Monday, June 28, 2010

kesolehanmu adalah maharku

Tak pernah ada dalam sejarah
umat ini.
yang mampu menandingi kisah wanita ini.

Imam An-Nasa’i, meriwayatkan kisah ini di dalam Kitabnya

“Demi Allah, orang seperti engkau tidak layak untuk ditolak, hanya saja engkau adalah orang kafir, sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta selain dari itu.”

itu adalah perkataan
Ummu Sulaim
ibunda Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terkenal keilmuannya dalam masalah agama.

Bukan karena Abu Thalhah miskin
bukan....bukan itu alasan Ummu Sulaim
meminta mahar itu

tapi pesona
tapi dakwah
dan Islam lah yang akhirnya mengabadikan Abu Thalhah sebagai salah satu seorang pahlawannya...
dengan mahar yang amat mulia ISLAM.

di notes sederhana inilah
saya ingin memberikan sedikit masukan
bagi para kaum wanita
agar aspek KESHOLEHAN menjadi prioritas
dalam menerima lamaran seorang laki-laki

dan tidak terjebak dengan label
AKTIVIS DAKWAH
tapi...
tapi...
TIDAK BERUHIYAH..........

karena pernikahan indah dalam bayangmu
akan menjadi kisah kelabu
menjadi gumam dalam hati
"apa bedanya, dia dengan orang awam....qiyamullail saja, jarang, dhuha apa lagi.....tilawah....itu juga di ingatkan dulu...."!!

disinilah
di perlukan peran banyak pihak
untuk melihat kesholehan calon suami itu....

di butuhkan peran pengurus DKM Mesjid dekat rumahnya...
agar kita tahu, apakah dia aktif sholat berjamaah di mesjid atau tidak, minimal shubuh dan isyanya.

di butuhkan peran Murobbi atau naqib
untuk melihat pemahaman keislamannya
untuk melihat hafalan qur'annya

di butuhkan peran tetangga samping rumahnya
untuk menilai akhlaknya sehari-hari

semua itu dalam lingkaran besar
KESHOLEHAN

agar tak ada lagi air mata
menyesal

KARENA
KELUARGA KADER DAKWAH
HARUS MENJADI CONTOH DALAM MASYARAKAT
BAGAIMANA ISLAM MEMBENTUK KELUARGA MUSLIM...

karena semua mata melihat ke kita

KESHOLEHAN
Adalah nyawa dari Mahar itu
bukan banyak jumlahnya harta dalam mahar
juga bukan mewahnya pesta pernikahan...
karena semua itu akan sia-sia
jika suami mu
hanya di bibir saja
hanya dalam tataran teori saja.....

agar kita tak melihat
angka perceraian yang makin tinggi
di negeri ini...

lebih-lebih jika Kader Dakwah
menjadi penyumbang dalam angka-angka itu

miris kita melihatnya.

keSholehan ya Ukhti....!!
Ingat itu...!!
agar senyum mu selalu mengembang.....
bersama mentari pagi yang terbit indahNYA.....

-hamzah al mubarok-

p/s: kenapa org indonesia begitu lembut bahasanya?
       selalu bc tulisan dia. sesiapa ada fb bleh la add.
       http://www.facebook.com/profile.php?id=1835972723
       untuk lelaki, sebelum melamar, sejauh mana kesolehanmu?

Friday, June 25, 2010

alasan..

malam tadi saya terpaksa mengetuai usrah muslimin bersama rakan. saya membincangkan mengenai jihad melalui sebuah buku karangan dr fathi yakan. seronoknya usrah ni sebab kami semua sama levelnya. masing-masing memberi pendapat tanpa segan. membuatkan saya seronok joinnya. barulah rasa nikmat dalam memberi. kalau dahulu, bila di tanya kenapa perlu berusrah saya jawab kerana sunnah. sebab kalau nak belajar ilmu lebih baik pergi ke pengajian. jika mahu berukhwah, lebih effective kat padang. jika mahu wujudkan perbincangan kenapa perlu ramai yang kebanyakannya tidak ambil bahagian pun. tapi sekarang bila di tanya kenapa perlu berusrah, saya dah tak de jawapan yang boleh di terangkan. kemanisan berusrah hadir bila kita sama-sama memberi dan menerima.

