Saturday, May 12, 2012

nak ambil kursus perubatan


tiba tiba ketika berada di Kampus KL UKM saya mendapat panggilan.

tidak di sangka sangka yang menelefon saya tu adalah ustaz di sekolah arab Azhariah dahulu.

orang panggil dia ustaz min. guru disiplin dan hal ehwal pelajar masa saya jadi dhobit. dia juga adalah Imam di masjid Mahligai melor.

dia memperkenalkan diri, walaupun hampir 10 tahun tak berjumpa tapi memang saya kenal suara dan gaya dia bercakap. macam mana tidak kenal, antara ustaz yang garang dan otai di sekolah dahulu. juga kawan baik abah.

gembira juga bila asatizah masih kenal saya yang kerdil ini.

hasrat dia bertanyakan pada saya jalan menuju jurusan perubatan bagi anak perempuannya.

ini bukan kali pertama mereka yang bertanyakan sedemikian. maklum sajalah jurusan perubatan sudah menjadi kegilaan para ibubapa.

anak dia baharu saja menerima tawaran Matrikulasi KPM.

nak menjadi seorang pelajar perubatan ada beberapa wasilah/ jalan tapi mestilah kena lepas SPM dulu.

1. jika keputusan SPM sangat sangat baik, boleh apply terus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau MARA untuk tajaan ke luar negara. biasanya dia akan bagi pilihan samada timur tengah atau eropah. pemilihan tu bergantung pada anda. biasanya timur tengah lebih mudah dan jika belajar bahasa arab ada juga kelebihan.

biasanya jika dapat , akan ada setahun belajar di malaysia. dalam masa setahun (ada juga 2 tahun) ni ada exam dan interview yang menentukan layak atau tidak, dan tempat yang akan di hantar.

2. mungkin tiada rezeki dalam untuk mendapat tawaran di atas. anda akan dapat tawaran ke Matrikulasi/ asasi UM/ asasi UITM. belajar semula dalam masa setahun. pada masa ni jika anda menyesal tak belajar bersungguh sungguh masa SPM, masih ada peluang jika anda seorang yang genius.

lebih kurang sama peluang yang ada bagi lepasan lepasan ini. sekiranya anda asasi UM still boleh ambil perubatan di UKM atau USM atau selainnya. begitu juga dengan UITM.

saya melalui Matrikulasi KPM walaupun dapat asasi UM panggilan pertama. panggilan ke UM lambat sangat , jadi saya malas nak kecoh kecoh tukar ke sana. Dari my point of view, pembelajaran di Matrik ini adalah jenis speed. dengan kata lain Rapid Learning. jika ada basic yang kuat masa SPM insyaAllah boleh dapat 4.0. Ada juga kawan yang tak dapat A pun masa SPM dapat 4 flat tapi jarang jarang. Dan ada juga yang 10A SPM tak dapat 4flat pun. atas kecepatan anda menangkap apa yang di pelajari dan rajin.

3.8-4.0 pointer membolehkan untuk dapat jurusan perubatan berdasarkan universiti. jika USM, UM dan UKM biasanya mereka ambil 4 flat.

jika above 3.75 boleh cuba minta di UMS, UNIMAS, UITM dan UPM. ni pada zaman saya, sekarang saya tak pasti. ada pilihan nanti, boleh cuba semua.

jika 3.5 keatas dan nak jugak ambil perubatan boleh la cuba swasta seperti CUCMS, IMU, Manipal dan lain lain. jika dapat, tajaan still boleh di perolehi.

jika bawah dari 3.5, besar kemungkinan tak dapat except anda ada CABLE besar. seriously, i've seen this a lot..

jika CABLE anda tak besar mana tapi masih menggeletar nak ambil perubatan, bolehlah mencuba ke Mesir terutamanya Mansourah university menggunakan agent yang ada di malaysia menggunakan result SPM dahulu. jika dapat 1A pun boleh lagi, syaratnya sangat rendah.  bayaran sendiri terlebih dahulu. lepas keluar result sem boleh la mintak biasiswa MARA. i've seen this a lot too... yang ni nak buat sebelum pergi Matrik pun boleh. ni macam jalan terakhir.

