Sunday, January 10, 2010

bosan dengan kehidupan ini??


seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan "saya sudah bosan dengan hidup, sudah jenuh betul. rumah tangga porak peranda. usaha tak menjadi. apa sahaja yang saya lakukan selalu berantakan. saya ingin mati"

"oh, kamu sakit"guru itu tersenyum sambil membalas.

"tidak, saya sihat hanya jenuh dengan hidup ini. itu sebabnya saya ingin mati"

seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, guru meneruskan," kamu sakit. namanya 'alergik hidup' ya, kamu alergik kepada kehidupan"

sedar atau tidak banyak diantara kita punyai penyakit ini. alergik kepada kehidupan. membuatkan kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. hidup ini berjalan terus ibarat sungai yang mengalir. tetapi kita menginginkan status quo. berhenti di sesuatu tempat dan tidak ikut mengalir. ini menyebabkan kita sakit. penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit

bila namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. pertengkaran dalam keluarga adalah biasa. persahabatan juga tidak kekal lama. apakah yang abadi dalam hidup ini? kita tidak menyedari sifat kehidupan , kita ingin mempertahakan sesuatu keadaan kemudian gagal lantas kita kecewa dan menderita.

" penyakitmu itu dapat di sembuhkan asal kamu ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku" kata guru.

"tidak, saya dah betul-betul jenuh. saya tidak mahu hidup" pemuda itu menolak tawaran.

"jadi kamu tidak ingin sembuh?" tanya guru

"ya, saya sudah bosan dengan hidup ini"

"baik besok petang kamu akan mati. ambil botol ubat ini. setengah botol di minum malam ini dan setengah yang lain di minum esok petang jam enam dan kamu akan mati jam lapan" terang guru.

pemuda menjadi bingung...

bersambung.........

wallahu'alam

habib umar


p/s :bg yang jkm yg nk pegi boleh bersama-sama naik kete chip-on

Saturday, January 9, 2010

impian..


entry ni di galakkan untuk x baca sebab banyak merepek..

"salam bro, guess what, adik demo tiyok nk balik rumoh" sms adik saya yang sedang menunggu result spm.

adik yang dia maksudkan adalah adik kesayangan saya kot yang baru sahaja masuk maahad sains tahfiz bustanul arifin. insyaAllah tambah seorang lagi 'penjaga' Al quran dalam keluarga. moga boleh tumpang keberkatan sikit2. setelah saya mungkin tak menjadi salah seorang 'penjaga' kalimah Allah itu.

selama saya berada dalam bidang perubatan ni, lansung saya tidak merasa bangga. sedikit demi sedikit saya sedar ini bukan bidang yang saya minati dan tekun dengannya. saya mengambilnya kerana punya peluang dan arahan mak. jika tidak, tak mungkin. kerana saya lebih suka berfikir dari membaca. saya suka mencari dari menerima. bidang perubatan atau biologi buat saya pasrah. pasrah dengan segala yang di ceritakan kerana setiap persoalan yang saya timbulkan sering tidak punya jawapan atau jawapan yang tidak memuaskan hati. so saya decide to hear n take. lama kelamaan sifat bertanya dan mencari itu hilang entah ke mana.

saya kadang-kadang cemburu dengan orang di sekeliling saya yang ratanya tinggi ilmu agamanya. saya merasakan sebagai seorang doktor ini kecil sahaja. mungkin sudah tersurat. jika saya dapat masuk ke maahad tahfiz dahulu, kemungkinan saya bukan berada di sini sekarang. tapi sekarang saya mahu berada di sana.

kenapa di sana??

kerana saya tenang di sana. perasaan yang telah lama saya tinggal sejak berjauhan. saya rindukan waktu itu. terutama semasa saya mula-mula belajar ilmu tasauf. rasa dekat sangat sehingga saya rasa jika Allah mahu tarik nyawa pun saya redha. hati ni lembut sehingga menitis air mata walaupun hanya membaca al fatihah. majlis ilmu sanggup saya hadiri walaupun berpuluh kilometer. sanggup datang kl kerana dengarnya kt sini penceramahnya hebat-hebat.

