Wednesday, August 17, 2011

anak kecil

masuk minggu ke 2 posting paediatrik. belajar mengenai kanak kanak. kalau teorinya memang boleh di baca tapi kalau nak buat examination memang kaku. kalau sendiri sendiri boleh je main main dengan baby tapi kalau depan prof nanti kata gedik pulak. hohoho

bersama 7 orang grop member yang lain di bawah supervise prof rahmah. suka dengar prof rahmah bercerita tentang anak kecil ini walaupun start pukul 8 hingga 12 tgh hari di bulan puasa, memang memcabar. macam tiada dalam buku. cerita bagaimana ibubapa sekarang membesarkan anak. cerita bagaimana anak kecil itu sendiri. tahu tak bahawa anak kecil ni ada characteristic yang sama. sepanjang perjalanan dia menjadi besarlah yang mencipta character dia semasa besar.

siapa lagi yang penting kalau bukan ibubapa mereka yang sentiasa berada di sisi. perlu di ingatkan para bakal ibubapa sekelian, kamulah yang membentuk anak kamu. perbuatan kamu sering diperhatikan olehnya. segala percakapan harus di jaga. sekali kamu menipu di depan mereka, itulah pelajaran pertama dalam penipuan. kamu adalah model bagaimana dia membesar nanti.

banyak para ibubapa sekarang menyalahkan anak masing masing. contoh jika anak itu minum guna botol susu pada darjah  satu di salahkan anak. sebenarnya mereka yang tidak memperkenalkan cawan. menganggap cawan adalah untuk minum air masak dan botol susu untuk susu. memanglah anak itu tak nak.

di lahirkan anak anak kecil itu seperti kain putih. semua anak anak kecil adalah kain putih. tiada pun yang pelik lahir dengan kain biru walaupun dalam cyanosis(kebiru biruan) kerana TOF. kitalah yang mencorakkannya. jadikan asuhan kita yang terbaik dari asuhan asuhan ibubapa datuk nenek kita dahulu.

nasfu seperti anak kecil

suka saya mendengar habib syed abd qader aljoofri masa memberikan ceramah nuzul quran minggu lepas. mengikutnya ada ulama mengatakan bahwa nafsu itu seperti anak kecil. kalau kita tengok anak kecil ini suka minta itu ini kan. kalau tidak di penuhi dia akan menangis dan mengamuk. bagaimana nak menanganinya? tahanlah, biarkan dia begitu. selepas seminggu insyaAllah dia tidak akan minta benda itu lagi.

begitu juga nafsu itu, sering menginginkan sesuatu yang berlebihan dan di larang. dan kita sebagai orang islam punya hukum yang wajib di turuti. menahanlah diri kita dari melakukan semua itu. lagi di tahan lagi nafsu itu bergolak sehingga kita tidak dapat tidur dan sebagainya. tahanlah, tekanlah nafsu itu sedaya upaya. insyaAllah lama kelamaan akan hilang sendiri.

tapi harus di ingatkan jangan kita sesekali cuba melakukan maksiat itu lagi kerana sekali kita melakukanya nafsu itu kembali kuat. ibarat seekor singa yang kelaparan. pada mula mulanya pasti dia garang bagai nak menerkam. akhirnya bila kelaparan yang memuncak pasti lemah. sekali kita bagi daging tenaga dia kembali dan menerkam.

sama juga dalam bercinta. jika kita tidak pernah bercinta jangan cuba cuba untuk bercinta. pabila putus cinta akan datang rasa untuk menyintai dan di cintai. benar,proses untuk kembali pada asal agak lama. bercinta bila benar bersedia iaitu berkahwin

dalam fasa ke 2 ramadan, moga kita sama sama di ampunkan dosa yang telah kita dan ibubapa kita lakukan. sepanjang perjalanan hidup kita yang lalu dalam mencari erti hidup pasti ada salah dan silap. di sini saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan bahasa. semoga ramadan ini adalah yang terbaik bagi kita semua. anggaplah ia bulan ramadan yang terakhir bagi kita.

"ya Allah, sesungguhnya, Engkau maha pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami"

wallahualam....

p/s: paed posting adalah persediaan menjadi ibubapa. teori dah ada praktikal biler lagi? hehe

2 comments:

Qi Wen said...

student yang baik! bangga prof rahmah nnt... haha :)

Unknown said...

wah, qi wen baca blog aku. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...