhannya. pernahkah terfikir kenapa adanya kitab Al Hikam?

kitab yang mengumpulkan sejumlah kata kata hikmah. yang paling popular adalah Kitab Hikam Ibnu Athoillah dan Imam Arsalan. kata kata mereka di syarahkan. adakah tidak cukup dengan Al quran dan Hadis untuk di syarahkan?

ini kerana mereka ini adalah pada ulama dan orang yang dekat dengan Allah. pentauhidan mereka adalah dengan syuhud di sepanjang perjalanan hidup mereka. dari situ keluarlah kata kata berhikmah berdasarkan situasi yang di lalui mereka.

bukanlah saya mengatakan penulisan ust hasrizal sama dengan al hikam tapi kata kata berdasarkan pengalaman dan penyaksian itu kadang kadang amat praktikal dan realistik.

bukan saya minat dengan kata kata cintan beliau.. jangan salah faham.


Badiuzaman Said Nursi tulisan pak latip

satu satunya buku Pak latip yang saya beli dan baca. sebelum ni cuma lihat dari jauh sahabat membacanya. cuma pada masa tu saya fikir sejarah kosong tanpa pengajaran tidak membangun diri.

tapi tajuk tokoh Badiuzzaman Said Nursi ni menarik minat saya. bermula dengan perbincangan dengan Ust Ghazali di salah satu kem mengenai keadaan turki sekarang. ketika itu ust mengungkapkan nama tersebut dan jasanya hingga kini selepas turki berjaya di ambil oleh islam kembali walaupun dengan sekatan sekatan.

Said Nursi juga jarang jarang sekali di ceritakan memandang beliau adalah penggerak gerakan islam menentang kezaliman kerajaan pastilah susah untuk disebut di Malaysia khasnya.

ingin saya tahu bagaimana Risalah An nur tulisannya menjadi pembangkit bagaikan Al Quran bagi pengikutnya pada masa di mana quran hanya dalam bahasa turki.

badiuzzaman adalah pejuang gerakan islam di zaman sekular paling hebat

belum habis baca lagi kedua duanya...


saya suka beli buku yang ringkas ringkas begini untuk meningkatkan kefahaman. sayang rasanya nak beli buku tebal karang ulama seperti tafsir ibnu kathir, fiqh sirah, hadis bukhari dan muslim  kecuali jika ada keperluan sebab:

1. mahal , tak mampu
2. sudah ada dalam internet
3. baca sendiri tidak akan habis (baik pergi pengajian)
4. semua sudah ada kt rumah tetapi dalam bahasa arab (baik belajar bahasa arab)

baca buku juga perlu ada target. bukan main hemtam aja.

p/s: circadian sleep disorder
       mode SSM

Friday, February 18, 2011

murabbi cinta, seorang nabi

(suka post ni, jangan baca ia seperti entri saya yang lain.. feel it..)


“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.



“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:
Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…
Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.
Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

 Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kami rindukanmu.

Murabbi cinta!

-saifulislam-

Wednesday, February 9, 2011

mesir, arab dan kita

ada apa dengan Mesir?

bila di sebut mesir apakah yang pertama terbayang di kepala. piramid atau Al Azhar. jika piramid maka meterialistik la anda. piramid hanyalah sebuah binaan purba. di tempat lain juga ada binaan purba cuma bentuknya sahaja yang lain. apa yang popular pada Mesir universiti Al azharnya serta tempat tempat pengajian agama yang lain yang melahirkan beribu-ribu ulama serata dunia. merupakan universiti yang tertua di dunia.

mesir juga tempat lahirnya gerakan islam ikhwanul muslimin yang di asas oleh imam Hassan Al Banna. gerakan islam yang terurus pertama yang lahir selepas kejatuhan khalifah uthmaniah. yang menjadi rujukan kepada para gerakan-gerakan islam di dunia. semuanya pernah berada di bawah tarbiyahnya.

bila di sebut mesir juga pasti kita teringat kisah dalam Al quran. tempat lahirnya nabi Musa dan juga tempat kepala kepada segala syirik yakni firaun. pertembungan antara pesuruh tuhan dan pengaku sebagai tuhan ini tercatit dalam Al quran. bagaimana firaun yang telah mengaku sebagai tuhan beratus-ratus tahun di tenggelamkan dalam laut merah yang tidak mungkin di fikirkannya sepanjang hidupnya yang sentiasa di junjung manusia ketika itu. masyaAllah.. hebat sekali kisahnya. menunjukkan perancangan Allah sangat terperinci dan kadang-kadang tidak terlintas di dalam kepala manusia.

