Tuesday, March 22, 2011

exam lagi...

assalamualaikum...
minggu ni dah masuk study week. minggu depan dah nak exam. exam kali ni paling menakutkan. takut sangat. nak tido pun x senang.  biarpun sejak 10 tahun yang lepas ade je exam setiap tahun. bermula tingkatan dua PMRU, PMR, SMU, SPM , matrikulasi, dan setiap tahun dalam cos perubatan nih. semua tidak boleh menandingi yang kali ini. Allahuakbar,..

teringat sahabat yang membacakan ayat di bawah ini masa exam 2nd year, sungguh menyentuh. terima kasih abg zaidi.. sampai sekarang saya pegang padanya.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
 
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

 “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

permudahkanlah ya Allah
amin...




6 comments:

Guest said...

"paling mnakutkn" sbb kamu compare dgn pngalaman lepas...let it go. you've done your best for the past one year. have a more positive mind in the study week...

Al-Mizan said...

kalaulah senang buat cmtu.. anway, thanks insyaAllah

ibnu azman said...

insyaAllah bereh jah..buleh mkan nasi arab pahtu..

Budak NAkal said...

InsyaAllah,
yakin dgn janji Allah SWT.buat yg terbaik kerana walaupun apa yang berlaku itulah yang terbaik yang Allah SWT hadiahkan untuk kita sbg insannya.Usaha doa dan tawakal.Kita hanya merancang,tapi Allah SWT sebaik2 perancang.

Anonymous said...

exam = stress belajar + stress nak lulus
paling penting,cuba tetapkan hati bahawa ilmu ini akan digunakan untuk membantu yang lain juga nanti, bayangkan harapan mak/abah, paling penting doa agar Allah permudahkan untuk kita
p/s:moga dilapangkan dada,dibukakan minda,dan dilembutkan hati lecturer nanti...amin

Anonymous said...

InsyaAllah.buat yg trbaik dan brtawakal.Cukuplah Allah sebgai penolong.Smga lulus cemerlang dan dapat melangkah ke tahun 4.Amin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...