Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts
Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

pengajian - Darul Murtadza


saya teringat waktu kecil saya.

membesar di samping abah yang sangat tegas

tambahan pula sebagai anak lelaki tunggal yang berada di rumah

abang sudah memasuki asrama di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat

setiap subuh, maghrib dan isya berjemaah di rumah bersama keluarga

selepas maghrib dan subuh adalah waktu mengaji Al Quran

seingat saya juz 30 itu saya hafal sebelum sekolah rendah

walaupun masa tu saya tak dapat baca quran lagi

kadang kadang antara maghrib isya itu abah bawa ke masjid mendengar ceramah

walaupun pada masa tu saya hanya duduk bersandar tidak tahu apa apa

kadang kadang juga di bawanya ke tempat orang 'bersyarah' ataupun kalau saya tak silap adalah ceramah PAS.

walaupun saya hanya tido di dalam kereta.

 setiap hari jumaat pula kami sekeluarga pergi ke tempat pengajian bermula pukul 8 pagi hingga 12

walaupun saya pergi untuk tido sahaja

inilah apa yang kami sekeluarga buat semenjak dahulu sampai sekarang

yang berubah adalah abah sudah tak pernah tinggal pergi masjid untuk berjemaah, kadang kadang saya yang ambil alih jadi imam. tapi selalunya kedua dua pun hilang ke masjid. perempuan sembahyang sesama mereka. sudah besar semuanya kan.

dari dulu sampai sekarang....

tetap sama.


dulu saya sangat tak suka pada hari jumaat.

habis sahaja mengaji, bersiap ke Kota Bharu yang lebih kurang 24 KM. pertama kami pergi ke masjid besar KB untuk belajar tafsir. habis sahaja terus ke medan ilmu untuk kuliah TGNA. Kuliah TGNA dahulu bukan seperti sekarang. di buat di tingkat atas bangunan bukan tempat terbuka seperti sekarang. pembelajarannya juga berdasarkan ada beberapa kitab. pernah saya dengar TGNA menegur hadirin yang datang tanpa kitab. tapi sekarang cuma ada tafsir sahaja.

saya biasanya berjalan tempat orang menjual. dan duduk di tempat perempuan bersama mak.

setelah habis pengajian di situ abah menukar tempat ke Pondok Mahligai. lebih dekat dengan rumah. jadi kami sekeluarga pergi ke sana. di sini tok gurunya sangat hebat. ada tok guru haji daud bukit abal yang terkenal dengan ilmunya di kalangan ahli pondok. teringat abah menangis bila mendengar kematiannya berbelas tahun yang lepas. ada juga ust abd rahman al makki. guru saya di sekolah Azhariah. sekarang di ambil alih oleh ust zaki, guru pondok moden kandis. biasa pelajaran di situ adalah mengenai tauhid, tafsir dan tasawuff.

pada masa tu saya sangat kecil. tak tahu pun pasal ulama ni. sekarang baru tahu betapa ruginya saya tido dalam pondok nenek saya masa tu. kadang kadang pergi jumpa kawan. pada waktu kelas tak amik perhatian pun.


pada masa sekarang, berada di KL kota metropolitan.

tempat nafsu melonjak lonjak, semua ini amat di rindui

minggu lepas pertama kali ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza


lebih kurang saya dengan pengajian di setiap hari jumaat. cuma masanya pada waktu 9.15 mlm hingga 11.00 malam.

pengajian ada 4:
  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad 
maklumat lanjut: 
http://www.darulmurtadza.com/

seronok berada di taman syurga. teringat akan kehilangan pada zaman kecil yang lepas

belajar agama bukanlah niat menjadi seorang ustaz, kepakaran saya di bidang perubatan, cukuplah jika mampu memimpin diri dan keluarga ke jalan yang betul. manakala berdakwah itu adalah wajib

bukankah Nabi menyarankan untuk sentiasa memperbaharui iman?

setelah berapa banyak masa bergelumang dengan perubatan yang kering dan tidak menenangkan. ia telah menjadi satu keperluan.

berapa banyak manusia di luar hanya mengejar akan kebendaan biarlah kita salutinya dengan keislaman.


betapa dulu saya rasa perbuatan abah itu sia sia.

sebenarnya tidak..


p/s; saya sayangkan teman sepengajian . bukan dalam gambar ni sahaja. akan merindui mereka nanti.


