Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0

kesannya amat terasa

social network amat berperanan

perasaan yang bercampur baur

marah dengan segala fitnah

geram dengan tohmah

sedih dengan sahabat yang 'beragama'

kecewa dengan yang degil

bersalah dengan yang cedera

tapi SABAR

tetap yakin dengan tindakan

yakin dengan kepimpinan ulama

yakin dengan ijtihad dan hujah

kesan yang baik akan tiba

kerajaan sudah sedar dia di ambang kejatuhan

rakyat kembali tenang

negara dapat di selamatkan

cuma SIKAP kita

harus tenang

jangan lemas bersama kejahilan

jelaskan kebenaran dan tunjukkan kebaikan

jauhkan cacian dan celaan

andai mereka tidak dengar hujah kita

haraplah Allah akan mendengarnya

istighfarlah andai itu dosa kita

di Zaman Selepas Abrahah



                             ampunkanlah segala dosa kami dan penilaian lemah kami..

p/s: kehadiran ust hasrizal amat menenangkan..

Wednesday, April 25, 2012

BERSIHkan hati


pernah sekali dalam perbincangan saya dengan abah tentang manusia. katanya..

"apa yang belajar di sekolah itu adalah pada pembentukan luaran"

"tapi perasaan dalaman itu perlu ada seperti belas kasihan, kasih sayang. yang itu kita kena teliti"

saya faham apa yang di maksudkan. pada luaran itu adalah syariat/ fiqh yang biasa kita belajar. semua jika belajar pasti akan dapati. tapi dalaman itu adalah pembentukan hati. perasaan perasaan inilah yang membentuk akhlak seseorang.

dan ia adalah saling berkaitan

dalam pembersihan ini ikutan atau murabbi adalah Imam Al ghazali

dalam psikaitri ada satu therapy bagi pesakitnya.

CBT ataupun cognitive behavioral therapy

ia berdasarkan theori bahawa setiap perbuatan itu berkaitan apa yang di fikirkan.

contohnya: jika seseorg itu takut kerana merasakan orang mengintip dia. biasanya pesakit psychosis. kita akan nasihat dia cuba melawan dengan berfikir, kenapa hendak initip aku? kenapa tak intip orang lain? persoalan logik ini akan buat orang tu akan buat dia rasa silap pada fikirannnya. menjadikan kelakuaannya tidak sentiasa ketakutan

begitulah imam al ghazali ada mengajar kita.

dengan memkikirkan sesuatu menyebabkan kita bertambah tawadhuk. menghilangkan rasa ego dan takabur.

Imam ghazali berkata:

Janganlah kamu terasa lebih mulia daripada orang lain kerana itu adalah salah di sisi syara'


jika kamu melihat kepada orang muda, sesungguhnya dia terlebih mulia dari kamu kerana dosa dan maksiatnya sedikit berbanding kamu


jika kamu melihat orang yang lebih tua, sesungguhnya dia terlebih mulia dari kamu kerana ibadatnya lebih banyak dari kamu


jika melihat orang yang jahil, sesungguhnya dia lebih baik dari kamu kerana melakukan dosa tanpa ilmu sedangkan kamu berbuat dosa dengan ilmu. dan kemungkina bila dia sempat bertaubat sebelum mati dan kemungkinan itu dia lebih mulia dari kamu


jika melihat orang yang Alim, sesungguhnya dia lebih mulia kerana banyak ilmu dan kelebihan ada padanya berbanding kamu


jika kamu melihat orang kafir, mungkin dia akan memeluk islam pada akhirnya dan dosa dosa yang lalu semua di ampunkan dan kamu belum tentu lagi pengakhirannya 

inilah yang di ajar supaya kita sentiasa tunduk seperti yang di tunjukkan para ulama terdahulu.

agar hati kita BERSIH dari segala sifat mazmumah..

BERSIH adalah fitrah

BERSIH dari DOSA

semua orang suka akan BERSIH.

Islam suka,

Nabi pun suka,

Iman pun suka

Para Ulama pun suka

kenapa ada yang tak suka?

sokong BERSIH!!!

                                      gambar ini tiada kena mengena dengan artikel. kikiki


p/s: macam mana nak tahu kedudukan hati seseorang???
tips medical student posting psiky: CBT boleh guna dalam sume disorder kecuali schizo. kalau schizo bg rehab.