3. selepas SPM anda memohon untuk asasi perubatan. yang ada sekarang adalah USIM dan UIA. UIA memang susah nak dapat kecuali yang cemerlang sahaja. USIM insyaAllah, 8A keatas dengan cemerlang subjek kritikal dan ada bahasa arab sudah mencukupi. selepas Asasi, akan di serap terus ke university berkenaan. ini juga berdasarkan result semasa.

pada masa saya, UIA ada tawaran yang menarik, jika anda bercita cita untuk menjadi Al Hafiz dan Doctor , boleh ambil persijilan darul Quran dahulu setahun sebelum masuk Asasi UIA. yang ini memang mereka yang terpilih oleh Allah sahaja.


no wonder why there a lot of doctor nowaday yeah..

44 comments:

nurul said...

terima kasih atas info ;)

cuma, sy nk tanya. macamana kalau lepasan asasi perubatan di usim nk teruskan pengajian ijazah perubatan?(walaupun usim tak bagi tawaran utk sambung pngajian perubatan)

Unknown said...

saya tiada pengalaman di USIM, tapi surely boleh buat rayuan.

jika tak dapat gunalah cara yang saya tulis kalau tak dapat tawaran perubatan selpas matrik. maksudnya pergi amik di luar negara secara persendirian. perlukan duit sikit. contact la agent yang ada. sila search di fb atau web: medic mesir..

jika anda benar2 berminat...

Anonymous said...

assalamualaikum. post nie sangat menarik minat saya. saya guna jalan yg ke dua tetapi saya mendapat tawaran di ukm kl untuk kos farmasi. masih ada tak peluang untuk saya menukar kos ke medic nanti ? kalau based on pengalaman saudara, pernah tak ada student yg berjaya tukar kos ke medic ?

syukran jazilan~

Unknown said...

pertama kalinya, tahniah di ucapkan.. bukan calang2 orang yang dapat pharmacy di ukm

dan maaf saya katakan yang setakat ini belum pernah lagi ada..

yang selalu ada medic tukar kepada kos pharmacy, dental dan lain2..sebab realitinya ramai yang tarik diri dari ambil medik.

nasihat saya, bergantung pada diri anda. tanya samada anda benar2 berminat dengan medik atau sekadar megikut sistem atau ibubapa atau kerja atau ikut2 orang.. considerlah dengan banyak aspect. tanya diri bagaimana kerjaya doktor lepas aku grad nanti ..

ramai yang salah faham pharmacy itu bagi ubat tapi sebenarnya lebih besar dari itu. kalau nak tahu boleh tanya..

Anonymous said...

terima kasih saudara mizan.
dulu, mmg saya pun ingat yang bidang farmasi nie just bg ubat saja.
tp, bila dpt kos nie , saya buat sedikit research, baru saya tahu yang bidang farmasi nie sgt luas.

boleh tak saudara terangkan serba sedikit pasal kos farmasi vs medic.

maaf menyusahkan saudara.

syukran jazilan

Anonymous said...

terima kasih saudara mizan.

boleh terangkan mengenai kos farmasi dgn lebih mndalam ?

Unknown said...

sedara anon, maaf sebab lambat reply. sudah pasti sedara telah pun masuk ke UKM sekarangkan..

farmasi ada advantage juga berbanding medik. depend kepada individu. mereka juga belajar pasal desease tapi bukanlah frontliner. maksudnya bukan membuat diagnosis tapi sebagai merawat. merekalah yang menetukan ubat ubat yang di perlukan dalam sesebuah hospital atau klinik. merekalah yg berurusan dengan syarikat farmasi dari segi order, kewangan dan sebagainya. macam bisnes if u want..

peluang juga besar malah lebih dari doktor.

full scholarship by JPA.

tanyalah senior jika mahu lebih. saya cuma di briefing sedikit sahaja ketika attachment di bahagian farmasi.

wallahua'lam

Anonymous said...

slam...sy mengambil dip sains dan ingin ke kos perubatan.stakat ini sy mndpt pointer 3.67 ke atas...boleh x klau sy mmohon kos perubtan especially di ipta...adakah peluang ini tipis??

Anonymous said...

slm...saya pelajar kolej bersekutu uitm dan mengambil diploma sains dan setakat ini mndpt keputusan 3.69 dan brhasrat utk melanjutkan pljrn dalam bidng perubatan di ipta.apakah saya ada peluang..??
.terima kasih.

Anonymous said...

terima kasih saudara mizan.
yup, saya dh masuk ukm. dn setelah d briefing oleh pensyarah2 n senior2, saya rasa selama nie mmg bidang farmasi yg saya cari selama nie bukan medic...
terima kasih saudara mizan.

happy belated birthday . btw, actually, we shared the same birth 'date'...

syukran jazilan~

Pu3nadhirah Izhar said...

