Wednesday, September 22, 2010

kurang kasih sayang?


tiba-tiba saya berada di satu suasana yang berbeza. berbeza dengan suasana yang saya didik selama ini. atas kesilapan saya sendiri, saya terjerumus.

sekarang saya di kelilingi oleh mereka yang saya anggap berasa kurang mendapat kasih sayang. sebagai mana ustaz hasrizal menyebutnya. mereka adalah jenis yang ada pasangan atau lebih di kenali sebagai bercouple. susah benar untuk mengubah mereka.tapi saya tidak mengambil tindakan drastik untuk tidak bersama.

bila berbicara tentang couple, sudah banyak yang saya lalui sepanjang 3 tahun ni. pelbagai forum dan artikel di keluarkan. mengatakan apa yang hak dan batil. bagaimana hendak menangani dan sebagainya sehingga saya sudah naik muak hendak mendengarnya. padahal kesimpulanya adalah haram.

kurang mendapat kasih sayang adalah punca yang di terokai oleh ustaz hasrizal masa forumnya di masjid al azim. di sebabkan ini, mereka ini mencari-cari dan akhirnya berada dalam berpasangan. mungkin ada benarnya. tapi bagi saya mereka ini bukan kurang mendapat kasih sayang tapi tidak merasa kasih sayang.

kasih sayang telah di curahkan kepada kita sebelum kelahiran kita lagi. semasa kita berada dalam perut ibu. Allah telah melindungi kita. bagaimana kita tidak dapat minum melalui mulut ibu telah mengorbankan dirinya dengan mengutamakan makanan kepada kita. kita tidak dapat bernafas melalui hidung, ibu juga yang beri. kalau kita belajar bayi punya darah lebih tinggi potensi untuk mendapat oksigen dari darah ibu. ibu terpaksa tercungap-cungap sepanjang masa. bagaimana Allah menjaga kita dengan menyempurnakan development semasa dalam kandungan.

selepas lahir, kita mula menangis untuk jantung dan paru-paru kita. pernah kita bertanya siapa yang mengajar kita untuk menangis. doktor kah? siapa lagi kalau bukan Allah. sayangnya Allah bukan itu sahaja, dari kita kerangkak sampai berjalan dapat kita lakukan tanpa ada siapa yang mengajarnya selain Allah.

jika kita mengatakan kerajaan itu berjiwa rakyat dan sayang pada rakyatnya dengan memberi subsidi bagi air dan elektrik, pernah kita merasa di sayangi bila Allah memberi hujan dan matahari tanpa sedikit bayaran pun?jarang sekali. cuba kita tanya kepada TNB berapakah sebulan harus di tanggung di sesebuah kawasan. pasti berjuta-juta malah bilion tapi Allah bagi free je.

meningkat dewasa kita terus di beri nikmat yang tidak pernah putus. kita tak pernah merasa kekurangan. kekurangan yang dirasa adalah kerana sifat tamak pada diri. tiada sifat qanaah. sering merasakan tidak cukup. malah Allah telah isytihar satu masa di mana kasih sayangNya melimpah ruah yakni 1/3 dalm bulan ramadan.

adakah masih kurang kasih sayang?

kadang-kadang mereka yang bercouple ni bukanlah bahagia pun. asyik gaduh je. lebih baik kita biarkan ia flow sebagaimana Allah tentukan. janganlah terhegeh-hegeh. walaupun faham bila keadaan di mana perempuan itu lebih ramai dari lelaki, dan kerunsingan itu sering timbul. jika tiba masanya insyaAllah. kagum saya bila pernah membaca muslimat menulis dan lebih kagum if she really mean it..

" jika tiada cinta manusia untukku, cukuplah cinta Allah itu"

p/s: terasa kurang kasih sayang bila di tinggalkan family buat family day.. xpe, tunggu ambo kijo nati ambo bowok g jale tempat sedap lagi...

cuma dapat tengok gambar kat facebook je la. sedihnya....

10 comments:

Anonymous said...

jgn lah sedih pulak sbb kurang kasih syng...hehhe...nasib baik aku ckup kasih syng...

Unknown said...

ko bc yang last je ke? adoi kna tulis pendek2 la lpas ni..

Anonymous said...

mana ade...aku baca semualah...aku kan peminat setia blog mu nie...hahahaha

Anonymous said...

betul tu kata2 saudara....
tapikan camne kita nak menangani@ menasihati sahabat2 kite yg telah terjerumus dlm kancah cinta manusia nie???
kadang2 teringin rase hati nak dakwah fardiyah dkt diorg yg terlibat tp tiada kemampuan utk berbuat demikian...
sedangkn berdakwah itu wajib bg semua org muslim supaya dpt melakukan amar makruf nahi munkar...

Menapak kubur said...

"jika tiada cinta manusia untukku, cukuplah cinta Allah itu"

Sy krg gemar dgn ayat ini.. Looks like, cinta Allah itu lbh rendah dr cinta manusia.. Seolah2 kalau xdpt sgt cinta manusia, ok la cinta Allah pun.. tak rase begitu ke? haha.. mgkn intonasi y sy gne tak kene kot..tp itulah y sy rase bla bce ayt ni kt mne2 pun..

mije, delete la peminat awk y pelik2 kt cbox tu..kalau nak la..kalau xnak suda~..

Unknown said...

azira: sy x rasa mcm tu pun. maksud dia kita perlukan dua-dua. tipu la kalu ada yg xnk kecuali wali2 Allah seperti rabiatul adawiyah. dah sampai maqam tu ke? tapi andai kata tiadapun cinta itu, Allah pun dah cukup. cinta Allah segala-galanya, yg manusia tu topup la lebih kurang..
boleh delete ke? rasanya tu virus la.. x berani nk tekan..

Menapak kubur said...

Ye, sy fhm ape y di smpai oleh ayat tu, cume penambahan prkataan seperti 'lah' pd prkataan cukup dan frasa "jika tiada cinta manusia" y berada di hdpn..

Insya Allah, sy fhm ape mkna y cuba dimksudkan cume sy rase ayt tu xbrp kene..

xpyh tekan la..awk masuk home cbox tu.. da masuk, cari users and access, kmudian blocked users tu..awk ban and delete la deorg tu..
insya Allah, boleh, sy da wat dkt blog kwn sy..try2..

Unknown said...

mungkin nada awk gune tu membuat faham dia lain.. sebab tu juga kalau kita nk baca kitab kena ada orang syarah kan.. contoh yg baik.. hehehe...

cm tu ke, mcm susah.. insyaAllah

Anonymous said...

Salam ukhwah..
Bermain bola sepak penuh gaya,
Terengganu menang lawan MU,
Bersihkan hatiku dari cinta fana dunia,
Syukur pada-Mu Tuhan atas kasih sayang-Mu..

Unknown said...

smart la pantun tu sob... nt bg la awl sket bleh aku publish

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...