Tuesday, November 29, 2011

hijrah, pengorbanan menuju perubahan

rombongan kekasih akhirnya tiba di kota yang bakal bercahaya..

di sambut meriah terutama golongan setempat

di lihat kekasih mereka keletihan dalam perjalanan

di nyanyikan untuknya lagu yang menghiburkan

"telah datang bulan purnama kepada kami..."

kepada kekasih yang akan menerangi kota itu dengan cahaya kebenaran. mentadbir dengan adil dan saksama. melakukan perubahan menuju kepada kejayaan. setelah 2 kali penghijrahannya di tolak kerana kedengkian kaum quraish.

rombongan itu di ikuti oleh para sahabat dan sahabiah baginda

isterinya Saudah,
dua puterinya Ummi Kalthum dan Fatimah
Ummu Aiman dan anaknya Usamah bin Zaid
Aisyah Humaira pula sampai bersama Abdullah b Abu Bakr
tetapi puterinya Zainab terhalang..

di sebalik sambutan meriah dari golongan ansar, terpalit kerinduan di hati baginda

malah juga ahli rombongan yang lain turut merasakan..

Abu Bakar demam tak bermaya sambil berkata:

"setiap insan itu bersama keluarga mereka...."

Bilal pula merintih:

"kalaulah aku mengetahui, adakah aku masih berkesempatan bermalam di lembah makkah..."

baginda diam seketika memandang ke arah makkah

sesungguhnya baginda lebih merindui tanah air tumpah darahnya itu... lalu teresak esak berdoa:

"Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya.."

di aminkan oleh para sahabat dengan air mata kerinduan.

demi agama Allah mereka berkorban meninggalkan tanah tumpah darah mereka. bukan untuk melarikan diri tapi sebagai satu strategi demi menegakkan syariat Allah di muka bumi. abdul rahman b auf meninggalkan harta sebanyak lebih 300 unta untuk memenuhi perintah Allah. segala harta di tinggalkan di sana. ada juga keluarga yang ditinggalkan.

dan akhirnya kerinduan itu Allah balaskan selepas 8 tahun ... dengan kegemilangan

ingat janji Allah yang kemenangan akhirnya akan kembali kepada islam.

aku rindukan Rasulullah...

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Al Baqarah 218:

Friday, November 25, 2011

family temoly..

alhamdulillah, selamat bertambah lagi usia. ni betul betul rasa dah tua. masih belajar lagi? hurmm.. nak buat specialist umur berapa pulak? belajar ni tak pernah abis...

hari ni nak tulis pasal keluarga lagi lah.

syukur pada Allah saya punya keluarga yang besar walaupun sanak saudara tak ramai. lepas ni ramai lah insyaAllah. dengan adik beradik saya yang masing masing sudah besar panjang dan bakal mendirikan keluarga. moga moga generasi kami adalah yang terbaik dan bakal memimpim orang orang yang bertakwa sebagaimana doa selalu di bacakan yang ada dalam al quran.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa (al furqan 74)

 pernah beberapa kali berbincang dengan ust dr faizal yang mengajar kitab di kolej ni berkenaan dengan keluarga sekarang. statistik penceraian sangat membimbangkan katanya. bukan sahaja di kalangan artis malah golongan agama.

saya sering juga terfikir kenapa

adakah kerana berkahwin itu senang sangat?

berkahwin hanya untuk memuaskan nafsu?

kempen untuk kahwin awal sedangkan masih mentah?

pencarian pasangan yang tidak sesuai kerana kenal selepas nikah?

memilih pasangan sendiri?

Allah menurunkan doa ini untuk kita mengajar kita bagaimana untuk meminta dan mencari pasangan dalam membina keluarga.

carilah yang menyejukkan hati kamu!!

dan pintalah kepada Allah agar mereka itu menyejukkan hati..

tetapi terbalik dengan kebanyakan keluarga sekarang. masa awal pernikahan itulah yang indah. masing masing pun menunduk malu antara satu sama lain. kalau di sebut nama sahaja sudah tersimpul malu. tetapi lama kelamaan, entah kemana hilangnya. kawan kawan itu lebih menyejukkan mata dari isteri dan anak pinak.

teringat saya kata kata ust pahrol
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
Allah menyuruh kita juga untuk meminta bukan sahaja isteri dan anak anak malah sepanjang zuriat hingga lagi hari kiamat. dan itulah apa yang perlu kita usahakan. mendidik satu generasi yang akan mendidik generasi yang lain dan seterusnya. bayangkan di hari akhirat nanti kita di depan ketua kepada generasi kita yang masyaAllah hebat. yang memperjuangkan syariat Allah dan mencegah kemungkaran di muka bumi.

semoga pada masa itu kekasih kita nabi Muhammad melihat kita dengan tersenyum...