Tuesday, July 12, 2011

malaysiaku..

dah habis seminggu bersama dengan team peadiatric. sangat sangat best. terutama dengan Mr Halim. beliau begitu meng'inspire'kan.

melihat lagaknya begitu suka dengan sejarah. beliau menceritakan sejarah malaysia pada satu ketika di ward round. katanya previous leader kepada malaysia sangat hebat. sungguh visionary. Tun abd razak itu membawa perubahan besar kepada negara terutama dalam bidang pendidikan. pendidikan kita pada hari ini lahir dari dia yang mewakili malaysia pada waktu malaysia lemah walaupun sudah merdeka ke perhimpunan olimpik. semua rakyat ketika itu tidak tahu apa apa kerana baru lepas di jajah. dan dia adalah chanselor UKM yg tunggal tidak ade title raja. hebatkan.

itu zaman dahulu. pemimpinnya fikirkan akan negara dan rakyat. mereka adalah yang paling bijak antara orang malaysia yang lain dalam pengurusan dan sebagainya. tidak seperti sekarang. pemimpinnya hanya tahu menjaga perut masing masing. rakyat miskin terus di tindas, segelintir mereka yang senang terus dengan kesenangan. dunia di hidangkan dengan bangunan bangunan yang cantik, di sorokkan pondok pondok buruk.

perhimpunan bersih kali ini benar benar memberi impak di kampus saya. di fb masing masing dengan pandangan. semestinya ada 2 pandangan yang berbeza. muka sebenar masing masing telah terlihat. di sini di uji bagaimana pemikiran dan input yang di terima.

apa yang saya nampak ,yang menentang perhimpunan ini adalah di kalangan mereka yang sedang menikmati kesenangan. tidak pernah merasa akan kesusahan. mereka risau akan masa depan kesenangan itu padam. dan datang kesusahan yang belum pernah di alami sebelumnya.

yang menyokong pula kebanyakan dalam kesusahan. mereka sedang bimbang akan masa depan hidup di malaysia ini. dengan minyak yang meningkat naik, barang yang tidak termampu lagi di beli dan pekerjaan yang tidak terjamin. kalau di lihat gambar pun penuh dengan orang orang yang susah.

ade juga yang berpandangan, mesti ada cara lain untuk menuntut keadilan.

bagitahu kat sini apa dia...
sudah banyak yang di lakukan. memorandum, perbincangan di parlimen. semua di tolak mentah mentah. ada juga dengan alasan yang bodoh. bagaikan menghina intelegent orang malaysia. perhimpunan ini adalah langkah yang terakhir.

fikirkanlah, siapa yang mahu suka suka di pukul, suka suka di sembur asap pemedih mata, suka suka di penjara, malah suka suka meninggal dunia?

mereka sudah terdesak dan tiada jalan lain.

lagipun mereka bukan nak tukar kerajaan masa berhimpun. mereka hanya menuntut pilihanraya yang bersih. saya tak nampak pun apa masalahnya. kenapa taknak di ikutnya? adakah hapuskan undi pos merugikan kewangan kerajaan? kalau dakwat tu boleh la nk jadikan alasan. kisah dakwat ni dah ade pada bersih yang pertama. sila baca. alasan bodoh..

paling saya tak suka bila yang berlagak perjuangkan islam. kononnya lah. sedangkan diri sendiri masih belum tentu malah zahirnya belum tertegak islam. tak baca seramai mana komentar para ulama di malaysia tentang perhimpunan. dr asri, us hasrizal, us zaharudin dan lain lain. ke tak pernah dengar nama nama ni? malah mursyid kepada tariqat syaratiah sendiri menghadiri perhimpunan. us zamri icon tv9 pun ade. aiii.. ramai rupanya pejuang islam, ajak pegi surau xnak saje.

bertambah tambah perasaan geram ini dengan berita berita di media masa dan elektronik. bermacam macam yang di ulas dengan tidak logik. lebih menyedihkan bila mereka yang punya akses internet yang meluas mempercayainya. tak tau dah nak cakap apa. moga moga terbuka luas kebenaran nanti.

al fatihah kepada Allahyarham en baharudin yang meninggal semasa perhimpunan tersebut. moga Allah merahmatimu. tuntutlah keadilan di atas kezaliman kepdamu di hadapan Allah nanti.

satu pengalaman yang amat baik buat saya.

jatuhkan kezaliman, naikkan kebenaran

wallahuallam

Sunday, February 20, 2011

undilah saya!!!


"nape ko x jadi calon?" tanya hafiz dan owen masa makan-makan kat carl's jr.

