Wednesday, July 6, 2011

kanak - kanak

hari ni tiba tiba saya jadi sebak. melihat sejumlah kanak kanak kecil yang mempunyai masalah kesihatan. dengan rupa mereka yang tidak bersalah. mereka seakan akan tidak tahu apa yang sedang di alami. sedangkan ibubapa mereka risaukan masa depan mereka kelak.

 terdapat kanak kanak seperti diatas masuk. berumur 4 tahun. aktif berjalan kesana ke mari dengan keadaan ini. menghidap mucopolysccharidosis. sejenis penyakit yang menyebabkan masalah pada metabolism of polysacharide. present dengan short stature, scoliosis, pigeon chest and lung hypoplasia yang buat dia termengah mengah.


umurnya sudah mencecah 4 tahun. berada dalam keadaan begini. kalaulah kita di tempat dia macam mana agak agaknya hendak berdepan dengan dunia?

kebanyakan yang datang semua di sebabkan masalah pada kaki. mereka sangat susah untuk berjalan. kakinya lemah. ada seorang cina itu sangat bijak. umurnya sudah 3 tahun dah boleh bercakap dengan petah. dah tahu kiri dan kanan. dan pandai menjawab. tapi otot pada kakinya lemah butakan dia tidak boleh berjalan.





yang paling saya tersentuh bila datangnya seorang adik perempuan yang kecil sahaja. ingatkan berumur 3-4 tahun tapi sebenarnya dah 7 tahun dan bersekolah. senyap sahaja dia depan prof S. segala arahan di ikut dengan rela tapi mukanya sangat sedih. berumur 7 tahun dan bersekolah mesti sudah mengerti. dan saya bayangkan keadaan dia di sekolah pasti menyusahkan. bukan nak salahkan dia tapi pada meraka atau kanak kanak yang lain yang tidak faham akan kondisinya.

kata kata mr halim sangat menyedarkan saya. dia bagitahu yang kita sebagai doktor tidak banyak yang dapat kita lakukan. malah untuk menyembuhkan penyakit diatas ini kita tidak mampu. apa yang mampu kita bagi sebanyak mungkin kelesaan kepada mereka. kerana ilmu Allah yang di berikan kepada sangat sikit.

sekarang berada di bahagian ortho pediatrik. timbul pula keinginan saya untuk specialise dalam bidang ni. saya hendak menolong mereka. dalam masa yang sama saya tak kuat melihat mereka.

kalau dulu saya tidak minat dengan perubatan kali ni saya hendak pelajarinya untuk orang lain. seperti cerita naruto kan. kalau kita buat sesuatu kerana mempertahankan/ menolong orang lain mesti jadi lebih kuat.

sering kali saya berdoa meminta kefahaman dan hikmah dalam agama sampaikan terlupa Allah telah pilih saya berda di jalan ini dan ilmu Allah dalam bidang ini sangat mencabar emosi dan masa dan terlupa yang perubatan itu juga adalah ilmu Allah.

ya Allah berikan kemudahan dan hikmah dalam setiap ilmu yang aku pelajari...

p/s: hikmah kegagalan semakin cerah. teruskan melangkah dan jangn berpaling lagi

3 comments:

Anonymous said...

huhu.. sedihnye tgk budak2 yg ader sakit macam nie... moga Allah permudahkan urusan mereka di dunia & akhirat...
semoga antum dpt menjadi mukmin professional yg dpt treat pesakit secara lahiriah dan rohaniah... jzzk...

Anonymous said...

penah tgk ibu yg menangis ble menemani dua beradik with thalassemia untuk blood transfusion,keluarga susah, ramai adik beradik, nak dtg hospital pun naik bas...waktu tu jugak terasa betapa nikmat sihat tu tak ternilai dan betapa melimpah ruah kesenangan Allah bagi diri sendiri.....perasaan yg sama bila clerk seorang ibu yg tabah,masih mampu tersenyum dan ketawa bercerita perihal anaknye yg hydrocephalus n obstructed shunt,pndptn pulak rm200 je,tgh mengandung anak ke3 tapi dia menerima semua dgn hati yg terbuka....

Al-Mizan said...

berada di bidang ni sgt menyedarkan kita akan kenikmatan yg kita dapat sekarang..
kadang kadang kita hendak menolong tp sendiri pun tidak mampu buat banyak...
Allah sahajalah yang boleh membalas dengan setimpal dengan kesusahan di alami mereka. kita patut bersyukur dan jgn kufur nikmat.

insyaAllah mukmin profesional to be..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...