Wednesday, May 18, 2011

apa yang penting??

"bodo macam biskut merrie"
dialog yang saya ingat masa bob lokman mula mula saya kenal dalam tv. ucapan ni je buat saya tergelak tak henti henti sampai sekarang. terbayang biskut merrie di umpama dengan kebodohan. hahaha.. memang tak tahan.

hari tu berjumpa balik masa dia memberi tazkirah di surau mustaqimah sebelum saya dan sahabat pergi mendengar forum 'politik jijik'. tazkirahnya biasa saja yang menarik bila mendengar cerita dunia lakonan dan bagaimana penyesalannya. masa tu jugak saya tahu bahawa dialah yang menulis lirik lagu terkenal isabella. saya ingat dia cuma pelawak biasa. rupa rupanya bukan calang-calang orang.

baliknya pulak tengok video dalam facebook masa dia mengumumkan persaraannya di gelanggang raja lawak. barulah saya rasa kesungguhanya dalam bersara. show yang secara langsung itu tidak lansung dia gentar untuk memberitahu penyesalannya dan keburukan raja lawak tu. respek..

hebatkan dia setelah beberapa tahun berada dalam arena hiburan akhirnya berpatah balik ke jalan fitrahnya. lagi hebat bila dia sempat untuk berpatah balik di akhir akhir usianya. hidayah Allah amat hebat. siapa siapa sahaja mampu ia ubah. sekeras keras hati saidina umar mampu juga rebah dengan bacaan quran oleh adiknya. niat untuk membunuh bertukar kepada islam. ego seorang lelaki luntur dengan kelembutan ayat suci al quran.

telah ramai saya lihat sahabat sahabat yang dahulunya hebat pidatonya. kuat memperjuangkan islam. diberi amanah ketua dalam organisasi. melontarkan pendapat dengan yakin dalam usrah tapi akhirnya hanyut. hanyut di tengah tengah perjalanan hidupnya. tewas dengan dunia yang fana penuh fatamorgana. hilang syariat yang di bawanya.

kenapa?

kalau nak di salahkan persekitran malulah kita. kita di beri bukan sahaja nafsu tapi juga akal untuk di seimbangkan. untuk membezakan antara baik dan buruk.di beri al quran sebagai panduan. di berikan persekitaran ada yang baik ada yang buruk adalah untuk kita bezakan ia. kalaulah persekitaran itu baik tidak perlulah semua itu. bersenang lenanglah hidup manusia tanpa perlu berwaspada.

apa yang penting dalam hidup ini adalah di manakah kita pada penghujung hayat kita. adakah kita mati di kala syariat islam di tegakkan atau kita mati di kala dosa menyelubungi tanpa sempat bertaubat? para sahabat mengimpikan mati syahid kerana ia sebaik baik penghabisan dalam riwayat hidup. sehinggakan ada yang bersedih kerana tidak dapat akanya. khalid al walid setiap masa berdoa untuk mendapat mati syahid tapi akhirnya mati di atas katil. sehingga dia pernah bertanya kenapakah Allah tidak mengambil nyawanya masa berperang.

pasti akan ada yang berkata jika begitu tunggu lah tua baru beribadat..

masalahnya sampai tuakah hayat kita. kita tidak pernah tahu berapa tahun, bulan, jam, minit atau saat lagikah hidup kita. kerana itu kebaikan itu haruslah berterusan. andai ia berhenti hanya seketika dan Allah mengambil hayat kita bagaimana?

membuat kebaikan itu susah, tapi mengekal dalam jalan kebaikan itu lagi susah..

"apa pendapat kamu kita kena ambil wanita yang kurang agama untuk di bimbing?" ada yang bertanya saya.

ini adalah pendapat masing masing. tapi bagi saya yang lemah ini perlulah di ambil mereka yang ada asas juga ada fikrah sebagai penunjuk jalan jika kita terpesong.  lagipun mereka adalah pendidik bagi anak kita. bukankah dalam nasyid beritahu 'isteri itu ibarat tongkat si buta'.ni adalah usaha kita dalam meneruskan hidup berada di jalan yang di redhai.

'mungkin pahala kita dah cukup'
astagfirullah , nauzubillah daripada perasaan begini. ini tanda ada kerosakan dalam hati. kita tidak akan dapat masuk syurga jika hanya dengan pahala yang ada. kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah. jika bukan syurga mana lagi akan kita masuk?

semoga Allah terus tetapkan hati kami dalam jalan kebaikan , jalan yang engkau redhai...
matikan kami dalam kematian yang baik..
jangan engkau matikan kami dalam kematian yang buruk..

wallahualam

p/s: hidup dengan gembira. menulis dengan tenang...

4 comments:

incik said...

baru je buat kek batik,guna biskut merrie..
=)
erm..mungkin mereka juga sedang mencari jalan,insyaAllah..mana tahu ada jalan dakwah lain yang mereka pilih.
doakan mereka.
dan saya sendiri,
diri sendiri yang banyak khilaf ini.

Unknown said...

sedap2...
insyaAllah, semoga sempat..
tulisan dalam blog ni untuk peringatan sendiri juga. sesiapa pun tidak boleh rasa selesa dengan kedudukan sekarang ,harus istiqamah dan lebih berusaha.
btw, nape nama 'incik'?? bukankah itu ganti nama untuk lelaki?

incik said...

ooh...sebab dulu yang tukang buat blog orang lain sebab saya tak reti buat blog pun dulu,cuma teringin nak menulis je.kalau saya yang buat,mungkin saya letak nama jack sparrow,lagi cool.
lol.T_T
ooh..nak tanya..boleh tak sharekan bahan bacaan or sumber rujukan agama yang pernah dibaca kat sini?
boleh jadi panduan saya n readers lain.
kalau buat preview pun okey jugak.at least tahu sinopsis..

Unknown said...

bagus cadangan tu.. akan di usahakan tp saya ni pembacaannya kurang ataupun x abs.
akan di usahakan. jzk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...