Monday, October 5, 2009

cinta- fitrah yang menjadi fitnah


Hati remaja selalu bertanya, apakah salah bercinta? rasa cinta memang tidak salah. ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. ingin bercinta dan di cintai adalah instinct. jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tidak salah merasainya. namun Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. peraturan inilah selalu di langgar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan cinta. di sinilah selalunya remaja terjebak . cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. ketika itulah FITRAH menjadi FITNAH.bila kehendak semulajadi tidak di salurkan atau di isi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan

mengapa perlu ada peraturan cinta??

Jawabnya kerana Allah mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan kesejahteraan dan keselamatan buat manusia melaksanakn keinginan semulajadinya. keinginan tanpa peraturan menyebabkan banyak kemusnahan. begitulah hubungan cinta yang terlarang dan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan bermain dengan cinta nanti terbakar diri. sudah banyak tragedi yang berlaku akibat cinta yang membelakangkan tuhan.

bersambung...

(entri ini sebab byk blog sahabat membicara tentang cinta.)

wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...