Wednesday, April 27, 2011

buku..

assalamualaikum wrt..

alhamdulillah kelmarin bersama sahabat ke pesta buku di pwtc. memang acara tahunan untuk mengunjunginya. tiap tahun menambahkan koleksi buku. walaupun jujur saya katakan saya tak pernah habis dalam membaca sebuah buku yang di beli secara sukarela. kalau paksa itu mesti habis seperti buku medic nih. entah kenapa ye.

tapi tetap juga untuk menambah buku setiap tahun. teringat saya pada nasihat dr Aziz. kumpullah buku pada zaman student nih. jadikan ia pustaka masa kita kerja nanti. bila kerja nanti dah tak tau nak baca apakan dan sibuk dengan kerjaya. lebih kurang macam ni lah. kata katanya buat saya berfikir memandangkan saya ni bukanlah pembaca buku yang tegar. tidak tido untuk habiskan buku. skip2 boleh la. so, mini library saya in progress. ( mcm mana nak bawak balik nanti?)

buku pada tahun ni paling berbaloi. setiap kali membacanya saya rasa sungguh bertuah Allah menemukannya pada saya. tajuknya Khowatir Quraniyah tulisan Amru Khalid. penulis ni saya pernah dengar akan kehebatan menulis buku buku motivasi dalam blog maya tapi tak pernah menjumpai bukunya. bukanlah saya mengutamakan ia dari tafsir muktabar yang lain seperti ibnu kathir, al munir dan fi zilalil quran tapi semua tu sudah ada dalam pdf dan internet. harganya juga belum mampu untuk di beli. walaupun tidak ada di tangan tapi ada di laptop.


buku ini bukanlah tafsir al quran tapi sangat penting untuk memahami tujuan surah surah dalam al quran. di terjemahkan dalam bahasa indonesia. biasalah di indonesia ramai penaja untuk menterjemahkan kitab kitab arab ke bahasanya tidak seperti malaysia yang hanya buku buku tertentu sahaja. sebab tu suka saya pergi ke booth Alam Raya milik keluarga sahabat tantawi. banyak sangat buku buku menarik di situ. pergi lah ke sana

di tanya ' sedap sangat ke buku tu?'

setiap orang punya minat pembacaan yang berlainan. ada yang buku motivasi je memanjang. ada yang suka penerangan melalui novel. ada juga secara bergambar.

so, saya jawab depend lah. kesukaan saya lebih kepada ayat Al Quran. kalau di beri peluang untuk mendalami pelajaran selain medic ni pasti saya ambil tafsir Al Quran. sebab setiap saat hidup kita adalah dengan Al Quran, mentadabburnya pasti tidak enak tanpa maknanya. mendengarnya juga kosong tanpa hikmahnya. di tambah dengan hafazan yang ada membuatkan saya mahukan penghayatannya. saya mahu membaca dalam sembahyang seolah-olah bercakap sendiri dengan tuhan. saya mahu mendengar ayat quran itu seperti Allah tengah berbicara dengan saya. masakan dapat saya menangis tanpa mengetahui ayat ayat yang di baca?

Allahuakbar..

moga Allah memberi petunjuk yang benar dalam saya memahami apa yang hendak Allah sampaikan...

wallahua'lam..

p/s: hari pertama beli satu sahaja buku. besok pegi lagi untuk buku yang seterusnya..
-sudah pasti saya belajar bukan hanya membaca sahaja..
-blajar ikut pintu bukan ikut tingkap

Monday, April 25, 2011

baca la post baru ni..

malas nak tulis entry baru...

ada bende nak tulis tapi bercampur campur... berserabut.. x clear..

duk kt KL lg, duit kuar mcm air yang mengalir, mcm mane nak simpan?

