Sunday, February 26, 2012

musim berdoa

musimnya datang lagi,
selain daripada di bulan ramadan dan hari hari yang ada kelebihan padanya
ia adalah musim exam

musim menuai janji janji manis
mengingat dosa dosa sebelumnya
meletakkan harapan yang tinggi

pernah saya membaca ayat ini dalam satu sesi usrah

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (Surah Attaubah: 75-77)
kita hanya menuju Allah pada saat memerlukan
lupa bahawa kita hamba yang memerlukan
lupa bahawa zarah zarah itu tak bergerak melainkan izinNya

kadang kadang doa kita berbentuk arahan
' berilah aku itu dan ini...'
lupa yang kita tiada hak

kadang kadang penuh dengan janji manis
' aku akan buat itu dan ini...'
lupa yang Allah perhatikan sebelum dan selepas berjanji

ingat bahawa Allah maha mengetahui segala sesuatu
jangan sampai kita menjadi munafiq seperti ayat di atas
jangan kita jadi yahudi di gurun ketika bersama nabi Musa

bagi mukmin itu seluruh aktivitinya berserah pada Allah
bagi mukmin itu adalah redha setelah berazam dan berdoa

janganlah kelambatan masa pemberian tuhan kepada kamu walaupun kamu telah bersungguh sungguh berdoa menyebabkan putus harapan, sebab Allah dah menjamin menerima semua doa, akan menunaikannya dalam apa yang dikehendakiNya bukan kehendak kamu dan pada wak tu yang di kehendakinNya bukan masa dikehendaki kamu.- ibn atoillah
maafkan segala salah dan silap, doakan saya exam dengan sebaiknya dan istiqamah berdoa dan mengharap.. 
 psychiatic - ENT - ophthal - anasthesia


semoga di permudahkan..

Friday, February 17, 2012

ikhwah hot

'kalau aku ni jahat dah banyak muslimat aku main .. hehe' kata sahabat semasa chatting

apabila meningkat usia tidak dapat lari dengan isu isu seperti baitulmuslim, bertunang, taaruf, di 'offer' dan meng'offer'. menjadi penasihat tak bertauliah juga tidak dapat di elak kerana permintaan sahabat. walaupun diri sendiri masih terumbang ambing. tapi selagi termampu saya beri apa yang pada saya dan ustaz betul.

bila keluar isu isu ni mesti semua seronokkan. kalau buat status di facebook mestilah ramai yang 'like'. biasalah, age group sahabat di facebook adalah lebih kurang sama, interest pun mesti lebih kurang sama.

hot,
sahabat saya seorang ni memang hot. dengan masa yang tiba tiba beberapa  lamaran datang serentak sehingga dia pening nak pilih yang mana satu. ada yang berpurdah, ada yang berfikrah, ada yang aktivis dan ada yang wanita melayu terakhir.

tidak hairan, di katakan zaman sekarang sedikit lelaki dan yang ikhwah ini lebih sedikit. saya sendiri kalau boleh ingin carikan ikhwah pada adik beradik perempuan saya. kriteria ikhwah itu mestilah melazimi solat jemaah paling penting ,berkerja untuk sara hidup dan untuk islam. tu paling minima la belum masuk rupa, tempat tinggal dan lain lain.

memilih ihkwah untuk menjadi pemimpin dan imam bukan mudahkan. sangat sedikit barangkali sebab minah rempit pun mahukan imam bukan sahaja akhowat. kalau di tanya semua orang pun mesti kata yang baik dan soleh. tapi yang peliknya diri tak mahu jadi solehah.

alhamdulillah sahabat - sahabat saya semua hot-hot belaka. ada yang setiap minggu ada sahaja call tanya status. saya hanya menumpang ke'hot'an mereka.

menjadi ikhwah hot tak mudah. terutama bila berkaitan dengan muslimat. 

