Tuesday, March 20, 2012

Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri


sejak 4 tahun yang lepas saya sering mengikuti kuliahnya di video you tube dan video seminar antarabangsa seperti RIS, celebrate mercy dan lain lain yang beliau sertai telah membuat saya jatuh cinta pada ulama keturunan Rasulullah ini.

kata katanya sungguh indah sekali, pernah saya cuba berkongsi rasa cinta ini pada program "Malam Mahabbah Rasulullah" tapi tidak berkesampaian akibat kekangan masa.

Allah, benar benar terasa untuk menatap muka beliau secara live tetapi tidak kesampaian barangkali.

jika beginilah keturunan baginda Rasulullah, saya tidak boleh bayangkan bagaimana Rasulullah itu sendiri.

siapa kata cinta itu perlu berjumpa, bermadu kasih, berkata romantik?

nabi kita telah mencintai kita sebelum lahirnya datuk nenek kita lagi...

apa sebab kita tidak mencintainya dan keturunannya...

moga masih ada kesempatan untuk berjumpa.. insyaAllah

di sini sedikit biodata beliau:

Habib Ali Zain Al- Abidin Al-Jufri ialah ulama terkemuka Ahlu Sunnah wal Jamaah berpengkalan di Tarim, Hadramawt, Yaman dari keturunan Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali RA. Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pengarah Yayasan Tabah disamping menjadi Timbalan Dekan Pusat Pengajian Islam Dar Al-Mustafa di Tarim. Beliau telah memperolehi pendidikan pengajian Tradisi Islam di Tarim, Hadramawt, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal dengan sistem pendidikan dan pengajian Tradisi Islam. Selain di Tarim beliau juga mempelajari ilmu Tradisi Islam di Mesir dengan Profesor Dr Omar Hashim (Mantan Rektor Al-Azhar), Al-Allamah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Al-Allamah Syeikh Mohammad Zaki Ibrahim (Ahli Majlis Auqaf Mesir), di Mekkah dengan Al-Allamah Al-Marhum Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki, di Madinah dengan Al-Muhaddis Habib Zain Bin Ibrahim Bensemaith dan di Jeddah dengan Al-Allamah Habib Abdul Qadir Saqqaf dan ramai lagi ulama-ulama bidangn Tradisi Islam. Sebagai seorang tokoh ulama pendakwah Ahlu Sunnah wal Jamaah beliau telah menyampaikan kuliyyah di pelbagai negara Islam dan juga di Eropah dan Amerika Syarikat.
 
p/s: masih sibuk dengan SSM yang banyak buangkan masa. ulang alik HUKM - HKL.
        minggu depan balik kelantan dengan senyuman.

Saturday, March 17, 2012

all the best sahabat..

sering kali saya berkhayal...

kalaulah saya dah nak ambil exam final sekarang,

dah nak graduate, pakai jubah merah.

nak bergambar dengan family time konvo,

nak bekerja, cari duit. belanja mak ayah dan adik beradik.

nak pergi jalan jalan.

lepas tu nak kahwin kot..

tapi Allah takdirkan saya sedikit lambat. dan memberikan sahabat saya jalan yang smooth. jujurnya saya jeles.

setiap posting sebelum ni saya fikir 'cepat la exam'. saya nak kejar sahabat saya yang jauh di depan. sedangkan saya tahu mereka bukan keadaan statik. kami berjalan dengan kadar terus.

tinggal 2 hari sahaja lagi mereka akan menempuhi exam profesional yang akan merangkumi 5 tahun pembelajaran. suatu yang amat susah. untuk mengingati semua itu.

apa yang saya pasti kamu mesti sudah cover kebanyakannya kerana saya tahu kemu semua orang yang hebat hebat belaka.

apa lagi yang tinggal adalah BERDOA!!

ingin saya yang lemah ini kongsikan amalan yang saya buat.

solat taubat sebelum berhajat. sungguh Allah akan melihat pada orang orang yang suci dari segala dosa. banyakkan beristighfar. sebutkanlah nama Allah yang mulia ya ghaffar ya tawwab. yang maha mengampun dosa dan maha menerima taubat hambanya

solat hajat mesti dilakukan dengan khusyuk. bacalah ayat panjang sedikit atau berulang ulang dalam solat sehingga hadir akan perasaan khusyuk dengan Allah. ambilkan masa yang lama dalam setiap pergerakan. rukuk, sujud, i'tidal dan sebagainya. setiap pergerakan ini hadirkanlah rasa rendah diri dan kehambaan bersama hajat kita.