kerana punya teman yang satu faham. mereka ini mudah berbicara, tidak ada hasad dengki dan prasangka. senang di ajak kemana-mana. yakin dengan kemampuan kita, bersama saat senang dan susah .tidak ada tujuan lain selain sebuah ukhwah fillah.

kerana masa depan keluarga saya. untuk saya layak memperisterikan seorang muslimat yang tinggi ilmu agamanya. menjadi peringatan kepada saya. yang mendidik anak-anak saya. yang membina biah dalam rumah saya. supaya kami sentiasa berada dalam landasan yang betul.

kerana pengaruhi saya. menjadi seorang yang berpekerti mulia.

kerana itu dan ini....

tapi...

realitinya bukan begitu. Allah telah menetapkan ini untukku. berusahalah pada kebaikannya. jauhilah pada keburukannya. jangan persiakan peluang yang ada. bukan semua boleh berada di tempat ini. dan bukan semua boleh berada di tempat itu. sunnahnya memang begitu.

kepada yang punya ruang dan peluang, gunalah ia pada yang terbaik untukmu dan agamamu.

mizan, kau juga masih punya ruang dan peluang.. gogogogo!


p/s: merepek-repek. ni memang untuk diri sendir

Saturday, January 2, 2010

GPS..


dah masuk minggu ke 2 posting jabatan kesihatan masyarakat. best gak. posting honeymoon katakan. orang yang kata. best bile tak perlu baca buku. tak payah prepare pape masuk lecture. lepas tu lebih kepada kerja luar/ field work.

sebelum balik dari tg karang, saya di tugaskan untuk plot rumah-rumah untuk di survey minggu depan. ada lebih 800 buah rumah, di bahagi tugasan kepada 3 grop. mulanya ingat susah bler melihat angka tu.rupa-rupanya senang je dengan bantuan GPS.

apa tu GPS?

global positioning system. cara dia berfungsi lebih kurang macam ni la yang saya faham. alat ini telah di install dengan map seluruh dunia. bila kita on kannya satelit akan mencari alat tu. kena ada 4 satelit yang jumpa kita baru boleh berfungsi. dengan map yang dah ada dia akan tunjuk di mana kita. GPS ni sebenarnya di cipta untuk askar2 supaya tidak sesat bila berada di negara orang. sekarang penggunaannya meluas. saya pun guna untuk pegi jalan-jalan kt kl tapi dalam handphone la.

kita mesti betul-betul percayakan GPS atau map yang ada jika sesatkan. kenapa??

jawapannya mudah, sebab orang yang buat map tu yang buat jalan-jalan nih.siapa lagi yang lebih kita percaya akan jalan-jalan raya kalau bukan orang yang buat jalan raya tu sendiri. betul tak?

saya sedih bila ada segelintir orang islam yang mengatakan bahawa hukum islam itu sudah lapuk. sudah tidak boleh di guna pakai. gunanya membuat negara tidak maju. sedarkah kita bilakah era kegemilangan islam? bila pula era kejatuhan islam? islam naik bila segala tuntutan Allah dilaksanakan dan jatuh bila ia sedikit demi sedikit di tinggalkan.

ada juga mengatakan ia tidak sesuai untuk masyarakat majmuk. islam memerintah 1/3 dunia. semua orang itu sama bangsakah? salman al farisi bangsa apa? bilal pula bangsa apa?

tahukah kamu sedang mempermainkan agama? Allah yang menciptakan sekelian makhluk.cina melayu, india ,arab.semua Dia cipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk mereka.siapa kamu untuk menentukan itu ini?

saya berasa sedih bila di mahkamah telah membenarkan penggunaan nama Allah untuk agama lain. hakimnya adalah Dato' Lau Bee Lan. bukan orang islam pun. saya pernah dengar masa seminar pemurnian akidah bahawa ini adalah salah satu langkah kepada pluralism dalam agama. bermaksud menyamakan semua agama di dunia. mungkin untuk kita tidaklah effect tapi bagaimana anak cucu kita nanti? bila mereka mengetahui Allah itu tuhan untuk semua agama. sudah hilang istilah islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.

pasal ni boleh baca di sini

kembali lah kepada Allah.

wallahua'lam

p/s: Allah di sini adalah tuhan untuk islam (pelikkan bunyinya??)