"x bleh. aku ada bad history" jawab saya. tak tahu nak jawab apa. memang saya ada bad history pun. dalam akademik.

teringat masa 2nd year dahulu. soalan sama jugak asyik di tuju. masa tu memang tak tahu nak jawab apa. ramai expect saya yang naik akibat ternampak saya pergi kursus kepimpinan MPP tu. lagipun masa tu nak lawan orang yang hebat dan satu batch jugak iaitu shamil. apa yang selalu saya jawab adalah ia bukan keputusan saya. memang begitu. masa tu calonnya juga adalah idrul. gambar di atas.

kenapa nak undi dia?

jawapan mudah kalau saya la mesti la sebab dia belajar medic. medic tidak sama sekali dengan coz lain. jauh bezanya. kalau orang kata poyo je belajar medic tu susah amik la kalau boleh. banyak dalam doa saya mintak di permudahkan sepanjang belajar ini. berapa kali jugak saya melihat dan alami sendiri wajah-wajah kekecewaan. bangun pagi dengan gelabahnya untuk berhadapan dengan doc kat hospital. mereka yang amik medic je tahu bagaimana keadaan pelajar medic.

menarik jugak manefesto yang di tujukan. pasal gerenti letter(GL). memang menyusahkan pun. bayangkan kita yang lemah longlai sakit nak naik pejabat amik GL dulu baru nak pg klinik. kalau orang amikkan takpe lah. nak amik awal? mana la tahu sakit biler. GL tu pun valid untuk sebulan kalau tak silap. guna kad matrik sude. apa la menyusahkan. bagus2. Idrul tahu apa masalah student.

tahun ni dah saya rasa masing masing dah tunjuk puak-puak mereka. tidak lagi seperti post saya sebelum ni masa PRK yang lepas. so semua mesti dah tahu apa itu gabungan mahasiswa dan aspirasi. apa yang diperjuangkan mereka. kalau tak tahu tanya. Idrul berada dalam gabungan mahasiswa. jadi dia menymbangkan kerusi untuk GM dalam PRK ini. kerusi ini penting untuk menentukan siapakah yang berada dalam jawatan PMUKM. kerana seperti tahun lepas walaupun calon aspirasi tidak cukup untuk mengisi jawatan ia kosongkannya malah 2 jawatan dimiliki oleh orang yang sama. calon GMUKM yang lain tidak di beri jawatan selain hanya wakil kepada fakulti masing masing. rasa rasa boleh gerak ke?

jadi jangan lupa undilah yang terbaik bagi kamu wahai warga KTDI. jika bertanya di kira di akhirat ke benda ni? memang ada. rujuk web dr asri zainal abidin..

2,4,6,10,11 untuk umum

'undilah saya, calon anda no 2' kata Idrul...

belajar jadi baik..

wallahua'lam

Thursday, October 21, 2010

bengong...

aduh, sape x panas ati tengok benda ni? kalau jahil jangan la tunjuk terang terangan. pegi la belajar ke, menadah kitab ke, masuk kelas fardhu ain sekolah rendah pun dah cukup.


ni satu penghinaan kepada islam. nak terang kat sini pun rasenya sume dah tahu.

bila la dia ni nak turun, tak tahan betul dengar cerita pasal dia. bengong betul..

macam ni masih nak sokong?
pergi la berjuang islam dengan mereka.
bersama agamawan yg berada di sisi mereka
menggunakan islam untuk kepentingan diri

pernah saya berdiskusi dengan kawan, dia cakap kita kena ubah mereka dari dalam. yang masalahnya orang dalam tu bukan persatuan.
kalau macam ni agak-agak berapa tahun boleh ubah? kata 'ulama muda' dah masuk, makin teruk ni.
diorang ni masih boleh di ubah ke?
mungkin ada yang jawab nanti ' boleh, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'
bagi yang lepasan sekolah agama pulak ' boleh, Allah semuanya'

teruskan berdrama...

p/s: dh lama nk post pasal 'drama' tapi belum sedia lg..
      tibe-tibe teringat pada 'golongan yang membantut kemenangan islam' . kalu berada kat mesir tahu la siapa golongan tu..
sumber: (kalau dia tipu saya pun tipu jugak la)
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=221&mode=thread&order=0&thold=0

Friday, May 21, 2010

concernkah?

malam ni saya rasa marah. marah dengan sesetengah orang yang saya kenal. mereka yang bergelar muslim. yang mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. yang tiap harinya berhubung dengan Allah 5 kali sehari. pada tiapnya menyebut selawat keatas nabi. dan setiapnya juga memperbaharui janji setia.