antara tempat mustajab doa adalah pada sujud dan sebelum salam berdasarkan hadis. banyakkan berdoa pada tempat ini.

selesai salam, banyakkan selawat keatas junjungan besar nabi muhammad sebelum berdoa. banyakkan juga bertahmid.

berdoalah dengan bahasa yang di fahami. jika ada doa dari nabi boleh di masukkan kerana padanya ada berkat.

sungguh para sahabat "dua itu adalah senjata bagi mukmin"

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi)

“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi)

all the best semua terutama sahabat housemate , sahabat seusrah dan sahabat 4th year.

saya akan sentiasa doakan kejayaan antum semua.

akhirnya bersangka baiklah dengan Allah. 

"sungguh Allah bersama sangkaan hamba terhadapNya"
saya serahkan khayalan diatas kepada antum untuk menggapainya dahulu. Allah telah memberi antum kelebihan, jangan sia siakannya...

sekian, wasalam...

                                        (cube teka apa yang mereka lihat?)


knowing and be with antum in this 5 years is one of the greatest thing in my life.
hope for the best, let Allah do the rest.

p/s: alhamdulillah, terima kasih ya Allah .
        i am officially final year medical student... 1 year to go

                              celebrate with housemate immediately at carl's : )

Wednesday, March 14, 2012

like stars on earth


'can you feel it' tanya prof dalam satu masa di klinik

semua senyap, ada juga yang mengangguk..

'of course you can't, you will know when you have one'  jawab dia sendiri

melahirkan anak yang istimewa. berbeza dengan anak anak yang lain. membuatkan pesakit itu depress yang teramat. menangis nangis meluahkan perasaannya. memikirkan masa depan anaknya.

walaupun telah lakukan investigation yang pelbagai sebelum lahirnya, tapi Allah lebih berkuasa. lahirlah anak yang down syndrom. typical down syndrom.

benar,
siapalah yang dapat merasa dengan sebenar benarnya
'put in their shoes' tidaklah semudah yang di sangka

kita hanyalah orang biasa jika menempuh hidup seperti satu kitaran. ibarat robot yang di programkan melakukan itu dan ini. tidak pernah dapat cabaran tapi mengatakan boleh menerima cabaran.

sedangkan mereka yang menerima cabaran itulah orang yang luar biasa.

sebab itu di sebut dalam al quran

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

orang beriman itu adalah orang yang telah di uji keimanannya . bukan yang berkata tegas bahawa imannya kuat.


baru sahaja menitis air mata melihat movie di atas. "taare zameen par" tajuk hindunya.

mengisahkan seorang kanak berusia 9 tahun. di lahirkan dengan dyslexia disorder. tetapi tiada siapa yang tahu walaupun ibubapanya sendiri. menjadikan dia seorang yang depress bila di tekan oleh orang sekeliling.

dyslexia disorder ataupun reading disorder adalah termasuk dalam learning disorder bagi kanak kanak. melihat movie ni lebih jelas bagi saya yang baru je lepas belajar psikiatri. mereka adalah yang mempunyai masalah dengan menulis dan membaca sedangkan intelligent development adalah seperti orang normal. kebiasaan bagi mereka ini ada kelebihan. dalam movie ini dia seorang yang pandai melukis. kalau di lihat kepada dunia realiti, mereka antara yang mempengaruhi dunia seperti einstein, leonardo da vinci, tom cruise dan banyak lagi.

kisahnya juga mengisahkan bagaimana didikan anak anak. sudah pasti ibubapa tegas dan garang. memikirkan masa depan anaknya. kekurangan di lihat sebagai malas usaha. malu dengan kelemahan yang ada, stigma dengan penyakit psikiatri.

