Tuesday, July 7, 2009

berkata- kata..

"Allahuakbar..."
itu sahaja yang mampu saya buat tatkala merenung kembali ape yang saya katakan.
seringkali apabila saya berkata-kata di hadapan ramai mesti sindrom ini akan datang di tambah pula dengan tidak lena tidur. selalu saya cuba melupakan tapi tidak berdaya dan akhirnya hilang setelah penat berfikir dan tertidur.

inilah keadaan saya yang di sekelilingnya memerlukan orang yang berkata-kata. seringkali saya menjadi 'mangsa'. bukanlah saya tidak mahu bahkan tahu akan tuntutan- tuntutan agama terhadapnya tapi bimbang akan akibatnya.

kadang-kadang saya pelik dengan mereka yang lantang membicarakan 'sesuatu' yang bukan bidangnya. bahkan mereka mengeluarkan kenyataan yang salah demi menghalalkan perbuatannya. ada juga yang membicarakan sesuatu yang furu' sampai menyesatkan mereka yang lain. dan semua ini di bicarakan di hadapan orang yang kebanyakannya jahil akan ' sesuatu'.
pernahkah terfikir akan mereka nanti??

bagi saya, seseorang yang suaranya di dengari seperti pemimpin dan di beri sedikit kefahaman perlu berhati- hati dalam berkata-kata. perlu melihat mereka yang mendengar. janganlah mengeluarkan bicara atas kepentingan sendiri tanpa perlu memikirkan effect kepada yang lain.

topik kali ni sebenarnya banyak yg perlu di tekankan tapi apa yang di tulis sekadar ape yang berlaku sekarang

wallahua'lam...

Thursday, July 2, 2009

ketika cinta bertasbih

cinta
adalah kekuatan yang bisa
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah

sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan dgn panjang lebar
namun jika cinta kudatangi aku menjadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang
sementara pena tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah di berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta...
dalam mengurai cinta akal terbaring tak terdaya
bagai keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan....

*petikan dari filem 'ketika cinta bertasbih'

x sabar rasenya menunggu filem ni.. dari buku yang paling saya minat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...