saya akui setiap orang punya cara tersendiri. setiap orang punya pandangan sendiri. tapi bila mereka mempersoalkan tindakan saudara kita yang lain, mereka yang concern terhadap nabi yang selama hidupnya tak pernah tidak memeikirkan tentang umatnya. sehingga saat- saat ajalnya masih merisaukan ummatnya, yang  memboikot. itulah yang saya marah.

walaupun benda yang berlaku hari ini bukanlah baru. jika korang layari internet dengan lama pasti juga berjumpa dengan banyak karikatur yang begitu hina. bukan sahaja itu mereka juga mempersendakan al quran dengan membuat cerita yang jijik kepada asbabun nuzul sesuatu ayat dan hadis. concernkah kita?

saya teringat tentang sejarah bilamana maruah islam begitu tinggi. pabila seorang yahudi mengacau seorang muslimat dengan menyelak kainnya. berita tersebut sampai kepada pemerintah islam di negara lain. dan pemerintah itu mengisytiharkan perang kepada mereka. itu kalu seorang muslimat. inikan pula nabi kesayangan kita Muhammad saw. concernkah kita?

bila mereka ini mengatakan banyak lagi cara lain untuk menunjukkan kemarahan. memang benar. kamu ingat orang muslim semua bodoh? semua cara itu telah kita sedaya upaya laksanakan. bermula dengan pemerintah hingga kepada rakyat. segenap penjuru kita masuk. adakah kamu salah seorang dari padanya???

semua itu menunjukan kita lemah katanya. kita lemah bila kita tidak bersatu. kerana ada orang macam kamu kita lemah. bilamana ramai yang hanya bercakap dan tak memberi sebarang sokongan kita lemah. bersatu adalah sunnah yang di tunjukkan oleh Allah dan rasul. kamu rasa kenapa kita di wajibkan keatas lelaki untuk sembahyang jumaat. agaknya kenapa kemenangan islam itu pabila subuh berjemaahnya sama dengan sembahyang jumaat?.  agaknya kenapa haji itu dilakukan hanya di mekah? itulah syiar. syiar islam.. adakah kamu salah seorang darinya??

sudah tiada apa yang mahu saya katakan. cukuplah jika kamu boleh merenung kembali. islam sedang berada dalam keadaan asing. biar orang kata lemah atau gila. tak kesah. itu yang nabi ajar. jika tidak bersetuju, tidak mengapa. saya bukanlah orang yang tahu. tapi saya CONCERN..

wallahua'lam

Friday, May 7, 2010

lesen judi..

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

asli capital market summit 131107 awang adekTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

worldcup2006 cup 100606 germany costaBeliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
sumber: malaysiakini


-tak faham la dengan cara org islam ni mentadbir.. negara islam la sangat..
duit haram dapat rakyat malaysia nikmati bersama.

Thursday, January 28, 2010

prk: realiti dan harapan


Dalam penulisan ni saya ingin menjadi pemerhati. Menjadi se-neutral yang mungkin. Jika tersilap sila bagitahu. Mana mungkin saya boleh cover semua dengan betul. Mesti ada biasnya. Menjadi pemerhati bukan mudah. Ada sahaja di rasakan tak betul. Sebab itu mane ada pemerhati politik yang boleh kita dengar kat Malaysia ni. Setiapnya pasti ada kepentingan. Kalu tak ada maksudnya tak terkenal lah.
Jika prk menghampiri, ramai yang tertanya apa prk ni? Tak ada fungsi pun. Tak Nampak perubahan pun. Apa tu aspirasi? Apa tu gabungan mahasiswa? Ramai yang tak tahu. Yang tahu mereka yang terlibat dalam tu lah. Dan masing-masing cuba untuk mempromotekan diri dengan pelbagai cara.

Thursday, December 24, 2009

nak menang??? 2


setelah mempunyai blog, saya terjumpa ramai orang, berjenis-jenis, kawan lama, tak penah kenal , yang kenal tapi tak tahu, kawan kepada kawan, kawan kawan kepada kawan dan lain-lain. dapat jumpa mereka buat saya lebih berfikir betapa sempitnya hidup saya. hebat sungguh hidup di alam maya ni. saya bawakan kat sini salah satu post mereka yang saya kira tepat pada masanya (copy lagi la.hehehe).

Kenapa Allah berikan kepimpinan kepada musuh islam?