As salam.. nak tanya, kalau qualification utk mengambil medik di ukm perlu pointer lebih daripada 3.8 kan?possible tak rasanya utk pointer yang kurang dari 3.8?farmasi pun macm tu kah?terima kasih.

Unknown said...

banyak anon.. xtau nak beza mana satu.

1. jika di tanya mengenai pengalaman saya tak pernah ada org yang ambil medik di ipta selepas dip untuk sambung belajar. di ipta jalannya sgt strict. maaf..

tp ada option lain, cthnya di perdana universiti yg collaborate dengan john hopkin ada ambil student medik as second degree. maksudnya selapas amik diploma atau ijazah yang berkaitan boleh sambung amik medik. yang lain xde.

atau pun pergi luar negara dan tanggung sendiri

Unknown said...

anon yg lain: happy belated birthday juga.. dr fadilah kamsah gtau lahir di bulan 11 sesuai jadi doktor : )

Unknown said...

putri nadhirah: nampaknya kamu di pasum ye. hurmm.. mmg susah sbnrnya,honestly mmg x dpt di ukm. time saya semua 4 flat, tahun selpas saya plg kurang 3.8, mengikut pencapaian dan saingan pada tahun tersebut, sekarang mungkin lebih ssh. lebih2 lagi bg perempuan persaingan sgt banyak.

pointer untuk farmasi juga sama lebih kurang.. tapi jgn putus asa, pasti akan ada jalan. chaiyok2!!

aina said...

Assalamualaikum, nak tanya. kalau pljr lpsn spm yg tak ambil subjek biologi boleh ke ambil asasi sains hayat ni?

Anonymous said...

Salam.Sy dr asasi um.pemohonan utk program medik di usm baru dibuka.penilaian berdasarkan result sem 1.tp sem 1 sy x dpt 4 flat.dpt 3.89.patut x sy apply medik? atau apply kos lain.sy mmg minat medik tp sy tkut dgan pointer ni x mlayakkan sy apply medik.bila pilihan first x dpat,pilihan program lain pun x dpt (utk pemohonan usm,bkn upu)

amalina said...

Salam. Saya nk tanya, kalau nak ambl bidang perubatan ni mesti kena fulltime ke atau blh ambl parttime? Sebenarnya saya masih lagi bljr, dlm proses nak complete degree dlm jurusan kewartawanan. Memang jauh dan sangat berbeza dari perubatan. Tiba2 termuncul persoalan ini.. Saya pun sebenarnya ada hasrat nak ambil psikologi (mungkin smbng masters dlm bidang ni) tak pun behavorial science. ni pun sbb dia masih lagi berkait rapat dlm bidang komunikasi. Kalau tuan ada apa2 nasihat yg boleh bantu saya pada masa akn datang, saya amat menghargai!

miss n said...

assalamualaikum saudara mizan, saya 'cik anon' yg share the same birth 'date'....terima kasih yea.
bg saya medic n farmasi mmg kena bergerak seiring dan sgt2 penting. terima kasih lg sekali, skrg saya still berada di fakulti farmasi dn baru sahaja hbskn sem 1. doakan saya berjaya dlm bidang ni. byk lg yg perlu saya terokai.

saja nk share. waktu saya masuk kos farmasi kt ukm, semua student farmasi adalah semua student 4 flat, apatah lg kalau medic...so, sapa2 yg nk ambil bidang ni, jgn mudah putus asa, insyaAllah korang pasti boleh buat kalau ada usaha.

untuk anonymous yg kat ats ni, jgn takut untuk ambil medic, kwn saya pun tk dpt 4 flat tp still bley buat medic kt usm. jgn takut untuk mencapai cita2 anda. jgn lupa untuk buat backup plan. saya prnah berada d tmpat anda d mana saya sgt3X nk buat medic tp x ada rezeki, tp sampai skrg saya tak rasa menyesal kerana saya tahu saya prnah mencuba.


terima kasih saudara mizan

-nurul aka 'cik anon' -

miss n said...

assalamualaikum saudara mizan, saya 'cik anon' yg share the same birth 'date'....terima kasih yea.
bg saya medic n farmasi mmg kena bergerak seiring dan sgt2 penting. terima kasih lg sekali, skrg saya still berada di fakulti farmasi ukm dn baru sahaja hbskn sem 1. doakan saya berjaya dlm bidang ni. byk lg yg perlu saya terokai.

