Monday, May 11, 2009

keluarga atau saudara...


'Balik la je, maisyarah nak bena demo tuh' kata mak setelah baru je selesai exam reseat.

Perkataan 'ambo' dan 'demo' di gunakan dalam keluarga. abah kata gunakan 'aku' 'mu' tidak sesuai untuk orang yang kita sayang. ini didikan dari kecil.

Hati ni terus berbelah bahagi. bukan tak nak balik tapi meeting pertama untuk jawatan jaksa ktdi akan berlansung pada 10/5. pasti satu meeting yang penting jugak dengan beberapa perkara yang hendak saya bangkitkan. kena balik pulak 9/5. kalau rumah hanya 3-4 jam perjalanan mungkin boleh consider lagi. tapi 7 jam berada di atas bas. penat tuh. dengan tiket bas RM100 untuk pergi dan balik buat saya terfikir keaulia'annya. andai kata nak skip meeting, tetap kena datang sebab sem baru bermula 13/5 dan meeting ada sekali lagi pada 12/5. huh.

Akhirnya keputusan diambil untuk tetap pulang ke rumah pada tarikh tersebut dah kembali 10/5 malam. ini kerana tidak pernah selama ini mak panggil untuk balik ke rumah dah masalah pada adik maisyarah memang sudah lama di ketahui. ini mungkin sangat penting.

Maisyarah adik yang ke 7, telah lama saya rasakan terseksanya keadaan dia, belajar dalam terpaksa. tp itu baik untuknya.
belajar di maahad tahfiz sains pasti amat padat. saya pernah merasainya pada tingkatan dua dimana kita perlu menghafaz al quran selain daripada belajar biasa. saya hanya setahun tapi dia sampai 5 tahun. belajar pulak aliran sains di tambah dengan tanpa kerelaan. semuanya susah baginya.

Bagi saya inilah masa bakti di perlukan, dia perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. apa lagi yang perlu di berikan kepada seorg adik selain daripada itu yang utama. alhamdulillah, sepanjang keberadaan di rumah masa tidak lah terbuang begitu saja. semua di isi dengan mengajarnya ( walaupun x pandai mengajar)

mlm tadi sebelum saya bertolak menaiki bas dan dia sudah pn berada di sekolahnya. satu note berada di tepi laptop

"time kasih abe, doa ko ambo deh"

insyaAllah adikku, semoga Allah sentiasa bersamamu. ingatlah Allah tidak akan sia-siakan usahamu itu...

berbaloi rasenya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...