respon salah seorang sahabat bahawa kita ni dalam berjihad kadang-kadang banyak memberi alasan. kita banyak menciptanya dari tercipta. pelbagai alasan di berikan untuk mengelaknya. benarkan. teringat saya kepada kuliah subuh di kuis pada minggu lepas yang menafsirkan ayat dari surah al baqarah.

kebanyakan dalam surah al baqarah ini membicarakan mengenai perihal tentang bani israel.ustaz itu memberitahu tentang asal usul israel itu. israel adalah nama lain kepada nabi Allah yaakob. yang bermaksud abdullah. hamba Allah. nabi Allah yaakob ini melahirkan 12 anak dan salah seorangnya adalah nabi yusuf.seterusnya menceritakan tentang cerita nabi yusuf yang kita semua tahu.merekalah di namakan bani israel.

di pendekkan cerita pada zaman nabi musa, bani israel ini di tindas oleh firaun. bagaimana nabi Allah musa membelah laut kepada 12 lorong setiap satunya di lalui oleh 12 kabilah masing-masing.
bagaimana sepanjang perjalanan dengan nabi musa dan nabi harun, mereka bani israel di tunjukkan Allah dengan pelbagai keajaiban. pelbagai kekuasaan Allah. tetapi mereka tetap tidak beriman. mereka ingin lebih dari itu. di berikan penyakit, mereka beriman sebentar. di datangkan katak-katak, mereka beriman pula sebantar. di berikan makanan yang jatuh dari langit, mereka tetap tidak yakin. pelbagai alasan di berikan.sehinggakan mereka ini 70 orang di berikan kelebihan untuk mendengar suara Allah, tetap mereka tidak yakin. mereka memberi alasan mahu melihat Allah sendiri. Allah...

begitu sekali bani israel ini di ceritakan dalam al quran. mereka hidup penuh dengan alasan untuk tidak beriman. berimannya mereka memerlukan sesuatu balasan material.

teringat saya bila mendengar yb khalid samad berkata dalam forum palestine, malaysian are with u. memberitahu ada 2 sebab kenapa israel di ceritakan dalam al quran , supaya kita kenal mereka dan supaya kita tidak mengikut mereka.

dalam kita melaungkan membenci israel kadang-kadang kita tidak sedar kita seperti mereka? beralasan....

wallahu'alam

Wednesday, June 23, 2010

maafkan aku..

semenjak saya masuk u ni ada benda yang saya jaga. kerana saya tidak mampu menahannya jika ia datang tanpa di undang. saya tidak mahu merasa bersalah. juga tidak mahu mereka rasa maruah di jatuhkan. apatah lagi sampai menguraikan benih-benih airmata tidak pada tempatnya. walaupun hanya beberapa kali ia mendatang tapi saya sudah serik.

saya tidak kata cara menjaganya ini betul malah cara ini sangat bodoh. memaksa saya melakukan perubahan yang akhirnya menjadi satu yang berkekalan. biar orang kata saya teruk asalkan tidak akan saya menghadapi benda tu. hanya bila bersama keluarga sahaja baru saya berubah balik. saya sudah tidak mahu jadi begitu. biarlah saya ini bagaimana saya yang sebenar.

teringat akak saya pernah bercerita bahawa dia jumpa seorang kawan batch perempuan. akak saya bertanya bagaimana saya di sini. dia menjawab saya ni jenis men'drop' perempuan. terutama dalam meeting.  hahaha.. tergelak saya sekejap masih tidak tahu siapakah gerangannya.. walaupun selepas itu terfikir sekejap. dalam saya sedar tidak sedar, perubahan yang saya harapkan menjadikan saya seorang yang teruk. maafkan saya.. tidak sengaja.

di sini juga saya sudah menukar ganti nama bagi mereka. kalu dulu mereka di hormati sehingga ganti nama yang layak untuk mereka adalah saya dan awak. tapi di sini, mereka tidak lebih hanya aku dan ko. walaupun bagi sesetengah orang tidak significant pun tapi bagi saya tidak. maafkan saya..