bak kata ulama amir khan kepada ibubapa kanak kanak itu

there are mercilles and competitive world out there,
in this crazy world , everybody want to grow topper and ranker
everyone want a genius kid, a doctor , engineer, manager
nothing less is tolerated
every child have their own capabilities,
own desire, own dream.
but no,
every finger has to pull up until it gets long
pull away until it break

kecewa dengan bagaimana kanak kanak itu di layan.

walaupun saya sokong amir khan tapi harapan saya di jauhkan dari semua ini.
kita tidak akan tahu kita dapat tempuh atau tidak selagi mana kita belum tempuhinya.

but

every child is special..

ia juga adalah amanah..

p/s: movie malaysia belum ada lagi yang educated. hurmmm

Friday, March 9, 2012

tidur yang bersih

dalam psychiatric soalan yang paling biasa di tanya adalah ' tidur macam mana?'

hampir setiap patient yang datang ke klinik akan di tanya. ia adalah screening bagaimana mood seseorang.ada jugak chapter pasal sleep disorder.

saja nak post kan benda ni sebab saya kekadang pun ada masalah tidur. sebab tulah wujudnya blog ini. kenapa yang kena tidur. mestilah sebab dia baik untuk jantung anda. kalu tidur lambat kemungkinan akan dapat hypertension. kalau yang dah ada hypertension sila sila lah tidur awal. baru control sikit. ( ayat medical kaunselling)

ok. macam mana nak tidur. ada teknik kalau susah nak tidur. namanya tidur yang bersih. atau sleep hygiene. lebih kurang macam ni la.

1. kita mula dengan waktu siang. kalau ada masalah tidur elakkan tidur pada waktu siang. walau macam mana mengantuk pun jangan tidur jugak. kalau rasa nak tidur pegi la jalan jalan ketuk kepala ke apa.  mesti ada orang kata nak tidur qailullah kan. menurut ulamak melalui ustaz yang ajar saya dalam hadis menyebut tidur qailullah itu hanya apply pada mereka yang bangun qiam pada malamnya. qailullah tu adalah rehat bagi mereka . korang yang tidur 8 jam ni tidak di kira.

2. petangnya boleh la lakukan aktiviti seperti bersukan. sekadar berpeluh sahaja. jangan terlalu lama sampai ke malam. sebab lepas bersukan ni darah tengah lancar ke otak . susah nak tidur lepas bersukan.

3. jangan minum kopi, teh, nescafe, coca cola, pepsi dan sewaktu denganya selepas pukul 6. semua ni ada cafiene yang buat kita terjaga

4. paling bagus mulakan tidur awal. pukul 10 pun dah ok. kata nak ikut sunnah kan. nabi lepas solat isya' terus masuk tidur jika tiada urusan. dengan kepenatan pada siang hari pasti senang tidur.

5. sebelum tidur pastikan tenangkan fikiran. banyak cara boleh guna. tengok citer kelakar ke. prof saya advise untuk baca buku. pre bed reading.  bagus betul idea ni. buku kena biasa biasa jangan yang berat berat. novel cinta tu tak payah la. ambil buku pelajaran atau agama insyaAllah senang nak tidur. baca surah al mulk lagi bagus dapat pahala dan tidur sekali.

6. tutup la lampu. jangan bagi ada tv dalam bilik. laptop tutup. hanset letak jauh jauh sikit. sume ni boleh jadi distraction

7. mestilah kena tutup mata. fikirkan sesuatu yang neutral. jangan fikir korang gaduh gaduh ke. jangan fikir keje tak siap. fikir pasal kehebatan Allah. berzikir pun sangat bagus. sunnah nabi bacalah 'tiga qul'. dan jangan lupa baca doa.

8. kalau tak dapat tidur jugak, jangan fikir ' kenapa aku tak dapat tidur' pasti memang tak tidur sampai pagi esok. tenangkan diri. tukar posisi ,zikir banyak banyak..

