"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Showing posts with label jemaah. Show all posts
Showing posts with label jemaah. Show all posts
Wednesday, May 16, 2012
Jodoh Dekat
pertama kali saya mengunjungi blog Ust Fathi suami kepada Ustazh Teh.
saya suka baca komen orang pada artikel daripada artikel itu sendiri.
wah, terkejut dengan berjela jela komen pembaca. masing masing sedang mencari jodoh. ada menawarkan diri sendiri. ada yang menawarkan suami.
masing masing mengaku beragama. masing masing jugak hendakkan yang beragama.
sampai begitu sekalikah tahap 'kebujangan' di Malaysia? mengalahkan pengangguran.
Jaringan Alam Maya
perkenalan di alam maya boleh di percayai ke?
banyak yang saya kenal berlainan di alam realitinya.
ada yang outspoken dengan komen komen yang tajam tapi sebenarnya pendiam
ada yang senyap tapi sebenarnya kritikal thinking
yang lebih berat ada yang alim dan warak tapi di luarnya wallahualam..
ada juga yang huha-huha tapi sebenarnya alim dan warak
susah nak di percayai jika berhujahkan pemerhatian di facebook dan blog
jika ingin di nilai dari segi yang tersirat mungkin reliable seperti dia seorang yang berfikir matang dan berpengetahuan
termasuk saya sendiri
inikan pula jika ingin mencari jodoh
'Ustaz' Jahat
semasa posting Paediatric di HKL saya bertanyakan kepada seorang ibu patient yang membawa anaknya ke situ untuk chemotherapy di sebabkan kanser.
menangis dia menceritakan dia di tinggalkan oleh suaminya sudah beberapa bulan. seorang USTAZ.
suaminya itulah yang membawa dia memasuki islam . berkahwin pun kerana berharapkan dapat di bimbing. tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.
"nama je ustaz" katanya
sedih bila gelaran Ustaz yang mulia pada suatu ketika dahulu malah lebih mulia daripada gelaran doktor menjadi demikian. fitnah ini meluas dengan di bantu oleh carekarama yang menunjukkan semua ustaz seakan gila seks.
saya hanya mendengar dan berkata sabar.
sungguh Alim dengan agama dan Faqih dalam beragama itu adalah suatu yang berbeza
mana satu yang kita nak?
Jodoh Itu Dekat
kata ustaz ( tak ingat yang mana) jodoh itu dekat di kalangan kita. jarang sekali ia dengan seseorang yang jauh
keluarga saya boleh di katakan pro aktif dalam memilih jodoh terutama ayah saya. mereka amat memilih dalam hal jodoh anak anak. kami ada Ustaz yang yang tolong mencarikan. namanya Ustaz Redhuan yang memang kenal dengan keluarga kami. Jaringan Ustaz ini juga luas merangkumi pelajar pelajar Al Azhar dan orang orang baik yang lain.
kakak saya telah di jodohkanya dengan seorang graduan Al Azhar. yang juga adalah senior abang saya. yang juga kawan kepada jiran saya. yang juga senior kepada sahabat saya. kan dekat tu.
bagi saya Dekat itu juga bermaksud kelompok yang kita berada.
Lelaki yang Baik untuk Perempuan yang Baik bermula daripada kita yang berada di kelompok yang Baik
kalau kita mahukan seseorang yang soleh tapi tidak pernah kenal atau dekat dengan orang orang yang soleh , mana mungkin akan dapat yang soleh.
dengan mengaku diri seorang yang soleh adalah tidak cukup. kerana bagi orang yang soleh itu mencari dengan melihat sahabat sahabat soleh sekelilingnya.
dekatkanlah diri dengan mereka yang soleh lagi musleh di samping membaiki diri
kerana jodoh itu dekat
Jika Masih Tak Dapat??