Tuesday, March 20, 2012

Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri


sejak 4 tahun yang lepas saya sering mengikuti kuliahnya di video you tube dan video seminar antarabangsa seperti RIS, celebrate mercy dan lain lain yang beliau sertai telah membuat saya jatuh cinta pada ulama keturunan Rasulullah ini.

kata katanya sungguh indah sekali, pernah saya cuba berkongsi rasa cinta ini pada program "Malam Mahabbah Rasulullah" tapi tidak berkesampaian akibat kekangan masa.

Allah, benar benar terasa untuk menatap muka beliau secara live tetapi tidak kesampaian barangkali.

jika beginilah keturunan baginda Rasulullah, saya tidak boleh bayangkan bagaimana Rasulullah itu sendiri.

siapa kata cinta itu perlu berjumpa, bermadu kasih, berkata romantik?

nabi kita telah mencintai kita sebelum lahirnya datuk nenek kita lagi...

apa sebab kita tidak mencintainya dan keturunannya...

moga masih ada kesempatan untuk berjumpa.. insyaAllah

di sini sedikit biodata beliau:

Habib Ali Zain Al- Abidin Al-Jufri ialah ulama terkemuka Ahlu Sunnah wal Jamaah berpengkalan di Tarim, Hadramawt, Yaman dari keturunan Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali RA. Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pengarah Yayasan Tabah disamping menjadi Timbalan Dekan Pusat Pengajian Islam Dar Al-Mustafa di Tarim. Beliau telah memperolehi pendidikan pengajian Tradisi Islam di Tarim, Hadramawt, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal dengan sistem pendidikan dan pengajian Tradisi Islam. Selain di Tarim beliau juga mempelajari ilmu Tradisi Islam di Mesir dengan Profesor Dr Omar Hashim (Mantan Rektor Al-Azhar), Al-Allamah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Al-Allamah Syeikh Mohammad Zaki Ibrahim (Ahli Majlis Auqaf Mesir), di Mekkah dengan Al-Allamah Al-Marhum Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki, di Madinah dengan Al-Muhaddis Habib Zain Bin Ibrahim Bensemaith dan di Jeddah dengan Al-Allamah Habib Abdul Qadir Saqqaf dan ramai lagi ulama-ulama bidangn Tradisi Islam. Sebagai seorang tokoh ulama pendakwah Ahlu Sunnah wal Jamaah beliau telah menyampaikan kuliyyah di pelbagai negara Islam dan juga di Eropah dan Amerika Syarikat.
 
p/s: masih sibuk dengan SSM yang banyak buangkan masa. ulang alik HUKM - HKL.
        minggu depan balik kelantan dengan senyuman.

Thursday, February 2, 2012

mimpi rasulullah





saya teringat pada mula Allah kenalkan saya dengan tasawuf. proses penyujian hati pada ketika itu tingkatan 4. benar benar melembutkan hati saya. hampir setiap malam saya bangun, hampir setiap malam saya jelajah masjid. pernah seketika saya bangun malam sambil baca buku 'panduan doa doa' . dalam tu ada di tulis amalan jika ingin bertemu dengan rasulullah.


apa reaksi saya?

saya berbelah bahagi hendak amal atau tidak. dan akhirnya tidak kerana saya takut berjumpa dengan rasulullah. saya segan. saya tak tahu nak cakap apa padanya. entahlah perasaan saya pada masa tu. ada juga takut tidak dapat melakukan maksiat lagi.

teruknya saya pada masa tu. tak kenal bahawa nabi muhammad ni seorang yang begitu agung. semua orang bercita cita berjumpa dengannya. tapi saya menolak. dan setelah dewasa sedikit barulah tahu betapa terpilihnya orang orang yang dapat bertemunya. bukan sekadar amalan begitu.

menangis saya setiap kali melihat video Dr Harun Din menceritakan mimpinya bersama rasulullah. sungguh beruntung beliau dapat bercakap , memandang, menyentuh kekasih yang mulia itu. memakaikan kasut padanya sudah satu nikmat yang besar.