kamu sepatutnya di hormati. bukan sebaliknya semata atas alasan yang saya sendiri bukan seorang yang bermujahadah. kerana saya yang tidak dapat melawan nafsu. yang akur dengan ajakan syaitan. maafkan saya...

maafkan saya andai kata pernah mengguris mana-mana hati secara sengaja mahupun tidak. saya baru sedar bagaimanapun tidak akan dapat lari dari benda ini. nasihat saya, janganlah luaran menjadi ukuran. saya masih tidak mampu membimbing mana-mana manusia. saya bukanlah orang terbaik. dan saya takut menghadapinya.

wallahua'lam

p/s: tak faham? xpe, maafkan jela kalu ada salah silap..
      seronok jadi laki ni, bleh letak gambar sendiri 

Wednesday, June 9, 2010

saya ada penyakit kronik

dah lama saya ada penyakit ni dan dah lama juga saya sedar. semakin hari semakin teruk. boleh menhancurkan hidup yang sedang saya bina. kalu tak di tegah dengan awal dan berkesan. tapi saya dah putus asa. ubat saya sudah seperti tolerence dengannya. buatkan saya semakin letih. dan banyak berehat(tido).

bukan saya x pernah mengubatinya. sejak tingkatan 2 lagi. saya ajukan masalah ni kepada doktor. walaupun dia sperti teragak-agak nk menjawabnya tambahan pula setakat ini belum di jumpai ubatnya lagi. dia cuma bekalkan satu doa kepda saya. saya amalkanya selepas sembahyang. kalau ada yang perasan la. pada mulanya seperti ada kesan tetapi lama kelamaan ia seperti tolerence plak. padahal ia bukan pharmacological punye treatment. mungkin ada yg buat research nanti.

antara simptom yang mungkin ada sahabat yang perasan adalah:
1. saya tidak banyak bercakap dalam meetg selagi ada org yang bleh handle
2. saya juga tidak banyak explain membuatkan orang kadang-kadang tak faham. dan saya biarkan saja dia.
3. saya tak boleh berdekatan dengan emak atau adik beradik pmpuan yang sedang shoping
4. saya lebih menumpukan kerja yang compleks. kerja yang orang lain pun boleh buat saya tinggalkan
5. saya x boleh baca buku yang sama 2 kali kecuali terpaksa .
6. saya tidak boleh menulis panjang. maksud tak hurai dengan panjangnya. cukup sekadar untuk faham

seriously saya dah tak tahu nak buat apa. sudah lama saya menghidapinya. mungkin telah metastasis kepada behaviour yang lain. rasa risau. mungkin disana ada sesiapa yang tahu cara mengubatinya. tolonglah saya.

saya dah tak boleh terus menulis sebab penyakit tu dah datang. malasnya....

p/s: -doc yang di maksudkan adalah (future) dr najmi ahmad al hafiz md usim 2013
       -doa yang di maksudkan adlah yang ada dlm ma'thurat itu
       -true story (nada macam barney)

Monday, June 7, 2010

menghafal al quran

masa-masa cuti yg ada ini saya tumpukan dengan amalan ini. teringat saya semasa berada di madrasah tahfiz masjid melor. rindu saat tarbiyah dengan al quran masa itu. rindu dengan ustaz dari thailand yang saya lupa namanya. rindu kawan-kawan yang sama menghafal di situ. ada yang dah habis. ada yang tak habis macam saya.

teringat masa itu. tempat menghafal di aras atas masjid melor. masa menghafal adalah lepas subuh, petang lepas balik sekolah dan malam lepas maghrib. masa menghafal tempat itu menjadi bising. saya penah cakap yang bunyinya macam lebah. lebah yang banyak. lepas subuh biasanya kita akan perdengarkan hafalan yang baru. manakala waktu petang kita memperdengarkan yang telah di hafal. masa tu 24jam saya untuk agama. tiada masa untuk lepak. tiada masa untuk tengok tv.masa itu juga saya ada habit baru. seronok mendengar bacaan quran yang sedap. seronok. sebab itu saya suka bila datangnya ramadan. bukan kerana saya akan jadi imam tapi saya akan jadi makmum. nikmat yg sangat kalau imam itu membaca dengan sedap. sedap bagaimana itu taste masing-masing. saya sanggup sembahyang 20 rakaat sepanjang ramadan. sanggup juga travel jauh untuk itu.