Friday, January 1, 2010

biar Allah menilai dirimu..


"silakan ustaz" kata penyanyi utama fareast kepada saya
"lepasan darul quran ke?" tanya graduan al azhar pula
Astaghfirullah, jatuh jantung saya di buatnya bila di panggil begitu. tak sanggup saya menerima nama-nama itu apatah lagi tanggungjawabnya. saya dapat pada bulan ramadan baru-baru ni.

"ko ni playboy la" kata sahabat kuliah
" aku nasihatkan ko jaga muamalat sikit" kata sahabat sejemaah pula
astaghfirullah, teruk sangatkah pelakuan saya. ini yang saya dapat masa tahun 2 di mana saya terpaksa lebih bersosial di sebabkan jawatan yang ada.

"ada orang cakap ko ni sombong" sms seorang muslimat
" jalan tak tengok orang pun" kata sahabat yang lain pula
astaghfirullah, salahkah saya jaga muamalat dan pandangan. ini pula saya dapat masa tahun 1. saya memang begitu tambahan sebelum ini sekolah yang hanya untuk muslimin sahaja.

"ko ni 'murtad'" kata sahabat yang masih tak tahu menahu pasal jemaah selepas saya bai'ah dengan jemaah sekarang. saya tahu dia nk bergurau.

"semoga lebih mature" sms besday saya yang lepas

banyak lagi kalau hendak di tuliskan. pandangan- pandangan manusia yang sangat terbatas. menilai hanya dalam pandangan mata. bahkan cepat pula mereka-mereka membuat penilaian tanpa usul periksa. bukanlah mengatakan bahawa saya seorang yang perfect. saya lagi teruk dari anda sekelian.

dont judge a book by it cover

manusia sangat lemah. punya mata yang lemah. tak mampu melihat jauh seperti helang. apatah lagi menembusi hati. sebab itu ia sering tertipu. tertipu dengan gerak gaya, pakaian,putih warna kulit, petah kata insan yang lain.

adakah kamu rasa dengan punya pandangan yang baik dari manusia kamu akan dapat yang sama dari Allah? tidak sama sekali.. Allah itu maha melihat dan mengetahui. sejauh mana kamu menyorok keburukan yang di lakukan, tetap Dia ketahui. dan sejauh mana kamu menyorok kebaikan yang dilakukan, tetap Dia ketahui. tetaplah dengan kebaikan dan jauhlah dengan keburukan walaupun ia di ketahui ramai atau tidak.

sedarlah bahawa apa yang kamu katakan, lakukan malah fikirkan tidak punya batasan antara kamu dan Allah. usah biarkan nilaian manusia yang lemah dan jahil meragut keikhlasan kamu. biarkan mereka dengan labu mereka. kamu punya labu sendiri untuk di jaga.

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”

nilaian Allah tak sama dengan manusia. mungkin kebaikan yang kecil mendapat pahala dan kedudukan yang tinggi dan mulia di sisiNya. mungkin yang sebaliknya. kita jahil akannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”

ramai yang mengata bahawa matlamat utama adalah redha Allah tapi menggunakan redha manusia sebagai indicator untuk setiap perbuatan. sedarkah kita?

sesungguhnya Allah tidak melihat pada pakaian dan harta kamu tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu

wallahu'allam

p/s: laptop rosak sebelum ni tetiba elok plak. pelik2
sory hafiz

Sunday, December 27, 2009

what motivate you??


dalam posting medicine yang lepas saya suka sebab tak ada pressure seperti dalam posting o&g walaupun ia lebih banyak yang perlu belajar. saya cukup kagum dengan supervisor kumpulan saya iaitu dr andrea. seorang specialist dalam respiratory. saya kagum dengan semangatnya membuatkan saya hairan dan sayang padanya.