9. selamat tidurkan diri...

terima kasih malaysia sebab bagi voucher buku. boleh jadi pre bed reading saya. sebenarnya tak perlu nak kecoh pun. sebab dah nama kerajaan. macam ayah kita la. dah jadi tanggungjawab untuk lakukan sume ni. orang lain jadi kerajaan pun mungkin boleh bagi lagi baik dari pada ni. yang kena kecoh bila tak jalankan tanggungjawab. ye ke dok?

pre bed reading ni memang satu idea yang bagus. boleh la saya habis buku buku yang bertimbun menunggu giliran tu. thanks prof.

ada 2 hari saya tak boleh tidur dalam study week sebab nescafe. kuat sangat effect dia plus stress..

beli 1 je buku medik sebab mahal sangat. 2 buku je dah abis RM 200. haish...

p/s: teknik di atas banyak lagi dan di ubah mengikut cita rasa.
       exam osce last pada isnin. walimah sepupu hari sabtu dekat johor.. dilema nak pegi ke x..
       rasa nak tutup je blog ni...

Thursday, March 1, 2012

nilai masa..

Utk mengetahui nilai setahun, tanyalah pelajar yg gagal dalam exam.

Utk mengetahui nilai sebulan, tanyalah ibu yg sudah mengandung 8 bulan.

Utk mengetahui nilai seminggu, tanyalah ketua editor majalah mingguan.

Utk mengetahui nilai sehari, tanyalah pekerja gaji hari mcm babysitter ada 10 anak jagaan.

Utk mengetahui nilai 1 jam, tanyalah pengantin yg tgh tunggu pasangannya malam pertama.
Utk mengetahui nilai seminit, tanyalah individu yg pernah terlepas flight.

Utk mengetahui nilai sesaat, tanyalah individu yg selamat kereta mahal dia dr accident.

Utk mengetahui nilai satu juzuk saat, tanyalah pemenang pingat perak sukan olimpik.
 masa sangatlah bernilai..
kadang kita terlupa dek rasa kelapangan dan tidak ada kepentingan...
Hassan Al banna pernah berkata  tuntutan kerja seharian itu melebihi masa yang ada.
sangat banyak tuntutan yang perlu di tunaikan, sama ada buat atau tidak.

come on mizan, sebelum ni tak sabar nak examkan. sila lah study dengan bersungguh sungguh..

masa sangat bernilai bagi mereka yang mengetahui..

doctor to be insyaAllah( tak pernah rase nak jadi doctor macam sekarang. kuikuikui)

Sunday, February 26, 2012

musim berdoa

musimnya datang lagi,
selain daripada di bulan ramadan dan hari hari yang ada kelebihan padanya
ia adalah musim exam

musim menuai janji janji manis
mengingat dosa dosa sebelumnya
meletakkan harapan yang tinggi

pernah saya membaca ayat ini dalam satu sesi usrah

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (Surah Attaubah: 75-77)
kita hanya menuju Allah pada saat memerlukan
lupa bahawa kita hamba yang memerlukan
lupa bahawa zarah zarah itu tak bergerak melainkan izinNya

kadang kadang doa kita berbentuk arahan
' berilah aku itu dan ini...'
lupa yang kita tiada hak

kadang kadang penuh dengan janji manis
' aku akan buat itu dan ini...'
lupa yang Allah perhatikan sebelum dan selepas berjanji

ingat bahawa Allah maha mengetahui segala sesuatu
jangan sampai kita menjadi munafiq seperti ayat di atas
jangan kita jadi yahudi di gurun ketika bersama nabi Musa

bagi mukmin itu seluruh aktivitinya berserah pada Allah
bagi mukmin itu adalah redha setelah berazam dan berdoa

janganlah kelambatan masa pemberian tuhan kepada kamu walaupun kamu telah bersungguh sungguh berdoa menyebabkan putus harapan, sebab Allah dah menjamin menerima semua doa, akan menunaikannya dalam apa yang dikehendakiNya bukan kehendak kamu dan pada wak tu yang di kehendakinNya bukan masa dikehendaki kamu.- ibn atoillah
maafkan segala salah dan silap, doakan saya exam dengan sebaiknya dan istiqamah berdoa dan mengharap.. 
 psychiatic - ENT - ophthal - anasthesia


semoga di permudahkan..