kata ust Azhar Idrus:
jangan pikat wanita jika tak bersedia lagi

hot tidak akan dapat lari lagi dengan muslimat. kitalah sebagai ikhwah yang menentukan bila kebersediaan kita untuk membina masjid. bagi muslimat itu selalunya akan bersedia bila kita bersedia. tanggungjawab mereka adalah mentaati suaminya. tapi tanggungjawab kita mengetahui bila bersedianya kita untuk melayari bahtera sendiri.

 ingat bahawa berkahwin bukan bermakna berjaya. tak berkahwin bukan maksudnya tidak lelaki sejati. berkahwin itu adalah permulaan dan berjayanya sebuah perkahwinan bila keluarga besar berjalan selari dengan kehendak Allah.

dalam psychiatric posting saya melihat banyak perkahwinan yang gagal. konflik konflik rumah tangga yang berpanjangan dan hasilnya anak anak yang stress dan tidak berjaya. bersediakah kita untuk hadapi kemungkinan yang ada?

pesan saya pada sahabat diatas:

mencari jodoh ni bukan mcm nk pilih kucing atau buah buahan
bukan jugak cuba dulu baru beli
dia penuh dengan adab adab
jauhkan fitnah
tak perlu mengnali mendalam sebelum kawin
cukup dengan tenang dengan perlakuan dia, pakaian dia, rupa dia
dan rasa di permudahkan
insyaAllah itu jodoh kita
lepas tu terima je kelebihan dan kekurangan

tak perlu gopoh, kerana gopoh itu syaitan..
jangan permainkan hati perempuan, jika berkenan istikharah, tekadkan hati dan terus masuk taaruf...
ingat janji Allah, lelaki baik untuk perempuan yang baik.

'ikhwah hot untuk akhowat yang hot.'

teringat kata kata sahabat saya selepas pulang dari meminang . katanya

"kalau ikutkan aku boleh lagi cari yang lebih cantik, tapi aku mahu yang ada dalam jemaah dan berkerja dalam islam supaya melahirkan abna'ul harakah"

masyaAllah. hebat cita citanya..

moga kita semua mendapat jodoh yang baik dalam mendirikan baitul muslim 
lantas melahirkan ikhwah dan akhowat yang hot hot belaka...

                                                      ikhwah yang bajet hot

p/s: memberi nasihat untuk suatu yang kita belum alami susahkan. macam atas angin je
      2 minggu lagi sebelum final exam. hari sabtu long case
      blog sahabat sahabat saya sudah banyak tak update. sunyi pulak.. final year yang      hectic

Wednesday, February 15, 2012

perfect

sempurna, 
siapa yang tak mahu sesuatu yang sempurna?
mahukan anggota badan yang sempurna
mahukan hidup yang sempurna
mahukan pasangan yang sempurna
mahukan keluarga yang sempurna

jika di tanya tiada siapa yang mahukan sakit, cacat, gila, yang panas baran dan lain lain
kalau exam nak 100%.
kalau mahukan pasangan nak yang perfect dengan agama, paras rupa, akhlak dan harta
jika ada anak lelaki pasti mahukan anak perempuan pula barulah keluarga sempurna

senang kata fitrah manusia itu perfectionism
walaupun dalam psychiatry perfectionism itu adalah penyakit
 dan kerana itu kita dididik dengan qanaah

dalam quran Allah telah mengajar kita bagaimana untuk jadi sempurna.

biasa kita dengar pada pagi jumaat:

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy”.

pernahkah kita tertanya tanya kenapa Allah letak masa dalam  6 hari? kenapa tidak dalam sekelip mata? tak mampu? tak mungkin, tiada yang tidak mampu bagi Allah.

tidaklah saya mahu huraikan perbahasan mengenai masa.

quran ini di turunkan kepada manusia dan Allah memberikan menghuraikan mengikut kefahaman manusia. sebagai contoh, adakah bahasa Allah itu adalah bahasa arab? tidak. hanya Allah yang tahu tapi di turunkan al quran itu dalam bahasa arab untuk di fahamkan kepada manusia yang berbahasa arab pada ketika itu.