tapi sayang, ketika kita di malaysia di hidangkan dengan kisah-kisah diatas rupa rupanya sudah berpuluh puluh tahun negara itu di perintah dengan regim yang zalim. sebelum regim hosni mubarak lagi. tak pernah pun kita tahu melalui akhbar-akhbar tempatan.  pembunuhan-pembunuhan kejam terhadap pejuang islam di sana juga kita lupa sehingga baru-baru ini seperti syed qutb, mustafa masyhur, said hawa dan hassan al banna sendiri. regim ini jugalah yang menghulurkan persahabatan dengan Israel dan Amerika menyekat Palestin menyebabkan rakyat palestin mati kelaparan dan di bunuh. maka tidak hairanlah apa yang di fatwakan oleh syeikh Dr Yusof al qardawi bahawa sesiapa yang mati dalam demonstrasi itu adalah syahid.

“ Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’'. - Dr Yusuf Al-Qardawi - 
ada apa dengan arab?

kalau dulu kita melihat orang memakai jubah itu satu perkara yang akan mengangkat darjat. di hormati. lama kelamaan kita sedar bahawa semua orang arab adalah memakai jubah berserban. tapi tidak semua baik dan alim. ada yang melompat-lompat menonton bola sepak. ini kerana itu pakaian biasa mereka. bagaimana kita boleh menghormati seseorang hanya dengan memakai jubah? malah kita kadang kadang saya sendiri pernah menyangka semua orang arab itu baik.

kerana nabi pesuruh Allah itu di lahirkan di kalangan orang arab. bukanlah bangsa arab dan bahasa arab mulia melainkan ia di muliakan oleh islam. Allah telah memilih mereka untuk mula dan menyebarkan islam itu dan atas usaha merekalah nikmat islam itu sampai kepada kita.


Kita adalah bangsa yang hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Walau mana sekalipun kita mencari kemuliaan dengan apa yang Allah muliakan, maka kita akan dihina oleh Allah( Umar Al Khattab)

kesempatan cuti saya dapat bersama TGNA bersolat hajat di medan ilmu. menangis tok guru di akhir doanya buatkan saya sendiri tidak tahan. masyaAllah, sayu sekali bagaimana beliau menyentuh hati hati manusia. doa yang di tangisi bukanlah berkisar tentang mesir atau politik tapi tentang kematian dan perjuangan. moga di panjangkan usia, kerana umat islam masih memerlukanmu.

Tiada seorang pun yang lebih mulia daripada orang lain, melainkan berdasarkan agamanya, dan taqwanya. Manusia semuanya adalah keturunan Nabi Adam AS, dan Nabi Adam AS daripada tanah. Tiada kelebihan pun bagi Bangsa Arab berbanding Bangsa Non-Arab. Begitu juga tiada kelebihan pun bagi Bangsa Non-Arab berbanding Bangsa Arab. Tiada kelebihan pun bagi orang yang berkulit putih, berbanding kulit hitam. Begitu juga tiada kelebihan pun bagi kulit hitam berbanding kulit putih,.. melainkan dengan taqwa ( hadis)


wallahua'lam

p/s: ramai dah menyatkan sokongn pada rakyat mesir, kerajaan malaysia biler lg?

Tuesday, January 25, 2011

ramainya nak jadi solehah..

kat blog ni ade stat, selalu jugak la tengok nak tengok respon pembaca. dah beberapa bulan saya perhati yang paling tinggi dan still maintain sambutannya adalah post' ciri ciri wanita solehah idaman lelaki soleh' ramai yang datang by search google. biasa perkataan yang di search adalah' wanita solehah' 'wanita idaman lelaki soleh' dan seumpama dengannya.

alhamdulillah ramai benar yang mahu menjadi solehah..

susah ke nak jadi solehah? kena cari dalam internet ke?

perlu di ketahui solehah adalah akhlak seseorang. akhlak bukanlah sesuatu yang sementara atau palsu. jika dia hanya baik pada suatu ketika bukan di panggil solehah lagi. akhlak adalah sesuatu yang lahir dari proses yang panjang.

untuk menerangkan perkara ini, suka saya mengambil apa yang ust hasrizal terangkan. mungkin lebih senang untuk di fahami. pernah dengar hadis jibrilkan. hadis yang bila mana jibril menyerupai manusia dan duduk di depan nabi sambil di perhatikan oleh sahabat bertanyakan apa itu iman ,islam dan ehsan. inilah asas kita dalam beragama.