Friday, February 17, 2012

ikhwah hot

'kalau aku ni jahat dah banyak muslimat aku main .. hehe' kata sahabat semasa chatting

apabila meningkat usia tidak dapat lari dengan isu isu seperti baitulmuslim, bertunang, taaruf, di 'offer' dan meng'offer'. menjadi penasihat tak bertauliah juga tidak dapat di elak kerana permintaan sahabat. walaupun diri sendiri masih terumbang ambing. tapi selagi termampu saya beri apa yang pada saya dan ustaz betul.

bila keluar isu isu ni mesti semua seronokkan. kalau buat status di facebook mestilah ramai yang 'like'. biasalah, age group sahabat di facebook adalah lebih kurang sama, interest pun mesti lebih kurang sama.

hot,
sahabat saya seorang ni memang hot. dengan masa yang tiba tiba beberapa  lamaran datang serentak sehingga dia pening nak pilih yang mana satu. ada yang berpurdah, ada yang berfikrah, ada yang aktivis dan ada yang wanita melayu terakhir.

tidak hairan, di katakan zaman sekarang sedikit lelaki dan yang ikhwah ini lebih sedikit. saya sendiri kalau boleh ingin carikan ikhwah pada adik beradik perempuan saya. kriteria ikhwah itu mestilah melazimi solat jemaah paling penting ,berkerja untuk sara hidup dan untuk islam. tu paling minima la belum masuk rupa, tempat tinggal dan lain lain.

memilih ihkwah untuk menjadi pemimpin dan imam bukan mudahkan. sangat sedikit barangkali sebab minah rempit pun mahukan imam bukan sahaja akhowat. kalau di tanya semua orang pun mesti kata yang baik dan soleh. tapi yang peliknya diri tak mahu jadi solehah.

alhamdulillah sahabat - sahabat saya semua hot-hot belaka. ada yang setiap minggu ada sahaja call tanya status. saya hanya menumpang ke'hot'an mereka.

menjadi ikhwah hot tak mudah. terutama bila berkaitan dengan muslimat. 

kata ust Azhar Idrus:
jangan pikat wanita jika tak bersedia lagi

hot tidak akan dapat lari lagi dengan muslimat. kitalah sebagai ikhwah yang menentukan bila kebersediaan kita untuk membina masjid. bagi muslimat itu selalunya akan bersedia bila kita bersedia. tanggungjawab mereka adalah mentaati suaminya. tapi tanggungjawab kita mengetahui bila bersedianya kita untuk melayari bahtera sendiri.

 ingat bahawa berkahwin bukan bermakna berjaya. tak berkahwin bukan maksudnya tidak lelaki sejati. berkahwin itu adalah permulaan dan berjayanya sebuah perkahwinan bila keluarga besar berjalan selari dengan kehendak Allah.

dalam psychiatric posting saya melihat banyak perkahwinan yang gagal. konflik konflik rumah tangga yang berpanjangan dan hasilnya anak anak yang stress dan tidak berjaya. bersediakah kita untuk hadapi kemungkinan yang ada?

pesan saya pada sahabat diatas:

mencari jodoh ni bukan mcm nk pilih kucing atau buah buahan
bukan jugak cuba dulu baru beli
dia penuh dengan adab adab
jauhkan fitnah
tak perlu mengnali mendalam sebelum kawin
cukup dengan tenang dengan perlakuan dia, pakaian dia, rupa dia
dan rasa di permudahkan
insyaAllah itu jodoh kita
lepas tu terima je kelebihan dan kekurangan

tak perlu gopoh, kerana gopoh itu syaitan..
jangan permainkan hati perempuan, jika berkenan istikharah, tekadkan hati dan terus masuk taaruf...
ingat janji Allah, lelaki baik untuk perempuan yang baik.

'ikhwah hot untuk akhowat yang hot.'

teringat kata kata sahabat saya selepas pulang dari meminang . katanya

"kalau ikutkan aku boleh lagi cari yang lebih cantik, tapi aku mahu yang ada dalam jemaah dan berkerja dalam islam supaya melahirkan abna'ul harakah"

masyaAllah. hebat cita citanya..

moga kita semua mendapat jodoh yang baik dalam mendirikan baitul muslim 
lantas melahirkan ikhwah dan akhowat yang hot hot belaka...

                                                      ikhwah yang bajet hot

p/s: memberi nasihat untuk suatu yang kita belum alami susahkan. macam atas angin je
      2 minggu lagi sebelum final exam. hari sabtu long case
      blog sahabat sahabat saya sudah banyak tak update. sunyi pulak.. final year yang      hectic

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...