saja nk share. waktu saya masuk kos farmasi kt ukm, semua student farmasi adalah semua student 4 flat, apatah lg kalau medic...so, sapa2 yg nk ambil bidang ni, jgn mudah putus asa, insyaAllah korang pasti boleh buat kalau ada usaha.

untuk anonymous yg kat ats ni, jgn takut untuk ambil medic, kwn saya pun tk dpt 4 flat tp still bley buat medic kt usm. jgn takut untuk mencapai cita2 anda. jgn lupa untuk buat backup plan. saya prnah berada d tmpat anda d mana saya sgt3X nk buat medic tp x ada rezeki, tp sampai skrg saya tak rasa menyesal kerana saya tahu saya prnah mencuba.


terima kasih saudara mizan

-nurul aka 'cik anon' -

khairi azri said...

assalamualaikum , saudara Mizan @ abg mizan. . UIA atau USIM ni kalau tak amek bahasa arab tadi berminat nak masuk mcm mana ? saya SPM2012 . terimakasih :)

Anonymous said...

Assalamulaikum saudara Mizan, saya baru sahaja lepas habis pengajian diploma di IPTS, namun results sya hanya skadar 3.31 namun saya masih berminat untuk mengambil jurusan medic..pada pendapat saudara, adakah sya masih layak untuk memcuba atau lebih baik cari bidang yang lain, dan jika boleh bolehkah saudara memberitahu jurusan peubatan apa yang msih menjadi permintaan sekarang ini...

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

assalamualaikum...
saya nak tanya bagaimana dengan peluang pekerjaan lpas grade perubatan dari unimas, unisza, ums, uitm...
orang kata x de keja sbb rmai ambik pelajar usm, ukm, um and upm...
btul ke??
mohon penjelasan...~

~norhamizah~

Anonymous said...

salam mizan..saya erna pljr thn akhir sains di Uitm K.Pilah. sya dpt twaran dr agent ke Moscow buat medic tapi family x mampu. mcmana saya nak sambung bljr ke UNIMAS apa precedur yg perlu saya buat. atau mizan ada lain cadangan utk saya. terima ksih

erna said...

salam abg mizan.sya erna pljr thn akhir sains di Uitm K.Pilah sya dpt tawaran olh agent bljr di Moscow tp fmly x mampu. sya bermnt nak sambng di UNIMAS apa perlu saya buat dan procedure.atau abg mizan ada cadangan lain utk beri pd saya. terima kasih

Anonymous said...

syukran ya akhi for this beneficial info . just nak tanya satu soalan , asasi UM susah tak nak four flat? :/ sbb saya letak asasi sains hayat UM as first choice kat upu . spm saya 9a . syukran again.

Unknown said...

ukhti syafinaz, emm susah la nk jwb soalan tu. yg penting it possible.. kawan2 ana ramai je dari asasi um. dapat 4 flat. ada jgk yg yg x dpt..

ana ada melawat blog ukhti.. sedang memilih pathway skng kan. kalau nk tahu pasal medic now and future, ana prefer enti lawat blog ni
pagalavan.com/
pilih la sebaik mungkin.. susah untuk patah balik lpas ni

Unknown said...

maaf banyak2.. banyak komen yg saya tak sempat jawab. hari tu memang kekangan masa dengan final pro exam.

mana mana universiti jika ada akreditasi dari mmc sume boleh keje lg setakt ini. untuk masa depan mungkin akan di pilih.

syafiaaz said...

saya bru abis asasi uitm n pointer alhamdulillah.. ok. soalan saya, pointer yg diambil kira utk upu adakah yg core subject shj @ all subjects. sya x tau lah matrik macam mana, tapi uitm ad 6 subjek n 3 core subjects will be selected from 4(bio, chm, phy,math)for average pointer.
so for pointer, CGPA uitm @ average pointer yg diambil kira?
n 1 more, MUET qualification mcam mana? min requirement?

Unknown said...

matrik pun sama juga. core subject yg diambil kira for average pointer..

MUET depend kepd university: ade 4(UM), ada juga 3(UKM).. so, min adalah 3

Anonymous said...

Salam. Saya pelajar lepasan matrikulasi cgpa 3.43. Saya bercadang nak sambung pharmacy di ipts. Ipts mana yang okay? CUCMS okay ke? Senang nak dapat kerja?

Anonymous said...