Allah, apa lagi yang kita mahu???

keluarga saya bukanlah asal sebuah keluarga yang hebat, pemimpin kepada masyarakat , anak tok guru dan sebagainya tetapi abah telah meletakkan kami pada kedudukan yang saya rasa cukup educated dan hebat dengan resource yang dia ada.

dan apa yang penting kami semua menjadi penyejuk mata kepada masing masing. saya rasakan

andai saya tidak punya kawan cukuplah adanya keluarga saya.
andai saya pernah di pinggirkan cukuplah adanya keluarga saya
andai saya tidak ada sokongan cukuplah adanya keluarga saya

dan saya berharap mereka yang akan menjadi salah seorang dari keluarga saya adalah pelengkap bagi kami insyaAllah..

birthday saya tahun ni di sambut oleh semua ahli family temoly. itu yang seronok sebenarnya. belum pernah lagi saya ingat. masa saya kecil sekalipun tak di sambut birthday ini kecuali birthday kakti je. itu pun masa dia umur belasan tahun. abah yang beli kek. lepas tu tak ada dah. bila kami besar kami beli sendiri untuk celebrate. yang penting adalah ukhwah..

saya amat mendoakan agar keluarga kami akan terus begini.

doakan keluarga saya jugak..

wallahua'lam

p/s: nak tulis pasal birthday je, tapi melalut sude

Sunday, November 20, 2011

Destinasi cinta Fitrah

Kita berada di dunia BUKAN untuk mencari seseorang yang SEMPURNA untuk dicintai tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang BELUM SEMPURNA dengan CARA yang sempurna…

CINTAILAH seseorang kerana KEKURANGANNYA, kerana suatu saat nanti kamu akan BAHAGIA dengan kelebihannya dan jangan mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti KECEWA ketika kamu tahu kekurangannya..

peace...

ENT...

abis sudah posting pertama dalam semester baru. wah, ni lagi cepat. posting minor yang mengambil masa 3 minggu tapi sepatutnya masa perlu lebih dari itu. setiap hari pun lecture lepas tu ke klinik. petangnya lecture balik. macam mana saya mahu catch up sume. huhuhu...

satu posting yang menarik saya kira kalau lebih expose kepada klinikal. jika lecture sahaja buat saya teringat masa pre clinikal dulu. dan juga ia tidaklah se 'scary' surgery dari posting lain. rilek je. dapat pula supervisor yang supercool prof Razif. terbaiklah, mungkin jumpa dengan isteri dia pulak nanti masa anaest posting.

dalam posting ni belajar la ear, nose and throat. boleh juga di katakan most of pancaindera yang kita ada. melihat, mendengar, bercakap, menghidu dan merasa.

ada satu lecture yang buat saya tertarik. rasa bukan saya saja student lain juga. lecture dari Prof Sani. dia memang ada daya tarikan sendiri. yang membuat saya tertarik adalah bila dia banyak menceritakan mengenai islam walaupun half of students are non muslim. susahkan nak punya kekuatan seperti itu. jujur saya katakan banyak kali non muslim bertanya saya mengenai islam dan saya rasa tidak memberikan jawapan yang 'berdakwah' . sering saya kelu dengan soalan walaupun ada jawapan. dan saya sure jawapan yang saya berikan tidak memuaskan hati mereka. hurrmm

bercakap pasal kelu pulak. saya rasa ada masalah dalam penyampaian. selalu saya jadi ketua mesti arahan saya di salah fahami. pernyataan saya juga di salah tafsir juga. tak tahu lah sama ada saya yang salah cakap atau dia yang salah dengar atau saya cakap laju sangat. hurrmmm

prof Sani mengingatkan saya mengenai doa nabi Musa as. mesti biasa dengarkan doa ni.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (Thoha: 25-28)

tak pernah saya tinggalkan selepas solat kerana saya dapatnya dengan bersanad dan sangat bermakna dalam hidup.