Dr Harun Din, cuti raya cina hari saya mendengar perihalnya oleh kawan saya yang balik dari mesir. beliau seorang yang hebat semasa di Al azhar. antara sebilangan kecil yang mendapat pangkat Mumtaz dalam MA beliau dalam bidang usul fiqh. pakar fekah. malah ketua Jabatan Usul fiqh di Azhar sekarang adalah kawan beliau yang mendapat markah rendah sedikit darinya.

hebat, kalaulah sebegini orangnya yang mendapat jumpa dengan rasulullah, Allah, bilalah sampai akan giliran saya.

aku pohon ya Allah dipertemukan dengan kekasihku Nabi Muhammad,

jika tidak di dunia , di akhirat nanti ya Allah..

kerana aku percaya akan janji kekasihmu ini

“Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi." 
(Hadis riwayat Bukhari)
walau tak pernah bersua muka
walau tak pernah bertentang mata
walau tak pernah berbual manja
walau tak pernah kerja bersama

tapi...

aku rindukanmu ya Rasulullah.
.
 
 p/s: sedang merancang program malam mahabbah rasulillah. agar seluruhnya mengenali dan mencintai rasulullah. doakan berjalan lancar.
       konferens ummah (k-fiqh) seperti mengajak orang tertentu. kenapa tidak pakar dalam   bidang fiqh Dr Haron din? kita tengok dulu...
       bukan saya nak menunjuk nunjuk sebab amalan sekarang bukan lagi begitu. kalau sekarang pun begitu memang saya tak tulis. banyak main dah.. mursyid takde

Thursday, January 12, 2012

ilmu shortcut

" ilmu itu ada haknya yang perlu di tuntut. " kata abang zaim semasa saya pergi menziarahinya di rumah pada aidilfitri yang baru baru ni.

" salah satunya adalah masa, tidak akan dapat ilmu jika dengan masa yang sedikit," tambahnya lagi

tersentak saya dengan pernyataan itu. lama saya diam memikirkannya. bagaikan baru tersedar dari lamunan yang di reka reka oleh barat. di samping bersyukur dengan orang di sekeliling saya yang tak pernah jemu mendekatkan diri ini pada Allah.

"kalau kita tengok para ulama silam yang kukuh ilmunya itu bukanlah mengambil masa yang singkat, panjang masanya. senang saja nak lihat berapa lama mereka mengembara mencari ilmu?" pengisian ringkasnya lagi

terus saya merenung pada 2-3 tahun yang lepas terutamanya di kampus kuala lumpur. sering saya terlepas dengan pandang akan hak ilmu ini. seperti tiada kemuliaan dan darjat padanya. macam mana?

mestilah dengan belajar last minit...

meskipun pada masa itu adalah jangka masa yang best bagi saya sebab banyak involve dengan aktiviti pelajar. dan itu adalah salah satu alasan saya untuk study last minit. pernah dalam sebulan tu meeting saya setiap malam. balik bilik saja dah pukul 12. tengok facebook then tido. pergi kuliah pulak lambat dan tido je.

tapi alhamdulillah lepas masa pre klinikal sebagai status 'survivor'. gelaran senior bagi...