Salam,,sy ada beberapa soalan nk ditanyakan. Saya ada dpt tawaran Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan di UKM, walaubagaimanapun sy berminat utk mengambil course Doktor Perubatan..Jadi,adakah saya berpeluang untuk tukar course setelah menerima tawaran di UKM itu??
Peluang untuk penerimaan pertukaran tu besar tak? atau mungkin ada pernah pelajar2 sebelum ini yg berjaya bertukar program seperti apa yg sy katakan td? ada ke?

Kalau ada mungkinkah perlu lalui sesi temu duga?

Harap mohon pencerahan.dan Terima kasih byk2. :)

Unknown said...

wasalam,
pelajar cos perubatan diambil berdasarkan pencapaian akdemik. sekarang di sebabkan ramai yang cemerlang maka satu lagi value yang di tambah adalah minat dan kesesuaian melalui interview.

bagaimanapun pencapaian akademik yang paling utama.

seperti komen sebelum ini, belum pernah yang saya nampak ada yang tukar cos dari bidang lain ke bidang perubatan. maaf..

Unknown said...

untuk meminta di IPTS, anda boleh tgok IPT mana yang di recognise. biasanya kalau ada accreditasi maka ok lah.

untuk farmasi , pun sudah berlaku kelambakan. ada yang perlu tunggu setahun sebelum dapat posting...

wallahua'lam

miss n said...

Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

Unknown said...

salam , bole tnye x .. saye dpt kos kesihatan persekitaran(fakulti sains)di ukm . bole x saye nak tukar kepada phamarcy? pointer sye 3.84 matrikulasi . saye tgk pointer untuk kesihatan persekitaran hanya 2.75 kelayakan dia.

miss n said...

amirul faiz : tahniah sbb dapat masuk ukm. :))
boleh tukar, mengikut kekosongan tempat di bidang tersebut. tetapi, nak tukar antara fakulti , maybe agak susah. tak salah mencuba kan?
secara jujur, tak pernah lagi org berjaya tukar ke kos nie, tapi yg apply nak tukar memang ramai. sebabnya, tempat belajar tersangat lah terhad, muat2 untuk satu batch sahaja kerana fakulti farmasi tidak menggunakan dewan kuliah...hanya menggunakan 'bilik seminar' .

selalunya, kelayakan dekat ukm, mmg mcm universiti2 yg lain, tp, pelajar yg masuk semua hebat2...tahniah dik :)

semoga berjaya!

Unknown said...

boleh cuba..
syarat minimum kelayakan bg kesihatan persekitaran mungkin 2.75 tu.. tapi dalam cos kesihatan, student tiada yang pointer bawah 3.5..
harap maklum

p/s: student medik nk tukar kepd farmasi pun ssh nk dapat..

Belog Budak Steady said...

Salam abang, saya expasum. Alhamdulillah saya dapat medic um. Saya nak tanya, rumours ada mengatakan lambakan doktor di Malaysia? Betulke abang?

Unknown said...

unfortunately, yes...
dan dalam tahun 2015 dan keatas akan ada interview untuk bekerja untuk government sebagai MO. tidak semua akan dapat lagi. ini kerana kelambakan doktor tapi kekurangan facilities..

tapi jika adik punya minat yg mendalam. teruskan.. local uni masih bgus di pandangan SPA tidak seperti mereka dari oversea.

who to blame? government that making medical cos as bussiness.

search dr pagan blog untuk keterangan lanjut

Belog Budak Steady said...

So that yang dapat biasiswa JPA tu camne? Syarat dia bonding dengan kerajaan 10 tahun kan?

Unknown said...

ye.. bonding tu akan xde jika tidak di pilih kerja dgn kerajaan.

dalam engineering skrng dah pun jadi mcm tu selepas kelambakan engineer. mereka dapat JPA dan kontrak tp jika tidak di panggil dlm masa setahun maka no bonding lg

rilek.. medic UM bagus.. masih di pandang tinggi. dan lpas HO masih byk kerja lain

Unknown said...

assalamualaikum..
maaf menggaggu...
sye nak tanye ..
boleh tak kalau sye nak ambil dalam bidang perubatan tapi sye cume ambil subjek akaun,fizik,kimia n add maths dlm SPM..boleh tak terangkan serba sedikit ape yang harus saye lakukan..

Anonymous said...

assalamualaikum.....sya alhmdulillah pspm 1 di mtrikulasi dpt 4 flat.tp stu mslah yg sya tgh hdpi muet saya band 2.adakah sya msih brpluang utk mnymbung bidang perubatan d ukm, usm, dan mana2 uni tmptn??.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...