Poligami
penyelesaian yang Allah berikan kepada umat islam
kerana benar Allah jadikan perempuan itu lebih ramai dari lelaki
dan juga untuk memelihara nasab
** lelaki suka jika perempuan membenarkan poligami walaupun dia bukan nak poligami pun.
moga Allah kurniakan yang Terbaik kerana Dia tahu apa yang Terbaik
jangan lupa bidadari dan bidadara di syurga..
p/s: macam berkata lebih lebih pulak dengan diri yang tak settle.
point yang utama ada dampingi orang soleh dan alim ulama', insyaAllah yang lain akan menyusul
cakap memang senang..
wallahua'lam
Monday, April 30, 2012
BERSIH 3.0
kesannya amat terasa
social network amat berperanan
perasaan yang bercampur baur
marah dengan segala fitnah
geram dengan tohmah
sedih dengan sahabat yang 'beragama'
kecewa dengan yang degil
bersalah dengan yang cedera
tapi SABAR
tetap yakin dengan tindakan
yakin dengan kepimpinan ulama
yakin dengan ijtihad dan hujah
kesan yang baik akan tiba
kerajaan sudah sedar dia di ambang kejatuhan
rakyat kembali tenang
negara dapat di selamatkan
cuma SIKAP kita
harus tenang
jangan lemas bersama kejahilan
jelaskan kebenaran dan tunjukkan kebaikan
jauhkan cacian dan celaan
andai mereka tidak dengar hujah kita
haraplah Allah akan mendengarnya
istighfarlah andai itu dosa kita
di Zaman Selepas Abrahah
ampunkanlah segala dosa kami dan penilaian lemah kami..
p/s: kehadiran ust hasrizal amat menenangkan..
social network amat berperanan
perasaan yang bercampur baur
marah dengan segala fitnah
geram dengan tohmah
sedih dengan sahabat yang 'beragama'
kecewa dengan yang degil
bersalah dengan yang cedera
tapi SABAR
tetap yakin dengan tindakan
yakin dengan kepimpinan ulama
yakin dengan ijtihad dan hujah
kesan yang baik akan tiba
kerajaan sudah sedar dia di ambang kejatuhan
rakyat kembali tenang
negara dapat di selamatkan
cuma SIKAP kita
harus tenang
jangan lemas bersama kejahilan
jelaskan kebenaran dan tunjukkan kebaikan
jauhkan cacian dan celaan
andai mereka tidak dengar hujah kita
haraplah Allah akan mendengarnya
istighfarlah andai itu dosa kita
di Zaman Selepas Abrahah
ampunkanlah segala dosa kami dan penilaian lemah kami..
p/s: kehadiran ust hasrizal amat menenangkan..
Saturday, January 21, 2012
mana yang terbaik
" macam mana nak pilih jemaah yang terbaik untuk kita?" tanya seorang muslimat dalam satu sesi
" hurm.. sedar tak kita selalu fikirkan apa yang terbaik untuk kita tetapi jarang sekali fikir apa yang Allah nak pada kita" jawab saya.
" maksudnya?" tanya dia sedikit kekeliruan
" hidup ini memang Allah berikan banyak pilihan, paling kurang pun antara 2 pilihan. tapi Dia tak biarkan begitu saja. telah di turunkan petunjuk dan model yang perlu di ikut. itulah apa yang Allah Nak"
" terbaik bagi kita tak semestinya terbaik untuk Allah. susah dan senang bukanlah penentu"
" jika jalan itu susah , bukankah itu satu mujahadah? lupakah kita janji Allah bahawa ' dia tidak akan membebani mereka selain apa yang mampu mereka tanggung'"sambung saya lagi.
setelah jelas bagaimana harus memilih barulah saya teruskan dengan hujah yang mana patut di pilih. logik akal, hadis dan pandangan ulama saya kemukakan semampu mungkin agar mereka faham dan jelas. merekalah pelapis kepada perjuangan. biarlah mereka yang menilai dengan hati yang bersih.
menyampaikan ilmu adalah perkara sunnah para anbiya dan para ulama'. suka saya jika di berikan kesempatan untuk memberi semampu mungkin. blog ini adalah salah satu medium yang saya tidak terikat pada mana mana organisasi dalam menyampaikan.
'sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat'
agar dapat menyentuh sedikit hati mereka yang mendengar , membaca dan melihat . saya hanya insan kerdil yang amat jahil tapi bercita cita besar menuju Allah dengan hati yang Salim.
wallahua'lam
p/s: tak suka marah marah orang walaupun penah cuba.. :(
blog ni jarang berbicara pasal perjuangan, jemaah dll ye. urmm..
Subscribe to:
Posts (Atom)