Arab itu tinggi kerana islam bukan islam itu tinggi dengan arab.

tapi ibrahnya Dia mengajar kita dalam melakukan sesuatu yang perfect seperti alam , bumi dan langit itu perlukan masa dan usaha. sebagai manusia yang lemah tiada yang dapat di lakukan sempurna dengan hanya sekelip mata.

 seperti berdakwah juga. saya sering tekankan untuk tidak melakukan dakwah itu dengan bersahaja saja. haruslah ada usahanya dalam mencapai target kesempurnaan sesuatu dakwah. saya seringkali frust dengan program islam yang di laksanakan. seperti melepaskan batuk di tangga. tiada usaha, initiative dan kreatif . malah stigma bagi masyarakat jika program islam pastilah ceramah agama. 

bagi pelaksana pula memikirkan kita hanya berusaha, biar Allah yang menentukan sambutannya. dengan itu lahirlah program yang sekadar ada saja. tidak sempurna dan menarik.

sedangkan islam menekankan kesempurnaan dan islam itu sendiri adalah sempurna

hidup kita ini telah di sempurnakan dengan segala amalan. bagikan saya satu aktiviti yang tiada lansung pahala dan sunnahnya. pasti tiada. sehinggakan ke dalam bilik air nabi mengajar kita bagaimana cara yang betul.

al quran itu di turunkan dengan sempurna. secara berperingkat peringkat walaupun sudah ada penuh di langit. untuk memberi kefahaman pada ummatnya dengan sepenuhnya.
 
“Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni’mat-Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai Din kamu.” (al-Maidah: ayat 3)


berdakwahlah dengan sempurna, agar Allah balas dengan setimpal atas kesempurnaan itu. 




masih saya teringat satu kejadian, nak beli ayam pun kena meeting.. bukanlah sampai macam tu sekali. hahaha...


p/s: tiada mood untuk sambung entri ni. ada sesuatu yang mengecewakan..
       adakah saya seorang sahabat yang tidak baik?
       berakhir sudah tugas sebagai pendakwah dalam BEST. seronok bekerja dengan org yg punya               fikrah. ada matlamat dan tujuan yang jelas. 

      tumpu exam.. kena lulus sebab ada matlamat yang penting

Sunday, February 5, 2012

bukti kasih sayang

dia jatuh lagi...

di angkat untuk terus berjalan dalam satu lorong. lorong buatan manusia.

terpaksa meneruskan perjalanan di tengah hujan batu batuan lemparan manusia.

lantas dia terjatuh lagi pada kali ketiganya..

di paksa untuk berjalan..

pada muka suci itu darah berlumuran menitis jatuh. belum sempat ia menitis ke bumi, tangkas di sambut. kasutnya juga di penuhi dengan darah di tadah oleh para sahabat atas arahannya.
berkata " jika darah ini jatuh ke muka bumi, aku takut Allah akan mengazab mereka"

lantas dia duduk di sebatang pokok lalu berdoa

" ya Allah aku mengadu padaMu akan kelemahanku dan kekurangan pada dakwahku"

sedikitpun tidak menyalahkan mereka yang tanpa bersalah menyakitinya.

sedikitpun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalaunya..

tapi merendahkan dirinya yang mulia mengaku kelemahan di depan para manusia.

lantas datang jibril memberikan peluang baginya membalas dengan memberi salam dan berkata

"sesungguhnya Allah telah mendengar penolakan manusia di thoif itu dan perlakuannya terhadapmu, katakanlah padaku, jika engkau mahukan kedua dua bukit itu di timpa atas mereka sesungguhnya aku mampu"

"tidak"

jawab baginda.