Dunia ini diibaratkan seperti sebuah hospital swasta. Bayangkan hospital ini saya punya. Saya invest 300 million. Selepas saya bina hospital ini , saya perlu mencari pekerja – MA, MO, specialist, tukang sapu, jaga, tukang dobi. Semuanya dengan kelulusan masing-masing. Walaupun saya tuan punya hospital, tiba-tiba anak saya minta nak kerja dengan saya. Kelulusan anak saya hanya PMR. Saya minta dia jadi tukang dobi. Meskipun saya tuan punya hospital tetapi saya tidak mahu merosakkan hospital ini.

Tapi kalau sebab dia anak saya, saya minta dia pakai labcoat dan pakai stetoskop, masuk bilik bedah dan menyuruhnya melakukan pembedahan dan saya minta anak yang lain pula menjadi pengarah hospital, maka hancurlah hospital. Orang yang ada degree, saya minta jadi jaga di hospital. Akhirnya rosak hancur lebur hospital tersebut.

Dunia ini milik Allah. Siapa menjadi pengarah dunia ini terpulang pada Allah. Dan Allah tidak mahu rosakkan dunia ini. Hari ini umat islam begitu teruk sehingga Allah tidak memberi kepimpinan itu kepada kita.

Setiap hari saya masuk hospital nak mesyuarat. Saya tengok anak saya jaga dobi. Saya abah, sedih tak bila saya tengok anak saya? Hospital adalah milik saya. Mesyuarat dalam bilik, semua orang tunduk kat saya. Saya tengok anak sulung saya jadi jaga. Saya cakap kat anak saya, gaji specialist RM10 000. Gaji jaga dan tukang dobi RM400 tapi kat rumah abah kasi RM20 000. Jangan marah, jangan sedih. Dia pun buatlah dobi, yang sulung jadi jaga.

Allah taala sayang kita. Allah taala kata kita ini semua kalau ucap lailahaillallah akan masuk syurga. Tapi kepimpinan dunia Allah tak beri kat kita. Rosak dunia ini kalau kat tangan kita.

Kita lihat Tunisia bila parti Nahdhah menang, yang mana ketuanya ialah Sheikh Rashid al-Ghannoushi. Saat itu pilihanraya hanya untuk tahu siapa yang kuat sahaja. Bila Sheikh Rashid al-Ghannoushi menang, dia dihukum bunuh. Tapi tak berjaya dihukum bunuh sebab 100 000 ribu orang dari ummah di Tunisia melawan. Akhirnya Sheikh Rashid al-Ghannoushi dibuang ke Britain . Kekallah presidennya Ben Ali yang tidak lulus UPSR dua kali yang kisahnya bermula sebagai driver pegawai tinggi. Dia kemudiannya berkahwin dengan anak pegawai tinggi tersebut. Pegawai tinggi tersebut tengok menantu dia yang bangang itu, takkanlah driver je. Hantar dia ke US , belajar kat sana , balik jadi timbalan menteri dalam negeri dan kemudian menjadi presiden hari ini. Dia mengikut segala telunjuk US . Sheikh Rashid al-Ghannoushi dituduh terrorist oleh akhbar Britain . Dia fight kat makhamah kat Britain dan menang. Akhbar kat Britain yang mengamalkan kebebasan bersuara pun akhirnya minta maaf. Maknanya ada this value kat negara Barat sehingga Allah beri kepimpinan kat dia. Tak beri kepimpinan kepada ummah yang menang AlHaq. Semua ini berlaku di Mesir, Turki dan negara Islam lainnya. Rasuah tidak payah cakap kat negara-negara Islam. Itu sebabnya Allah tidak bagi kepimpinan dunia kepada umat islam. Anak saya tidak cukup syarat, dia kerja dobi tapi di rumah, saya bagi RM20 000 sebulan.

Allah tidak bagi kepimpinan kepada umat Islam tetapi di akhirat nanti Allah bagi syurga.

Tapi adakah kita rela kita dobi sahaja? Alangkah indahnya kalau kita jadi pengarah hospital, specialist. Bila saya tengok anak saya, saya bagi kefahaman kat dia. “Kau kalau belajar betul-betul, ambil SPM, tak dapat biasiswa pun takpe, abah hantar belajar. Duit abah banyak. Belajar sahaja betul-betul”, pesan saya. Setiap kali saya pergi hospital, saya nampak anak saya mula membaca. Lepas gosok baju, dia membaca. Satu hari dia beritahu yang dia dapat tawaran belajar perubatan. Saya pun hantar dia belajar dan satu hari dia beritahu saya yang dia dah dapat sijil MBBS. Sebagai seorang ayah dan tuan punya hospital, saya tidak tunggu lama. Saya masukkan dia ke beberapa department untuk mencari pengalaman dan dalam jangka masa yang sekejap saya jadikan dia pengarah hospital.

