Saturday, January 2, 2010

GPS..


dah masuk minggu ke 2 posting jabatan kesihatan masyarakat. best gak. posting honeymoon katakan. orang yang kata. best bile tak perlu baca buku. tak payah prepare pape masuk lecture. lepas tu lebih kepada kerja luar/ field work.

sebelum balik dari tg karang, saya di tugaskan untuk plot rumah-rumah untuk di survey minggu depan. ada lebih 800 buah rumah, di bahagi tugasan kepada 3 grop. mulanya ingat susah bler melihat angka tu.rupa-rupanya senang je dengan bantuan GPS.

apa tu GPS?

global positioning system. cara dia berfungsi lebih kurang macam ni la yang saya faham. alat ini telah di install dengan map seluruh dunia. bila kita on kannya satelit akan mencari alat tu. kena ada 4 satelit yang jumpa kita baru boleh berfungsi. dengan map yang dah ada dia akan tunjuk di mana kita. GPS ni sebenarnya di cipta untuk askar2 supaya tidak sesat bila berada di negara orang. sekarang penggunaannya meluas. saya pun guna untuk pegi jalan-jalan kt kl tapi dalam handphone la.

kita mesti betul-betul percayakan GPS atau map yang ada jika sesatkan. kenapa??

jawapannya mudah, sebab orang yang buat map tu yang buat jalan-jalan nih.siapa lagi yang lebih kita percaya akan jalan-jalan raya kalau bukan orang yang buat jalan raya tu sendiri. betul tak?

saya sedih bila ada segelintir orang islam yang mengatakan bahawa hukum islam itu sudah lapuk. sudah tidak boleh di guna pakai. gunanya membuat negara tidak maju. sedarkah kita bilakah era kegemilangan islam? bila pula era kejatuhan islam? islam naik bila segala tuntutan Allah dilaksanakan dan jatuh bila ia sedikit demi sedikit di tinggalkan.

ada juga mengatakan ia tidak sesuai untuk masyarakat majmuk. islam memerintah 1/3 dunia. semua orang itu sama bangsakah? salman al farisi bangsa apa? bilal pula bangsa apa?

tahukah kamu sedang mempermainkan agama? Allah yang menciptakan sekelian makhluk.cina melayu, india ,arab.semua Dia cipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk mereka.siapa kamu untuk menentukan itu ini?

saya berasa sedih bila di mahkamah telah membenarkan penggunaan nama Allah untuk agama lain. hakimnya adalah Dato' Lau Bee Lan. bukan orang islam pun. saya pernah dengar masa seminar pemurnian akidah bahawa ini adalah salah satu langkah kepada pluralism dalam agama. bermaksud menyamakan semua agama di dunia. mungkin untuk kita tidaklah effect tapi bagaimana anak cucu kita nanti? bila mereka mengetahui Allah itu tuhan untuk semua agama. sudah hilang istilah islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.

pasal ni boleh baca di sini

kembali lah kepada Allah.

wallahua'lam

p/s: Allah di sini adalah tuhan untuk islam (pelikkan bunyinya??)

6 comments:

Anonymous said...

menurut seorg yg amt b'pglman b'ada d negara arab, sbnarnya, d mesir/ngra arab, p'gunaan nma Allah bg org nasrani/masihi dh lma, even dorg pn b'zkir m'gunakan tasbih, dn xbrp dpt nk bezakn s/ada seseorg yg kta jmpa sdang b'zkir guna tasbih 2 Islam/x. cumany,beza tsbih dorg kurang dr 100bji n klu nk tau apa agamanya, tny direk la..ni menurut yg dia btau la. jk dlihat dr segi kontranya, mmg kta akn nmpk ia akn m'bwa kpd byk musibah utk Islam, tp jk dlihat dr sudut pro nya, ia sbnarnya 1peluang besar utk dkwah jk kta dpt mmanipulasiknny sebaik/sesunggh mgkn bcoz we know yg mna 1 syirik so, usaha kta utk membanteras yg syirik 2 akn t'trigger..how?? tmbah pngetahuan cross-religion, giatkn usaha p'bersihan akidah, dn dr pndgan peribadi org, sbnarnya ini adlh 1titik p'temuan utk org parti sebelah sna dn org prti Islam maupn yg non partisan d klg org islam sndri utk b'satu hati..byakkan talk inter religion yg t'rncang spenuhnya..knp org katakn titik p'temuan?..afalaa ta'qiluun..kta pny akal.. sekadar 2kadar omongn peribadi..dkwah pd muslim pnting tp yg xkurang pnting dkwah p'tauhidan kpd yg belum m'tauhidkn Allah scra jelasny..siapa?yg pcya triniti, yg p'cya lebih dr 1 tuhan..stkat ni brp grakan yg m'fokus pd dkwah pd non mslim? brp plak yg b'adu ssama mslim?huhu..upps..sori,snsitipp issu..k, gwa blah dlu..mkasih bgi ruang m'komeng..

Al-Mizan said...

benar.. ada pro dan kontranya. tapi dengan keadaan malaysia skng boleh jamin ke kita dpt memperkuatkan akidah masyarakat islam umum? di negara arab lain situasinya sebab mereka sejak dahulu lagi begitu. saya suka pada pandangn ust nasrudin tantawi http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-swt.html
moga ada manfaat. Allah lebih mengetahui

Al-Mizan said...

benar .. ada pro dan kontranya. dengan keadaan malaysia sekarang boleh jamin ke dapat memperkuatkna akidah di kalangan masyarakat islam umum? dan memperjelaskan kepada non muslim? saya lebih suka pandangan ust nasarudin tantawi. http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-swt.html
moga ada manfaatnya. sama-sama mencari kebenaran.
wallahu'alam

Siti Umairah Hamid said...

takkan ko sorang je plot rumah2 tu wei..ktorg dlu satu grup 70 org pegi plot, nek motor, keta, bas..kapal terbang je tak, hehe. ni GPS ko ke dr azmi?

al mizan said...

xtau la. aku pn x puas hti gak.. mgkn kitorg xd rg berbakat mcm korg. sume jumud..

Siti Umairah Hamid said...

erk..sabo je lah mizan..naseb bek ader GPS tu..time ktorg dlu takde GPS ni, sbb tu kot sume turun padang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...