tahun klinikal tidak seperti tahun pra klinikal. boleh saya katakan tahun klinikal merupakan tahun yang tough dan tidak adil. mana tidaknya, kami kena belajar sendiri tanpa jadual yang spesifik. kalu yang dah biasa kerajinannya mungkin tak ada masalah. tapi bagi orang seperti saya yang perlu melawan nafsu tido yang memanjang mungkin payah. di sinilah hadirnya peranan seorang supervisor. seorang supervisor diberi untuk setiap sepuluh orang student. supervisor ini lain dari segi jawatan, kepakaran dan paling penting kesibukannya.

saya bersyukur kerana di anugerahkan seorang doctor yang sangat bersemangat. bersemangat dalam mengajar kami. sehingga kami biasa balik dalam pkul 7, terpaksa berkejar-kejar untuk solat dan suka buat joke.

tapi saya hairan,
kenapa dia begitu bersemangat?

sebab nak tengok kami berjaya?

atau bersaing dengan pensyarah lain?

rasa tanggungjawab?

elaun?

motivasilah yang selalu membuatkan seseorang itu bersemangat. apa maksud motivasi ni? berasal daripada perkataan motive/motif iaitu TUJUAN. atau maksud ringkas adalah PENDORONG. sedar atau tidak sebagai orang islam kita banyak di motivasikan oleh Allah.

Allah maha mengenal kepada setiap ciptaanNya. Dia tahu manusia ini selalu lemah semangat. kadang-kadang rebah tersungkur di tengah jalan. manusia ini selalu lupa. frust bila tak dapat apa yang di mahukan. cepat bosan dengan kerja yang di lakukan. betul tak?

sebab itu Allah banyak bersabda dalam Al quran tentang nikmat-nikmat di dunia ni. supaya kita terus mencari dan tidak bimbang untuk hidup. untuk kita terus bersyukur dan berpegang pada tali Allah. lepas itu Allah menyatakan lagi bahawa nikmat di akhirat lebih-lebih lagi dan kekal abadi.supaya kita tidak lalai dengan nikmat dunia. supaya kita lebih bekerja ikhlas kepada Allah. tidak mudah putus asa. meningkatkan produktiviti.

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18).

“Dan tidak ada kenikmatan yang ada pada kalian kecuali datangnya dari Alloh.” (QS. an nahl 3)

cantikkan didikan Allah. setiap suruhanNya pasti di sertakan ganjaran. sebab itulah sifat manusia pada asalnya. memotivasikan kita dalam melakukan semua perkara. kerana semua perkara daripada terjaganya dari tidur hingga kita tidur adalah kerana Allah('alamiyah).

semasa perjuangan nabi, Allah memotivasikan nabi muhammad dengan menurunkan wahyu mengenai perjuangan nabi-nabi terdahulu. bagaimana mereka itu berdakwah siang dan malam dalam jangka masa 950 tahun. diancam bunuh. membuatkan nabi berasa ujian yang di terima cuma sedikit.

kita sekarang macam mana?

pernahkah kita merasa di motivasikan Allah? dengan segala ganjarannya adakah kita terasa?
jika benar,kita sebagai umat islam tidak akan begini. layu, tidak tepati masa, buat kerja ala kadar sahaja, berkira.

islam telah sempurna dari setiap segi, cuma tinggal penganutnya sahaja untuk mengamalkannya. jadilah akhirat sebagai tunjang segala motivasi kamu kerana ia benar. berubahlah menjadi seorang muslim yang bermotivasi.

saya doakan dr andrea supaya di buka hati oleh Allah kerana orang sepertinya amat di perlukan untuk tegakkan syiar islam.

amin...

“Mereka mengetahui nikmat-nikmat Alloh, (tetapi) kemudian mereka meningkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (QS. an nahl 83)

wallahu'allam

p/s: ke tanjung karang untuk 8 minggu. posting terakhir

Thursday, December 24, 2009

nak menang??? 2


setelah mempunyai blog, saya terjumpa ramai orang, berjenis-jenis, kawan lama, tak penah kenal , yang kenal tapi tak tahu, kawan kepada kawan, kawan kawan kepada kawan dan lain-lain. dapat jumpa mereka buat saya lebih berfikir betapa sempitnya hidup saya. hebat sungguh hidup di alam maya ni. saya bawakan kat sini salah satu post mereka yang saya kira tepat pada masanya (copy lagi la.hehehe).