Sekiranya umat Islam (tidak usah cerita luar, cerita tentang diri kita) mencukupi syarat untuk memegang kepimpinan dunia, Allah tidak tunggu sesaat pun.

Walikulli ommatin ajalun faitha jaa ajaluhum la yastakhiroona saAAatan wala yastaqdimoona (7:34)

Setiap umat ada ajal, apabila ajalnya sampai, Allah taala tidak tunggu sesaat pun atau mempercepatkannya. (7:34)

Boleh sahaja negara barat ini jatuh, tapi siapa yang akan memimpin ummah ini? Adakah kaki rasuah, kaki judi? Atau seorang yang bagus akhlaqnya, bagus fikrahnya?

Ini sebenarnya cita-cita kita. Cita-cita kita adalah untuk memperbaiki diri kita dan mencukupi syarat menjadi hamba Allah yang soleh. Apabila menjadi hamba Allah yang soleh, ada title soleh maka tunggulah janji Allah.

Walaqad katabna fee alzzaboori min baAAdi alththikri anna alarda yarithuha AAibadiya alssalihoona (21:105)

Kami telah menentukan di dalam Zabur, yang sebelumnya ditentukan di dalam Taurat, bumi ini akan kami berikan pengarahnya di kalangan orang-orang yang soleh. (21:105)

Pengarah bumi hanya orang-orang yang soleh sahaja. Peranan kita adalah mencukupi syarat untuk memegang kepimpinan dunia. Mungkin pelik kita berbicara tentang hal menguasai dunia. Hatta di lecture hall pun kita hanya berbicara sekitar kursus kita semata-mata. Rasulullah SAW mula di rumah AlArqam bin Abi Arqam, di celah Bukit Safa, tiada hidupan di sahara yang panas itu, tiada tamadun. Tapi di dalam rumah itu, dia berikan kefahaman tentang risalah yang agung ini. Bermula dari seorang, sepuluh orang kemudian beratus orang. Akhirnya setelah 30 tahun, orang Arab memerintah dunia.

Perubahan mesti dalam diri. Kita nak jadi apa? Apa matlamat hidup kita? Apa risalah yang kita nak bawa? Tidak sedihkah kita melihat ummah? Siapa yang mahu memimpin ummah ini? Akhirnya tugas kita adalah membaiki diri kita dan membawa risalah.

Inna Allaha la yughayyiru ma biqawmin hatta yughayyiroo ma bianfusihim (13:11)

Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Bayangkan tadi anak saya tukang dobi, tak belajar apa-apa tapi pakai labcoat dan stetoskop, adakah dia seorang doktor? Allah tidak mahu luaran, tapi Allah mahu dalaman.

Di antara wanita sekretari dan bidadari, mana yang lebih kuat dalam diri anda? Di antara rumah yang hebat dengan rumah di syurga, mana yang lebih kuat dalam diri anda? Bila ada usrah dan juga movie, mana satu yang lebih kuat dalam diri anda?

Allah nak tengok dalam. Bila dunia ini dah tiada dalam hati, fikir akhirat, maka saat itulah Allah akan berikan dunia buat kita. Allah tidak akan berikan dunia andai ada sekelumit dunia di dalam hati.

Jadilah orang yang bawa risalah, penuhilah syarat kemenangan.

p/s: asyik copy je. dh semakin malas + x sempat. kredit untuk afeera (ummuafeera.blogspot.com)

Saturday, December 12, 2009

parti islam namanya..


dalam keterbatasan masa ni saya tak dapat nk update tapi tak mahu blog ini terus sepi tanpa isi. so, saya ingin berkongsi tulisan kawan sekolah rendah saya, saudara zaim yang mana saya kagum dengannya sekarang ini( copy la maksudnya). moga- moga ada manfaat...


FIS Algeria:Teladan Bagi Parti Islam Seluruh Dunia
“Mereka kata, kita tak join PAS sebab PAS lemah tarbiah, jadi kami berukhuwah dan di tarbiah dalam jemaah kami ini yang menekan aspek-aspek itu,walaupun PAS menang, Islam belum tentu dapat ditegakkan di Malaysia, dan kalau menang, mungkin PAS akan tumbang seperti parti Islam di Algeria”

Di atas adalah kata-kata seorang pelajar junior di Kaherah, pada masa itu kami sempat berbual pendek di sebuah majlis Perubatan. Dia sempat bercerita kepada saya tentang keterlibatannya dengan satu ‘jemaah’ barunya yang berpendirian atau memilih untuk tidak bersama PAS dalam memperjuangkan Islam di Malaysia sama ada politik atau tarbiah.