tapi sayangnya madrasah itu hanya bertahan 1 tahun kerana ada masalah penempatan. sayang lagi saya tak dapat menghabiskan hafalan saya. saya pernah cuba tapi tak berjaya. istiqamah itu susah dengan jadual waktu yang singkat. tambah pula ingatan saya yang tak seberapa mana. tambah lagi hafalan yang lepas yang tidak kuat. benarlah nabi bersabda' al quran itu ibarat unta liar' jaganya memang susah. sebab itu saya tak sambung dan habiskan.

sepanjang hidup saya, saya tak dengkikan sesiapa. melainkan para hafiz al quran yang mantap ingatannya. kawan saya yang paling rapat adalah tantawi. saya akui hebatnya dia. dari sekolah lagi di akui. shot je mana-mana tempat dapat dia sambung. ingin saya punya ingatan sepertinya. tapi apakan daya bukan bawah kekuasaan saya. saya pernah mencuba tapi tak boleh. saya cuma berdoa apa yang saya hafal sekarang di jaga itu pun sudah cukup. dengki saya semakin membuak bila membaca hadis keutamaan menghafal alquran ini. ya Allah Kau sajalah yang maha mengetahui.
  1. Al Qur’an akan menjadi penolong (syafa’at) bagi penghafal .Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu Al Qur’an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa’at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya).”" (HR. Muslim)
  2. Nabi Saw memberikan amanat pada para hafizh dengan mengangkatnya sebagai pemimpin delegasi. Dari Abu Hurairah ia berkata, “Telah mengutus Rasulullah SAW sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian Rasul mengetes hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampailah pada Shahabi yang paling muda usianya, beliau bertanya, “Surat apa yang kau hafal? Ia menjawab,”Aku hafal surat ini.. surat ini.. dan surat Al Baqarah.” Benarkah kamu hafal surat Al Baqarah?” Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, “Benar.” Nabi bersabda, “Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi.” (HR. At-Turmudzi dan An-Nasa’i).
  3. Nikmat mampu menghafal Al Qur’an sama dengan nikmat kenabian, bedanya ia tidak mendapatkan wahyu, “Barangsiapa yang membaca (hafal) Al Quran, maka sungguh dirinya telah menaiki derajat kenabian, hanya saja tidak diwahyukan padanya.” (HR. Hakim)
  4. Seorang hafizh Al Qur’an adalah orang yang mendapatkan Tasyrif nabawi (Penghargaan khusus dari Nabi Saw). Di antara penghargaan yang pernah diberikan Nabi SAW kepada para sahabat penghafal Al Qur’an adalah perhatian yang khusus kepada para syuhada Uhud yang hafizh Al
  5. Qur’an. Rasul mendahulukan pemakamannya. “Adalah Nabi mengumpulkan diantara orang syuhada uhud, kemudian beliau bersabda, :Manakah diantara keduanya yang lebih banyak hafal Al Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliu mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (HR. Bukhari)
  6. Hafizh Qur’an adalah keluarga Allah yang berada di atas bumi. “Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasul menjawab, “Para ahli Al Qur’an. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya.” (HR. Ahmad)
  7. Siapa yang membaca Al Qur’an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaiakan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, “Mengapa kami dipakaikan jubah ini?” Dijawab,”Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Qur’an.” (HR. Al-Hakim)
  8. “Dan perumpamaan orang yang membaca Al Qur’an sedangkan ia hafal ayat-ayatnya bersama para malaikat yang mulia dan taat.” (Muttafaqun alaih)
  9. Dari Abdillah bin Amr bin ‘Ash dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Akan dikatakan kepada shahib Al Qur’an, “Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau dulu mentartilkan Al Qur’an di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca.” (HR. Abu Daud dan Turmudzi)
  10. Kepada hafizh Al Qur’an, Rasul SAW menetapkan berhak menjadi imam shalat berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda, “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (HR. Muslim)
  11. “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Qur’an maka baginya satu hasanah, dan hasanah itu akan dilipatgandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, namun Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”  (HR. At Turmudzi).
  12. Bahkan Allah membolehkan seseorang memiliki rasa iri terhadap para ahlul Qur’an, “Tidak boleh seseorang berkeinginan kecuali dalam dua perkara, menginginkan seseorang yang diajarkan oleh Allah kepadanya Al Qur’an kemudian ia membacanya sepanjang malam dan siang, sehingga tetangganya mendengar bacaannya, kemudian ia berkata, ‘Andaikan aku diberi sebagaimana si fulan diberi, sehingga aku dapat berbuat sebagaimana si fulan berbuat’” (HR. Bukhari)