semasa belajar tafsir di pondok mahligai, kebanyakan tafsir yang saya dengar adalah berkenaan nabi musa. banyak sangat cerita tentang dalam al quran bermula baginda lahir di dalam tekanan yang membunuh akhirnya di besarkan di sisi firaun yang cuba membunuhnya. bagaimana dia terpaksa berdepan dengan bani israil yang pelbagai kerenah.

dalam berdakwahnya baginda sering membaca doa ini supaya dakwah atau pertuturannya di fahami dan tidak ada kekeluan. para ulama berpendapat bahawa nabi musa ini ada kekeluan dalam bertutur kerana masa kecilnya. apabila isteri firaun mengambil baginda dari sungai yang mengalir dan di hadapkan kepada firaun. firaun menguji baginda sama ada bodoh atau cerdik. di beri pilihan samada bara api ataupun emas permata. jika emas permata di pilihnya nescaya akan di bunuh. jika bara api maka akan terselamat.

lantas diambilnya bara api lalu di masukkan ke dalam mulut. firaun merasakan bayi itu bodoh dan tidak sedar bahawa dialah yang di perbodohkan. hebat jagaan dan perancangan Allah. dan nabi musalah satu satunya nabi yang ada seorang lagi nabi iaitu nabi Harun.

“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku” (Al Qashshash: 34).

walaupun begitu, Allah memberi kemuliaan kepadanya dengan mempunyai mukjizat bercakap secara terus dengan Allah..


Dan Allah telah bercakap kepada Musa sebenar-benar bercakap ( An Nisa 164)

amalkan doa ini setiap waktu.

bila gelisah biar Allah yang tenangkan
bila susah biar Allah yang permudahkan
bila berdakwah biar Allah yang fahamkan
moga kita sentiasa bergantungan dengan Allah..


Sesunguhnya Rabb kalian tabaroka wa ta’ala Maha Pemalu lagi Maha Mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya, jika hamba tersebut menengadahkan tangan kepada-Nya , lalu kedua tangan tersebut kembali dalam keadaan hampa.-hadis

wallahualam

p/s: suara di keluarkan melalui banyak proses. bermula dari lung sampai ke lidah. yang produce suara adalah larynx.
perlu ke post pasal perubatan??
alhamdulillah atas segala nikmat...

Monday, November 14, 2011

masa muda..


Suntuk betul masa muda ini, lebih lebih lagi berada dalam bidang perubatan. Sampaikan ada yang kusut masai rambutnya, bengkak dan line hitam bawah matanya. Apa tidaknya setiap malam perlu melakukan persediaan menghadapi hari esoknya bersama supervisor masing masing.

pernah saya bawa buku ke kafe untuk tengok bola dan di tanya oleh felo "esok exam ke?"
memang situasi dari sekolah lagi bila seseorang pergi kemana mana dengan membawa buku mesti dianggap ada exam yang mendekati. tapi dalam bidang ini bukan begitu. belajarnya harus 'continous'. walaupun bukan rela dan terpaksa kerana setiap hari berdepan dengan specialist yang expect kita tahu itu dan ini.

saya masih hairan kenapa masih ramai yang meminati bidang ini. selain kemuliaannya pastilah kesenangan dunia yang ada.

Perbualan biasa

“aku busy sangat la sekarang, susah mencari masa ke surau” kata si A bila di Tanya khabar islamnya.

“aku janji selepas habis belajar ni aku akan jadi taat pada Allah” tekad si B pula
Situasi yang biasa berlaku di kalangan kita orang orang muda. Sangat yakin dengan jarak umurnya.
 
Ibadat pada Allah itu merupakan satu proses yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Bukanlah ia seperti ‘exam’ kita di kampus. Last minute study sudah cukup untuk kita menghasilkan keputusan yang memuaskan hati.