kalau kita biasa dengar dengan perumpamaan sebuah pokok di gambarkan kepada iman, islam dan ehsan. ust hasrizal mengumpamakan ia dengan input -proses- output. input adalah akidah kita, proses adalah islam atau ibadat yang kita lakukan dan output adalah ehsan ataupun akhlak kita. ia harus mengikut flow ini. tanpa akidah, ibadat kita ibarat ritual, tanpa ibadat tidak adalah solehahnya.

abe sob pernah komen dalam blog ini' ana harap anta dapat isteri yang solehah bukan hanya pakai tudung jenama solehah'

tepat sekali komennya. memakai tudung bukanlah bererti dia seorang yang solehah. kerana memakai tudung itu adalah ibadat atau proses. tapi yang solehah itu pasti akan memakai tudung.  kerana output kepada memakai tudung itu adalah akhlak yang mulia.

sudah faham atau pening?

kesimpulannya mahu menjadi solehah/soleh perlu ada akidah yang mantap, ibadat yang tetap..

wallahua'lam

p/s: risau pulak bila tulis benda ni... kemungkinan besar akan didelete..
doakan ana dpt isteri yng solehah seperti yg dilakukan oleh pai...

Saturday, January 22, 2011

ukhwah atas fikrah



assalamualaikum wrt

setelah seminggu tak dapat internet menyebabkan oatak dah buntu nak tulis apa. sekadar berkongsi pengalaman semasa balik. balik ke kelantan tak pernah mengecewakan. macam macam ada. i love kelantan, tapi nak try tempat lain jugak.

ok, sepanjang berada kat kelantan kebanyakan masa mesti lah berada kat rumah. kat rumah mestilah tido, tengok tv, setiap kali makan mesti tambah 3 kali, borak-borak dengan mak , pegi dengar kuliah maghrib dan kadang-kadang main game dengan adik.


hari rabu habib umar datang ke kelantan. buat kali pertama saya jumpa habib umar kat kelantan. sebelum saya balik terlepas peluang nak pergi kat masjid wilayah sebab tak de kenderaan. kecewa sangat masa tu. alhamdulillah dapat jugak. dua situasi yang berbeza antara KL dengan Kelantan. surprisingly di kelantan lagi ramai yang datang dan kebanyakannya pakai jubah dan serban dan kebanyakannya juga adalah orang-orang muda. kalau di KL ramai jugak tapi orang dewasa. tapi yang sedihnya pengurusan di masjid kat kelantan tak cantik sampaikan programnya tak smooth. tolak menolak berebut bersalam dengan syeikh. saya dapat duk belakang je sebab demikian.


hari jumaat seperti rutin biasa pergi kat medan ilmu dengar kuliah dhuha tok guru nik aziz. rindu sangat nak dengar. dah lama sangat duk KL. balik pun x sempat nak pergi. nasib baik ada FB boleh jugak dengar kt sini. hari tu masuk surah baru iaitu surah al ahqaf. sebelum tu ust nasarudin bagi ceramah dia. semangat macam biasa la dengan humour kenakan kerajaan.


petang tu pulak pegi jumpa kawan kawan satu matrik pahang dulu. pergi main bowling. 6 game beb. banyak giler. tapi orang belanja takkan nak tolak. semua yang datang ambil medik. dari kanan tu amik kat USM KK. tengah tu twinning program dengan UKM-UNPAD yang paling kiri kat Rusia. sedar tak sedar ramai betul kawan saya yang amik medik. tak termasuk kawan satu U la. ramai sangat.. macam medik tu xde pape je. yang paling kiri tu nak kahwin 2/2 ni dengan orang arab. fuyoo. macam tak percaya. carikan satu...

ari sabtu pulak sebelum balik KL jumpa dengan sahabat sekolah maahad dulu. yang ni paling di rindui. tambahan yang paling kiri tu. lama sangat dah tak jumpa lepas abis sekolah. jumpa 2 orang je ilham dengan iqbal. makan dengan kraf. best2.. banyak sangat cerita masing masing. tak berubah ubah. yang paling seronok bila tahu kami bersama dalam satu jalan dan tarbiyah. sungguh gembira..

sepanjang perjalanan hidup ukhwah tercipta,
pelbagai jenis sahabat yang kita jumpa.
susah senang ada yang bersama
tinggal diri yang belum sempurna

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekedar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

apa lagi yang lebih menggembirakan hati bila mengetahui sahabat bersama dalam satu wadah perjuangan, menjalani jalan tarbiyah yang sama yang paling penting terbina atas satu fikrah yang sama.

Oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar aku kehilangan kawan, biar hilang kawan kerana perjuangan, tetapi jangan hilang teman seperjuangan." -Uwais Al Qarni-
wallahutaala'alam
 p/s: jap lg pergi ke perlis menghadiri walimah sahabat, syukri mohd noor. barakallahulakuma. semoga selmat perjalanan
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows ...
Allah knows.... (zain bikha)

Thursday, December 2, 2010

qanaah













kita selalu merasa tidak cukup atas segala anugerah. tanpa sedar kita tak pernah memikirkan mereka yang berada di luar sana di uji dengan pelbagai kepahitan. sedangkan kita hanya tawar sahaja. 

islam sangat cantik dan lengkap. dalam islam ini di panggil qanaah. kita merasa cukup dengan apa yang ada. Allahuakbar. apa yang tak ada dalam islam? semua lengkap dan berada dalamnya dah menjadi satu nikmat yang paling besar. tinggal sahaja sejauh mana keimanan dan darjat seseorang.

nak kaya pun kena ada sifat ni. tak percaya? 

ni kata-kata orang ke dua terkaya di dunia...

tapi kata-kata siapa yang lebih agung dari nabi Muhammad kan.

Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang."
(Muttafaq 'alaih).


p/s: post ni banyak gambar. mind work with pictures right?

walaupun qanaah bukan bererti setuju dengan kenaikan minyak. kezaliman harus di tentang.


masih mengidamkan iphone 4.. ishk2

Wednesday, May 19, 2010

anonymous atau posmen

kadang kadang rasa menyesal la pulak letak nama sendiri kat blog ni. walaupun nama ni jarang-jarang jadi nama orang sebab ada AL. tapi orang tetap tahu sebab kebanyakan yang baca adalah kawan-kawan je. kalau rahsiakan, sapa yang nak baca pulakkan. takkanlah diorang ni tiba-tiba nak baca sedangkan beribu-ribu lagi blog yang lebih menarik dari ini.

dengan keadaan sekarang saya dengki pulak dengan anonymous-anonymous dalam blog ni. best je diorangkan. komen mengomen. taukah kamu betapa saya hendak tahu siapakah gerangan tuan anonymous sekalian?

selain dari keadaan sekarang, saya juga macam ada resistant bila menulis. terutama hal politik. maklumlah, masih seorang pelajar. katanya tidak boleh berpolitik. nak komen banyak-banyak pun susah jugak. padahal isu-isu yang ada bukanlah politik sangat. tapi lebih kepada kelemahan seseorang. saja ia di politik kan untuk menutup kelemahan itu dan menjaga kepentingan-kepentingan peribadi.

tahukah bahawa kita sebagai pendakwah ini seperti posmen. kita menghantar surat-surat atau amaran yang dikirimkan oleh Allah. kenapa mahu di salahkan kita? adakah bila posmen menghantar surat amaran untuk memotong elektrik, kamu akan memarahi posmen itu? tentu tidak. yang menjadi masalah antara TNB dengan tuan rumah itu.  sebagai orang tengah apa salah kita?

jadi, untuk diri saya sendiri. tak perlu menyembunyikan diri. sampaikan walaupun pahit. kerana tidak ada satu kesalahan pun padanya.


kepada gerangan anonymous yang hadiahkan quran pada saya, belum saya ucapkan terima kasih. jazaka/illah. quran ni telah menjadi satu-satunya quran saya kat kolej setelah yang asal tertinggal kat tanjung karang. moga setiap amalan saya dengan quran ni ada ganjarannya kepada kamu.

wallahua'lam

p/s: masa terluang ni banyak pulak baca pasal politik. hurmmm..