masa usrah pernah saya mengatakan bahawa ada fadhail mengatakan bahawa membaca itu lebih afdhal. benar saya pernah jumpa. kerana saya bimbang dengan mereka yang menghafal tapi salah bacaannya. tanpa ustaz yang mendengarnya. kalau membaca pun masih was2 kesahihannya bagaimana hendak menghafalnya. bagi hemat saya, bagi mereka belajar membaca dengan betul lebih menjadi keutamaan. maaf andai tersilap..

wallahu'alam

Friday, June 4, 2010

atau sekadar kata...

tadi terbaca ym yang di hantar seorang kawan pasal seorang saudara yang merupakan salah seorang malaysian yang menyertai konvai. wallahu'alam kebanarannya apa yang di ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana. membuatkan saya membuak-buak semangat yang hilang lama sebab bergelumang dengan benda-benda lain.

saya teringat kembali masa ppd session first year,  bila di tanya mengapa mahu menjadi seorang doktor. seriously saya dah lupa supervisor itu. ada 2 jawapan saya pada masa itu. jawapan pertama kerana terpengaruh dengan majalah i yang saya baca waktu itu sebelum bertukar kepada solusi atas sebab-sebab tertentu. jawapannya kerana hendak menjadi protaz. iaitu profesional ustaz. kerana masyarakat sekarang tidak tahu masalah hukum hakam agama terutama bila melibatkan profesion mereka.

benar. saya terkejut masa reseat hari tu bila dr lim ps bertanyakan pasal darah yang keluar melebihi tempoh haid yang biasa. bagaimana dia nak sembahyang. dr non muslim pun concern pasal tu tapi registrar muslim tu tergagap hendak menjawabnya.

jawapan yang kedua adalah saya suka outdoor. saya hendak join mercy atau aman palestin untuk membantu orang. semangat ini lah yang datang balik. saya dah lupa bahawa satu ketika dulu saya hendak ke sana untuk bersama mereka. dengan membawa title doktor ini. tanpanya mungkin susah untuk ke sana. betul tak?

keadaan manusia memang begitu. pada suatu ketika dia berkobar menyatakan sesuatu. tapi sesuatu itu sedikit demi sedikit  hilang kerana pelbagai sebab di sepanjang jalan. sama masa saya mula-mula buka blog ni. tujuan sebenar kerana dakwah, tak kesah ada orang nak baca atau tidak. yang saya kisah Allah tahu apa yang saya tulis. tapi lama kelamaan saya seperti hendakkan sesuatu daripada blog ini. haih.. fitrah manusia memang cm tu.

hari ni ada demo. seperti biasa saya memang takkan lepaskannya. dengar kata ada 3 tempat. di tabung haji pkul 10 pg. kat masjid kg baru dan masjid negara lepas jumaat. kat kelantan pun ada kat stadium muhammad ke 4. solat hajat dan ceramah tok guru sekali. insyaAllah, jangan pulak habis demo pergi makan mcD. baliknya pula tido sepanjang masa sampai terlepas solat jemaah. esoknya pula pegi enjoy2 tengok wayang. untuk apa kita demo kalau macam tu? lebih kepada nafsu je..

p/s: kenapa rasa post baru-baru ini macam x de ilmu je. .. haih
      pilih tempat demo yg betul ye. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...