"rilex rilex sude..."

ayat popular di kalangan kawan kawan. sebenarnya bukan kami sahaja, memang MELAYU macam tu. tidak boleh tengok study sikit dah mula buat suara dan gaya. bagi mereka orang yang pandai atau genius itu adalah yang tak study tapi lulus exam. sampaikan ada yang study sorok sorok supaya di katakan tidak study tapi still dapat score. belajar adalah perkara yang memalukan.

pelikkan melayu nih. saya pun tak tahu dari mana, dan saya pun begitu juga dahulunya..

yang pasti apa yang di momokkan barat adalah begitulah. kita di hidangkan dengan cerita cerita omputih genius. mereka ni masih budak budak tapi sudah masuk universiti. gaya mereka yang selamber. tak payah pegi kuliah pun, jalan pun buat tak kisah je kepada persekitaran. tapi bila di tanya dapat jawab dengan panjangnya. inilah idola orang melayu barangkali.

siapa nak ambil contoh para ulama terdahulu?

semua lupa yang mereka terlebih genius malah adalah karamah...

semua ni salah sekolah sekular jugak.

alahai,
apalah nasib...
bila la nak maju...

minggu lepas di rumah kakak saya sepanjang 2 hari. buka sahaja buku di tanya " nak exam ke?"

nasib baiklah kami pelajar medik di ajar untuk berterusan dalam belajar dan tidak akan habis. kalau tak saya pun malu nak baca buku sorang sorang.

bersambung...

p/s: esok kembali ke HKL untuk lawatan tempat dadah.
       all the best bagi yang menghadapi exam. belajar untuk ilmu bukan maklumat.
        psikiatric yang mencabar minda dan kepercayaan.

Thursday, October 14, 2010

selamat datang ke malaysia Habib Umar Ben Hafidz

alhamdulillah.. masih di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengan habib umar. mungkin ramai tertanya sebab saya pun baru kenal sejak berkawan dengan chip-on dan kawan-kawannya. so saya lampirkan sekali biodata beliau.

Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein putera dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja’far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..
Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu
Bakr bin Salim.
Ayahnya ialah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran Islam dan pengajaran hukum suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua datuk beliau, Habib Salim bin Hafiz dan Habib Hafiz bin Abdullah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi Habib Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan.
Beliau telah mampu menghafal al-Quran pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin Alawi bin Shihab dan Syeikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da’wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.

Namun secara tragis, ketika Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya di masa kecil sebelum beliau mati syahid.
Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, dia memulai, secara bersemangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis dan dakwah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.
Dia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda.
Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang mulia Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Syafie, Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya dia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Dia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang dakwah.
Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w..
Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan dakwah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta’iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.
Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Habib Ahmad Mashur al-Haddad dan Habib Attas al-Habshi.
Sejak itulah nama Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikeranakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan.
Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.
Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman.
Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan.
Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis.
Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.
Habib Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.
sumber : Taman Habaib

 gambar ni saya amik pada tahun lepas di masjid al falah usj.

ucapan beliau benar-benar menyentuh hati. pada akhir ucapannya di bacakan doa yang buatkan ribuan hadirin menangis..
insyaAllah esok pegi masjid al bukhary..

Sunday, January 10, 2010

habib umar


p/s :bg yang jkm yg nk pegi boleh bersama-sama naik kete chip-on

Wednesday, June 17, 2009


Program Tuan Guru Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Negeri Sembilan Darul Khusus adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 Jumadilakhir 1430H/19 Jun 2009 (Jum'at)
Masa: Selepas Maghrib
Lokasi: Taman Kiambang Indah, Seremban - bersama mufti baru N9 dan mantan mufti N9

Tarikh: 26 Jumadilakhir 1430H/ 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Shubuh (kuliah shubuh)
Lokasi: Surau al-Amin, Taman Cempaka, Seremban

Masa: 9.00 pagi - 11-00 pagi
Lokasi: Pusat Da'wah Islamiah, Seremban (bersama Mufti Negeri Sembilan)

Masa: Lepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Sendeng, Jalan Ampangan - Jelebu, Seremban


Untuk sebarang pertanyaan (jadual di Negeri Sembilan) sila hubungi 0196644700 (Ustaz Khushairi)


Pada 27 Jumadilakhir 1430H/21 Jun 2009 (Ahad) - beliau akan berada di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan. Pengajian bermula jam 9.00pagi - 12.30 tengahari.

Untuk sebarang pertanyaan (jadual di Masjid al-Falah) sila hubungi 0133309474 (Ustaz Azian Man)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...