Hujahnya kelemahan PAS
Setahun kemudian, saya jumpa lagi dengannya dalam satu majlis.

“Saya dah keluar! Saya dah tahu siapa mereka” luah dia kepada saya.

Saya hanya mampu tersenyum, saya tahu, budak sebijak dia tidak semudah itu untuk menjadi manusia yang direkrut yang memperkuatkan jemaah yang melemahkan gerakan Islam yang lain, pada masa yang sama memperkuatkan UMNO.

Kisah junior tahun 2 medik Kaherah itu sangat memberi kesan pada saya tentang Algeria, hujah ‘jemaah’ lama si junior dengan parti Islam di Algeria membuatkan saya tercari-cari fakta kebenaran, dan ternyata saya temui, parti Islam Algeria tidak seburuk yang digambarkan ‘jemaah’ itu.

Usianya pendek. Namun, akan dikenang sebagai sebuah gerakan Islam yang mampu diterima oleh rakyat. Kerana, ia konsisten dalam berjuang sebagai parti Islam. Perkembangan dan sejarahnya dimatikan oleh pemerintah.

Pada akhir 80-an dan awal 90-an, hampir semua gerakan Islam dunia mengenali FIS. FIS atau Front Islamic du Salut (Islamic Salvation Front) atau dalam bahasa Melayu ialah Barisan Penyelamat Islam adalah sebuah parti politik di Algeria berideologi Islam.

Sehinggalah pada tahun 1988, di Algeria hanya ada satu parti politik iaitu FLN (National Liberation Front). Namun ketika meletus penentangan terhadap pemerintah dan FLN, presiden Algeria ketika itu, Chadli Bendjedid (sekali gus merangkap sebagai setiausaha Agong FLN), terpaksa mengizinkan berbagai perubahan baru.

Setahun kemudian, berdirilah FIS. FIS didirikan di atas kesedaran masyarakat Algeria yang beragama Islam. Bertahun-tahun masyarakat Muslim Algeria kecewa terhadap pemerintah yang berorientasikan sekular,serta negaranya tidak mengalami kemajuan. Selain itu, pemerintah Algeria pada ketika itu tidak mengakomodasikan kepentingan umat Islam.

Benjedid sendiri memerintah sejak tahun 1978, meneruskan kepemimpinan Boumedienne yang juga berideologi sekular. Boumedienne sendiri berkuasa kerana menggulingkan presiden Bella pada tahun 1962. Secara automatik, sejak tahun 1988 itu, muncul beberapa kumpulan pembangkang di Algeria. Namun begitu, hanya FIS yang berjaya menyerlah ke permukaan dan meraih simpati masyarakat.

Tetapi kenapa FIS dapat menyerlah? Ini kerana FIS konsisten berjuang dengan program-program dan asas Islam.

Masyarakat Algeria yang sudah lama hidup dalam belenggu dan suasana sekular, tidak disangka-sangka lebih memilih FIS. Walaupun majoriti rakyat beragama Islam, namun kehidupan dan budaya hidup masyarakat Algeria tidak jauh bezanya dengan masyarakat Perancis atau Eropah,dan kecenderungan mereka terhadap FIS adalah sangat menghairankan banyak pihak. Sekalipun hidup dalam hedonis, tapi untuk urusan pemerintahan, rakyat Algeria lebih percaya pada konsep Islam.

FIS menggunakan peluang keemasan dengan baik, iaitu dengan tidak tertarik akan ideal “berpura-pura” menjadi sekular, seperti menjadi parti terbuka atau nasionalis untuk menarik simpati masyarakat. Mereka tetap konsisten dengan nilai dan prinsip Islam, baik di dalam parti ataupun pendirian luar terhadap parti atau golongan serta pemerintah.

Pada pilihan raya 1991, setelah dua tahun berdirinya FIS, partai ini meraih 54% undi keseluruhan dan mendapat 188 kursi di parlimen atau menguasai 81% kerusi. Suatu pencapaian yang fantastik! Pada pilihan raya pusingan kedua, FIS diisytiharkan menang mutlak.

Pada undian putaran pertama 20 Jun 1991, FIS memenangi 54% undi dan mendapat 188 (81%) kursi di parlimen. Umat Islam Algeria menyambut gembira Kemenangan FIS.