JPA pun x masuk2 lagi.. entah kemana duit rakyat tu pegi..

nyesal pulak moto ni x baiki awal2, kan dh menyusahkan..

apahal skang ni craving for iphone 4.. x paham..

esok nak pegi pesta buku seperti tahun sebelum2nya padahal banyak lagi yg x abs baca..

novel wan cah "kala cinta dan wahyu bersatu" tak best, tp baca jugak sbb bosan..(skip2)

cuti ni ada manfaat jugak tapi banyak qada tido je..

elective posting??? bler nak balik klate? (jimat duit sket)

Monday, April 11, 2011

sahabat lama..

kali ni kita bercerita.. selang seli..

cuti cuti ni memang best berjalan jalan. dalam minggu ni saja dapat jumpa ramai sahabat lama. terutama dari sekolah dahulu. lama bebenor dah tak jumpa. satunya sebab sebelum ni sibuk sangat. cuti x pernah lebih dari 1 minggu. lepas tu tak sama pulak. program kat kelantan pun jarang dapat join. nasib baik ada program kat kawasan nih.

hari khamis jumpa zulatfi, kat sekolah panggil pokju je kat KLIA. yang ni paling liat sekali nak jumpa. start abis SPM dia amik STAM walaupun result dia lagi baik dari saya (kot). lepas dapat best student STAM terus pegi Mesir ambil lughah (bahasa arab).  corse sama dengan abang sulung saya. kak ipar saya kata bagi orang malaysia yang paling mudah kat azhar adalah syariah dan yang paling susah adalah lughah. kira hebat la dia ni (kot). lepas pergi Mesir tu dah tak pernah balik. balik ari tu sebab rusuhan. jadi macam mana pun rasa nak jumpa jugak. rapat jugak la dulu.belajar sama sama. dia banyak ajar madah arab , saya ajar dia akademik.

so, dengan semangat nak jumpa jugak dengan dia saya redah la jalan jalan berpandukan signboard yang ade. kalau ikut google map sejam sampai. dengan bajet masa sejam sebelum dia check in saya bertolak. rupenye 30 min je. mungkin sebab bawak kete laju. lebih 15 min nak cari parking. almaklumlah tidak pernah kesampaian ke KLIA yang terkenal di seluruh dunia nih. darat org kate.

lepas tu semalam pegi HAMKA 2011. himpunan mahasiswa kelantan 2011. kat sini memang penuh budak maahad plus budak usrah kawasan. semua belajar tinggi tinggi katakan. ada yang biasa jumpa kalau ada program macam budak USIM. ada jugak tak pernah jumpa sejak sekolah sampai tak kenal nama. maaf sangat. memori lost sebab dah tua nih. yang penganjur MSK pun daripada geng geng lama jugak . pengarah dia pun satu kelas dulu. bila dah geng ni mula lah kena jadi bidan terjun. terketar jugak mula-mula nak azan tuh.

pegi 6 buah motosikal je sebab kat sini memang jarang ada orang kelantan. sekali lagi meredah. nasib baik ada GPS. xde la sesat sgt. dengar tok guru berucap memang sedap. kawan saya ijat dental kata ada aura tersendiri walaupun dia tak faham. khusyuk je dengar walaupun lama. habis je terus balik sebab dah lewat, naik moto pulak takde lesen. tak sempat nak bergambar dengan sahabat yang ada. tapi bila di fikirkan kebanyakan mereka kecuali medic dan dental semua di tahun akhir. lepas ni dah takde la diorang kalau ada program. emm. semua dah nak keluar kepada masyarakat.

petang tadi pulak khidmat masyarakat. kat sini jumpa akak senior yang dah grad la. kak iqlima. baru je kahwin. tak sempat nak ucap tahniah pun sebab busy. ramai betul orang concern pasal kesihatan dia. sakit tekak kena menjerit memberi konsult akibat bising dengan pasar tani dengan pembesar suara. patut la orang kata medium dakwah dalam perubatan ni sangat luas sebab kita berkomunikasi terus dengan manusia. dan mereka sangat percayakan kita.
Ya Allah tetapkan aku di jalan ini...


apsal saya suka nak bercerita nih. kalau bercerita mulut memang jangan harap lah. malas tapi menulis rajin pulak. pelik2...

p/s: Allah sedang memberi petunjuk. Alhamdulillah..
moga ukhwah tidak terputus antara kami.

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu


Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..


Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...
amin..