Kenapa Allah berikan kepimpinan kepada musuh islam?

Dunia ini diibaratkan seperti sebuah hospital swasta. Bayangkan hospital ini saya punya. Saya invest 300 million. Selepas saya bina hospital ini , saya perlu mencari pekerja – MA, MO, specialist, tukang sapu, jaga, tukang dobi. Semuanya dengan kelulusan masing-masing. Walaupun saya tuan punya hospital, tiba-tiba anak saya minta nak kerja dengan saya. Kelulusan anak saya hanya PMR. Saya minta dia jadi tukang dobi. Meskipun saya tuan punya hospital tetapi saya tidak mahu merosakkan hospital ini.

Tapi kalau sebab dia anak saya, saya minta dia pakai labcoat dan pakai stetoskop, masuk bilik bedah dan menyuruhnya melakukan pembedahan dan saya minta anak yang lain pula menjadi pengarah hospital, maka hancurlah hospital. Orang yang ada degree, saya minta jadi jaga di hospital. Akhirnya rosak hancur lebur hospital tersebut.

Dunia ini milik Allah. Siapa menjadi pengarah dunia ini terpulang pada Allah. Dan Allah tidak mahu rosakkan dunia ini. Hari ini umat islam begitu teruk sehingga Allah tidak memberi kepimpinan itu kepada kita.

Setiap hari saya masuk hospital nak mesyuarat. Saya tengok anak saya jaga dobi. Saya abah, sedih tak bila saya tengok anak saya? Hospital adalah milik saya. Mesyuarat dalam bilik, semua orang tunduk kat saya. Saya tengok anak sulung saya jadi jaga. Saya cakap kat anak saya, gaji specialist RM10 000. Gaji jaga dan tukang dobi RM400 tapi kat rumah abah kasi RM20 000. Jangan marah, jangan sedih. Dia pun buatlah dobi, yang sulung jadi jaga.

Allah taala sayang kita. Allah taala kata kita ini semua kalau ucap lailahaillallah akan masuk syurga. Tapi kepimpinan dunia Allah tak beri kat kita. Rosak dunia ini kalau kat tangan kita.

Kita lihat Tunisia bila parti Nahdhah menang, yang mana ketuanya ialah Sheikh Rashid al-Ghannoushi. Saat itu pilihanraya hanya untuk tahu siapa yang kuat sahaja. Bila Sheikh Rashid al-Ghannoushi menang, dia dihukum bunuh. Tapi tak berjaya dihukum bunuh sebab 100 000 ribu orang dari ummah di Tunisia melawan. Akhirnya Sheikh Rashid al-Ghannoushi dibuang ke Britain . Kekallah presidennya Ben Ali yang tidak lulus UPSR dua kali yang kisahnya bermula sebagai driver pegawai tinggi. Dia kemudiannya berkahwin dengan anak pegawai tinggi tersebut. Pegawai tinggi tersebut tengok menantu dia yang bangang itu, takkanlah driver je. Hantar dia ke US , belajar kat sana , balik jadi timbalan menteri dalam negeri dan kemudian menjadi presiden hari ini. Dia mengikut segala telunjuk US . Sheikh Rashid al-Ghannoushi dituduh terrorist oleh akhbar Britain . Dia fight kat makhamah kat Britain dan menang. Akhbar kat Britain yang mengamalkan kebebasan bersuara pun akhirnya minta maaf. Maknanya ada this value kat negara Barat sehingga Allah beri kepimpinan kat dia. Tak beri kepimpinan kepada ummah yang menang AlHaq. Semua ini berlaku di Mesir, Turki dan negara Islam lainnya. Rasuah tidak payah cakap kat negara-negara Islam. Itu sebabnya Allah tidak bagi kepimpinan dunia kepada umat islam. Anak saya tidak cukup syarat, dia kerja dobi tapi di rumah, saya bagi RM20 000 sebulan.

Allah tidak bagi kepimpinan kepada umat Islam tetapi di akhirat nanti Allah bagi syurga.