Namun tidak dengan Benjedid. Presiden itu yang kemudian mengundurkan diri setelah kekalahan partinya segera berkonspirasi dengan pihak-pihak yang tidak ingin Islam tampil dan FIS berkuasa. Maka Benjedid pun menggalang kekuatan tentera. Tentera, dengan segala jenteranya dan tidak semena-mena, membubarkan parlimen Algeria serta membatalkan keputusan pilihan raya.

Mohammed Boudiaf, mewakili pihak tentera, segera mendirikan Dewan Tertinggi Negara, dan kemudian bertindak sebagai pemerintahan sementara, dengan tidak mempedulikan mana-mana undang, mengumumkan bahawa Algeria berada dalam keadaan darurat.

Align CenterBoudiaf menjadi penguasa baru di Aljazair. Ia merencana pelbagai tindakan untuk mengharamkan FIS dan mengisytiharkannya sebagai parti politik haram. Ribuan anggota dan pendukung FIS ditangkap dan di humban ke dalam penjara, dan ada juga yang dibunuh. Pemimpin FIS Abassi Madani dan Ali Belhadj dipenjarakan. Tidak lama kemudian Boudiaf sendiri mati dibunuh oleh Leftenan Mohammed Bumaaraf yang berusia 26 tahun. Sejarah berulang lagi, Algeria tidak pernah lepas dari pemberontakan dan pembunuhan. Ini berbeza jika FIS memerintah, kerana walaupun memperjuangkan ideologi Islam, FIS tidak sekalipun merugikan kepentingan golongan lain.

Kini Algeria diperintah oleh Abdul Aziz Boetuflika yang juga sekular. FIS sudah tidak ada lagi di negara ini. Namun pelajaran besar dari FIS adalah jangan pernah menanggalkan prinsip perjuangan sebagai parti Islam walaupun di tengah masyarakat yang sekular.
Ini Kerana,walau bagaimana jahiliahnya umat Islam di sebuah negara, jauh di lubuk hatinya mereka menginginkan sebuah parti Islam yang benar-benar Islam. Bukan partai Islam 'palsu' dan dipimpin para penjenayah politik, yang bertindak-tanduk hampir tidak ada bezanya dengan parti sekular, yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan kekuasaan dan berkomplot dengan penguasa sekular.

Meskipun, akhirnya FIS dibubarkan oleh kuasa tentera Algeria, tapi itu jauh lebih terhormat daripada menjadi pak turut kepada kekuasaan sekular.

wallahu'alam

Friday, November 13, 2009

hak kami!!



TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

p/s: boleh kamu mengambil hak kami sekarang tapi ingat kita hidup bukan untuk selamanya. disana ada yg akan mengadili dengan maha adil.

wallahu'alam

Saturday, June 20, 2009

cerminkan diri dahulu


Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini (Jumaat, 19 Jun 2009) menggesa rakyat supaya tidak mencontohi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang katanya tidak sukakan perpaduan. Rais dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa kepimpinan Nik Aziz langsung tidak boleh dijadikan contoh.

SH190609-2

Lucu juga kadang-kadang jika memikirkan serangan Rais ini khususnya kepada Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidaklah ingin menyanjung tinggi Nik Aziz sehingga ke tahap maksum, tetapi jika mahu dibandingkan gaya kepimpinan Nik Aziz dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN termasuk Rais sendiri, rasanya tidak padan sangat.

Tuan Guru Nik Aziz begitu dekat dengan rakyat. Mutiara katanya menjadi hidangan rohani rakyat. Kehidupannya tidak dibelit dengan kemewahan dan limpahan harta sebagaimana yang diimpikan oleh pemimpin UMNO/BN. Lihat sajalah kehidupan Tuan Guru selepas dua dekad memegang jawatan Menteri Besar, tidak berbeza dengan kehidupan sebelumnya.

Di dalam isu kerajaan perpaduan, apa yang dibimbangkan oleh Tuan Guru ialah PAS ditendang kali kedua daripada BN selepas UMNO merasakan diri mereka kuat. Bukan soal jawatan dan kedudukan. Tetapi Rais gagal untuk memahami kerana dia melihat PAS dari kacamatanya yang bersalut dengan kepentingan sebagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Kita yakin, pemimpin PAS khususnya Tuan Guru adalah sebaik-baik pemimpin untuk masyarakat. Rais jika ingin menjadikan Tuan Guru sebagai sasaran serangan, beliau perlu berfikir banyak kali. Bimbang nanti jika kisah ‘jambatan yang dibakar’ dulu timbul semula…!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...