Salah faham masa muda

Sejarah telah menunujukkan bahawa pemuda merupakan satu entity yang bisa mengubah corak dunia. Bagaimana sultan Muhammad Al fateh menerajui kerajaan usmaniah pada umur 19 tahun dan mengetuai tenteranya membuka kota constatinople pada umur 21 tahun. Manakala kontribusi saidina Ali dalam kisah agung penghijarahan nabi yang menjadi titik tolak kepada perkembangan islam juga tidak boleh di nafikan.

Tapi  kita di tanamkan bahawa masa muda ini  dengan memiliki darah yang panas. Lebih panas dari haiwan berdarah panas. Ingin mencuba segala macam bentuk aktiviti tidak mengira betul salahnya. Masa mencari pengalaman katanya. Setiap yang berlaku ada kebaikannya katanya lagi.
Kita hidup di dunia ini di beri pilihan. Setiap perbuatan kita mempunyai pilihan yang kita harus putuskan. Siapa kata masa muda tidak perlu beriman bersungguh sungguh?

Allah suka pada pemuda

Allah menurunkan kisah yang amat popular bagi pemuda pemudi sebagai rujukan.  Allah menyebut dengan spesifiknya dalam ayat ke 10 surah al kahfi ‘fityah’ ataupu remaja. Mereka ini sanggup melarikan diri ke gua semata mata menjaga iman mereka.

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Surah Kahfi:10)

Dalam ayat yang ke-13, Allah menekankan bahawa Dia menceritakan kisah ini dengan haq, dengan sebenar-benarnya. Dan Allah sebut bahawa mereka ini ‘fityatun amanu birabbihim’, mereka adalah remaja yang beriman kepada Allah dan kerana iman mereka, Allah menambahkan petunjuk ke atas mereka. Dalam ayat seterusnya, Allah beritahu bahawa Dia meneguhkan hati mereka.

Dalam hadis masyhur juga menyebutkan 
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menunjukkan bahawa semahal mahal dan paling bernilai masa adalah pada masa mudanya. Ketika mana setiap pemuda/I itu di datangkan dengan pelbagai nikmat dan godaan . dan beruntunglah bagi meraka yang Berjaya melepasinya di alam remaja itu dengan melakukan ibadat dan amal soleh.


wallahua'lam


p/s: artikel yg penuh yang saya hantar ke BEST

Friday, November 4, 2011

waiting for the call

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall


I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

-irfan makki-


P/s: teringat kata kata prof kamal herbawi dari ikhwan muslimin. jika di beri pilihan haji atau kahwin, pilihlah kahwin dulu. matlamat baru saya kahwin dulu baru kumpul duit pegi haji.
walaupun begitu teringin sangat nak jejak kaki ke sana.... semoga sempat ya Allah

esok pakat pakat puasa deh. sempena hari arafah.
Rasulullah saw ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw mengatakan, diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang. (HR muslim)

Tuesday, November 1, 2011

dalam dilemma??

jika hati di dalam dilema ingatlah nabi berkata:

“Apabila sesiapa di kalangan kamu merasa risau tentang sesuatu perkara, hendaklah dia ruku’(sembahyang) 2 rakaat sepertimana sembahyang fardhu. "

Selepas itu hendaklah dia berkata :

“ Ya Allah, saya mohon pilihan yang terbaik daripadaMu menurut ilmuMu.
Saya juga mohon taqdir yang terbaik menurut taqdirMu. 
Saya mohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya Engkau sahaja yang mentaqdirkan bukan saya yang mentaqdirkan. 
Hanya Engkau sahaja yang tahu dan saya yang tidak tahu. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib.
Ya Allah !, jika Engkau tahu perkara ini baik untuk saya, untuk agama saya, untuk hidup saya dan untuk mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan saya dunia dan di akhirat, taqdirkanlah ia untuk saya dan mudahkanlah ia untuk saya, kemudian berkatilah saya dalam urusan ini. Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untuk saya,untuk agama saya, untuk hidup saya dan mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan dunia dan akhirat saya, jauhkanlah ia daripada saya dan jauhkanlah saya daripadanya. Taqdirkanlah saya beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah saya redha dengannya.”
 
amin ya rabbal 'alamin 


p/s: alhamdulillah, sungguh "aku (Allah) bersama sangkaan hambaKu terhadapKu" 
terasa berada dalam pandangan Allah.. tetapkanlah..
nak balik raya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...