"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Monday, April 9, 2012
kesenangan dan kesusahan
sampai ke PPUKM dengan selamat pagi ini.
terpaksa datang kerana ingin uruskan hal dengan JPA.
semalam pula berkesempatan dengan para ulama di masjid sultan Mizan (besi) .
kelmarin pula berkesempatan dengan keluarga berkelah di terengganu
minggu depan pula menguruskan hal pos motosikal ke kelantan.
semuanya keputusan yang di buat pada masa yang singkat.
sedihnya saya bila pada mulanya terpaksa mengorbankan masa majlis ilmu itu kerana urusan di terengganu. dengan tiba tiba berita untuk datang ke KL atas urusan JPA pula datang mengejut pada masa ke terengganu. setelah cuba negotiate akhirnya dapat juga ke sana sebelum balik ke KL. apabila sampai ke KL lagi berita sampai yang sahabat terpaksa cancel menemani saya ke majlis ilmu. cuba mencari alternatif, akhir abang ipar sendiri sudi bawa saya ke sana last minute.
teringat saya pada kuliah ust fadhli shaari, setiausaha akhbar TGNA di kuliah tafsir juz 'ammanya
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Allah telah mengulang 2 kali ayat diatas dalam surah al insyirah. ketahuilah apa yang Allah buat itu tidak sia sia. menurut ust, dalam bahasa arab apabila di ulang 2 kali bagi perkataan yang padanya ada huruf 'alif dan lam' maka dia adalah sama maksudnya. pada ayat di atas perkataan al 'usra/ kesulitan itu adalah sama. bermakna ia adalah satu. manakala perkataan yusra/kemudahan pula tiada 'alif lam' maknanya ia adalah 2 benda yang berbeza.
kesimpulanya adalah sesungguhnya Allah itu memberi 1 kesulitan pada hambanya, tapi Dia memberi 2 kemudahan . sedikit sahaja kesulitan itu kalau hendak di bandingkan dengan kemudahan yang kita dapat.
dan kita masih juga tidak bersyukur dan berputus asa.
Alhamdulillah..
sejak dua menjak ini amat terasa Allah itu dekat.
mengatur perjalanan hidup ini.
mempermudahkan segala urusan.
mengubah apa yang di rancang menjadi yang lebih baik
yakin bahawa segala kesenangan yang banyak akan datang selepas kesusahan
dan perkara yang baik itu perlu ada azam yang kuat
niat yang betul, hati yang ikhlas
and still...
............
............
saya masih melakukan MAKSIAT..
ampunkan aku ya Allah, permudahkan urusanku..
PLEASE GUIDE ME ALL THE WAY TO YOUR JANNAH...
kategori
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PUJUKlah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah TAKDIRkan pasti ada hikmah dan kebaikannya.
Mungkin kita inginkan kesenangan, TAPI Allah anugerahkan kesabaran.
Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.Bukankah kesabaran & kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~
Post a Comment