Friday, April 8, 2011

susah nak jadi muslim?!

susahkan nak jadi seorang muslim. setiap hari kena sembahyang. 5 kali pulak tu. yang paling tak tahan ada yang waktu subuh. kena bangun awal walaupun nak sembahyang sorang sorang. ada jugak waktu asar time tengah tidur pastu nak gi main pulak. maghrib ngan isyak pulak dekat dekat tak sempat nak buat pape pun. time ramadan pulak kena puasa. sepanjang bulan pulak tu. tinggal kena ganti. kalu tinggal lagi kena denda. tu yang wajib buat yang orang nampak. yang tak nampak dan wajib buat pun banyak lagi. belajar quran, aqidah, syariah, tasawuf. itu tanggungjawab pada diri. tak termasuk pada orang sekeliling. kalau ada anak kena jaga betul betul. kalau ada suami kena taat betul betul. lepas kalau masuk dalam perjuangan banyak lagi masa yang hendak di luangkan. tak masuk perempuan lagi. panas la, rimas la dan banyak lagi lah.

"poor u all sebab kena sembahyang" kata Dr A pada kami masa teaching. teaching dengan Dr ni sangat lama. lepas zohor sampai dekat maghrib bermula teaching dalam group sampai ke oncall round. tu pun belum habis lagi. kami belum sembahyang asar ni mintak diri. seronok diorang banyak masa untuk buat itu dan ini. study pun mesti baca lebih kan. makan pun boleh makan khinzir. kata bro muallaf katanya sedap. lepas tu boleh pegi enjoy kt kelab-kelab. campur laki dan perempuan tanpa halangan. tu semua sedap kan.

memang susah pun. kalau di lihat pada mata zahirnya dan kita akan banyak mengeluh. di tambah pula pada masa sekarang tekanan terhadap orang islam. pandangan orang kepada islam jugak terukkan . orang islam jarang yang berjaya sekarang. semua nak cukup cukup makan. kalau tanya kenapa mulalah islam yang di persalahkan.

"ko xpe la tak semayang"

bila mindset dah kata orang islam susah nak berjaya sebab banyak masa pergi ke tempat lain selain belajar. sampai bila bila pun takkan berjaya. kita selalu macam tu.

sering mencari alasan daripada penyelesaian.

lebih teruk bila menjadikan islam agama yang di anuti sebagai tempat kita meletakkan alasan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

padahal Allah dan janjikan seribu satu malah berjuta-juta infiniti nikmat atas kesusahan yang kita hadapi. cume batin kita yang tidak nampak akannya. juga kita tidak nampak nilainya. nilai bagi seseorang amat berbeza. nilai islam bagi yang benar benar islam pasti akan rasa ia sangat berharga. bagi yang tidak hanya mengatakan ia hanya menyusahkan.


contohnya: bagi seorang budak kecil di berikan pilihan gula gula dengan duit sepuluh ringgit. pastilah dia memilih gula gula walaupun duit sepuluh ringgit itu boleh membeli lebih banyak gula gula. kerana penilaian bagi seorang budak begitu. baginya gula gula lebih sedap dari duit sepuluh ringgit.

begitu juga bagi muslim. dia melihat pahala dan redha Allah itu lebih jauh bernilai daripada segala keseronokan di dunia ini. tidak hairanlah jika di luar negara mereka bermati matian memperjuangkan hak islam seperti bertudung dan mempertahankan masjid al aqsa.

penilaian kita pula bagaimana?

dalam kita beribadat pula tidak dapat lari dari kita redha akan apa yang kita lakukan. mana boleh kita sembahyang sambil hati busuk memaki hamun. tidak akan ada manisnya. lama kelamaan ibadat itu bagai tidak beri apa kesan pun. kemanisan iman pun tak tercapai.

Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.

kehidupan muslim itu bukan pada keseronokan tapi pada keredhaan.

           maka adakah orang yang beriman seperti mereka yang fasik(kafir)? mereka tidak sama       (al sajdah :18)

wallahua'alm

Saturday, April 2, 2011

u will be missed..

malam ni dah suram sikit surau Ar Razi KTDI nih. sudah sedikit demi sedikit tidak kelihatan wajah wajah yang biasa mengimarahkan surau ini sejak 2 tahun saya berada di sini. satu batch telahpun berjaya menamatkan pengajiannya. senior pada saya.

              imam-imam surau Ar Razi. Gym (tengah) akan dirindui pada waktu subuh nanti.

kalau tahun lepas melihat gradnya senior menjadikan saya semangat untuk menjadi seorang doctor tapi grad batch kali ni buatkan saya sedih dengan perpisahan ini. walaupun mereka senior, biasanya orang kena buli dengan senior tapi mereka ni lebih banyak membantu. pertama kali memasuki fakulti of medicine ini, orang yang pertama kenal adalah mereka. senior senior yang lain berada di HUKM masa tu. kami 2 batch survive berada di UKM KL. dengan masa tu ada sedikit masalah dengan cos lain, kami mempertahankan satu sama lain. ketika kami terpinga pinga mengenai perubatan ini merekalah orang pertama yang kenalkan kepada kami.

bakal bapa, Dr Afiq mohd fuad. yang banyak memberi dorongan dan bantuan. banyak mengajar saya dalam pelbagai segi.

yang paling penting sebahagian merekalah mengajak saya mengenal perjuangan dalam kampus. mengajak bersama sama untuk satu matlamat. walaupun pada suatu ketika saya terpaksa membuat pilihan wadah mana yang hendak di ikuti tapi itu tak pernah memutuskan ukhwah yang ada. kerana ukhwah kita kerana Allah. pengakhiran kita di syurga walaupun jalannya berbeza. sungguh saya sayang kamu semua kerana Allah.

buddy yang best. sejak dari first year. banyak membantu dan sempoi.

dia nak posing comel.. haha ( comel ke? mcm x je)

terima kasih kalian kerana menerima saya yang hina ini. layak atau tidak untuk mengikuti kalian tidak pernah di persoalkan sedangkan saya penuh dengan serba kekurangan. maaf andai sepanjang perkenalan kita ada mengguris hati tanpa di sedari. saya yang 'mulut lembik' ini selalu terlepas cakap. niatnnya untuk kita tak ada sebarang penghalang. boleh saja saya menjadi seorang yang sentiasa tunduk tapi dengan kalian saya memilih untuk bermesra. tak sanggup untuk meninggalkan memori dalam keadaan tidak ada kerinduan padanya.

 sambutan hari jadi pada tahun lepas bersama jaksa 2009/2010 (kek saya warna oren)

 sanggar kerja di port dickson

bila di imbas imbas balik banyak saya berurusan dengan mereka . semenjak di first year memegang jawatan progrm bawah kelolaan mereka, second year pula menjadi ketua batch yang membuatkan saya berurusan lagi dengan meraka. masuk third year menjadi JAKSA yang kebanyakan adalah di kalangan mereka. banyak pengalaman dan pelajaran yang saya ambil dari menjadi seorang yang berorganisasi sehinggalah seorang yang berfikrah. bila di sebut berfikrah maksud saya adalah kefahaman dalam agama. tidak kira jemaah mana sekalipun. jika di luar negara banyak pertembungan tapi di sini saya rasa kami lebih bertoleransi.

yang bersama dalam wadah ini paling saya sayang. mana tidaknya 4 tahun bersama. bersama dalam usrah, PRK, demonstrasi, majlis ilmu dan program prgram lain. kebanyakan masa bersama mereka. dengan mereka, saya jadi kuat. dengan mereka saya jadi rajin. pemergian mereka pasti terasa.

gym yang sering jadi front liner dalam demonstrasi. 

sering bersama dalam demo. lari pun lari sama sama. hahaha

bak kata nazil perpisahan ini bukanlah apa apa sedang kita berada di dunia yang fana tempat  persinggahan yang sekejap cuma. andai kita tidak bertemu lagi di sini pasti akan ada jodohnya di akhirat sana. di tempat yang abadi, selagi mana kita terus istiqamah di jalan ini, kita akan berada di kumpulan yang sama di bawah naungan Allah di padang mahsyar dan terus bersama lagi di dalam syurga insyaAllah. doa doakanlah agar hati kita tetap berjihad walaupun apa jua halangan yang menimpa.

” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam  (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

u will be missed....

p/s: maaf jika ada yg terkurang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...