Sunday, April 18, 2010

ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Bagaimana sahabat, tersentuh kah hatimu, moralnya Luahkanlah rasa kasih dan sayang kepada ibu kita, semasa ibu kita masih hidup. Ini mungkin agak ganjil dilakukan oleh kita. Ini mungkin kerana budaya Timur, tetapi untuk orang Barat meluahkan kasih sayang terhadap ibu atau bapa, isteri atau suami dan anak adalah perkara biasa bagi mereka (mengikut pengalaman sendiri).

p/s: betul2... tersentuh x?
      teringat mase kecik2.. sayang maaa

Saturday, March 13, 2010

dialog..


buat masa-masa krikital saya yang terpaksa reseat 2 posting menyebabkan hilang mood untuk menulis. beginilah hidup saya sepanjang mengambil coz medic. tidak pernah dapat bercuti lebih dari 2 minggu. Allah selalu menjaga saya supaya tidak terlalu lalai dengan bercuti. alhamdulillah.

tapi sayangkan blog ini kosong sepi tanpa pengunjung. blog ini teman setia saya. pembaca pun dah kira 'keluarga'. banyak yang bagi sokongan walaupun sekadar nama anon. terima kasih. blog ni juga tempat saya berdakwah secara bebas. berdakwah di luar memerlukan banyak aggravating factor. tambahan pula jika mahu berdakwah kepada non muslim. sungguh payah. jadi saya tinggalkan dialog yang menarik di bawah. moga terungkai segala persoalan yang mungkin kita tahu tapi tidak faham. moga ada manfaat.

Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.

    Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:

    Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
    Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
   
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya? , Pada tahun berapa Dia ada?
    Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
   
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
    Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
   
Atheis : Ya.
    Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
   
Atheis : Tidak ada angka (nol).
    Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

    Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
    Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
    Atheis : Ya, sudah tentu.
    Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
    Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
    Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

    Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
    Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
    Atheis : Ya, pernah.
    Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
    Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
    Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
    Atheis : Ya, masih ada.
    Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
    Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
    Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!

    Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
    Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
    Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
    Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

    Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
    Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
    Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
    Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
    Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
    Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

    "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanyak Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanya an saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.


wallahu'alam

Sunday, February 28, 2010

sedih...

 

masa jalan-jalan di alam maya, saya menziarahi blog kickdefella. hebat tulisan dia. seakan-akan ingin menjatuhkan TGNA. bukanlah saya bermaksud berpolitik dan fanatik dengan TGNA tapi kalu nak dibandingkan kedua mereka, saya memilih mereka yang lebih kuat beragama. kerana saya percayakan agama.mereka yang mempelajari ilmu agama. ikuti pandangan seorang penulis habiburahman el shirazy, penulis buku ketika cinta bertasbih mengenai tok guru dan kelantan

Siang itu, 14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu. Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui.

Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dan ganti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia. Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri Besar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya, jika bukan untuk urusan negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini, pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.” Selama tiga hari juga, saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata, "Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baikbaik. Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkutpautkan dengan negara."

Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar. Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, "Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

p/s: esok osce medicine, then jkm. arini nk g melawat ktsn

Thursday, August 13, 2009

Ust Asri rabbani


Terkejut saya bila mendengar berita pagi tadi bahawa penyanyi utama kumpulan rabbani ,ust asri telah pula pulang ke rahmatullah.
rasanya baru sebentar tadi saya menikmati persembahan penuh pengertian di Konsert antara Dunia yang dianjur oleh gamis dengan Rabbani production.


saya mula meminati rabbani apabila keluarnya lagu pergi tidak kembali yang boleh meremang bulu roma andai kata di hayati liriknya. biarpun pada masa itu hingga sekarang masih ada yang tidak setuju dengan pembawaan nasyid pop oleh beliau tapi bagi saya ia memberi nafas baru terhadap industri nasyid yang ketika itu kelihatan merosot sebentar.

tidak seperti nasyid-nasyid lain yang bertemakan cinta dan kasih sayang, rabbani membawa nasyid yang di kira memberi kesedaran andai kata di hayati kata demi kata. itu lah yang saya kagum dengan mereka. mereka juga membawa lagu yang mengikut acuan masa seperti intifadah. saya paling terkesan dengan lagu munajat yang bisa menitiskan air mata.

'Allah andai kata beliau ikhlas dengan perjuangannya, Kau tempatkan dia di kalangan orang yang soleh dan orang-orang yang berjuang pada agamaMu di zaman yang penuh pancaroba ini. amin...'

al fatihah....

munajat

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

urindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Saturday, June 20, 2009

hilangnya sebuah permata...


beberapa hari yang lalu dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang pendakwah dan aktivis serta penulis yang dikenali di seluruh dunia Islam, As-Syaikh Fathi Yakan. Beliau yang merupakan pengarang kitab Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam (Kenapa Saya Menganut Islam) yang menjadi rujukan di dalam program-program usrah dan tamrin telah meninggalkan nama yang harum di dalam medan dakwah.

Sumber AFP menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara Lubnan.

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
sama- sama kita sedekahkan al fatihah dan jgn biarkan ilmu-ilmu beliau berhenti setakat ini shaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...