Tapi adakah kita rela kita dobi sahaja? Alangkah indahnya kalau kita jadi pengarah hospital, specialist. Bila saya tengok anak saya, saya bagi kefahaman kat dia. “Kau kalau belajar betul-betul, ambil SPM, tak dapat biasiswa pun takpe, abah hantar belajar. Duit abah banyak. Belajar sahaja betul-betul”, pesan saya. Setiap kali saya pergi hospital, saya nampak anak saya mula membaca. Lepas gosok baju, dia membaca. Satu hari dia beritahu yang dia dapat tawaran belajar perubatan. Saya pun hantar dia belajar dan satu hari dia beritahu saya yang dia dah dapat sijil MBBS. Sebagai seorang ayah dan tuan punya hospital, saya tidak tunggu lama. Saya masukkan dia ke beberapa department untuk mencari pengalaman dan dalam jangka masa yang sekejap saya jadikan dia pengarah hospital.

Sekiranya umat Islam (tidak usah cerita luar, cerita tentang diri kita) mencukupi syarat untuk memegang kepimpinan dunia, Allah tidak tunggu sesaat pun.

Walikulli ommatin ajalun faitha jaa ajaluhum la yastakhiroona saAAatan wala yastaqdimoona (7:34)

Setiap umat ada ajal, apabila ajalnya sampai, Allah taala tidak tunggu sesaat pun atau mempercepatkannya. (7:34)

Boleh sahaja negara barat ini jatuh, tapi siapa yang akan memimpin ummah ini? Adakah kaki rasuah, kaki judi? Atau seorang yang bagus akhlaqnya, bagus fikrahnya?

Ini sebenarnya cita-cita kita. Cita-cita kita adalah untuk memperbaiki diri kita dan mencukupi syarat menjadi hamba Allah yang soleh. Apabila menjadi hamba Allah yang soleh, ada title soleh maka tunggulah janji Allah.

Walaqad katabna fee alzzaboori min baAAdi alththikri anna alarda yarithuha AAibadiya alssalihoona (21:105)

Kami telah menentukan di dalam Zabur, yang sebelumnya ditentukan di dalam Taurat, bumi ini akan kami berikan pengarahnya di kalangan orang-orang yang soleh. (21:105)

Pengarah bumi hanya orang-orang yang soleh sahaja. Peranan kita adalah mencukupi syarat untuk memegang kepimpinan dunia. Mungkin pelik kita berbicara tentang hal menguasai dunia. Hatta di lecture hall pun kita hanya berbicara sekitar kursus kita semata-mata. Rasulullah SAW mula di rumah AlArqam bin Abi Arqam, di celah Bukit Safa, tiada hidupan di sahara yang panas itu, tiada tamadun. Tapi di dalam rumah itu, dia berikan kefahaman tentang risalah yang agung ini. Bermula dari seorang, sepuluh orang kemudian beratus orang. Akhirnya setelah 30 tahun, orang Arab memerintah dunia.

Perubahan mesti dalam diri. Kita nak jadi apa? Apa matlamat hidup kita? Apa risalah yang kita nak bawa? Tidak sedihkah kita melihat ummah? Siapa yang mahu memimpin ummah ini? Akhirnya tugas kita adalah membaiki diri kita dan membawa risalah.

Inna Allaha la yughayyiru ma biqawmin hatta yughayyiroo ma bianfusihim (13:11)

Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Bayangkan tadi anak saya tukang dobi, tak belajar apa-apa tapi pakai labcoat dan stetoskop, adakah dia seorang doktor? Allah tidak mahu luaran, tapi Allah mahu dalaman.

Di antara wanita sekretari dan bidadari, mana yang lebih kuat dalam diri anda? Di antara rumah yang hebat dengan rumah di syurga, mana yang lebih kuat dalam diri anda? Bila ada usrah dan juga movie, mana satu yang lebih kuat dalam diri anda?

Allah nak tengok dalam. Bila dunia ini dah tiada dalam hati, fikir akhirat, maka saat itulah Allah akan berikan dunia buat kita. Allah tidak akan berikan dunia andai ada sekelumit dunia di dalam hati.

Jadilah orang yang bawa risalah, penuhilah syarat kemenangan.

p/s: asyik copy je. dh semakin malas + x sempat. kredit untuk afeera (ummuafeera.blogspot.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...