" aku berharap akan lahir daripada mereka manusia yang akan menerima ajaran ini"

pelik!!
sangat pelik.

bagaimana seorang manusia itu boleh berpelaku sebegini. 

telah di halau dari makkah dan memilih thoif tempat berhijrah sebelum ke madinah. di sini di tohmah dan di sakiti dengan sebegini teruk tapi masih bertahan. tahannya bukan sekadar sabar 

malah memaafkan dan mendoakan kebaikan.

sungguh,
setiap langkahnya memikirkan mengenai ummahnya
mendoakan akan ummahnya
mengharapkan kebaikan pada ummahnya
sesungguhnya dialah yang pembawa rahmah kasih sayang ke sekelian alam

bukti kasih sayang dari Allah swt.


memperingati kelahiran seorang kekasih yang membawa rahmat seluruh alam sehingga sekarang dengan islam.

telah sambutkah kita akan kasih sayangnya?

Thursday, February 2, 2012

makna cinta


Suatu ketika Plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...

Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

"masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.

Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya bertanya, maka jawab Plato:

"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik.

Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan.

Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan.

Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.

Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi...

kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju seperti waktu yg ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari semalam & bersemayam pada masa lalu kita

p/s: post talkshow baitulmuslim dan berbual dengan ustaz dan ustazah.

ya Allah kurniakan aku pasangan yang di redhaimu.
tunjukkan kami jalan yang engkau redhai...

mimpi rasulullah





saya teringat pada mula Allah kenalkan saya dengan tasawuf. proses penyujian hati pada ketika itu tingkatan 4. benar benar melembutkan hati saya. hampir setiap malam saya bangun, hampir setiap malam saya jelajah masjid. pernah seketika saya bangun malam sambil baca buku 'panduan doa doa' . dalam tu ada di tulis amalan jika ingin bertemu dengan rasulullah.


apa reaksi saya?

saya berbelah bahagi hendak amal atau tidak. dan akhirnya tidak kerana saya takut berjumpa dengan rasulullah. saya segan. saya tak tahu nak cakap apa padanya. entahlah perasaan saya pada masa tu. ada juga takut tidak dapat melakukan maksiat lagi.

teruknya saya pada masa tu. tak kenal bahawa nabi muhammad ni seorang yang begitu agung. semua orang bercita cita berjumpa dengannya. tapi saya menolak. dan setelah dewasa sedikit barulah tahu betapa terpilihnya orang orang yang dapat bertemunya. bukan sekadar amalan begitu.

menangis saya setiap kali melihat video Dr Harun Din menceritakan mimpinya bersama rasulullah. sungguh beruntung beliau dapat bercakap , memandang, menyentuh kekasih yang mulia itu. memakaikan kasut padanya sudah satu nikmat yang besar.

Dr Harun Din, cuti raya cina hari saya mendengar perihalnya oleh kawan saya yang balik dari mesir. beliau seorang yang hebat semasa di Al azhar. antara sebilangan kecil yang mendapat pangkat Mumtaz dalam MA beliau dalam bidang usul fiqh. pakar fekah. malah ketua Jabatan Usul fiqh di Azhar sekarang adalah kawan beliau yang mendapat markah rendah sedikit darinya.

hebat, kalaulah sebegini orangnya yang mendapat jumpa dengan rasulullah, Allah, bilalah sampai akan giliran saya.

aku pohon ya Allah dipertemukan dengan kekasihku Nabi Muhammad,

jika tidak di dunia , di akhirat nanti ya Allah..

kerana aku percaya akan janji kekasihmu ini

Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi." 
(Hadis riwayat Bukhari)
walau tak pernah bersua muka
walau tak pernah bertentang mata
walau tak pernah berbual manja
walau tak pernah kerja bersama

tapi...

aku rindukanmu ya Rasulullah.
.
 
 p/s: sedang merancang program malam mahabbah rasulillah. agar seluruhnya mengenali dan mencintai rasulullah. doakan berjalan lancar.
       konferens ummah (k-fiqh) seperti mengajak orang tertentu. kenapa tidak pakar dalam   bidang fiqh Dr Haron din? kita tengok dulu...
       bukan saya nak menunjuk nunjuk sebab amalan sekarang bukan lagi begitu. kalau sekarang pun begitu memang saya tak tulis. banyak main dah.. mursyid takde

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...